Translate

Followers

EZ Q

Jumaat, 24 Oktober 2008

Penkid Haram !! Pondan ngan Maknyah Ape Cerita ???-Malaysiakini

KOTA BHARU: Majlis Fatwa Kebangsaan semalam memutuskan perlakuan 'pengkid' atau wanita yang menampilkan diri menyamai lelaki, sama ada dari segi pergaulan, tingkah laku atau berpakaian, haram dan dilarang sama sekali.

Pengerusinya, Prof Datuk Dr Abdul Shukor Husin, berkata pengharaman itu dibuat berdasarkan perkembangan terkini di kalangan remaja perempuan yang cenderung mengamalkan cara hidup lelaki.

Beliau berkata, fenomena pengkid kini menjadi isu serius di kalangan anak gadis di negara ini dan ia perlu ditangani segera supaya tidak berkembang hingga sukar diatasi pada masa depan.

"Majlis Fatwa mendapati isu pengkid kini semakin ketara. Remaja perempuan kini lebih gemar dengan cara hidup lelaki dari segi pergaulan, perbuatan dan berpakaian, yang bukan saja bertentangan dengan fitrah asal manusia, tetapi cuba menafikan hak kewanitaan.

"Lebih membimbangkan, pengkid kini sudah melarat kepada perkara berkaitan seksual dengan meminati sama sejenis," katanya pada sidang media selepas berakhirnya muzakarah dua hari Majlis Fatwa Kebangsaan di sini. Hadir sama, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz.

Sehubungan itu, Dr Abdul Shukor meminta ibu bapa, keluarga dan masyarakat menasihatkan golongan terbabit supaya tidak melakukan perkara menyalahi ajaran Islam.

Pada muzakarah itu, Majlis Fatwa turut mengarahkan Jakim menggubal kaedah khusus mengenai sumpah mubahalah atau sumpah laknat bagi mengelak kekeliruan dan kekacauan di kalangan umat Islam.

Beliau berkata, Majlis Fatwa mendapati ramai orang Islam tidak memahami isu dan konsep sumpah mubahalah, yang dilihat mampu memberi kesan buruk kepada masa depan ummah.

"Majlis Fatwa Kebangsaan mengesan banyak isu berkaitan sumpah muhabalah disiarkan akhbar dan mendapati ramai umat Islam tidak faham mengenai perkara ini.

"Kami menjangkakan peraturan berkaitan perkara itu terutama sumpah mubahalah, yang boleh menjurus ke arah memporak-perandakan umat Islam, akan dikeluarkan Jakim tidak lama lagi," katanya.


Selain itu, majlis berkenaan membuat ketetapan untuk membolehkan seseorang cucu mewarisi harta pusaka datuk mereka sekiranya bapa meninggal dunia terlebih dulu daripada datuk.

Beliau berkata, tindakan itu diambil demi menjaga kepentingan cucu terbabit sekiranya harta itu tidak diagihkan kepada mereka selepas kematian bapa.

"Bagi sesetengah cucu dari kalangan yang tidak berada, tentunya dengan sejumlah kecil harta yang diberikan oleh datuknya, dapat mengelak perkara yang tidak diingini menimpa ke atas mereka," katanya.

ulasan daripada Assirkami :
Tahniah pada Majlis Fatwa Kebangsaan yang telah mengisytiharkan haram terhadap kegiatan penkid yang semakin berleluasa dikalangan remaja. Tapi saya ada beberapa pertanyaan yang rasanya perlukan jawapan yang bernas dari pihak JAKIM khususnya jabatan agama yang beroperasi dibawah JAKIM sendiri .

1) sejauh mana perlaksanaan fatwa ini dilaksanakan?? kita lihat sendiri banyak fatwa yang telah dikeluarkan oleh majlis fatwa kebangsaan yang dipengerusikan sendiri oleh Perdana Menteri tetapi sejauh mana perlaksanaan terhadap sesuatu fatwa itu dilaksanakan ?? nak kata tak cukup kaki tangan ?? rasa saya ramai yang dah mohon nak jadi pegawai JAKIM tapi kenapa sampai sekarang ini masih tak ada peningkatan dari segi yang mengisi jawatan berkenaan ??
2) ada beberapa orang dari rakan saya yang telah memohon menjadi pegawai di JAKIM tetapi terpaksa menunggu hingga kini masih lagi tiada jawapan malah ada diantara kerajaan negeri yang mensyaratkan untuk mengisi borang Ahli UMNO dahulu barulah akan diterima menjadi pegawai Hal Ehwal Islam. kalau tak jadi ahli UMNO tak boleh ke?? adakah satu kemestian untuk menjadi seorang daripada pekerja di bawah perkhidmatan awam dimestikan menjadi ahli UMNO ??

Tiada ulasan: