Translate

Followers

EZ Q

Isnin, 27 Oktober 2008

Jangan Ganggu Pak Lah nak tido - Malaysiakini

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengingatkan semua pihak dalam negara jangan mencetuskan huru-hara politik atau memporak-perandakan masyarakat.

"Sekarang adalah masa kita perlu bekerjasama. Kita kena memahami satu sama lain," kata Perdana Menteri dalam program televisyen World Business yang disiarkan CNBC malam kelmarin, apabila ditanya mengenai langkah menghadapi keadaan ekonomi global yang tidak menentu sekarang dan proses peralihan kuasa di negara ini.

Menjawab soalan wartawan Eckart Sager dalam program itu berkaitan dakwaan yang berulang kali dibuat Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa jumlah Ahli Parlimen yang akan berpaling tadah kepada pihaknya adalah mencukupi bagi membolehkan menggulingkan kerajaan, oleh itu barangkali inilah masanya kerajaan dan pembangkang patut berhenti daripada berbalah, Abdullah berkata, setakat ini, apa yang dikatakan Anwar itu pembohongan semata-mata.



Kata beliau: "Anwar memberitahu seluruh dunia bahawa beberapa Ahli Parlimen saya akan menyeberang untuk menyebelahinya dan dengan itu, kami akan jatuh dan beliau akan menubuhkan kerajaan baru.

"Tapi, dia tak berjaya pun dan apa yang beliau ucapkan selama ini hanya pembohongan semata-mata. Saya tidak faham kenapa beliau perlu terus berbuat begitu."

Perdana Menteri juga berkata, banyak perkara yang perlu dilakukan di negara ini apabila wujudnya peluang bagi pemimpin muda untuk tampil ke depan, selepas peralihan kuasa.

"Peralihan kuasa yang saya janjikan ini adalah secara aman, amat demokratik dan sudah tentu akan menjamin kelangsungan apa jua yang saya lakukan setakat ini," kata Abdullah merujuk kepada hasrat beliau untuk tidak mempertahankan jawatan Presiden Umno dan menyerahkan kuasa kepada Timbalannya, Datuk Seri Najib Razak pada Mac depan.

Ditanya apakah yang mendorong beliau membuat keputusan untuk berundur, Abdullah berkata, beliau sudah berkhidmat dengan kerajaan dalam pelbagai kedudukan sejak 45 tahun lalu dan selepas hampir berusia 70 sekarang, beliau berpendapat tiba masanya beliau memberi laluan kepada pemimpin lebih muda.

"Kami perlu pastikan parti terus relevan dan parti ini pula mestilah membuat perancangan untuk masa depannya. Saya tinggalkan untuk mereka beberapa strategi dan Misi Nasional, yang saya yakin, mampu memacu pertumbuhan pembangunan dan menjadi landasan bagi pertumbuhan yang berkekalan pada masa akan datang," katanya.

Ditanya mengenai agenda perubahan yang ingin beliau laksanakan dan apakah yang mungkin lakukannya dalam tempoh lima bulan akan datang, Abdullah berkata: "Saya mahu buat perubahan, rakyat sukakan idea perubahan ini."

Perdana Menteri berkata, beliau sendiri berpendapat badan kehakiman, pasukan polis dan Badan Pencegah Rasuah (BPR) memerlukan perubahan.

Abdullah berkata, beliau juga sudah mengadakan dasar ke arah meningkatkan keselamatan sosial, yang akan beliau lancarkan tidak lama lagi

assirkami :
jangan rubut-ribut .. syy.. Pak lah Nak Tido .. heheheh....

Tiada ulasan: