Translate

Followers

EZ Q

Selasa, 14 Oktober 2008

Merlimau Bakal Naik Jadi Daerah -Malaysiakini

SUNGAI UDANG – Kerajaan negeri berhasrat menjadikan kawasan Masjid Tanah, Merlimau dan Selandar sebagai daerah kecil baru di negeri ini. Bagaimanapun permohonan tersebut masih lagi belum mendapat kelulusan pihak Kerajaan Persekutuan.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata, keperluan kemudahan dan perkhidmatan semakin tinggi di tiga-tiga kawasan terbabit dan harus dipecahkan. :“Jadi ada keperluan daerah-daerah ini menjadi enam daerah,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke tapak pembinaan Kompleks Penjara Sungai Udang, di sini, semalam.

Kerajaan negeri juga bersetuju menjadikan kawasan Hang Tuah Jaya (HTJ) sebagai kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) baru. :Menurut Mohd Ali, kerajaan negeri telah menghantar permohonan kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan untuk dipertimbangkan.

“Kawasan Hang Tuah Jaya memenuhi semua keperluan daripada segi saiz, penduduk dan lain-lain. “Saya harap ia (permohonan) akan mendapat kelulusan daripada Kerajaan Persekutuan supaya kawasan Hang Tuah Jaya menjadi suatu kawasan baru PBT di Melaka,” katanya.

Beliau turut memberitahu Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) tetap akan mentadbir kawasan pusat bandar. :“Hang Tuah Jaya akan mengambil kawasan Ayer Keroh, Lapangan Terbang Batu Berendam dan sebahagian Bukit Katil, Bemban dan Krubong.

“Ia merangkumkan tiga daerah iaitu Melaka Tengah, Jasin dan Alor Gajah dan strategi ini akan memperkemaskan lagi pentadbiran Hang Tuah Jaya dan boleh memberi fokus khusus,”katanya.
Katanya lagi, MBMB sukar menguruskan HTJ dengan licin dan cekap berikutan kawasan luas dan kerja banyak di bawah pentadbiran MBMB.
“Setakat ini kita hanya laksanakan di bawah agensi iaitu Perbadanan Hang Tuah Jaya tapi ia tiada kuasa PBT. “Bagaimanapun ia tidak akan menjejaskan kedudukan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah,” tegasnya.

Tiada ulasan: