Translate

Followers

EZ Q

Jumaat, 31 Oktober 2008

Galakan Untuk berkahwin ?? - Malaysiakini

MELAKA: Lelaki di negeri ini yang sudah berkahwin bakal dihadiahkan wang tunai RM1,000 oleh kerajaan negeri jika memilih ibu tunggal miskin sebagai isteri kedua. Langkah itu diharap dapat membantu golongan itu memulihkan kehidupan mereka yang selama ini tidak diberi perhatian.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam, yang mencadangkan pemberian imbuhan itu, bagaimanapun menegaskan hadiah wang tunai itu mempunyai syarat tertentu seperti tidak menceraikan isteri pertama. Katanya, langkah terbabit bukan menggalakkan lelaki berpoligami tetapi mengurangkan beban ibu tunggal yang selama ini hanya bergantung harap dengan bantuan kebajikan daripada pelbagai pihak.

Selain mendapat hadiah berkenaan, beliau berkata, mereka boleh memperoleh pahala daripada Allah swt kerana berkahwin dan membantu ibu tunggal miskin yang memerlukan belaian dan penjagaan seorang lelaki. "Lelaki yang berhasrat berbuat demikian perlu mematuhi syarat tertentu seperti tidak menceraikan isteri pertama kerana dianggap terkeluar daripada tujuan program dilaksanakan.

"Perkara itu masih pada peringkat pertimbangan. Kerajaan negeri akan memutuskan mengenainya selepas perbincangan dibuat dengan beberapa pihak termasuk Jabatan Agama Islam Melaka, Majlis Pembangunan Wanita dan Keluarga serta Jabatan Kebajikan Masyarakat," katanya di sini, kelmarin.


Mohd Ali berkata, dalam usaha menangani gejala sosial seperti kegiatan seks luar nikah dan Mat Rempit, kerajaan negeri mempertimbangkan memberi hadiah serupa kepada belia yang mendirikan rumah tangga sebelum berusia 30 tahun.

Katanya, galakan seperti itu mampu membasmi gejala tidak sihat terbabit daripada berleluasa dan menggalakkan belia berkahwin pada usia muda. "Ketika ini, ramai remaja perempuan dikesan melahirkan anak luar nikah yang mencemarkan kesucian Islam dan maruah diri serta keluarga. "Ramai tenaga profesional di negeri ini mencadangkan kepada saya mengenai hal terbabit. Saya fikir ia baik untuk belia di negeri ini.

"Sebab itu kita sedia mempertimbangkan memberi insentif kepada belia yang berkahwin awal iaitu pada usia bawah 30 tahun supaya mereka mempunyai rasa tanggungjawab kepada keluarga," katanya.

assirkami : agak-agak orang yang mencadangkan tu berani tak nak kawin dua atau lebih lagi ?? kalau yang ada kemampuan tu boleh lah tapi kalau yang tak ada tu beringat sikit dan fikir masak-masak dulu

Antara Pegang Aweks ngan Pegang Anjing ... mana lebih berat hukum ??-Malaysiakini

LEMBU : Hai anjing, apa habaq? Macam ada yg tak kena je?

ANJING : Aku tengah tension nih . Mau je aku gigit manusia tadi.

LEMBU : eh? kenapa ?

ANJING : aku lalu tepi dua orang manusia lelaki dan perempuan yg sedang berkepit. Tetiba si lelaki terperanjat dan terus melompat dan berkata "hoi anjing , pergi jauh-jauh, najis!".

LEMBU : Ya, lah. Ko kan haram. Najis tahap berat bagi manusia. Biasalah tu.

ANJING : Kalau aku najis sekali pon, kalau dia tersentuh aku, boleh disamak. Yang dia sentuh dan raba-raba awek dia tu apa? Boleh ke nak samak dosa?

LEMBU : Betul tu . Memegang wanita yg bukan mahramnya tanpa ikatan yg sah, lebih dahsyat kenajisannya daripada memegang ko anjing, malah tak boleh suci sekalipun di samak.

ANJING : Wah .. ayat ko memang power la… manusia kena ubah pepatah "Pandai macam LEMBU"

Sedikit Penjelasan:

Daripada satu hadis yang diriwayatkan daripada ibnu majah menyatakan bahawa? Bergomolan dengan babi (khinzir) itu adalah lebih baik berbanding dengan bersentuhan (secara sengaja) dengan wanita yang bukan mahram?. Bersentuhan (dengan sengaja & apatah lagi bertujuan syahwat) adalah berdosa dan wajib bertaubat (bagi membersihkan dosa). Sedangkan menyentuh anjing tidaklah berdosa dan hanya perlu disuci (bukan bertaubat). Menyentuh anjing bukanlah satu kesalahan (dosa) atau maksiat... Tetapi, menyentuh wanita bukan mahram adalah berdosa dan merupakan maksiat. Di dalam satu riwayat hadis yang lain yang maksudnya , ?Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya . (Riwayat At Tabrani dan Baihaqi)
sumber dari email sahabat silembiks

Rabu, 29 Oktober 2008

imbau ingatan dari Ustaz Alami -Malaysiakini

Berkata As-syahid Al-Imam Hassan Al-Banna:

1. Sesungguhnya ramai yang mampu berkata-kata dan sedikit dari mereka yang bertahan dalam beramal dan bekerja. Ramai pula dari yang sedikit itu yang mampu bertahan di waktu beramal dan sedikit dari mereka yang mampu memikul bebanan jihad yang sukar dan berat. Para Mujahidin itu adalah angkatan terpilih yang sedikit bilangannya tetapi menjadi penolong dan menjadi Ansarullah. Adakalanya mereka tersilap tetapi akhirnya menepati tujuan sekiranya mereka diberi Inayah dan Hidayah oleh Allah.

"Sesungguhna kamu tidak akan dapat memberi petunjuk kepada orang yang kamu kasihi, tetapi Allah memberi petunjuk kepada orang yang dikehendakiNya, dan Allah lebih mengetahui orang-orang yang mahu menerima petunjuk" (Al-Qashash:56)

"Dan barangsiapa yang berjihad, maka sesungguhnya jihadnya itu adalah untuk dirinya sendiri. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu) dari semesta alam" (Al-Ankabut:6)


2. Sesungguhnya ujian-ujian Allah adalah PROSES PENAPISAN, untuk menapis orang yang benar dan yang bohong; orang yang beriman dan Munafik; orang yang sabar dan gopoh.

"..dan agar Allah membersihkan orang-orang yang beriman (dari dosa mereka) dan membinasakan orang-orang yang kafir" (Ali-'Imran:141)


"Allah sekali-kali tidak akan membiarkan orang-orang yang beriman dalam keadaan kamu sekarang ini, sehingga Dia menyisihkan yang buruk(munafik) dengan yang baik (mu'min). Dan Allah sekali-kali tidak akan memperlihatkan kepada kamu hal-hal yang ghaib, akan tetapi Allah memilih siapa yang dikehendakiNya di antara rasul-rasulNya. Kerana itu berimanlah kepada Allah dan rasul-rasulNya; dan jika kamu beriman dan bertakwa, maka bagimu pahala yang besar" (Ali-'Imran:179)




"Dan sesungguhnya Kami benar-benar akan menguji kamu agar Kami mengetahui orang-orang yang berjihad dan bersabar di antar kamu; dan agar Kami menyatakan (baik buruknya) hal ehwalmu" (Muhammad:31)

"Musa berkata kepada kaumnya:'Mohonlah pertolongan kepada Allah dan bersabarlah; sesungguhnya bumi (ini) kepunyaan Allah; dipusakakanNya kepada siapa yang dikehendakiNya dari hamba-hambaNya. Dan kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertakwa" (Al-A'Raaf:128)


3. Sesungguhnya da'wah berdiri di atas keazaman, bukan di atas kemudahan.

"Allah berfirman:'Jangan takut (mereka tidak akan dapat membunuhmu), maka pergilah kamu berdua dengan membawa ayat-ayat Kami (mu'jizat-mu'jizat); sesungguhnya Kami bersamamu mendengarkan (apa-apa yang mereka katakan)," (Asy-Syu'araa':15)

4. Orang yang beriman apabila diganggu Syaitan, mereka cepat sedar dan kembali kepada Allah.
"Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa bila mereka ditimpa was-was dari syaitan, mereka ingat kepada Allah, maka ketika itu juga mereka melihat kesalahan-kesalahannya. Dan teman-teman mereka(orang-orang kafir dan fasik) membantu syaitan-syaitan dalam menyesatkan dan mereka tidak henti-hentinya(menyesatkan)" (Al-A'raaf:201-202)

Wahai saudaraku, hendaklah kita tetap berada di atas Jalan Da'wah ini. Sesungguhnya janji-janjiNya adalah benar.

Nazrey Johani pun sokong PMRAM .. Datuk Ali Pemutus hubungan PMRAM -Malaysiakini

Al-Azhar Media yang berusia lima tahun akan berusaha memastikan PMRAM serta golongan pelajar agama di sini dibantu, demikian ditegaskan oleh Pengurus II syarikat tersebut, Ustaz Mohd Nazri Zainuddin. Berucap di program Kembara Jejak Realiti (KEJORA '08) pada 26 Oktober lalu di Mu'askar Ismailiyah, beliau mengulangi apa yang diperkatakan oleh beliau dalam program-program sebelum ini bahawa kelahiran Al-Azhar Media adalah bagi membela golongan Azhariyun.

"Kami nak buktikan kepada masyarakat bahawa golongan Azhar tidak hanya boleh mengajar di masjid dan surau sahaja bahkan mahir juga dalam bidang pengurusan dan pentadbiran," tegas beliau.
Ustaz Nazri yang juga graduan Al-Azhar cawangan Damanhur dengan pangkat Jayyid dalam jurusan Syariah Wal Qanun turut menerangkan beberapa perancangan Al-Azhar Media antaranya mengeluarkan komik kartun dalam Bahasa Arab selain ke arah menceburi bidang animasi.

Beliau juga mengingatkan para pelajar bahawa berpersatuan bukanlah penghalang kepada kejayaan dalam pelajaran. Beliau mengambil contoh abangnya, Ustaz Khairi Zainuddin, graduan Al-Azhar cawangan Shibin El-Kom yang memperolehi Jayyid Jiddan sedangkan pada tahun akhir beliau diamanahkan sebagai Exco di Badan Kebajikan Anak Negeri Sembilan (BAKANS) dan juga di DPM Shibin El-Kom.

Beliau juga menceritakan kesungguhan Ustaz Mohd Khairi sewaktu belajar yang hanya tidur dua hingga tiga jam sehari di samping pengurusan masa yang baik.

Sementara itu, Nazrey Johani sewaktu berucap di Nuzul Syabab dalam program yang sama memuji PMRAM sebagai sebuah persatuan induk mahasiswa di sini mampu menguruskan perjalanan artis.
"Mana ada persatuan pelajar lain di Mesir yang setanding dengan PMRAM," ujar beliau sambil mendapat tepukan dari peserta.
ulasan assirkami:
dulu waktu Datuk Ali datang ke mesir pada tahun 2003 tak silap saya , beliau pernah mengugut badan anak negeri untuk memutuskan hubungan dengan PMRAM yang menjadi penaung pada anak -anak melayu khususnya yang berada dimesir. Sebaliknya menggalakkan anak-anak melayu khususnya yang beada di Mesir untuk menyertai kelabu Umno luar negara dengan ganjaran USD 200 seorang.
Hasilnya kebanyakan yang jadi ahli, kurang berminat untuk berdakwah serta melaksanakan kerja-kerja dakwah sebaliknya lebih suka untuk duduk dirumah goyang kaki daripada bertegang urat untuk menyatakan kebenaran.
sebaliknya yang melibatkan diri dengan PMRAM pulang dengan pelbagai kepakaran yang mampu untuk menyebarkan dakwah dengan pelbagai cara dan kebanyakannya melibatkan diri dengan gerakan islam.

Isnin, 27 Oktober 2008

Jangan Ganggu Pak Lah nak tido - Malaysiakini

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengingatkan semua pihak dalam negara jangan mencetuskan huru-hara politik atau memporak-perandakan masyarakat.

"Sekarang adalah masa kita perlu bekerjasama. Kita kena memahami satu sama lain," kata Perdana Menteri dalam program televisyen World Business yang disiarkan CNBC malam kelmarin, apabila ditanya mengenai langkah menghadapi keadaan ekonomi global yang tidak menentu sekarang dan proses peralihan kuasa di negara ini.

Menjawab soalan wartawan Eckart Sager dalam program itu berkaitan dakwaan yang berulang kali dibuat Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa jumlah Ahli Parlimen yang akan berpaling tadah kepada pihaknya adalah mencukupi bagi membolehkan menggulingkan kerajaan, oleh itu barangkali inilah masanya kerajaan dan pembangkang patut berhenti daripada berbalah, Abdullah berkata, setakat ini, apa yang dikatakan Anwar itu pembohongan semata-mata.



Kata beliau: "Anwar memberitahu seluruh dunia bahawa beberapa Ahli Parlimen saya akan menyeberang untuk menyebelahinya dan dengan itu, kami akan jatuh dan beliau akan menubuhkan kerajaan baru.

"Tapi, dia tak berjaya pun dan apa yang beliau ucapkan selama ini hanya pembohongan semata-mata. Saya tidak faham kenapa beliau perlu terus berbuat begitu."

Perdana Menteri juga berkata, banyak perkara yang perlu dilakukan di negara ini apabila wujudnya peluang bagi pemimpin muda untuk tampil ke depan, selepas peralihan kuasa.

"Peralihan kuasa yang saya janjikan ini adalah secara aman, amat demokratik dan sudah tentu akan menjamin kelangsungan apa jua yang saya lakukan setakat ini," kata Abdullah merujuk kepada hasrat beliau untuk tidak mempertahankan jawatan Presiden Umno dan menyerahkan kuasa kepada Timbalannya, Datuk Seri Najib Razak pada Mac depan.

Ditanya apakah yang mendorong beliau membuat keputusan untuk berundur, Abdullah berkata, beliau sudah berkhidmat dengan kerajaan dalam pelbagai kedudukan sejak 45 tahun lalu dan selepas hampir berusia 70 sekarang, beliau berpendapat tiba masanya beliau memberi laluan kepada pemimpin lebih muda.

"Kami perlu pastikan parti terus relevan dan parti ini pula mestilah membuat perancangan untuk masa depannya. Saya tinggalkan untuk mereka beberapa strategi dan Misi Nasional, yang saya yakin, mampu memacu pertumbuhan pembangunan dan menjadi landasan bagi pertumbuhan yang berkekalan pada masa akan datang," katanya.

Ditanya mengenai agenda perubahan yang ingin beliau laksanakan dan apakah yang mungkin lakukannya dalam tempoh lima bulan akan datang, Abdullah berkata: "Saya mahu buat perubahan, rakyat sukakan idea perubahan ini."

Perdana Menteri berkata, beliau sendiri berpendapat badan kehakiman, pasukan polis dan Badan Pencegah Rasuah (BPR) memerlukan perubahan.

Abdullah berkata, beliau juga sudah mengadakan dasar ke arah meningkatkan keselamatan sosial, yang akan beliau lancarkan tidak lama lagi

assirkami :
jangan rubut-ribut .. syy.. Pak lah Nak Tido .. heheheh....

Kerajaan mahu kekalkan Undaung-undang Penjajah dalam Malaysia ??-Malaysiakini

BANDAR JENGKA 26 Okt. - Kerajaan diminta mengekalkan pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris kerana ia memberi kesan positif terhadap kemajuan negara pada masa akan datang.

Pelbagai pihak yang ditemui di sini berpendapat, langkah mengekalkan pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris adalah relevan dalam melahirkan generasi yang fasih bahasa itu.

Ketua UMNO Cawangan Jengka Satu, Abdullah Ani berkata, penggunaan bahasa Inggeris dalam kedua-dua subjek itu amat perlu kepada pelajar di negara ini. ''Pemansuhan penggunaan bahasa Inggeris dalam pengajaran Sains dan Matematik akan memberi kesan negatif terhadap usaha meningkatkan penguasaan pelajar terhadap bahasa itu.

''Penilaian terhadap keberkesanan penguasaan bahasa Inggeris hanya berdasarkan prestasi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) mungkin tidak menepati standard ditetapkan,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Seorang usahawan, Abdul Rahman Basri, 50, berpendapat, pengajaran Sains dan Matematik memberi kelebihan kepada pelajar bumiputera menguasai bahasa antarabangsa itu.Katanya, pelajar Melayu biasanya memerlukan sedikit tekanan supaya mereka tekun untuk menguasai bahasa Inggeris.

Beliau berkata, pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris tidak harus dijadikan isu kerana pelajar mempunyai pilihan menjawab soalan yang dalam dwibahasa. ''Sekiranya pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris dimansuhkan, tahap penguasaan bahasa itu khususnya bagi pelajar Melayu akan terus lemah,'' katanya.

Bekas guru besar, Ahmad Sabrey Idris, 52, berharap Kementerian Pelajaran dapat mencari mekanisme supaya keputusan berhubung isu pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris memberi situasi 'menang-menang.'

Menurutnya, situasi hampir serupa apabila kerajaan memansuhkan sekolah aliran Inggeris sekitar 1976 yang memberi kesan terhadap penguasaan bahasa itu di kalangan pelajar Melayu.Ketika itu, tambah beliau, pelajar aliran Melayu begitu lemah dalam bahasa Inggeris sehingga sukar mendapat pekerjaan berbanding pelajar lepasan aliran Inggeris.


Pengerusi Persatuan Ketua-Ketua Kampung Malaysia, Mohd. Shahaimi Othman pula berkata, pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris merupakan satu usaha strategik untuk meningkatkan penguasaan generasi baru terhadap bahasa Inggeris.
Katanya, dasar itu adalah pelaburan jangka panjang negara untuk melahirkan bangsa yang bijak dan dapat berhujah dengan berkesan jika berhadapan dengan isu global di pentas antarabangsa.

Peneroka Felda Jengka 7, Ahmad Zubir Abd. Rahim, 50, berharap kementerian terbabit konsisten mempertahankan dasar itu sambil menambah baik terhadap pengupayaan pengajaran di bilik darjah.Bagaimanapun, katanya, sesuatu perlu dilakukan untuk memastikan pelajar kurang cergas dan di kawasan pedalaman dapat mengikuti pengajaran dengan berkesan.

ulasan :

pada pandangan saya, penghujjahan yang diberikan mengatakan bahawa bahasa inggeris mesti dikekalkan dalam pengajaran Sains dan matematik adalah satu perkara yang tidak praktikal. sepatutnya sebelum diusulkan, kita perlu lihat dulu kesan yang berlaku serta implikasi yang diterima sebelum ini. kebanyakan anak melayu gagal dalam bahasa inggeris dan saya nak bawa pandangan kenapa kita tak tirui macam jepun yang masih lagi menggunakan bahasa mereka dan tidak menggunakan bahasa asing sebaliknya menjadikan bahasa ibunda mereka sebagai bahasa rasmi dan komunikasi.

sepertimana yang kita tahu sebelum ini bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa antarabangsa kenapa kini ia dipinggirkan. kalau dah orang nye melayu kenapa nak bermegah dengan bahasa penjajah ?? budaya pun ikut budaya penjajah ?? merdeka kah kita jika kita masih lagi mengekalkan undang-undang penjajah dan ideologi penjajah ??

Ini bukan ajaran Islam tapi ajaran sesat - Malaysiakini

KANDAHAR 26 Okt. - Seorang petani yang dituduh sebagai perisik kerajaan dan tentera antarabangsa telah dicungkil matanya oleh sekumpulan lelaki yang dipercayai pejuang Taliban.Petani dari wilayah Helmand itu, Sayed Ghulam memberitahu, matanya dicungkil dengan pisau lewat Khamis lalu di depan ahli keluarganya.

Beliau bagaimanapun enggan memberitahu siapakah yang bertanggungjawab melakukan perbuatan kejam tersebut.Menurutnya, beberapa orang lelaki telah mengheretnya keluar dari rumah sambil menuduh dia sebagai pengkhianat.

"Selepas diheret kira-kira 20 meter dari rumah saya, mereka memegang tangan dan terus mencungkil mata saya."Saya berasa sangat sakit dan dunia kemudiannya bertukar menjadi gelap," kata Sayed dari atas katil hospital tempat dia dirawat di bandar Kandahar ini.Menurutnya, isteri dan anak-anak hanya mampu menjerit melihat kejadian itu.

Sementara itu, jurucakap kerajaan wilayah Helmand, Daud Ahmadi mendakwa perbuatan itu dilakukan oleh anggota Taliban yang bergerak aktif di wilayah itu."Mereka telah membunuh ramai orang yang tidak berdosa seperti para petani, kanak-kanak dan wanita kerana menuduh mereka terlibat dalam kerjakerja perisikan.

''Namun kali ini mereka bertindak kejam terhadap seorang petani miskin yang tidak berdosa," kata Daud.Taliban sebelum ini pernah memancung kepala serta memotong telinga dan hidung penduduk yang dituduh menjadi tali barut kerajaan.

Ahad, 26 Oktober 2008

wal hasil balik asal -Malaysiakini

akhirnya harga minyak akan kembali kepada harga asal semula berikutan dengan penurunan harga minyak mentah dunia. Dan berikutan dengan itu juga kerajaan Malaysia juga akan menurunkan lagi harga minyak yang sedia ada.

seperti yang kita dapat lihat melalui kenyataan yang dikeluarkan :

KUALA LUMPUR 25 Okt. – Ekoran harga minyak mentah global turun secara mendadak sejak akhir-akhir ini, kerajaan membayangkan akan menurunkan lagi harga runcit petrol dan diesel pada akhir bulan ini.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Majlis Ekonomi yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi akan bermesyuarat tidak lama lagi bagi membincangkan perkara itu.

Beliau yang juga Menteri Kewangan mengulas penurunan harga minyak mentah dunia sehingga AS$62 (RM221.34) setong kelmarin.Dalam pada itu, para penganalisis meramalkan fenomena penurunan harga minyak itu akan berterusan.Mereka menjangkakan harga minyak mentah bagi pasaran Amerika Syarikat akan turun sehingga AS$50 (RM178.50) setong tahun depan.

Harga minyak mentah dunia tiga bulan lalu ialah AS$147 (RM524.79) setong, iaitu paras tertinggi dalam sejarah.

Tapi adakah harga barangan di malaysia akan turun seperti mana turunnya harga minyak ?? Fikir-fikirkan lah .. selagi BN memerintah selagi itulah harga Barangan akan terus Naik

Nak kata islam cammana nie ?? -Malaysiakini

assalamualaikum ...

nak kata islam tapi main judi makin kuat ..

nak kata islam tapi minum arak bergelen-gelen

nak kata islam tapi pakaian tak tutup aurat ..

nak kata islam tapi pakaian pakai ketat ketat .

nak kata islam tapi suka cakap kata-kata kesat ..

nak kata islam tapi suka sangat melepak buang masa merata tempat ..

nak kata islam tapi hukum islam disekat-sekat ..

nak kata islam tapi tak solat ..

so ..

siapa yang silap dan siapa yang salah ???? Islam ke UMMaT ???

Sabtu, 25 Oktober 2008

Aktivis Dakwah :Tuntutan atau Keperluan ??-Malaysiakini

Tuntutan menjadi aktivis gerakan adalah merupakan satu tuntutan yang tidak perlu dinafikan lagi. Sebagai individu-individu muslim yang punya tasawwur Islam yang jelas, menyumbang jiwa dan harta untuk gerakan Islam adalah satu kemestian, dan bukannya satu pilihan.
Kewajipan ini boleh dilihat dari sudut prinsip, hukum dan tuntutan. Menjadi aktivis gerakan adalah wajib kerana bekerja untuk Islam adalah merupakan satu tanggungjawab yang telah dipertanggungjawabkan oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala kepada seluruh manusia, didahului oleh para Nabi dan Rasul kemudian ke atas manusia seluruhnya hingga ke hari kiamat.

Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala dalam kitab suci Al-Qur’an (yang lebih kurang maksudnya):
“Demi masa, sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan nasihat-menasihati dengan kebenaran dan nasihat-menasihati dengan kesabaran.” (Surah Al-‘Asr: 1-3)

Sabda Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam (yang bermaksud):
“Wahai manusia, sesungguhnya Allah berfirman kepadamu: Serulah (manusia) berbuat ma’ruf dan cegahlah mereka dari kerja-kerja munkar sebelum (tiba suatu waktu di mana) kamu meminta, lalu aku tidak lagi menerimanya, dan kamu memohon pertolongan lalu aku tidak menolong kamu lagi.” (Hadith Riwayat Ibn Majah dan Ibn Hibban)


Apabila seseorang individu itu telah menggabungkan dirinya dengan gerakan (menjadi aktivis gerakan), maka adalah perlu untuk individu tersebut taat kepada kepimpinan, patuh kepada segala undang-undang dan peraturan serta beriltizam dengan perjuangan gerakan. Penggabungan dengan gerakan bukan setakat melalui pendaftaran sebagai ahli, bukan juga sekadar berulang-alik ke pusat atau sekretariat, dan bukan juga sekadar menghadiri program-program.
Penggabungan ini mestilah membawa pengertian yang lebih jauh daripada itu, yakni penggabungan yang tidak sekadar dalam bentuk dan nilai-nilai tertentu sahaja tetapi ia adalah penggabungan yang membuktikan kemantapan ‘aqidah dan kekuatan ikatan fikrah dan tanzim.

Namun, untuk mencapai tahap penggabungan yang sebenarnya itu bukanlah satu proses yang mudah. Aktivis gerakan seringkali terpaksa berhadapan dengan beberapa konflik dan dilema, khususnya dalam menentukan keutamaan dan memilih di antara kemahuan peribadi dan kehendak gerakan.
Justeru, adalah penting bagi para aktivis gerakan, khususnya gerakan pelajar, untuk memahami apakah kewajipan-kewajipan mereka dalam gerakan agar tidak mengutamakan kemahuan dan kehendak peribadi melebihi kewajipan-kewajipan yang sebenarnya merupakan tuntutan yang wajib dilaksanakan.

Pertama sekali, adalah penting untuk kita memahami bahawa penggabungan kita dengan gerakan adalah merupakan penggabungan kita dengan agama Islam itu sendiri. Hal ini bermakna, penglibatan kita sebagai aktivis gerakan adalah kerana ‘aqidah yang benar, bukan kerana ikut-ikutan, bukan kerana kawan, dan bukan kerana terpesona atau kagum dengan karismatik seorang pemimpin gerakan itu. Perkara ini berbalik kepada kewajipan penggabungan diri dengan gerakan itu sendiri.

Maka, apabila penglibatan kita sebagai aktivis gerakan itu ditunjangi oleh penggabungan kita dengan agama Islam itu sendiri, penglibatan kita itu akan mengukuhkan lagi kefahaman kita dalam agama dan menjadikan kita lebih dekat kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala. Perkara ini adalah perkara asas yang sangat penting, kerana visi gerakan tidak akan berjaya kecuali hubungan seseorang aktivis itu dengan Allah Subhanahu wa Ta’ala adalah benar-benar kukuh dan mendalam dan perhatiannya semata-mata terus bekerja kerana Allah sahaja.

Justeru, aktivis gerakan seharusnya mendapat motivasi untuk terus bergiat dan menyumbang kepada gerakan atas kecintaannya kepada Allah. Apabila yang sebaliknya berlaku, yakni motivasi ataupun dorongan untuk bergiat dalam gerakan datangnya daripada rakan, daripada orang yang diminati serta daripada keuntungan material, maka akan berlakulah gejala futur di mana aktivis gerakan itu akan cepat merasa lesu dan putus asa di tengah-tengah perjuangan.
Perkara inilah yang menyebabkan timbulnya sikap acuh tak acuh dan sambil lewa dalam gerakan, walhal setiap aktiviti dan gerak kerja dalam gerakan memerlukan komitmen yang bersungguh-sungguh daripada ahli-ahlinya kerana perjuangan dakwah itu adalah satu perjuangan nafas panjang.

Selain daripada itu, apabila seseorang itu telah menggabungkan diri dengan gerakan, kefahaman tentang agama dan juga tentang budaya dan undang-undang gerakan itu sendiri perlu wujud. Hal ini demikian kerana penggabungan secara membuta-tuli, yang didorong oleh semangat dan perasaan yang melulu adalah ditolak. Atas sebab itulah Al-Maududi meletakkan kelayakan peribadi yang pertama bagi seorang aktivis gerakan ialah kefahaman Islam yang sebenar.

Apabila penggabungan diri seorang aktivis itu dengan gerakan adalah didasarkan kepada ‘aqidah yang benar, serta dipandu oleh ilmu yang jelas dan benar, maka tidak akan wujud aktivis-aktivis gerakan yang menjadikan gerakan itu sebagai kuda tunggangan ataupun batu loncatan untuk mendapatkan keuntungan peribadi semata-mata. Apabila seseorang aktivis itu menggabungkan dirinya ke dalam gerakan, maka seseorang itu mestilah mengorbankan seluruh kekuatan dan kemampuannya untuk gerakan, menyerahkan kepentingan diri untuk kepentingan gerakan, bukan sebaliknya.

Pengorbanan

Dalam soal ini, pengorbanan adalah amat diperlukan. Mana mungkin ada perjuangan kalau tidak ada pengorbanan. Aktivis gerakan, khususnya anak muda dan golongan pelajar, perlu banyak mengorbankan matlamat dan kehendak peribadi demi memastikan matlamat gerakan dapat dicapai. Atas faktor inilah, Allah Subhanahu wa Ta’ala berulang-ulang kali menyeru di dalam Al-Qur’an untuk berjihad dengan mengorbankan harta dan jiwa.


Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala dalam kitab suci Al-Qur’an (yang lebih kurang maksudnya):
“(yakni) kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahuinya,” (Surah As-Saff: 11)


Seterusnya, seperkara lagi yang perlu difahami oleh aktivis gerakan adalah penggabungan masa depannya dengan gerakan. Hal ini bermakna, masa depan seorang aktivis itu mestilah terikat dengan gerakan dalam apa bentuk dan keadaan sekalipun.


Apabila seseorang aktivis itu telah memahami bahawa penggabungan dirinya dengan gerakan adalah merupakan penggabungan dirinya dengan ajaran Islam itu sendiri, dan juga memahami bahawa keberadaan dalama gerakan itu sendiri merupakan antara tuntutan dalam ajaran Islam itu sendiri, maka dengan sendirinya seseorang aktivis itu akan memahami bahawa ia perlu menggabungkan seluruh kehidupannya, termasuk masa depannya, untuk gerakan. Hal ini tidaklah bermaksud seseorang aktivis itu perlu menyerahkan sepenuhnya kepada gerakan untuk mencatur masa depannya, sebaliknya ia perlu menjadikan misi dan visi perjuangan gerakan (yang berdasarkan kepada tuntutan Islam itu sendiri) sebagai tunjang dalam merancang masa depannya. Dalam erti kata lain, seorang aktivis gerakan Islam perlu memastikan bahawa seluruh aktiviti kehidupannya dapat menyumbang kepada matlamat gerakan Islam.

Penggabungan dalam gerakan ini memerlukan pengorbanan. Namun, pengorbanan itulah yang dituntut dalam perjuangan. Aktivis gerakan perlu mengorbankan segala keinginan dan cita-cita peribadi yang tidak menguntungkan gerakan secara keseluruhan. Aktivis gerakan adalah mereka yang meletakkan perjuangan untuk melakukan tajdid Islami itu sebagai matlamat hidup mereka. Seseorang aktivis itu mungkin melakukan aktiviti-aktiviti lain untuk faedah rohani dan jasmaninya, tetapi tujuan hidupnya tetap merupakan perjuangan tadi dan bukan untuk tujuan lain.

Kesimpulannya, aktivis gerakan itu perlu mempunyai kefahaman yang jelas tentang peranan dan tanggungjawabnya untuk menggabungkan dirinya dengan gerakan, dan seterusnya mengorbankan seluruh kehidupannya demi menyumbang ke arah melaksanakan misi dan visi perjuangan gerakan.

Masjid Cina Muslim : siapa tiru siapa ??-Malaysiakini

assalamualaikum ...

bertemu kita kembali di alam maya ini.

terpanggil rasanya untuk mengulas kenyataan pembinaan masjid cina muslim yang hangat diperkatakan tak kiralah dalam parlimen atau dikedai-kedai kopi. tapi apa yang pasti ianya memberikan manfaat kepada semua kaum di malaysia.

Tapi persoalannya sebelum ini kerajaan BN pernah menyatakan bahawa adalah satu pembaziran jika dibina banyak masjid yang menjurus kepada kaum tertentu tapi kini ianya seolah-olah terbalik . siapa yang tiru siapa ??

Fikir-fikirkan bersama ...

ANTARA DATUK SHEILA MAJID NGAN DATUK SHAH RUKH KHAN -Malaysiakini

PEKAN 24 Okt. – Ratu jazz, Datuk Sheila Majid yang menjadi artis tempatan tunggal menerima gelaran Datuk daripada Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah hari ini menyifatkan anugerah itu sebagai penghargaan kepadanya setelah lebih 20 tahun bergiat dalam industri seni tanah air.

Sheila atau nama sebenarnya Shahiela Abdul Majid, 43, dianugerahi Darjah Kebesaran Mahkota Pahang Yang Amat Mulia - Peringkat Kedua Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk.

Beliau mengakui terkejut ketika dimaklumkan mengenai penerimaan anugerah itu, namun amat berbesar hati dengan penghargaan yang dikurniakan Sultan Ahmad Shah itu.

‘‘Saya sangat bersyukur dengan anugerah yang diberikan, ia adalah satu penghargaan kepada kerja-kerja yang saya lakukan, bakat saya dan mungkin sumbangan saya kepada negara,” katanya ketika ditemui selepas majlis tersebut.

Pada majlis yang diadakan di Balairung Seri, Istana Abu Bakar di sini, Sheila yang berbaju kurung merah hati hadir ditemani suami, Hashridz Murshim Hassim atauAcis.

Kerjaya seni ibu kepada empat cahaya mata itu bermula pada tahun 1985 melalui pelancaran album pertamanya, Dimensi Baru.

Sheila juga merupakan antara artis tempatan yang berjaya melebarkan kerjaya seninya ke luar negara termasuk Indonesia, Jepun dan United Kingdom.


Terbaru, Sheila dilantik sebagai duta Yayasan Institut Jantung Negara (IJN) bagi mengumpul dana membantu pesakit jantung institut itu yang terdiri daripada bayi dan kanak-kanak untuk menampung kos perubatan mereka yang mencecah ribuan ringgit seorang.

Ditanya adakah dirinya akan menggunakan panggilan Datuk, beliau berkata: “Saya akan tetap kekalkan nama Sheila Majid kerana itu adalah nama saya dalam bidang nyanyian.

‘‘Namun saya juga tidak boleh menolak untuk menggunakan gelaran Datuk terutama pada majlis-majlis tertentu yang memerlukan formaliti.”

Katanya, jika beliau tidak menggunakan gelaran itu bagi majlis-majlis tertentu, ia seolah-olah menggambarkan sikap beliau tidak menghargai anugerah Sultan Pahang.


ulasan :
kalau nak dibanding antara dua orang datuk nie memang ckup berbeza coz satu nie datang sendiri ambil pingat dan tak banyak kerenah dan datuk yang satu lagi nie pulak banyak songel. Ader ke patut dia boleh mintak satu majlis diadakan untuk meraikan dia seorang saja ?? dah lah tu tak cukup pulak minta support tambang tiket pergi balik dari india ke melaka balik semula ke india. patut ker kita ikut apa yang dia nak?? dah lah tu berlakon takat 2-3 scen nak bagi datuk pulak pada dia.

yang tukang bagi plak penyangak besar. dah tau mamat tu tak bagi untung pada melaka yang dok pi bagi tu buat ape ?? akai ada ka ?? dah lah utang negeri ngan kerajaan pusat tak mampu nak bayar boleh siap bagi pingat pulak kat mamat sekor tu.

rasanya tak patut bukan mengeeratkan hubungan .. lagi menanbahkan hubungan ke CM melaka nie ada hubungan keluarga ngan shah rukh khan nie ?? heheh .. melawak jer

BUKAN NAK BAGI FAHAM BAGI PENING ADALAH ..-Malaysiakini

KANGAR 24 Okt. — Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin mencadangkan Kementerian Pelajaran mewujudkan mata pelajaran Fekah Interaksi Antara Agama bagi memupuk keharmonian hidup masyarakat berbilang kaum dan agama di negara ini.

Katanya, mata pelajaran yang khusus kepada para pelajar Islam itu akan mendedahkan mereka terhadap prinsip, adab dan hukum Islam ketika berinteraksi dengan kalangan bukan Islam.

“Dalam negara berbilang kaum seperti Malaysia, salah sangka yang semakin meningkat memerlukan mata pelajaran itu disegerakan,” katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini hari ini dan menurutnya cadangan itu pernah diketengahkan pada 2007.

Sementara itu, beliau menyokong cadangan anggota Parlimen Kulim/Bandar Baru, Zulkifli Noordin supaya kerajaan membina sebuah masjid Cina di Kuala Lumpur dengan segala kegiatan dan khutbahnya dalam bahasa Mandarin.

Beliau berharap masjid Cina direalsisasikan agar komuniti itu lebih memahami Islam

ulasan
assirkami:
cadangan yang diberikan oleh DR.MAZA tu pada saya nampak macam tergesa-gesa dan membebankan pelajar khususnya pelajar sekolah menengah.saya berani mengatakan begitu kerana jika kita lihat disekeliling kita kita akan dapati tak ramai diantara anak-anak melayu khususnya yang beragama islam, namanya islam tapi mereka tak faham apa itu islam.

nak berdakwah pada orang yang bukan islam untuk faham islam tu tak salah dan dialu-alukan tapi sebelum kita dakwah pada orang yang bukan islam, sayugianya kita perbetulkan dulu aqidah dan pegangan anak-anak melayu islam yang berada dalam komuniti kita.

nak dak wah atau nak mengajak orang pada islam bukan satu benda yang mudah tapi nak membetulkan aqidah juga satu tanggung jawab yang besar. Tak kiralah dimana juga kita berada kita dapat lihat berapa ramai anak muda yang telah rosak aqidahnya dan sahsiah diri yang tiada dalam diri.

kalau kita lihat dalam konteks negeri sahaja, saya ambil contoh di negeri melaka sahaja, bilangan guru agama khususnya ustaz dan ustazah yang mengajar di sekolah menengah kebangsaan terlalu kritikal dan ukup mengecewakan. ini kerana kerajaan terlalu memandang serius terhadap program jqaf yang memberikan pengkhususan pada sekolah rendah sahaja. apa pula jadi dengan pelajar sekolah menengah?? dengan bilangan guru yang terhad khususnya ustaz makin ramai anak muda khususnya pelajar sekolah yang buta agama.

saya pernah nyatakan sebelum ini dalam entry saya yang bertajuk ramai anak melayu buta agama, saya turut nyatakan bahawa disebabkan kekurangan guru agama di sekolah khususnya ustaz telah mengundang pelbagai masalah seperti yang tidak berpuasa dalam bulan ramadhan,berjudi dalam sekolah,melakukan maksiat di tepi tandas malahan ada yang tak tau sembahyang.

Jadi saya merasakan tak perlulah nak tambah subjek yang dapat memberatkan kepala dan otak pelajar. cukuplah ditambahkan sahaja bilangan guru yang dapat membentuk anak-anak kita menjadi insan yang sempurna dan berakhlak mulia.

Jumaat, 24 Oktober 2008

Turun sebab malu ke sebab global ?? -Malaysiakini

PETALING JAYA 24 Okt. - Kerajaan berkemungkinan mengumumkan harga baru petrol dan diesel pada 30 Oktober atau 1 November ini, berikutan penurunan harga minyak dunia sekarang, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad hari ini.

ulasan :
sebenarnya kerajaan pimpinan Pak Lah sekarang nie sudah tak sekuat dulu. apa yang kita boleh lihat bila kita imbas balik debat harga minyak yang diadakan antara datuk Ahmad Shabery cheek dengan Datuk seri Anwar ibrahim beberapa bulan yang lalu, DSAI menyatakan bahawa harga minyak akan turun disebabkan pasaran dunia.
Tapi waktu tu kerajaan tak berapa nak dengar akhirnya turun jugak mungkin sebab malu nak akui apa yang dikatakan oleh DSAI yang ada kebenaranya. Bagi saya kalau tak tau tu buat cara tak tau ... jangan dah malu sendiri baru nak sedar. Iyerlah kalau nak kata kita tak der duit ramai yang berduit tapi tulah lumrah manusia ..

Penkid Haram !! Pondan ngan Maknyah Ape Cerita ???-Malaysiakini

KOTA BHARU: Majlis Fatwa Kebangsaan semalam memutuskan perlakuan 'pengkid' atau wanita yang menampilkan diri menyamai lelaki, sama ada dari segi pergaulan, tingkah laku atau berpakaian, haram dan dilarang sama sekali.

Pengerusinya, Prof Datuk Dr Abdul Shukor Husin, berkata pengharaman itu dibuat berdasarkan perkembangan terkini di kalangan remaja perempuan yang cenderung mengamalkan cara hidup lelaki.

Beliau berkata, fenomena pengkid kini menjadi isu serius di kalangan anak gadis di negara ini dan ia perlu ditangani segera supaya tidak berkembang hingga sukar diatasi pada masa depan.

"Majlis Fatwa mendapati isu pengkid kini semakin ketara. Remaja perempuan kini lebih gemar dengan cara hidup lelaki dari segi pergaulan, perbuatan dan berpakaian, yang bukan saja bertentangan dengan fitrah asal manusia, tetapi cuba menafikan hak kewanitaan.

"Lebih membimbangkan, pengkid kini sudah melarat kepada perkara berkaitan seksual dengan meminati sama sejenis," katanya pada sidang media selepas berakhirnya muzakarah dua hari Majlis Fatwa Kebangsaan di sini. Hadir sama, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz.

Sehubungan itu, Dr Abdul Shukor meminta ibu bapa, keluarga dan masyarakat menasihatkan golongan terbabit supaya tidak melakukan perkara menyalahi ajaran Islam.

Pada muzakarah itu, Majlis Fatwa turut mengarahkan Jakim menggubal kaedah khusus mengenai sumpah mubahalah atau sumpah laknat bagi mengelak kekeliruan dan kekacauan di kalangan umat Islam.

Beliau berkata, Majlis Fatwa mendapati ramai orang Islam tidak memahami isu dan konsep sumpah mubahalah, yang dilihat mampu memberi kesan buruk kepada masa depan ummah.

"Majlis Fatwa Kebangsaan mengesan banyak isu berkaitan sumpah muhabalah disiarkan akhbar dan mendapati ramai umat Islam tidak faham mengenai perkara ini.

"Kami menjangkakan peraturan berkaitan perkara itu terutama sumpah mubahalah, yang boleh menjurus ke arah memporak-perandakan umat Islam, akan dikeluarkan Jakim tidak lama lagi," katanya.


Selain itu, majlis berkenaan membuat ketetapan untuk membolehkan seseorang cucu mewarisi harta pusaka datuk mereka sekiranya bapa meninggal dunia terlebih dulu daripada datuk.

Beliau berkata, tindakan itu diambil demi menjaga kepentingan cucu terbabit sekiranya harta itu tidak diagihkan kepada mereka selepas kematian bapa.

"Bagi sesetengah cucu dari kalangan yang tidak berada, tentunya dengan sejumlah kecil harta yang diberikan oleh datuknya, dapat mengelak perkara yang tidak diingini menimpa ke atas mereka," katanya.

ulasan daripada Assirkami :
Tahniah pada Majlis Fatwa Kebangsaan yang telah mengisytiharkan haram terhadap kegiatan penkid yang semakin berleluasa dikalangan remaja. Tapi saya ada beberapa pertanyaan yang rasanya perlukan jawapan yang bernas dari pihak JAKIM khususnya jabatan agama yang beroperasi dibawah JAKIM sendiri .

1) sejauh mana perlaksanaan fatwa ini dilaksanakan?? kita lihat sendiri banyak fatwa yang telah dikeluarkan oleh majlis fatwa kebangsaan yang dipengerusikan sendiri oleh Perdana Menteri tetapi sejauh mana perlaksanaan terhadap sesuatu fatwa itu dilaksanakan ?? nak kata tak cukup kaki tangan ?? rasa saya ramai yang dah mohon nak jadi pegawai JAKIM tapi kenapa sampai sekarang ini masih tak ada peningkatan dari segi yang mengisi jawatan berkenaan ??
2) ada beberapa orang dari rakan saya yang telah memohon menjadi pegawai di JAKIM tetapi terpaksa menunggu hingga kini masih lagi tiada jawapan malah ada diantara kerajaan negeri yang mensyaratkan untuk mengisi borang Ahli UMNO dahulu barulah akan diterima menjadi pegawai Hal Ehwal Islam. kalau tak jadi ahli UMNO tak boleh ke?? adakah satu kemestian untuk menjadi seorang daripada pekerja di bawah perkhidmatan awam dimestikan menjadi ahli UMNO ??

Khamis, 23 Oktober 2008

POLITIK RASUAH AMALAN JAHILIYAH- Malaysiakini

assalamualaikum .. salam perjuangan buat semua teman-teman

pada kali ini saya terpanggil untuk memperkatakan mengenai isu yang cukup hangat Dibicarakan menjelang pemilihan UMNO tak kiralah sama ada pemilihan diperingkat cawangan, bahagian dan tak ketinggalan juga pemilihan diperingkat pusat.

kita sedia maklum sepertimana yang diwar-warkan dalam dada akhbar arus perdana bahawa UMNO adalah parti tunggal yang dikatakan memberjuangkan semangat kebangsaan Melayu
berbeza dengan Pas yang memperjuangkan ISLAM secara keseluruhan umumnya di Malaysia.

Dulu sebelum menyertai PAS saya juga merupakan salah seorang dari penyokong kuat UMNO tapi masa tu tak daftar keahlian sebagai ahli UMNO di mana-mana cawangan atau bahagian. Cuma tengok-tengok sahaja, iyelah masa tu zaman budak-budak sekolah masih kabur lagi dan tak nampak tentang politik kepartian lagi.Tapi setelah dikaji dan dibuat penelitian mengenai apa yang berlaku dan terjadi dalam umno khususnya pada tahun 1998 telah membuka hati dan mata seluruh anak muda seperti saya untuk mengenali parti politik yang ada di Malaysia dengan lebih dekat.

kalau ditinjau dari segi politik, UMNO mewakili golongan Melayu yang mempertahankan kemelayu-layuannya, MCA dan GERAKAN pula memperjuangkan dasar kecinaan manakala MIC pula waktu itu memperjuangkan hak orang india selain dari PAS dan DAP pula sebagai penasihat@ pembangkang kepada pihak pemerintah yang mempunyai dasar perjuangan yang berbeza.

PAS dengan Dasar ISLAMISASI manakala DAP pula dengan dasar Malaysia Malaysian yang mirip kepada dasar PAP di Singapura. Tapi pada masa sekarang ini, sebagai anak muda kita dapat lihat satu gelombang tsunami politik telah melanda khususnya seluruh tanahair ku malaysia kecuali MELAKA sahaja yang telah merobah keadaan struktur politik semasa dimana pihak kerajaan BN pimpinan Pak Lah Bedewi telah kehilangan lima negeri yang berjaya ditakluk oleh pakatan rakyat yang didokongi oleh PAS ,PKR dan DAP. Tak cukup dengan itu BN hampir pupos diwilayah persekutuan. Apa punca yang menyebabkan keadaan ini berlaku.

daripada penelitian yang saya buat selepas mengamati suasana yang berlaku, kesimpulan yang dapat saya gariskan disebabkan kegagalan pemerintahan UMNO ialah kegiatan politik Wang yang berleluasa tak kira di cawangan atau bahagian atau negeri mahupun dipusat. ini kerana bagi mereka khususnya pimpinan atau ahli UMNO tak ada duit atau duit kopi segala kerja atau projek tak kan dapat dilaksanakan dengan sebaiknya.

ataupun contoh lain yang dapat saya berikan ialah dalam pemilihan agung umno tak sah kalau tak ada pemilihan yang menggunakan wang atau rasuah untuk meraih undi. Lagi tinggi jawatan yang ingin dimenangi lagi besar bayaran yang diperuntukkan dan ditawarkan. kalau takat ketua cawangan, duit peruntukan pun boleh abis buat belanja saja.

tak samakah apa yang berlaku sekarang ini dengan apa yang dilakukan oleh orang kafir quraisy ke atas nabi SAW khususnya untuk menyekat kemaraan dakwah Nabi SAW di Makkah.

Di Makkah, golongan bangsawan quraisy menggunakan wang untuk meraih sokongan dan kedudukan yang tinggi. Maka jelaslah kepada kita bahawa parti jahiliyah ini sama sahaja sepanjang zaman dan untuk merobah keadaan ini dari berlarutan,jom sama-sama kita hijrah kepada golongan yang ingin memperjuangkan islam secara keseluruhan.

Rabu, 22 Oktober 2008

Solat Boleh Sembuhkan Penyakit Kronik ???-Malaysiakini

HASIL kajian Jabatan Kejuruteraan Biomedikal Universiti Malaya mendapati setiap gerakan solat mempunyai manfaat tersendiri yang mampu meningkatkan tahap kesihatan secara menyeluruh.

Berita Minggu mendapatkan pandangan setiap pengkaji mengenai hasil kajian masing-masing.

Profesor Dr Wan Abu Bakar Wan Abas - Aktiviti Otot

Beliau yang mengkaji aktiviti otot memberitahu manusia perlu sentiasa melakukan regangan dan senaman kerana otot menjadi lebih kuat apabila selalu digunakan.

Katanya, hasil kajian mendapati solat yang membabitkan gerakan tubuh seperti berdiri, tunduk dan bongkok menyamai senaman ringan.

“Kebanyakan otot serta sendi bergerak ketika solat. Umat Islam beruntung kerana solat yang wajib dilakukan setiap hari menyamai aktiviti senaman dan regangan yang memperkuatkan sistem otot dan fizikal tubuh,” katanya.

Malah, katanya solat sama seperti terapi fizikal yang jika dilakukan secara berterusan dan betul menghasilkan kesan positif terhadap tubuh.

Beliau berkata, kajian lebih teliti sedang dilakukan untuk mengenap pasti otot yang aktif ketika solat.

Ng Siew Chok - Isyarat Otak

Beliau berkata, perubahan kimia berlaku apabila otak aktif. Proses kimia yang menyebabkan pergerakan ion atau atom membawa cas elektrik boleh diukur menggunakan elektrod yang diletakkan pada kulit kepala. Sejenis alat, iaitu EEG (Electroencephalography) digunakan untuk mengukur isyarat otak daripada aktiviti elektrik.

“Gelombang otak mempunyai beberapa frekuensi irama yang dipengaruhi oleh keadaan fizikal dan emosi. Jenis gelombang otak Alfa (8-13 Hz) menunjukkan keadaan tenang,” katanya

Walaupun bukan Islam, Siew Chok kagum terhadap hasil kajian yang dilakukannya apabila mendapati keadaan dan pemikiran orang selepas bersolat tenang dan menyamai keadaan selepas bangun tidur.

“Ada fenomena menarik dalam solat, iaitu keadaan berdiri seketika sebelum sujud sebagai peringkat paling tenang ketika bersolat. Saya bukan Islam dan diberitahu bahawa keadaan itu adalah tamakninah,” katanya.

Ketika itu, katanya isyarat alfa meningkat secara mendadak yang menunjukkan seseorang itu berada dalam keadaan tenang.

Siew Chok berkata, solat juga meningkatkan penumpuan terhadap sesuatu perkara dan memperkuatkan kuasa otak.

Sehubungan itu, katanya solat membolehkan seseorang itu menyediakan otak untuk lebih bersedia terhadap sesuatu cabaran yang perlu dihadapinya dalam aktiviti harian.

Dr Fatimah Ibrahim - Komposisi Tubuh

Beliau berkata, komposisi tubuh mengandungi empat komponen utama, iaitu tisu aktif, tisu tulang, komponen air dan lemak.

Beliau berkata, ada beberapa kaedah untuk mengukur komposisi tubuh, tetapi kajian itu menggunakan Analisis Penyepadanan Bio yang menghasilkan keputusan tepat, pantas dan selamat, berbanding pengambilan darah.

“Teknik ini tidak digunakan secara meluas di hospital negara ini, tetapi di Amerika Syarikat, teknik ini digunakan untuk menilai status penyakit seperti Aids, diabetes, demam denggi dan pelbagai penyakit kritikal lain,” katanya.

Dalam kajian ini, katanya model untuk mendapatkan komposisi tubuh terbaik adalah dengan melakukan lima perkara, iaitu solat lima kali sehari, memahami maksud bacaan dalam solat, solat berjemaah, rukuk dengan betul (90 darjah) dan melentikkan jari kaki ketika duduk antara sujud dan tahyat akhir.

Dr Fatimah berkata, orang yang tidak melakukan lima perkara ini mempunyai komposisi tubuh yang kurang baik.

Katanya, kajian mendapati secara keseluruhan orang yang solat berjemaah mempunyai kesihatan lebih baik berbanding yang bersolat secara bersendirian.

“Kita mendapati apabila berjemaah, orang yang melakukan solat bersentuh bahu ke bahu. Tubuh manusia seperti bateri. Ketika bersolat, cas tubuh manusia mengalir seperti dalam litar dan akhirnya meneutralkan cas tubuh.

“Sebelum solat, ada orang yang penat dan ada yang tidak penat. Ketika solat, orang yang tidak penat dan mempunyai cas positif akan mengalirkan cas positif kepada orang yang letih dan mempunyai cas negatif,” katanya.

Katanya, ini yang menyebabkan orang yang bersolat jemaah mempunyai badan bertenaga dan lebih tenang.

Dr Fatimah berkata, solat tarawih dan berpuasa juga memberi kebaikan dan ini terbukti berdasarkan kajian yang dilakukan.

Sebelum Ramadan bermula, katanya komposisi badan diukur dan selepas 21 hari berpuasa, komposisi tubuh yang diukur semula mendapati keadaan tubuh sihat seperti kolesterol rendah akibat kadar pembakaran lemak yang meningkat serta paras glukos rendah.

Selain itu, katanya posisi tubuh (posture) dalam solat dapat mengubat sakit pinggang. Malah jika berjumpa doktor, pesakit disuruh melakukan senaman seperti berdiri dan membongkokkan tubuh yang menyamai gerakan solat.

Beliau berkata, keputusan positif itu adalah berdasarkan ukuran saintifik dengan meletakkan beberapa sensor (pengesan) di tulang belakang pesakit untuk melihat isyarat otot.

Katanya, hasil kajian mendapati pesakit yang mengikuti terapi solat selama sebulan, iaitu dengan membuat rukuk 90 darjah, sakit pinggangnya berkurangan.

“Ini membuktikan terapi solat boleh digunakan untuk merawat sakit pinggang. Kita akan menerbitkan buku kedua terapi solat yang bukan saja sesuai untuk wanita normal, tetapi untuk wanita mengandung. Bukan Islam juga boleh mengikuti terapi ini dengan melakukan senaman sama seperti gerakan solat,” katanya.

Jangan terkejut kerana solat boleh merawat Erektil Disfungsi (ED) atau lebih dikenali sebagai mati pucuk, masalah kesihatan yang lelaki amat takut.

Untuk lelaki normal, keupayaan seksual adalah tiga kali penegangan ketika tidur dan volum ketika ketegangan mesti lebih 200 peratus.

“Kajian dilakukan dengan mengukur zakar (pesakit diajar melakukan ukuran). Pada bulan pertama, tiada ketegangan langsung, tetapi selepas melakukan terapi selama dua bulan iaitu dengan melakukan solat tambahan, sudah ada ketegangan dan volum mencapai tahap normal,” katanya.

Beliau berkata, terapi adalah dengan cara melakukan solat sunat sebanyak tiga kali seminggu dengan setiap terapi sebanyak 12 rakaat atau kira-kira 30 minit

Selain itu, katanya antara hasil kajian yang menarik perhatian pakar sakit jantung ialah mengenai kadar denyutan jantung kerana selama ini, kajian saintifik lain menyatakan bahawa kadar denyutan jantung paling rendah adalah ketika berbaring.

“Kajian mendapati ketika solat, keadaan sujud mencatatkan kadar denyutan paling rendah dan lebih baik berbanding ketika baring. Ini menunjukkan posisi tubuh ketika solat adalah bagus,” katanya.

Sehubungan itu, katanya kajian akan dilakukan dengan lebih meluas untuk melihat sama ada posisi tubuh ketika solat boleh merawat sakit jantung.

Katanya, pakar jantung gembira dengan hasil kajian itu kerana boleh memperkenalkan terapi solat kepada pesakit jantung untuk melakukan senaman. Ketika ini, setiap pesakit jantung perlu melakukan senaman selama 30 minit setiap hari.

Akhirnya Perintah Solat Di Akui Kekuatannya -Malaysiakini

KAJIAN saintifik tiga pensyarah Universiti Malaya membuktikan solat yang diwajibkan kepada umat Islam setiap hari, bukan hanya amalan kerohanian tetapi terbukti mempunyai hikmah tersirat terhadap fizikal dan mental terutama meningkatkan tahap kesihatan manusia.

SOLAT sebagai rukun Islam yang wajib dilakukan setiap umat Islam sudah banyak dikaji dari sudut kerohanian.

Bagaimanapun, pernahkah kita berfikir mengenai pengertian setiap gerakan solat seperti qiyam, rukuk, sujud, duduk antara dua sujud serta tahiyat awal dan tahiyat akhir.

Adakah gerakan itu hanya sekadar gerakan tubuh yang tidak mempunyai makna?

Kajian sains moden mendedahkan bahawa amalan yang dilakukan lima kali setiap hari bukan hanya suatu amalan kerohanian yang mendekatkan hamba kepada penciptanya. Kehebatan solat ternyata memanfaatkan tubuh manusia.

Hasil kajian saintifik membuktikan kewajipan terhadap setiap umat Islam mempunyai hikmah tersirat terhadap fizikal dan mental manusia.

Lebih membanggakan bukti itu diperoleh hasil kajian anak tempatan, termasuk seorang bukan Islam. Mereka adalah pensyarah Jabatan Kejuruteraan Biomedikal di Fakulti Kejuruteraan Universiti Malaya (UM) yang diketuai Profesor Madya Dr Fatimah Ibrahim bersama Profesor Wan Abu Bakar Wan Abas dan Ng Siew Cheok.

Penggerak kajian ini ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan melalui geran Jabatan Perdana Menteri (JPM), kajian itu bermatlamat menentukan nilai terapeutik solat terhadap mereka yang melakukan solat, termasuk dari segi sistem kardiovaskular, komposisi tubuh, isyarat otak dan aktiviti otot.

Dr Wan Abu Bakar ketika memperjelaskan kajian itu berkata, mereka adalah jurutera bioperubatan yang mengkaji tubuh manusia dari segi kejuruteraan.

Katanya, kajian itu cuba melihat apa yang sebenar berlaku kepada fizikal dan mental manusia ketika melakukan solat.


SOLAT terbukti mempunyai hikmah tersirat terhadap fizikal dan mental manusia.

“Kajian dibahagikan kepada beberapa bahagian, iaitu saya mengkaji aktiviti otot, Siew Chok mengkaji isyarat otak, iaitu apa yang berlaku kepada gelombang otak ketika solat. Dr Fatimah mengkaji komposisi tubuh,” katanya.

Beliau berkata, hasil kajian mendapati bahawa ada banyak perkara positif apabila seseorang melakukan solat dan ini dimuatkan dalam buku `Solat: Kebaikan Dari Perspektif Sains’ terbitan Jabatan Kejuruteraan Biomedikal. Buku ini mempunyai dua versi, bahasa Melayu dan Inggeris.

Setakat ini, kajian itu adalah yang pertama dilakukan secara saintifik di negara ini. Bagaimanapun, sudah ada beberapa kajian yang sama, tetapi tidak menyeluruh dan lengkap seperti yang dilakukan UM.

Seorang doktor perubatan dari Indonesia, Prof Dr Moh Sholeh, melakukan kajian khusus terhadap solat tahajud.

Beliau mengambil sampel darah, hormon tekanan (stress) dan imuniti dalam badan. Selepas tiga bulan melakukan solat, sampel diambil lagi dan didapati imuniti meningkat dan hormon tekanan menurun. Rumusannya solat tahajud boleh merawat barah.

Kajian lain dilakukan oleh tiga doktor perubatan dari Universiti Hokkaido di Jepun, iaitu Mohammed Faruque Reza, Yuji Urakami dan Yukio Mano, yang mendapati bahawa posisi tubuh (posture) solat boleh merawat warga tua yang sakit tulang.

Dr Wan Abu Bakar berkata, kajian sepatutnya berakhir tahun ini, tetapi jabatan mempunyai beberapa cadangan baru bagi memperluaskan kajian itu.

Memperjelaskan kajian lanjutan itu, Dr Fatimah yang mengetuai kajian berkata antara bidang baru yang akan dikaji ialah mengenai perbezaan solat antara orang biasa dan ulama.

“Kajian itu akan mengkaji isyarat otak ulama dan orang biasa ketika bersolat. Adakah isyarat otak orang alim adalah lebih tenang berbanding orang biasa kerana kita menjangka mereka memahami bahasa al-Quran,” katanya.

Bagaimanapun, katanya sukar untuk mendapat ulama secara sukarela menyertai ujian ini. Beliau memberi jaminan bahawa identiti mereka yang menyertai ujian dirahsiakan dan hanya dinyatakan sampel adalah dari kumpulan tertentu.

Berbanding kajian awal yang mengesahkan solat memberi banyak kebaikan kepada kesihatan manusia, katanya kajian lanjutan memperjelaskan proses solat merawat pelbagai penyakit.

Mengambil Erektil Disfungsi (ED) atau mati pucuk sebagai contoh, katanya kajian awal yang dilakukan mengesahkan bahawa solat memberi kesan positif untuk merawat ED, tetapi mereka ingin mengkaji cara gerakan solat merawat penyakit itu.

Parlimen Budak-budak Sekolah -Malaysiakini

KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat kecoh pagi semalam apabila Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Lajim Ukin menyebut perkataan 'buntut' ketika bertikam lidah dengan Ahli Parlimen Padang Serai, N Gobalakrishnan (PKR).

Ia menyebabkan Ahli Parlimen pembangkang serta kerajaan bertikam lidah dan menimbulkan kekecohan lebih 10 minit.

Perkataan itu dituturkan Lajim apabila seorang Ahli Parlimen pembangkang tiba-tiba mencelah serta menuduh kementeriannya mengamalkan rasuah dalam pembinaan beberapa lapangan terbang di Sabah ketika beliau menjawab soalan.

Lajim yang sedang menjawab soalan tambahan Datuk Md Sirat Abu (BN-Bukit Katil) mengenai penambahan landasan di Lapangan Terbang Batu Berendam, berang apabila Gobalakrishnan tiba-tiba menyampuk dan menuduh kementeriannya mengamalkan rasuah.

"You jangan cakap banyak... you pun hanya ikut 'buntut' saja... you baru lagi," kata Lajim.

Gobalakrishnan yang marah dengan penggunaan perkataan itu terus menimbulkan kekecohan sambil meminta Lajim memohon maaf dan menarik balik perkataan itu.

Keadaan kecoh berterusan walaupun Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar beberapa kali meminta Ahli Parlimen bertenang.

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad (PKR) juga bangun dan bertanya kepada Wan Junaidi sama ada perkataan 'buntut' boleh digunakan dalam dewan.

Pertikaman lidah yang tidak terkawal menyebabkan Wan Junaidi mengarahkan Lajim menarik balik perkataan yang digunakan itu.

Beliau turut memberi kata dua kepada semua Ahli Parlimen supaya tidak memberi arahan kepadanya mengenai apa yang perlu dilakukan untuk mengawal dewan.

ulasan
assirkami :

agaknya kat dalam parlimen sekarang nie dah tak der isu lain ker nak cakap sampai hal buntut pun jadi isu. masing -masing ada so jaga lah masing masing punya ini tak duk lah sibukkan orang lain.

lagi satu yang saya kompius bila masa pulak ir Khalid Abdul Samad wakili PKR dan setahu saya Yb shah Alam nie wakil Pas bila masa pulak dia join PKR ??

inikah gambaran ahli parlimen yang dipilih oleh rakyat ?? kalau rasa tak layak tu letak lah jawatan .. bagi orang lain yang berkaliber dan bukan berkaki lebar .Jagalah sikit adab bercakap tu jangan sampai jadi macam bebudak tadika. Malu dibuatnya.

Kiraan Zakat -Malaysiakini

Assalamualaikum,

Kali ini saya akan membicarakan mengenai zakat emas yang dikenakan dalam dua keadaan iaitu:

1. Emas Yang Dipakai
Emas yang dipakai (sebagai perhiasan) walaupun sekali dalam tempoh setahun tidak wajib dikenakan zakat.Tetapi jika nilai emas berkenaan melebihi kadar "uruf" (nilai kebiasaan pemakaian masyarakat setempat), maka ia wajib dikenakan zakat dengan kadar 2.5% atas lebihan dari nilai uruf. Nilai yang diambil kira adalah nilai semasa emas sahaja (tidak termasuk nilai batu permata).

*Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan menetapkan kadar uruf adalah harga 150gm emas semasa.

Contoh: Jika seseorang mempunyai emas seberat 200gm, maka nilai yang wajib dizakat ialah:


200gm – 150gm (nilai uruf)
= 50gm x RM 54.12 (nilai semasa per/gm)
= RM 2706 x 2.5% (kadar zakat)
Maka zakatnya adalah RM 67.65

2. Emas Yang Tidak Dipakai
Emas yang tidak digunakan atau dipakai walaupun sekali dalam tempoh setahun. Jika nilai emas tersebut bersamaan atau melebihi 85gram (nisab), maka ia wajib dikenakan zakat sebanyak 2.5%

Contoh: Nilai emas = RM 5,000 x 2.5% maka zakatnya adalah RM 125

Ambil Kesempatan Yang Ada...-Malaysiakini

Ahli-ahli dan para penyokong PAS diingatkan jangan lalai dan terleka dengan percakaran yang berlaku di dalam Umno menjelang berlakunya permilihan kepimpinan parti tersebut Mac 2009 kerana mereka tetap akan bersatu apabila menentang PAS.

Menurut Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad, pergaduhan dan percakaran yang berlaku di dalam Umno kini janganlah menyebabkan ahli-ahli PAS terleka dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab bagi meneruskan perjuanganan Islam.

"Kita jangan dok seronok sangat bila puak Ali Rustam bergaduh dengan geng Muhyidin, Mahathir dengan Pak Lah dan jangan dok harap mereka bergaduh kita nak lena saja.

"Puak-puak ini berlawan untuk rebut jawatan tapi bila berdepan dengan kita mereka bersatu itu sebab kita kena ambil iktibar dari peperangan Ahzab yang kita bawa semangat tersebut ketika menyambut kemenangan Aidilfitri," katanya ketika menyampaikan ceramah sempena majlis hari-raya PAS Kawasan Kota Melaka, baru-baru ini.

"Bekas Perdana Menteri Indonesia, Pak Natsir yang pemimpim parti Islam Masyumi pernah mengatakan walaupun kita lihat blok komunis diwakili Rusia dan blok barat yang diwakili Amerika bertelagah di peringkat antarabangsa tetapi apabila berlawan dengan Islam mereka kembali bersatu," tambahnya.

Selanjutnya, beliau menjelaskan bahawa PAS terus relevan sehingga hari ini dan hari kiamat nanti kerana mempunyai prinsip Islam berbanding Umno yang boleh kekal ketika ini kerana masih lagi mempunyai sisa pemerintahan di Putrajaya.

"Kita sudah lama menjadi pembangkang boleh bergerak melakukan pelbagai aktiviti, membina markas sendiri dan berceramah walaupun belum memerintah.

"Umno kalau sudah tidak memerintah lagi dia tentu tidak boleh bergerak kerana dia tak ada tempat nak jalankan mesyuarat, contohnya di Selangor baru-baru ini terpaksa diadakan mesyuarat Umno di kedai jual tempe," kata beliau. -

Isnin, 20 Oktober 2008

Pak Lah Di Hujung usia Pemerintahan-Malaysiakini

selepas spoting saya pada petang tadi saya masukkan dan malam ini saya cuba selongkar kembali berita yang dipaparkan dalam Akhbar utusan yang mana boleh saya sifatkan lagak seorang tua yang sudah tak karuan untuk memerintah negara ini dan sebelum ini pernah mewasiatkan kepada timbalannya yang bakal dipilih sebagai teraju utama dalam pemerintahan negara.

Dalam pada itu, warga emas ini juga sudah tidak berdaya lagi untuk menjawab tomahan serta kritikan pedas dari ahli-ahlinya yang menyifatkan BN sebagai road bully kepada parti komponan yang lain . Tak percaya .. jom kita baca ..

KUALA LUMPUR 18 Okt. - Persepsi bahawa UMNO membuli parti-parti komponen lain dalam Barisan Nasional (BN) adalah persepsi salah dan ia tidak pernah berlaku, tegas Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Sebaliknya kata Perdana Menteri, persepsi itu sengaja dicetuskan dan dimainkan oleh parti pembangkang supaya parti-parti dalam komponen BN bergaduh sesama sendiri.

"Memang pun parti pembangkang mahu mewujudkan persepsi tidak baik terhadap BN, itu adalah strategi mereka yang sepatutnya difahami semua orang," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Perhimpunan Agung Tahunan MCA ke-55 di Wisma MCA di sini hari ini.

Menurutnya, adalah tidak wajar parti-parti komponen BN bergaduh sesama sendiri kerana percaya dengan dakwaan bahawa UMNO bertindak membuli parti lain.

Beliau yang juga Pengerusi BN berkata, selama ini para pemimpin parti-parti komponen akan duduk berbincang dalam suasana baik jika timbul sesuatu masalah yang perlu diselesaikan termasuk pada tengah malam atau awal pagi.

Hadir sama pada sidang akhbar itu ialah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Presiden MCA, Datuk Seri Ong Ka Ting yang bakal melepaskan jawatan pada pemilihan parti itu kali ini.

''Isu UMNO membuli parti lain tidak bermula dengan aduan daripada parti komponen tetapi dimulakan oleh parti pembangkang yang mahu memperlecehkan BN.

''Itu kerja pembangkang untuk melemahkan kita dan menimbulkan perasaan benci ahli parti terhadap pemimpin," kata Abdullah.

Beliau juga menolak anggapan bahawa Ka Ting adalah Presiden MCA yang lemah seperti dakwaan pihak tertentu kerana banyak perkara telah dibawa oleh pemimpin masyarakat Cina itu kepada kerajaan.

Katanya, Ka Ting bukan orang yang berkelakuan kasar dan mempunyai perasaan benci terhadap orang lain tetapi dalam kelembutannya itu, beliau sentiasa memperjuangkan agenda MCA.

''Beliau akan membawa sesuatu perkara ke dalam Kabinet dan kita membincangkannya dalam suasana yang baik dan saling membantu serta menegur agar masalah rakyat dapat diselesaikan," katanya.

Dalam pada itu, Perdana Menteri yang akan menyerahkan jawatan kepada Najib Mac tahun depan berkata, beliau komited dalam melaksanakan reformasi dalam pentadbiran kerajaan dan bidang kehakiman.

''Saya mahu memastikan walaupun dalam masa singkat ini, pembaharuan itu akan dipersetujui oleh Parlimen dan pengganti saya, Najib juga telah menyatakan sokongannya terhadap langkah ini," katanya.
so apa pendapat korang tentang respon yang diberikan ?? nilai dan fikirkan tindakan anda

Ahad, 19 Oktober 2008

ANDAI KATA MERLIMAU JADI DAERAH KECIL ...- Malaysiakini

ini cuma andaian sahaja,

berkemungkinan akan lahir satu lagi parlimen yang terpecah dari persempadanan semula dalam parlimen jasin iaitu parlimen merlimau yang asalnya hanyalah sebuah Dewan Undangan Negeri sahaja dan tumpuan akan diberikan sepenuhnya kepada kawasan yang baru nak membangun.

dari segi pentadbiran juga berkemugkinan merlimau akan ada seorang pegawai daerah dan juga pejabat daerah sendiri.akhirnya merlimau akan berdiri dengan sendiri.Begitu juga dengan 3 kawasan yang lain dan ianya akan mengukuhkan lagi peluang untuk Bee End Kekal di Melaka.


Kempunanlah orang Jasin lepas ini untuk berahli parlimenkan seorang yang berfikrah islam

PAK LAH SERBA TAK KENA -Malaysiakini

sejak akhir-akhir ini kita dipaparkan dengan pelbagai isu yang membabitkan UMNO dan Bee End yang mula menampakkan keadaan yang cukup genting terutama kepada PEE EMM Pak Lah.Tak kurang dengan tekanan dari dalaman lebih hebat lagi tekanan dari luaran terutama dari parti komponen BN yang makin lama makin berani menunjukkan taring untuk menentang sebarang keputusan dari pucuk pimpinan BN sendiri.

Ini memberikan keuntungan yang cukup besar pada Pakatan Rakyat yang sebelum ini menegaskan akan melaksanakan proses peralihan kuasa selewat-lewatnya pada akhir tahun ini.

dua hari lepas, Presiden UPKO, Datuk Bernard Dompok mengeluarkan kenyataan memberi kata dua kepada kerajaan pimpinan Pak lah badawi untuk melaksanakan reformasi dalam kerajaan dan semalam pula keluar kenyataan daripada rakan seperjuangan UMNO, MCA yang menuntut supaya jawatan timbalan perdana menteri diserahkan kepada mereka.

Pak Lah semakin hari semakin tertekan dan tak cukup dengan tekanan yang dihadapi
,tekanan selanjutnya diberikan dari kalangan ahli MT UMNO sendiri yang inginkan peralihan kuasa disegerakan.Tok Najib dah jadi calon tunggal untuk Presiden dan hari ini pula Pak Lah menyelar tindakan Tan Sri Muhyiddin sebagai dalang yang cuba menjatuhkan beliau. Pak Lah jadi serba tak kena dan akhirnya yang dapat keuntungan ialah pakatan rakyat. Jelaslah sekarang ini Pak Lah seba tak kena.

Sabtu, 18 Oktober 2008

Khairy : antara underdog atau Dog ??- Malaysiakini

sebelum pilihanraya 8 mac 2008, saudara khairy jamaludin, naib ketua pemuda umno malaysia begitu lantang memaki hamun, mencerca dan menghina siapa sahaja yang mengancam serta memperlekeh bapa mertuanya pak lah. Malahan dalam pemilihan umno tahun-tahun sebelum ini beliau bertanding kononnya status under dog tapi sejak akhir-akhir ini beliau semakin ketandusan sokongan seolah-olah macam dog yang tidak bertuan lagi. apa sudah jadi dengan khairy jamaludin ?? Dulu under dog kini dah jadi dog ker ??

tulah silapnya bila tak jaga mulut. pepatah orang-orang tua ada mengatakan "kerana pulut santan binasa dan kerana mulut badan binasa. itulah yang terjadi pada diri khairy jamaludin yang dulunya menjadi samseng jalanan dengan menyifatkan para demostrator sebagai beruk-beruk dan akhirnya gelaran beruk kembali padanya semua.
nasib baik dah naik jadi MP kalau tak memang teruk kena lanyak. Tak dapek ese nak nolong eh lantak kau lah

KEBURUKAN PARTI BERUNSUR PERKAUMAN -Malaysiakini

Di dalam Majlis Perjumpaan Ketua-Ketua Jabatan Persekutuan dan Pemimpin-Pemimpin UMNO Negeri Kedah pada 10 Oktober lepas, Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan kepada semua ahli UMNO supaya ‘jangan berpuak.

“Kita sebut tidak ada puak dalam parti. Saya akan amalkan (dasar) tidak ada puak dalam UMNO. Tidak kira dia orang siapa, yang penting kita semua orang UMNO,” katanya.Inilah hakikat yang ada di dalam UMNO sebagai sebuah parti assabiyyah yang mengikat ahli-ahli mereka atas dasar assabiyyah Melayu dan juga ikatan manfaat.

Ikatan manfaat yang ada dalam UMNO telah lama menimbulkan puak-puak yang ‘saling bantu-membantu’ selama mana 'manfaat’ masih wujud di kalangan sesama mereka. Seterusnya, apabila ikatan manfaat ini terburai, maka seseorang itu akan meninggalkan, malah menghentam puak tersebut dan beralih ke puak lain pula.

Apabila ada manfaat yang lebih besar yang boleh didapati dengan puak lain lagi, maka melompat lagi seseorang itu ke puak lain pula dan begitulah seterusnya cara mereka berpuak-puak. Memang sudah lumrah dalam parti politik assabiyyah seperti UMNO di mana akan sentiasa wujud ‘puak-puak’ di dalam parti, kerana pertimbangan masing-masing adalah ‘manfaat’.

Mungkin tidak keterlaluan jika kita menganalogikan mereka ini umpama serigala di satu kawasan perburuan. Dalam kawanan serigala yang besar ini tentunya wujud puak-puak kecil dan dalam setiap puak ini tentu wujud pula seekor ketua yang mendominasi. Dan apabila mereka ‘mencari rezeki’, masing-masing akan bersatu dan bekerjasama atas dasar ‘manfaat’.

Jika ada puak lain yang datang menceroboh dan mengganggu di kawasan perburuan mereka, maka akan berlakulah pergaduhan yang boleh membawa kekacauan di seluruh kawasan tersebut. Dan jika berlaku pergaduhan, maka tentunya puak yang kuat akan mendominasi puak yang lemah dan seterusnya akan mendominasi kawasan tersebut, sesuai dengan prinsip ‘the law of the jungle”.

Jika lagi banyak puak, maka lagi bahayalah kedudukan, khususnya kepada mereka yang ingin menjadi ketua kerana persaingan akan menjadi semakin sengit dan peluang untuk kalah akan semakin membesar.Semua orang tahu, apatah lagi orang UMNO sendiri, bahawa seruan agar semua ahli UMNO tidak berpuak-puak hanyalah umpama anjing menyalak bukit. Perebutan kerusi di dalam UMNO yang menyaksikan wujudnya ‘Team A’ atau pun ‘Team B atau pun ‘My Team’ dan sebagainya, telah lama wujud dan tidak pernah dapat di atasi di dalam setiap kali pemilihan.

Berita-cerita tentang rasuah, ugut-mengugut, fitnah-memfitnah, penggunaan bomoh dan sebagainya untuk memastikan kemenangan, sering kali kedengaran dan ia berlaku sejak dulu lagi. Selama mana manfaat dunia yang menjadi pegangan, selama itulah puak-puak ini akan pasti wujud. Cuma yang berubah adalah ‘ahli’ puak. Mungkin tahun ini ahli itu berada di dalam puak A, tahun depan dia berada di puak B, tahun satu lagi di puak C dan tahun satu lagi kembali kepada puak A dan begitulah seterusnya. Puak mana yang boleh memberi 'manfaat' yang paling banyak, maka tentunya puak itulah yang menjadi pilihan ahli tersebut.

Inilah keburukan dan kucar-kacirnya keadaan sekiranya parti itu didirikan bukan ‘berasaskan’ aqidah Islam. Perjalanan parti sekular ini pastinya akan banyak dipengaruhi oleh ‘manfaat’ demi memenuhi hawa nafsu masing-masing. Berbeza dengan parti yang asasnya adalah aqidah Islam, ia akan mewujudkan sekelompok daripada orang Islam yang ikhlas yang berjuang untuk Islam, demi menzahirkan agama Allah di atas agama-agama lain. Parti Islam yang jelas fikrah dan thariqahnya (sebagaimana perjuangan Rasulullah) akan memimpin ahlinya (dan umat Islam secara keseluruhannya) ke arah Islam, bukannya ‘ke arah 'manfaat’.

Mereka akan memilih pemimpin dan berjuang di dalam parti untuk menegakkan Kitabullah dan Sunah RasulNya, bukannya berjuang untuk ‘memenangkan’ puak masing-masing atas dasar assabiyyah dan manfaat. Kerana telah lamanya mereka bergelumang di dalam parti untuk mendapatkan habuan dunia, puak-puak sekular yang telah keras hatinya ini lupa bahawa semua tindakan mereka ini sedang diperhatikan oleh Zat Yang Maha Melihat.

Mereka lupa bahawa mereka akan dibangkitkan di hari kemudian di mana tidak ada gunanya harta dan anak-anak, puak-puak, jawatan dan kekayaan mereka pada waktu itu, kecuali hanya takwa kepada Allah yang akan menyelamatkan mereka. Mereka lupa bahawa mereka akan dihisab di akhirat nanti atas apakah mereka telah melaksanakan perintah dan larangan Allah dan puak-puak mereka yang ada langsung tidak akan dapat menyelamatkan mereka. Malah pada hari itu, puak-puak ini akan berlumba-lumba melepaskan diri masing-masing darinya.

Pada hari itu, barulah mereka sedar bahawa tidak ada ‘keistimewaannya’ mereka dengan bangsa Melayu mereka, malah Allah akan menimpa-nimpakan dosa atas perjuangan assabiyah mereka semasa di dunia yang telah diharamkan oleh Allah swt. Pada hari itu jugalah, baru mereka sedar bahawa tindakan mereka berjuang dan berpuak-puak di dalam puak assabiyyah telah menjadi penyesalan besar ke atas mereka. Namun pada waktu itu, sudah tidak ada gunanya sebarang penyesalan kerana taubat mereka sudah tidak diterima dan sudah tidak ada seorang pun yang akan dapat menyelamatkan mereka dari neraka Allah. Nauzubillahi min zalik

Pak Lah Bakal terkorban atau Dikorbankan ??-Malaysiakini

Apakah yang berlaku apabila ketua harimau sudah kehilangan taring? Sudah tentulah ia tidak lagi digeruni harimau-harimau yang lain dan jika ada bangkai yang ditinggalkan, sudah tentulah pula harimau-harimau lain akan berebut-rebut untuk mendapatkan bangkai tersebut. Itulah perumpamaan realiti yang berlaku di dalam UMNO pada ketika ini.

Pengumuman Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi selaku Presiden UMNO untuk tidak mempertahankan jawatannya pada pemilihan UMNO Mac tahun depan dianggap sebagai satu pengorbanan besar oleh ramai pihak khususnya dari kalangan pemimpin UMNO sendiri. Banyak kenyataan-kenyataan positif yang dikeluarkan yang menunjukkan mereka sebenarnya ‘mengalu-alukan’ keputusan bapa mertua Khairy Jamaluddin itu.


Desakan agar Pak Lah yang bermasalah ini untuk melepaskan jawatan beliau sebagai Perdana Menteri telah disuarakan oleh beberapa pemimpin UMNO sejak kekalahan BN dalam pilihan raya Mac lalu lagi. Namun, bekas Mr. Clean ini berkali-kali menegaskan tidak akan berbuat demikian kerana beliau masih mendapat sokongan rakyat, katanya.

Tidak tahan panas telinga dengan desakan pemimpin tertinggi dalam UMNO sendiri, maka Pak Lah terpaksa membuat pelan peralihan kuasa yang ditetapkan pada Jun 2010. Namun, suara-suara pedas yang memanaskan telinga Pak Lah masih belum puas hati kerana 2010 dirasakan terlalu lama. Desakan dilakukan lagi agar proses peralihan kuasa dipercepatkan.

Kini, Perdana Menteri Malaysia kelima ini nampaknya terpaksa akur dengan kehendak ‘musuh’ di dalam selimut yang mahukan beliau turun dari takhta secepat mungkin. Setelah pengumuman dibuat untuk tidak mempertahankan jawatan presiden UMNO dan sekali gus menyerahkan kepimpinan negara kepada Timbalannya, maka ramailah pula pihak yang beranggapan bahawa ini satu pengorbanan dari beliau.

Benarkah ini satu pengorbanan, atau Pak Lah sememangnya terpaksa berkorban kerana sudah tidak tahan dengan desakan dari luar, bukan dari dirinya sendiri? Kalau ikutkan hatinya, mungkin beliau masih ingin menjadi Perdana Menteri, setidak-tidaknya sama tempoh dengan Tun Dr Mahathir yang telah memegang takhta selama 22 tahun.

Jika semasa Naib Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyatakan pendiriannya dengan tegas yang mahukan peralihan kuasa dipercepatkan, dia dikecam daripada segenap penjuru oleh pemimpin-pemimpin UMNO yang lain kerana dianggap telah ‘menderhaka’ kepada Presiden Parti.

Namun sebenarnya ternyata, pandangan Muhyiddin itu telah mendapat tempat nun jauh di lubuk hati setiap pemimpin tertinggi UMNO, cuma yang lain masih kecut perut untuk bersuara. “Silence majority’ dalam kepimpinan UMNO ternyata telah menyebabkan Pak Lah terpaksa berundur lebih awal, dari mendapat malu kalah dalam pertandingan Mac nanti.

Kebiasaan yang wujud di dalam UMNO adalah terdapat ‘perang saudara’ yang sengit dan tidak kurang juga banyak kambing hitam yang perlu dikorbankan di dalam setiap kali pemilihan parti berlangsung. Kini, nampaknya majoriti pemimpin UMNO bersetuju bahawa yang patut dijadikan ‘korban’ kali ini adalah ketua mereka sendiri, dan sebagai satu penghormatan, mereka bersepakat agar ‘korban’ tersebut tampil ke hadapan bagi menyatakan ‘pengorbanannya’. Hakikat ini lebih mulia dari ketuanya ‘terkorban’ semasa pertandingan nanti, yang mana besar kemungkinan untuk ianya berlaku.

Persoalan kepada rakyat, khususnya kita umat Islam adalah, siapakah yang untung daripada pengunduran Pak Lah ini? Sudah tentulah tidak ada apa-apa keuntungan kepada rakyat kerana penggantinya nanti pun sama-sama sekular dengan orang yang diganti, sistemnya pun nanti sama, kepimpinannya nanti pun sama, malah tidak mustahil lebih zalim dari yang sebelumnya.

Pokoknya, tidak ada keuntungan sedikit pun baik kepada Islam mahupun umatnya kerana agenda mereka adalah sekular, bukannya Islam. Kita langsung tidak mendengar pengganti PM nanti akan menegakkan syariat Islam secara kaffah dan menukar matlamat perjuangannya, apabila dia memerintah nanti. Apa yang kita dengar adalah perebutan jawatan sesama ahli UMNO yang semakin hebat dan tidak ada satu pun suara di kalangan mereka yang ingin menegakkan hukum Al-Quran dan Sunnah.

Sisa-sisa kekayaan negara yang masih banyak yang bakal ditinggalkan Pak Lah kini tentunya menjadi perhitungan dan rebutan, bukan sahaja di kalangan pemimpin atasan, malah yang di bawah juga tidak mahu ketinggalan.

Masing-masing pada ketika ini mungkin sudah ada yang mula mengira bajet dan mencari wang sebanyak mungkin serta memikirkan teknik terbaik bagaimana untuk merasuah para perwakilan UMNO nanti agar mengundi mereka. Inilah hakikat yang berlaku dalam UMNO sejak dulu, kesan dari politik Kapitalis di dalam perjuangan assobiyah mereka. Malang sungguh bagi umat Islam, kerana inilah para pemimpin mereka.
sumber : MyKhilafah

Cabaran dalam perjuangan - Malaysiakini

"syeikh , malam nie ada meeting kat post harap enta dapat datang" "syeikh nak mintak sampaikan tazkirah kat surau sekian sekian boleh tak ? " " syeikh , ana minta maaf tak dapat hadir cz ada urusan peribadi ngan zaujah ana " "syeikh ana tak dapat datang cz kucing ana nak beranak so ana nak kena jadi bidan terjun lah pulak ""syekh ana tak leh lah nak bagi tazkirah ngan orang-orang tua nie kalau ngan nisa tu maybe ok lah kot ""syeikh ana tak berani lah nak kedepan cz tak reti nak bercakap"

Pergh... macam macam alasan yang mampu diberikan dan diungkapkan kalau nak mengelakkan diri. begitulah keadaannya daie atau pendakwah pada zaman sekarang nie. macam macam alasan yang diberikan untuk mengelakkan diri daripada melibatkan diri dalam perjuangan untuk menegakkan islam.

Bagi pendapat saya kalau begini keadaan nya memang padanlah jika agama lain lebih mendahuli serta lebih suka untuk memusuhi Islam. sebabnya pendakwah atau pejuang yang mengaku untuk memperjuangkan Islam sendiri tewas pada diri sendiri. mana taknya, dengan kehidupan yang serba moden dan kos sara hidup yang cukup mewah mereka terus leka dan lalai sedangkan para messionari dan musuh-musuh islam mula mengatur strategi untuk terus ke depan dan menghancur leburkan Islam.

Benarlah apa yang pernah diungkapkan oleh sahabat besar nabi SAW, Saidina Umar AlFaruq : kebatilan yang bersistem akan dapat menewaskan kebenaran yang tidak bersistem. sepatutnya para daie atau pejuang islam pada masa kini kembali untuk memikirkan apa dan bagaimana keadaan dan suasana pada masa sekarang ini dapat dibaiki dan diislahkan dengan sebaiknya.

Perancangan yang berkesan serta pengharapan yang tinggi kepada Allah adalah perkara yang sangat perlu diambil berat bagi memastikan Islam berada dimercunya.

Rabu, 15 Oktober 2008

How to know if the milk products made in China or Taiwan


How to differentiate Taiwan made products and China made products by looking at the first 3 digits of its Bar code.

If the 1st 3 digits are 690, 691 or 692 - China made

If the 1st 3 digits are 471 – Taiwan made

Selasa, 14 Oktober 2008

Merlimau Bakal Naik Jadi Daerah -Malaysiakini

SUNGAI UDANG – Kerajaan negeri berhasrat menjadikan kawasan Masjid Tanah, Merlimau dan Selandar sebagai daerah kecil baru di negeri ini. Bagaimanapun permohonan tersebut masih lagi belum mendapat kelulusan pihak Kerajaan Persekutuan.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata, keperluan kemudahan dan perkhidmatan semakin tinggi di tiga-tiga kawasan terbabit dan harus dipecahkan. :“Jadi ada keperluan daerah-daerah ini menjadi enam daerah,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke tapak pembinaan Kompleks Penjara Sungai Udang, di sini, semalam.

Kerajaan negeri juga bersetuju menjadikan kawasan Hang Tuah Jaya (HTJ) sebagai kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) baru. :Menurut Mohd Ali, kerajaan negeri telah menghantar permohonan kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan untuk dipertimbangkan.

“Kawasan Hang Tuah Jaya memenuhi semua keperluan daripada segi saiz, penduduk dan lain-lain. “Saya harap ia (permohonan) akan mendapat kelulusan daripada Kerajaan Persekutuan supaya kawasan Hang Tuah Jaya menjadi suatu kawasan baru PBT di Melaka,” katanya.

Beliau turut memberitahu Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) tetap akan mentadbir kawasan pusat bandar. :“Hang Tuah Jaya akan mengambil kawasan Ayer Keroh, Lapangan Terbang Batu Berendam dan sebahagian Bukit Katil, Bemban dan Krubong.

“Ia merangkumkan tiga daerah iaitu Melaka Tengah, Jasin dan Alor Gajah dan strategi ini akan memperkemaskan lagi pentadbiran Hang Tuah Jaya dan boleh memberi fokus khusus,”katanya.
Katanya lagi, MBMB sukar menguruskan HTJ dengan licin dan cekap berikutan kawasan luas dan kerja banyak di bawah pentadbiran MBMB.
“Setakat ini kita hanya laksanakan di bawah agensi iaitu Perbadanan Hang Tuah Jaya tapi ia tiada kuasa PBT. “Bagaimanapun ia tidak akan menjejaskan kedudukan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah,” tegasnya.

PAS MELAKA BANTAH DATO' SHAH RUKH KHAN- Malaysiakini

MELAKA, 14 Okt (Hrkh) - PAS Melaka kesal dengan penganugerahan Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) kepada pelakon Bollywood Shah Rukh Khan oleh kerajaan Melaka, baru-baru ini.

Sebelum ini, penganugerahan 'Dato' oleh Kerajaan Negeri Melaka menjadi kecoh gara-gara terlalu ramai individu yang menerima gelaran itu dan dipertikaikan oleh orang-ramai kerana individu tersebut tidak memenuhi kelayakan yang sewajarnya.


Menurut Ketua Penerangan PAS Melaka, Sofi Wahab, apakah kriteria yang diambilkira oleh kerajaan negeri sehingga pelakon yang jelas mengamalkan maksiat dan budaya keseronokan semata-mata ini diberikan anugerah yang sebegitu besar.


Beliau turut kesal kerana seolah-olah tiada lagi orang lain yang layak dan berjasa kepada rakyat negara dan negeri ini.

"Saya yakin ramai di kalangan bekas-bekas perajurit,guru, pegawai- pegawai tinggi dan aktivis masyarakat yang banyak berjasa kepada negara dan negeri yang tidak diberikan penghargaan oleh kerajaan.

"Dalam bidang sukan Melaka umpamanya mempunyai bekas pemain kebangsaan dan jurulatih berpengalaman G.Torairaju, Ramli Junit, Mirnawan Nawawi dan lain-lain telah menyumbang banyak jasa kepada negara.

"Dalam bidang agama negeri Melaka juga mempunyai beberapa ulama yang terkenal dan diakui keilmuan mereka antaranya bekas Pensyarah Universiti Malaya dan Bekas Yang Dipertua Persatuan Ulama' Malaysia, Ustaz Abdul Ghani Shamsuddin; Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa, Ustaz Zahazan Mohamad dan lain-lain
," katanya.

Malahan beliau turut menempelak Kerajaan Negeri Melaka kerana dengan sewenangnya memberi gelaran Dato' dan apalah agaknya sumbangan Shah Rukh Khan kepada rakyat negeri Melaka?

"Saya sangat kesal kerana kerajaan negeri Melaka mengagungkan orang seperti Shah Rukh Khan yang jelas melakukan maksiat dan memberikan contoh tauladan yang tidak baik kepada rakyat negeri ini. 'Dato' Melaka sudah tidak ada nilai.

"Kita faham dan tidak membantah kiranya kerajaan negeri mahu menghargai sumbangan mereka yang terlibat dalam dunia seni yang terdiri dari arti-artis atau penggiat seni tanahair. Ini sudah menjadi amalan kita sejak dari dahulu lagi di mana ada artis yang dianugerahkan dengan gelaran Tan Sri contohnya Allahyarham P. Ramlee dan SM Salim.

"Tetapi rakyat berasa pelik dengan penganugerahan 'Dato' kepada artis Bollywood yang jelas tidak mempunyai sumbangan kepada negara dan hanya memperkenalkan filem yang banyak unsur-unsur negatif,"
tambah beliau.

Beliau turut menyifatkan keputusan itu kini menjadi bahan senda?gurau dan gelak-ketawa rakyat dan pimpinan negeri-negeri lain.

assirkami:

sebenarnya kerajaan pimpinan BN Melaka nie dah tak der modal lain nak tarik pelancong datang ke melaka lagi.Nak bersih sungai melaka pun tak bersih gak .. bau longkang n parit still ada lagi,tambahan pulak letak buaian gergasi "eye on Melaka"pulak kat tepi sungai memang sengaja cari nahas dan satu daripada cara yang mudah untuk orang bunuh diri.

Takkan kerajaan negeri tak nampak bahaya yang akan menimpa kalau pasang buaian dekat tepi sungai. silap haribulan kalau jatuh buaian tu dalam sungai berapa banyak yang rugi , duit siapa juga yang habis ?? duit rakyat jugak.

pemasangan buaian gergasi di tepi sungai tersebut seolah-olah bakal merancakkan lagi kegiatan maksiat yang bakal berlaku ditempat yang tersorok.

FATWA ISRAEL HALALKAN DARAH UMAT ARAB -Malaysiakini

Laman web al-jazeera.net melaporkan bahawa para khakham (ulama besar) Yahudi telah meluluskan fatwa menghalalkan darah warga Arab Palestin (Islam dan Kristian) sebagai balasan kepada pembunuhan kader-kader mereka di bandar al-Quds. Fatwa yang akan disebarkan keapda umum pada hari Sabtu, 29 Mac 2008 melalui majalah rasmi kumpulan ultra ortodoks Yahudi itu bertajuk ‘Darah Yahudi lebih mahal dari emas’.

Rabbi dari bandar Safd, Samuel Eliyahu telah mengesahkan perkara tersebut dan menyeru agar kerajaan Israel mengulangi menubuhkan semula unit 101 yang pernah diketuai oleh Ariel Sharon pada masa lampau. Unit tersebut terkenal dengan kekejaman mereka membunuh warga awam Arab dan juga pembunuhan kelarga-keluarga Arab di kampung Qabyah dan Nahalin pada tahun 50’an. Unit yang diketuai oleh Ariel Sharon itu juga terkenal dengan kekejaman mereka membunuh seluruh penduduk kampung Arab, termasuk wanita, kanak-kanak dan warga tua di dalam sebuah rumah yang diletupkan secara kejam.



Eliyahu menjelaskan bahawa fatwa berkenaan adalah bersumberkan dari Taurat. Menurut beliau darah kaum selain dari Yahudi adalah halal dan mereka berhak untuk melakukan perkara yang sedemikian. Beliau mendakwa, jika pihak AS dan Rusia boleh menumpahkan darah kaum Muslimin, mengapa kaum Yahudi tidak boleh dibenarkan melakukan perkara yang sama. Fatwa tersebut telah mengundang kritikan dan penentangan dari ahli parlimen Arab di dalam knesset rejim Zionis Israel. Mereka membawa isu tersebut ke pihak pengadilan dan meminta agar fatwa yang berbau keganasan tersebut diharamkan oleh pihak mahkamah tinggi kerajaan rejim.

Agak ironik, darah lebih 100 rakyat Gaza telah ditumpahkan sebelum peristiwa serangan ke atas kader-kader Yahudi ultra Ortodoks. Tidak pula kedengaran mana-mana ulama Islam di Gaza menghalalkan darah warga awam Yahudi di seluruh dunia. Peliknya, apabila nyawa para kader-kader ultra ortodoks Yahudi Zionis yang juga merupakan anggota tentera sukarelawan rejim terbunuh, mereka menghalalkan darah semua warga Arab Palestin. Di manakah media antarabangsa untuk mempamerkan kepada dunia wajah sebenar ‘pengganas dunia’?

sumber : ustaz mazlee malik

p/s darah umat islam tumpah di merata dunia... darah anak muda melayu (mat rempit) tumpah dijalan raya.Ape ke hei nyer???

Isnin, 13 Oktober 2008

Tersepit punya pasal pun jadi isu ker ??-Malaysiakini

PASIR PUTEH 12 Okt. - Akibat tidak memakai seluar dalam, seorang pelajar lelaki pra sekolah sebuah sekolah di bandar ini telah tersepit hujung kemaluannya semasa menarik zip seluar semasa keluar dari tandas sekolah hari ini.

Pihak sekolah terpaksa mengambil masa hampir sejam bagi membuka kembali 'bahagian' tersepit itu yang bertambah sukar apabila pelajar itu meronta-ronta akibat kesakitan.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10 pagi itu, beberapa guru lelaki terpaksa menggunakan pelbagai cara untuk membantu pelajar berkenaan seperti menggunakan gunting bagi memotong zip dan penyepit besi untuk melonggarkan bahagian yang tersepit.

"Kanak-kanak berusia enam tahun itu membuang air kecil di tandas sekolah berkenaan pada waktu rehat tetapi disebabkan tidak memakai seluar dalam sebahagian kulit kemaluan tersepit pada zip seluarnya," kata guru yang bertanggungjawab membuka bahagian tersepit itu, Che Alias Che Deraman.

Beliau berkata, ibu kanak-kanak tersebut telah dipanggil ke sekolah bagi membantu menenangkan anaknya dan memudahkan kerja membantu pelajar tidak bernasib baik itu."Kita memberi cadangan kepada beliau untuk merujuk kes itu ke klinik kesihatan yang berdekatan tetapi tidak dipersetujui oleh ibunya yang terus meminta pihak sekolah menguruskannya," katanya.

Sehubungan itu, Che Alias meminta ibu bapa menasihatkan anak masing-masing supaya memakai seluar dalam bagi mengelakkan kejadian seumpama itu berlaku.
p/s berhati-hati semasa memakai seluar supaya tidak berlaku kejadian diatas yang cukup memalukan

Macam nie jer boleh dapat Datuk ker ???-Malaysiakini

MELAKA 12 Okt. – Penganugerahan Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) yang membawa gelaran Datuk kepada pelakon Bollywood, Shah Rukh Khan adalah berdasarkan sumbangannya mempromosi negeri ini melalui filem lakonannya yang ditonton jutaan peminat seluruh dunia, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam.

Beliau berkata, Shah Rukh Khan pernah datang ke Melaka membuat penggambaran filemnya bertajuk One Two Ka Four di A Famosa Resort, Alor Gajah beberapa tahun lepas.

“Salah satu lagu dalam filem berkenaan dibuat penggambaran di A Famosa Resort, Alor Gajah. Ini telah menyebabkan jutaan orang yang menonton filem itu mengenali Melaka,” katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas istiadat penyampaian anugerah darjah, tauliah, bintang dan pingat kebesaran negeri Melaka sempena ulang tahun ke-70 hari jadi Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd. Khalil Yaakob di Dewan Seri Negeri, Ayer Keroh di sini, semalam.

Shah Rukh Khan yang dilahirkan di New Delhi pada November 1965, adalah antara 758 penerima anugerah darjah, tauliah, bintang dan pingat kebesaran negeri Melaka tahun ini. Tarikh penyampaian anugerah kepadanya belum ditetapkan lagi.

Mohd. Ali berkata, penganugerahan DMSM kepada Shah Rukh Khan adalah pelaburan yang mendatangkan banyak keuntungan balik kepada Melaka dari segi promosi secara percuma tanpa melibatkan wang.

“Kalau kita hendak buat promosi Melaka secara sendiri melalui sesuatu filem yang ditonton jutaan orang di seluruh dunia tentu kosnya bernilai beratus juta ringgit,” katanya.

“Melaka mempunyai banyak tempat pelancongan menarik seperti Sungai Melaka, Menara Taming Sari, Eye On Melaka dan tempat-tempat bersejarah yang menarik untuk filem seperti filem Hindustan. Kawasan lain di dunia pernah ditonton oleh orang ramai tetapi Melaka belum ditunjukkan secara menyeluruh,” katanya.

Mohd. Ali berkata, bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin mencadangkan kepada Mohd. Khalil supaya pelakon Bollywood itu diberi anugerah bagi membantu Melaka menjadi terus popular lebih-lebih lagi selepas Melaka mendapat pengiktirafan Bandaraya Warisan Dunia daripada Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unesco).