Translate

Followers

EZ Q

Rabu, 29 Oktober 2008

Nazrey Johani pun sokong PMRAM .. Datuk Ali Pemutus hubungan PMRAM -Malaysiakini

Al-Azhar Media yang berusia lima tahun akan berusaha memastikan PMRAM serta golongan pelajar agama di sini dibantu, demikian ditegaskan oleh Pengurus II syarikat tersebut, Ustaz Mohd Nazri Zainuddin. Berucap di program Kembara Jejak Realiti (KEJORA '08) pada 26 Oktober lalu di Mu'askar Ismailiyah, beliau mengulangi apa yang diperkatakan oleh beliau dalam program-program sebelum ini bahawa kelahiran Al-Azhar Media adalah bagi membela golongan Azhariyun.

"Kami nak buktikan kepada masyarakat bahawa golongan Azhar tidak hanya boleh mengajar di masjid dan surau sahaja bahkan mahir juga dalam bidang pengurusan dan pentadbiran," tegas beliau.
Ustaz Nazri yang juga graduan Al-Azhar cawangan Damanhur dengan pangkat Jayyid dalam jurusan Syariah Wal Qanun turut menerangkan beberapa perancangan Al-Azhar Media antaranya mengeluarkan komik kartun dalam Bahasa Arab selain ke arah menceburi bidang animasi.

Beliau juga mengingatkan para pelajar bahawa berpersatuan bukanlah penghalang kepada kejayaan dalam pelajaran. Beliau mengambil contoh abangnya, Ustaz Khairi Zainuddin, graduan Al-Azhar cawangan Shibin El-Kom yang memperolehi Jayyid Jiddan sedangkan pada tahun akhir beliau diamanahkan sebagai Exco di Badan Kebajikan Anak Negeri Sembilan (BAKANS) dan juga di DPM Shibin El-Kom.

Beliau juga menceritakan kesungguhan Ustaz Mohd Khairi sewaktu belajar yang hanya tidur dua hingga tiga jam sehari di samping pengurusan masa yang baik.

Sementara itu, Nazrey Johani sewaktu berucap di Nuzul Syabab dalam program yang sama memuji PMRAM sebagai sebuah persatuan induk mahasiswa di sini mampu menguruskan perjalanan artis.
"Mana ada persatuan pelajar lain di Mesir yang setanding dengan PMRAM," ujar beliau sambil mendapat tepukan dari peserta.
ulasan assirkami:
dulu waktu Datuk Ali datang ke mesir pada tahun 2003 tak silap saya , beliau pernah mengugut badan anak negeri untuk memutuskan hubungan dengan PMRAM yang menjadi penaung pada anak -anak melayu khususnya yang berada dimesir. Sebaliknya menggalakkan anak-anak melayu khususnya yang beada di Mesir untuk menyertai kelabu Umno luar negara dengan ganjaran USD 200 seorang.
Hasilnya kebanyakan yang jadi ahli, kurang berminat untuk berdakwah serta melaksanakan kerja-kerja dakwah sebaliknya lebih suka untuk duduk dirumah goyang kaki daripada bertegang urat untuk menyatakan kebenaran.
sebaliknya yang melibatkan diri dengan PMRAM pulang dengan pelbagai kepakaran yang mampu untuk menyebarkan dakwah dengan pelbagai cara dan kebanyakannya melibatkan diri dengan gerakan islam.

Tiada ulasan: