Translate

Followers

EZ Q

Selasa, 30 September 2008

Nostalgia Raya De Perantauan (Mesir) Bahagian 1 -Malaysiakini

assalamualaikum dan salam aidilfitri buat semua teman-teman seperjuangan. Diam tak diam dalam senyap tanpa ada signal apa -apa ramadhan telah pergi meninggalkan kita dan syawal pula muncul membawa sinar yang baru buat kita semua menandakan kemenangan mutlak bagi mereka-mereka yang berpuasa dengan ikhlas dan dengan penuh keimanan. Tapi kengkawan , malam nie saya tak nak lah bagi tazkirah pepanjang memandangkan hari pun dah makin larut cuma iyerlah sambil-sambil golek-golek kat atas tilam nie teringat pulak kenangan terindah semasa diperantauan khususnya nostalgia masa belajar dulu lah.
Nak diceritakan, saya nie lulusan mahasiswa di salah sebuah universiti yang tertua di Mesir dan biasalah kalau di mesir nie memang banyak pengalaman yang dapat ditimba khususnya kalau nak test power iman nie kuat ke tak. Tapi nak citerkan kat sini betapa seronoknya beraya diperantauan almaklum ramai gak adik2 yang belajar kat mesir yang surf laman kita nie.
memang banyak perbezaan yang dapat kita lihat berbanding dengan apa yang berlaku di malaysia. Pertamanya , saya nak ceritakan mengenai cerita bulan puasa dulu ..kita repeat dulu kenangan masa berpuasa dan juadah yang disediakan Arab nie punya cara berbuka cukup simple just buka ngan air kosong dan 3 biji kurma sahaja. Tapi kat malaysia nie Ya Allah .. punya banyak makan sampai nak bangun untuk solat maghrib pun dah tak larat. Itulah keadaan saya di malaysia. Arab nie walaupun hanya berbuka dengan 3 biji kurma tapi lepas solat maghrib dia lipat abis sampai tak leh bangun dibuatnya. Dengan nasi minyak lah ... nasi hadramaut lah .. ayam panggang .. ayam golek .. aduh .. memang syok masa tu.
Tu kisah bab puasa, sampai pulak cerita bab raya pulak. Arab nie kaau bab solat raya mereka nie tak kisah nak solat kat mana, kalau dah tak muat masjid ,,, atas tar, atas padang bola atau atas jalan pun boleh dijadikan tempat solat. kalau bab pagi raya nie kebiasaan pak-pak arab nie akan solat lebih urang jam 6.30 pagi dan ada juga antara perajar-pelajar malaysia yang join skali.

Isnin, 29 September 2008

AMALAN DI BULAN SYAWAL : BOLEH BUAT DAN TAK BOLEH BUAT -Malaysiakini

assalamualaikum .. selamat hari raya aidilfirti .. artikel ini saya petik dari web alfadhil ust zaharudin berkenaan amalan semasa hati raya
Di hari mulia Syawal ini pula, umat Islam adalah amat digalakkan untuk :-

1) Mandi sunat hari raya sebelum keluar menunaikan solat sunat idil fitri . Ulama besar Tabien Said Bin Jubayr berkata : "Tiga perkara sunnah di hari raya iaitu antaranya : mandi sunat sebelum keluar solat hari raya".

2) Menjamah makanan sebelum keluar. Ia berdasarkan hadith dari Anas Bin Malik yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari yang menyebut : "Nabi SAW tidak keluar di pagi hari raya idil fitri sehinggalah Nabi SAW menjamah beberapa biji kurma..."

3) Memperbanyakkan Takbir dan bukan memperbanyakkan menonton TV dan bermain mercun ;
Seharusnya umat Islam jangan terlalu di sibukkan dengan aktiviti persiapan raya sehingga meninggalkan peluang takbir ini. Ini adalah penting bagi syiar Islam selain kalimah Takbir yang dibenci oleh Syaitan. Ad-Dar Qutni melaporkan bahawa apabila Ibn Umar r.a keluar di hari raya Idul Fitri, beliau akan berterusan bertakbir sehinggalah imam keluar untuk mengimamkan solat hari raya.

4) Mengucapkan selamat dan mendoakan antara satu sama lain ; Tiada masalah untuk menggunakan apa jua kalimah, asalkan ianya mempunyai maksud yang sama. Bagaimanapun, kalimah yang digunakan di zaman baginda SAW adalah "Taqabbalahhu minna wa minkum" ertinya : Semoga Allah menerima amalan ( amalan dan ibadat di Ramadhan) kami dan kamu".
Disebut dalam sebuah riwayat :
قال واثلة لقيت رسول الله يوم عيد فقلت تقبل الله منا ومنك قال نعم تقبل الله منا ومنك
Ertinya : Berkata Wathilah, Aku bertemu Rasulullah s.a.w pada hari raya dan aku katakan pada baginda "taqabballahu minna wa minka", baginda menjawab : Ya, taqabballahu minna wa minka" ( Al-Baihaqi, rujuk perbincangan di Fath Al-Bari, 2/446 )

5) Memakai pakaian terbaik yang ada ;
Walaupun demikian, perlulah mengikut kemampuan dan tiada pembaziran dibenarkan. Tidak dibenarkan untuk menghina pakaian orang lain yang kurang indah dan mahal (kecuali pakaian seksi dan tidak menutup aurat memang di haramkan di dalam Islam).
6) Menukar jalan ke tempat solat (balik dan pergi) ;
Ia berdasarkan hadith dari Jabir r.a yang menyebut bahawa Nabi SAW biasanya menukar atau berbeza jalan pergi dan pulang apabila di hari raya" (Riwayat Al-Bukhari)

7) Berziarah dan merapatkan hubungan baik sesama Muslim sempena musim cuti yang diperolehi.
Dalam pada masa yang sama, secara amat ringkas saya sertakan beberapa kesilapan kesilapan kerap di musim perayaan :-
1) Sentuhan ; Berjabat tangan di antara lelaki dan wanita secara meluas ketika berziarah rumah jiran dan rakan. Walaupun terdapat perbezaan pendapat para ulama dalam bab ini. Ia lebih baik dijauhi terutama apabila melibatkan pemuda dan pemudi.
2) Aurat & Ipar ; Ipar duai yang tidak menjaga aurat di antara satu sama lain ketika berada di dalam rumah. Seperti adik ipar perempuan tidak menutup aurat di rumah sedangkan abang iparnya berada di rumah. Termasuk juga, tidur secara terbuka di ruang tamu tanpa menutup aurat, sehingga membolehkan abang ipar atau adik ipar lelaki melihat aurat yang terdedah.
3) Wangian Wanita ; Kaum wanita memakai wangian dan solekan ala artis di musim perayaan lalu keluar dari rumah mendedahkan diri mereka kepada lelaki bukan mahram.
4) Pakaian Wanita ; Pakaian yang mendedahkan susuk tubuh dengan sempit dan nipisnya lalu bertandang ke khalayak ramai.
5) Kubur ; Berkumpul beramai-ramai di kubur hingga duduk di atas kubur orang lain dengan alasan untuk membaca Yasin yang agak panjang dan meletihkan jika berdiri. Larangan ini disebut jelas di dalam mazhab Syafie sebagai dihurai oleh Imam Khatib As-Syarbini, malah bersandar kepadanya juga dilarang ( Mughni Al-Muhtaj, 1/354 ; Minhaj at-Tolibin)
6) Meninggalkan solat ; kerana terlalu sibuk beraya di sana sini.

7) Dosa Bertempoh ; Kembali melakukan dosa yang ditinggalkan di bulan Ramadhan. Malah memang sebahagiannya diniatkan untuk disambung selepas Ramadhan. Sebagai contoh, ada yang menangguhkan pergaduhan di Ramadhan, maka syawal bolehlah bergaduh kembali. Syawal dijadikan tempat lambakan maksiat berdating, bersyahwat melalui telefon dan 'chat', berjalan jauh berdua-duaan dengan teman wanita dan lain-lain. Hancurlah seluruh kebaikan yang baru hendak sebati dengan hati, sudah dibuangnya jauh-jauh.

Dipenghujung Ramadhan

Bulan Ramadhan, sudah hampir tiba ke penghujungnya. Bagi individu yang sedar serta menghayati ‘tawaran' bonus yang di berikan oleh Allah SWT dan RasulNya di bulan Ramadhan, mereka sudah pasti akan merasa sedih atau amat sedih dengan pemergiannya.

Sebaliknya orang yang tidak sedar atau tidak ambil endah tentang kelebihannya pasti bergembira dan berpesta dengan pemergian bulan hebat ini. Lebih malang lagi, pestanya yang dianjurnya adalah jenis pesta hiburan yang sememangnya bertentangan dengan ruh dan objektif Ramdhan. Seolah-olah individu yang berpesta maksiat di permulaan bulan Syawal ini ingin memaklumkan berkenaan ‘peperiksaan' Ramadhannya yang mendapat keputusan ‘gagal' dan berjaya peroleh doa khas Malaikat Jibrail untuk mendapat 'kecelakaan' iman yang lebih dahsyat pada bulan selanjutnya. Nau'zubillah.

Ahhh.. apa peduli apa !..Kata sebahagian mereka Masalah pasti berterusan kerana sebahagian besar dari mereka yang berpesta maksiat ini tidak mempunyai ilmu bagi mengenal pasti perbezaan antara maksiat dan amal soleh, dosa dan pahala. Malah tiada minat langsung untuk mengetahuinya. "waste of time!!" katanya lagi. Padahal di bulan Ramadhan yang juga digelar bulan Al-Quran, Allah SWT mengarahkan kita merujuk Al-Quran yang fungsinya adalah sebagai Al-Furqan (Pemisah antara yang benar dan yang salah). Malang bagi mereka yang masih tidak mahu bernaung dengan petunjuk Al-Quran dan Al-Hadis dalam kehidupan hariannya sejurus selepas Ramadhan ini. Sebagaimana kata-kata hukama :-

الْقُرْآَنُ شَافِعٌ مُشَفَّعٌ فَمَنْ جَعَلَهُ إِمَامَهُ قَادَهُ إلى الْجَنَّةِ وَمَنْ جَعَلَهُ خَلْفَهُ سَاقَهُ إلى النَّارِ

Ertinya : "Al-quran itu boleh memberi syafaat, barangsiapa yang mengambilnya sebagai pemandu (kehidupannya) nescaya ia akan membawa ke Syurga dan barangsiapa yang meletakkannya di belakangnya, nescaya ia akan mengheret orang itu ke Neraka" ( Riwayat At-Tabrani, Ibn Hibban, 1/331 ; Ia sukar untuk dianggap sebagai hadis kerana perawinya Al-Rabi' bin Badr yang dinilai Matruk ; Majma Az-Zawaid, 7/164)

BOLEHKAH BERSUKARIA DI MUSIM RAYA?

Jika demikian, adakah Muslim di tegah untuk bersuka ria di hari raya dan hanya bersedih sahaja ?. Jawapannya, bergembira di Syawal tidak ditegah, malah Rasulullah s.a.w sendiri membenarkan umat islam bergembira di Syawal, dengan syarat gembira itu mestilah dilaksanakan dan dizahirkan dalam bentuk yang di terima Islam. Nabi SAW juga pernah menegur kepada Abu Bakar As-Siddiq apabila melihat Abu Bakar memarahi Aisyah r.a dan penghibur kanak-kanak yang sedang menyanyikan nasyid di rumah Rasulullah SAW dengan katanya :

دعهما يا أبا بكر فإنها أيام عيد

Ertinya : "Biarkan ia ( wahai Abu Bakar) kerana ini adalah hari raya" ( Riwayat Al-Bukhari)
Mukmin sebenar akan merasa gembira kerana berterima kasih kepada Allah s.w.t atas kurniaan kesempatan dan peluang untuk mereka mendapat keampunan di bulan Ramadhan.
Sudah tentu mukmin ini merasa puas dengan usahanya yang berganda, walaupun penerimaannya adalah terpulang kepada Allah SWT semata. Ia bertepatan dengan Hadith Nabi SAW :

من سَرَّتْهُ حَسَنَتُهُ وَسَاءَتْهُ سَيِّئَتُهُ فذلك الْمُؤْمِنُ

Ertinya "Sesiapa yang merasa gembira apabila ia melakukan amal baik dan merasa buruk dengan perlakuan dosanya, itulah ciri Mukmin sejati " (Riwayat At-Tirmizi, no 2165, 4/465 ; Tirmizi : Hasan Sohih ; Al-Haithami : perawinya sohih , rujuk Majma Az-Zawaid, 1/86 )
Selain mengenangkan usaha berganda yang telah dilakukan sewaktu Ramadhan, bergembira juga atas kejayaan membina ‘benteng kukuh' dari godaan Syaitan, bukankah Nabi SAW telah menyebut bahawa "Puasa itu benteng" (Riwayat Al-Bukhari). Kerana itu mereka menyambutnya dengan kegembiraan.

Jumaat, 26 September 2008

Lim Guan Eng isytihar DUN Penanti sebagai "Serambi Mekah"- Malaysiakini

isu ini saya ambil dari blog hikayat putera batu
(Saya terlalu kagum dengan artikel ini dan tindakan YAB Tuan Lim Guan Eng, semoga sahabat-sahabat dapat membacanya pula!)

Pulau Pinang secara tradisinya memang diperintah oleh pemimpin Cina sejak dahulu lagi dan ianya begitu lama di bawah Parti Gerakan. Selepas Pilihanraya Umum ke 12 yang lalu, tradisi ini berterusan di mana pemimpin kaum Cina terus memimpin P.Pinang cuma bezanya pemimpin ini bukan dari parti komponen BN. Parti DAP yang telah lama bertapak di P.Pinang akhirnya berjaya merampas kerusi Ketua Menteri P.Pinang dari Parti Gerakan di bawah pimpinan Koh Tsu Koon.

Lim Guan Eng yang dikenali sebagai pejuang rakyat tidak mengira bangsa dan agama diberi kepercayaan oleh rakyat P.Pinang untuk menerajui kerajaan Negeri P.Pinang. Tampuk pemerintahan negeri di bawah Lim Guan Eng sememangnya dialu-alukan oleh rakyat pelbagai kaum di Pulau Mutiara itu. Kecuali UMNO, majoriti rakyat di P.Pinang termasuk dari MCA, Gerakan dan juga parti di dalam gabungan Pakatan Rakyat percaya dan yakin Lim Guan Eng mampu memberi perubahan besar kepada rakyat di P.Pinang.

Apabila Lim Guan Eng mula merangka dasar dan arah tuju pentadbiran di P.Pinang, UMNO tidak berhenti-henti cuba mengelirukan masyarakat khususnya Melayu di P.Pinang dengan menjaja pelbagai cerita dan tuduhan untuk memburukkan imej Lim Guan Eng. Kini, UMNO cuba untuk menjadi hero Melayu di P.Pinang setelah sekian lama menjadi `budak suruhan' dan Pak Turut di bawah pemerintahan Gerakan sebelum ini.

Lim Guan Eng seorang pemimpin muda yang berwawasan dan mempunyai nilai keperibadian yang baik cuba mengguna pakai kaedah pemerintahan yang bersih serta telus dengan menjadikan pemerintahan Umar Abdul Aziz sebagai model dan idolanya. Tidak hairanlah beliau sering kali menyeru masyarakat P.Pinang agar merealisasikan konsep `Amar Makruf Nahi Mungkar'. Slogan ini bukan retorik semata-mata kerana beliau kini telah mula sedikit demi sedikit berusaha melaksanakannya.

Pencapaian beliau semenjak mula menduduki kerusi Ketua Menteri P.Pinang amat menakjubkan dan dilihat lebih ke hadapan dari lain-lain negeri di bawah Pakatan Rakyat. Kerisauan masyarakat Islam di P.Pinang sebelum ini telah mula terhakis apabila Lim Guan Eng turut prihatin dengan permasalahan umat Islam di P.Pinang. Langkah pertama mula beliau dilantik sebagai Ketua Menteri, kawasan pertama yang beliau lawati adalah kawasan majoriti penduduk Melayu dan Islam. Beliau turut mengumumkan kenaikan elaun Guru KAFA di P.Pinang.Baru-baru ini paling menakjubkan apabila sebuah daerah di P.Pinang iaitu kawasan Penanti telah dirancang untuk dibangunkan sebagai `Serambi Mekah' di P.Pinang. Mungkin tidak ramai yang percaya di bawah pemimpin Cina akan wujud satu daerah yang bercirikan Islam. Keprihatinan Lim Guan Eng terhadap masyarakat Melayu dan Islam di P.Pinang menyebabkan UMNO P.Pinang tidak mampu berdiri gagah sebagai pejuang Melayu Islam. Sebagai jalan keluar untuk menutup kelemahan mereka, UMNO P.Pinang terpaksa memainkan isu-isu perkauman dan ketuanan Melayu.

Malang sekali, propaganda mereka ternyata gagal lebih-lebih lagi pemimpin-pemimpin Melayu Islam di dalam Pakatan Rakyat yang terdiri dari PAS dan PKR saling bekerjasama dan mempertahankan bentuk pentadbiran Lim Guan Eng.Saya percaya sekiranya Lim Guan Eng berterusan sedemikian, maka impian UMNO/BN untuk menawan kembali P.Pinang agak sukar dicapai. Oleh yang demikian, marilah kita bersama-sama memberikan sepenuh kerjasama dan buah fikiran yang berguna kepada kepimpinan P.Pinang sekarang. Kita harus bersyukur kesemua parti di dalam Pakatan Rakyat kini telah diberi kepercayaan oleh rakyat memerintah beberapa negeri.

Meskipun masih terlalu muda dan awal untuk menilai keseluruhan pentadbiran negeri-negeri di bawah Pakatan Rakyat, namun kita telah mula dapat melihat betapa Pakatan Rakyat mampu untuk mentadbir dan menguruskan negeri masing-masing jauh lebih baik dari UMNO/BN.
Mudah-mudahan ketelusan dan keadilan kepada rakyat yang dipraktikkan oleh Lim Guan Eng akan dapat dijadikan contoh dan teladan kepada semua kerajaan negeri. Di samping itu, ketelusan dan keadilan yang dilaksanakan di bawah kerajaan negeri Pakatan Rakyat ini akan mampu dijadikan panduan oleh seluruh rakyat Malaysia untuk memilih pemimpin-pemimpin mereka di masa-masa akan datang.

Khamis, 25 September 2008

Gerakan Tawan Seri Negeri Bermula ??? - Malaysiakini

Bukit Katil Melaka, 24 September, Naib Presiden Pas Tuan Hj. Mohd. Sabu menggariskan beberapa perkara penting bagi memastikan kubu terakhir Barisan Nasional di Melaka dan Johor dapat dirobohkan bagi memastikan kemenangan dan kemaraan Pakatan Rakyat dalam Pilihanraya akan datang.Beliau berkata demikian dalam Majlis Berbuka Puasa dan Ceramah Umum sempena sambutan Badar al Kubra anjuran Badan Perhubungan Pas Melaka semalam. Di antara perkara yang perlu diberi perhatian ialah mengukuhkan kerjasama dalam Pakatan Rakyat. Menurut beliau dalam PRU lalu, kerjasama dalam Pakatan Rakyat dibuat agak lewat berbanding pada kali ini. Dalam masa yang sama beliau mengingatkan agar semua penyokong dan pimpinan Pakatan Rakyat tidak terperangkap dengan isu perkauman yang cuba dimanipulasi oleh pihak tertentu.Di samping itu tidak leka dengan hanya menunggu kerajaan baru terbentuk sehingga meninggalkan gerak kerja yang mesti dilakukan bagi mengekalkan momentum kebangkitan rakyat dan kemenangan yang dicapai baru-baru ini.Program majlis berbuka puasa semalam turut dihadiri oleh ahli Parlimen Kota Melaka dan semua wakil rakyat DUN DAP Melaka kecuali, YB Betty Chew. Di samping turut dihadiri pimpinan PKR Melaka yang diketuai S/U Perhubungannya Kolonel ( B ) Hashim Puteh.

Betulker Wanita Lebih istimewa dari Lelaki ???-Malaysiakini

Email dari salah saorang sahabat :
Mengapa WANITA sangat Istimewa......
Mama dan Papa sedang menonton TV, seraya mama berkata. "..i letih la..dah lewat ni, i nak tido lah...."Mama pun pegi dapur nak tutup tingkap dapur, nanti masuk pulak lipas...leceh pulak nanti..dah tu, ade pulak rice cooker dalam sink..rendam lepas makan tadi..basuh jap...susun pinggan kat rak, lap dapur..terpercik kena sambal masa masak tadi...check air panas dalam flusk..takut habis pulak nanti malam anak nak susu...memang dah kering pun flusk ni, jerang la air...sementara tunggu air masak, nampak pulak bekas gula dah kosong....salin la gula...check bubur untuk anak nak hantar ke taska esok..nasib baik ade lagi...ishh. ..ni lauk bila ni, semalam...dah beku dah...basuh la kejap....pegi yard, masukkan baju kotor dalam mesin basuh...penat dah ni, besok je la basuh...sidai kaian lap je lah...tik...bunyi air dah masak...salin air dalam flusk...ok settle...baru teringat tak semayang lagi...on da way nak g bilik, papa tgk tv lagi...nampak pulak beg anak untuk hantar ke taska...check. ..baju 2 pasang, towel...towel kecik utk selsama...calamine lotion untuk sapu ruam...pampers 4 keping....alamak. .telupa pulak masukkan botol...basuh botol jap...ok settle...ternampak pulak beg g keje...emm.. besok nak pakai beg polo coklat lah, asik2 pakai beg hitam ni je...salin jap barang2 g beg coklat...cek sume 6 poket beg, takut la tetinggal apa2..leceh pulak..selalunya barang yang tertinggal tu la yang nak pakai nanti...hishhh sempit la beg ni...hangin je...nak kena beli ni beg baru...rasenya 25 hb ni Sogo sale nih...mana flyers tadi ek...ha ni die..ok, catit jap kat yellow sticker, nanti lupa..ok settle...Tetiba dengar suara papa..."..u buat apa lagi tu..tadi kata nak tido.."...."..yelah nak tido la ni..nak smayang jap..."masuk toilet..buat apa2 yang patut...cuci muka dulu..2 jenis lak tu...adoi..gosok gigi...smayang. ..pakai toner...pakai treatment cream...nak lawa and maintain punya pasal lah ni...nanti orang kata baru anak satu dah macam anak 4 pulak...huhuhuhu. ..bukak almari...emmm. ..pakai baju hijau ni lah besok...gosok kejap..check baju papa, baju papa pun kena gosok jugak ni...kat bilik belakang...la, napa komputer ni tak tutup ni..gelas kopi pun ade lagi, dah bersemut dah..ishhh ...g dapur, basuh, sambung gosok baju...gantung elok2...kemaskan baju gantung2...masukkan seluar papa yang dah kotor dalam tempat kotor...ok settle..dgr suara papa lagi..."..i dah ngantuk ni.."..dalam pada nak masuk ke bilik...owh. ..pokok aku dah nak mati ni ha..lupa dah 3 hari tak siram...ok, siram jap...check jap pintu ni...sah tak kunci lagi...grill pun tak tutup..ni kalau tak check ni, senang2 je mat indon masuk rompak umah aku...bukak lampu luar..ni mainan ni sepah2...masukkan la dalam bakul mainan budak ni...banyak nya...sampai bawah meja makan pun ade...adoi.. ..ok dah ...ok dah boleh baring...adoi sakitnya pinggang...cium si comel ni kejap...selimutkan die...la..napa basah ni...emm, tukar la pempers ni...tak bagus la brand ni, nanti nak tukar lain la...nanti g Sogo 25 hb ni beli la skali...ok sayang tido k...kalau boleh jangan la bangun tgh malam ni eh..tido sampai pagi k...gud nite..sweet dreams...aaahh...sedapnya dapat baring...mana pulak lotion sapu kurus aku nih...ha, ni dia...sambil sapu lotion kurus,,,setkan alarm...setkan program kerja besok...pg kul 9.30 ade meeting..ahh...boring. ..panas pulak lotion nih..dah la...emm..sedapnya lelapkan mata...Ya Allah...terima kasih untuk rezekiMU hari ini,...mohon keberkatan dari mu tuhan...papa pun bangun tutup tv..."...i dah ngantuk sangat ni...nak tido lah...citer pun tak best malam ni, bola pun takde..."...selang seminit ...dengar suara papa berkeruh...dah agak dah....So?....apa yang peliknya..??Anda tahu kenapa wanita hidup lebih lama?...SEBAB ADE BANYAK KERJA NAK KENA BUAT....tu yang tak boleh nak mati cepat tu...Hantarkan ke 5 WANITA yang anda rasa hebat...pasti anda disayangi kerana memahami mereka...well, women understand women better...foward jugak kat lelaki-lelaki so mereka akan hargai emak, isteri, dan kawan 2 dengan lebih baik lagi...Tak kira la wanita berkerjaya atau surirumah... setiap wanita adalah istemewa dengan cara mereka sendiri...Kalau lelaki mengakui kebenaran ini....hormat dah hargailah mereka...untuk keperibadian dan kebolehan mereka untuk berdikari...

Fitrah jadi Fitnah ??? - Malaysiakini

artikel dari sahabat assirkami : abuakhfash
Artikel ini bertemakan perkahwinan dan juga sebab sebab mengapa ada di antara kita memilih untuk berkahwin awal walaupun terpaksa berdepan dengan risiko yang mungkin tidak dapat di lihat, tapi risiko adalah satu lumrah kehidupan kita. Sekarang nikmatilah tazkirah ini.

Hati remaja selalu berkata, apakah salah kami bercinta? Rasa cinta memang tidak salah.Ia adalah fitrah semulajadi (instinct) yang ALLAH swt kurniaan kepada setiap manusia. Ingin bercinta dan dicintai adalah instinct. Jiwa manusia memerlukan cinta seperti jasad perlukan makanan. Oleh kerana cinta adalah fitrah, maka tentulah tidak salah merasainya. Namun ALLAH tidak kurniakan cinta secara polos begitu saja. Dia juga pencipta peraturan cinta demi menjaga kemurniaannya. Peraturan inilah yang kerap dilanggar.
Rasa cinta tidak salah tetapi kesalahan selalu berlaku sewaktu menjalin hubungan cinta. Di sinilah selalunya remaja terjebak. Cinta terlarang adalah cinta yang menafikan peraturan yang telah ditetapkan oleh ALLAH swt. Ketika itulah FITRAH telah menjadi FITNAH. Bila kehendak semulajadi tidak disalurkan atau diisi mengikut peraturan maka akan berlakulah kekalutan dan kemusnahan.

Mengapakah perlu ada peraturan cinta?
Jawabnya kerana ALLAH swt mencintai manusia hamba-NYA. Allah inginkan keselamatan dan kesejahteraan buat manusia melaksanakan keinginan fitrah semulajadinya. Keinginan tanpa peraturan akan menyebabkan banyak kemusnahan. Begitulah hubungan cinta yang terlarang akan membawa banyak implikasi negatif dalam kehidupan. Pengalaman sudah pun mengajar kita bahawa jangan sesekali bermain cinta, nanti terbakar diri. Sudah banyak tragedi yang berlaku akibat hubungan cinta yg membelakangkan Tuhan!

Hubungan cinta jangan dicemari oleh sebarang tindakan menyalahi syariat. Lebih banyak perlanggaran hukum berlaku, lebih tinggilah risiko kemusnahan yang akan berlaku. Jangan kuat tertipu dengan pesona cinta yang dihiasi dengan pelbagai janji dan sumpah setia.
Jangan kita mabuk dengan rindu dan asyik yang membuai dan melenakan. Seteguk kita minum dari kendi cinta terlarang, racunnya akan meresap membunuh akal, jiwa dan perasaan. Pada ketika itulah cinta dikatakan buta. Maka butalah mata hati dan mata kepala sehingga seseorang akan menjadi hamba kepada sesiapa yang dicintainya. Ketika itu hati tidak nampak yang lain kecuali apa yang dicintainya. Lupalah diri pada Pencipta cinta kerana terlalu asyik dengan cinta yang dikurniakan-Nya.

Bagaimanakah pula perasaan kita agaknya jika seseorang itu begitu leka dengan hadiah yang diberikan hingga terlupa bersalaman dan berterima kasih dengan pemberinya? Allah swt kerap dipinggirkan dalam hubungan cinta terlarang. Seolah-olah cinta dan Pencipta cinta itu sudah tidak ada kaitan antaranya. Hukum ALLAH dilanggar bukan dengan rasa bersalah tetapi dengan rasa manis dan megah.

Tangan kekasih dipegang walaupun jelas ALLAH mengharamkan sentuhan antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram. Tergamak berdua-duaan di tempat sunyi walaupun sudah diperingatkan Nabi bahawa dalam keadaan itu syaitan adalah pihak ketiga. Lebih dari itu pun banyak berlaku.

Semuanyanya seolah-olah halal kerana cinta. Racun-racun berbisa yang memusnahkan cinta telah dianggap sebagai baja. Akhirnya pohon cinta terlarang pun berbuah. Buah yang pahit, masam dan memabukkan. Buah yang muncul dengan pelbagai jenama yang aneh dan menjijikkan - zina, sumbang mahram,bohsia, bohjan, buang bayi dll lagi.

Ketika itu indahkah cinta? Peraturan cinta bagai tanda-tanda dan lampu isyarat di atas jalan raya. Kereta diciptakan dengan kuasa untuk bergerak tetapi pergerakkannya perlu diatur dan dikawal. Jika tidak, dengan kuasa itu akan berlakulah perlanggaran dan pertembungan. Begitulah cinta, ia adalah kuasa tetapi kuasa itu perlukan peraturan dan kawalan.

Apakah peraturan-peraturan dalam hubungan cinta? Hendaklah cinta kita itu didasarkan kepada cinta ALLAH. Ertinya cinta yang kita berikan kepadanya semata-mata kerana mengharapkan keredhaan ALLAH. ALLAH memberikan kita fitrah itu lalu niatkan dengan fitrah itu boleh menghampirkan diri kita kepada ALLAH swt.

Cintailah sesiapa pun, tetapi pastikan cinta itu dapat memudahkan kita mencintai ALLAH. Sehubungan dengan itu, cinta antara lelaki dan perempuan mestilah diniatkan untuk ALLAH!. Soalnya bagaimana? Iringilah dengan niat untuk berkahwin kerana berkahwin itu lebih memudahkan seorang lelaki atau seorang perempuan menyempurnakan agamanya. Sabda Rasulullah saw, "Apabila seseorang itu berkahwin, sempurnalah separuh agamanya, tinggal lagi separuh untuk disempurnakannya" .

Semoga perkahwinan yang dibina adalah semata-mata kerana ALLAH, dgn tujuan untuk membina rumahtangga muslim, melahirkan keturunan soleh dan solehah, keluarga yang sanggup memikul amanah & dapat melaksanakan segala hukum dan perintah ALLAH swt. Semoga dengan perkahwinan itu juga akan dapat menjaga pandangannya, kehormatan dirinya serta hati dan juga perasaannya supaya sentiasa tunduk dan takut pada ALLAH swt, di samping dapat beribadat dan bertaqwa kepada ALLAH SWT.

Oleh itu, usahlah bercinta sekadar untuk bersuka-suka. Lebih buruk lagi janganlah ada niat-niat yang jahat dalam bercinta sekadar untuk bersuka-suka. Lebih buruk lagi janganlah ada niat-niat yang jahat dalam bercinta sama ada didorong oleh hasutan nafsu atau bujukan syaitan. Jika tidak ada niat untuk berkahwin, cinta sudah pasti bukan kerana ALLAH. Hakikatnya cinta itu adalah cinta terlarang yang akan membawa kemusnahan pada sebelah pihak atau kedua-duanya sekali. Cinta jenis ini seburuk namanya - Cinta Monyet!

Hendaklah dipastikan semasa menjalin hubungan cinta tidak ada hukum ALLAH yang dilanggar. Antaranya, tidak ada pergaulan bebas, tidak ada pendedahan aurat, tidak ada pengabaian perkara asas seperti meninggalkan sembahyang, puasa dan lain-lain. Hubungan cinta jangan sampai terjerumus dalam perkara yang melalaikan dan merugikan. Maka, remaja tidak seharusnya mengeluh, " Cinta apa namanya ini jika tiada dating, tiada perbualan telefon maraton..atau bahasa remajanya 'bergayut', tiada surat cinta, tiada sentuhan tangan, tanpa kerlingan dan senyuman?

Yakinlah, tidak ada keindahan dengan melanggar peraturan Tuhan. Putus cinta dan kecewa bercinta yang begitu dominan dalam kehidupan remaja adalah disebabkan racun-racun cinta yang disangka baja ini. Justeru banyaklah cinta yang gagal disambung di alam perkahwinan dan lebih banyak yang putus tanpa sempat menempuh perkahwinan. Allah swt Maha Mengetahui dan Maha Menyayangi. Segala peraturanNya buat dengan rasa cinta terhadap hamba-NYA. Cinta suci mampu tumbuh tanpa semua itu. Dan cinta itu pasti akan membawa ke gerbang perkahwinan untuk bercinta lagi dengan seribu keindahannya. Bahkan jika diizinkan oleh takdirNya, cinta itu akan terus bersambung ke alam akhirat. Suami yang soleh dan isteri yang solehah akan bercinta lagi di syurga, tempat pertama yang melahirkan cinta! Ketika itulah FITRAH akan menjadi ANUGERAH...!!!!

Borang ke asrama penuh -Malaysiakini

assalamualaikum dan salam ukhuwah

berita baik kepada para pelajar yang menuntut di tingkatan 3 dan yang bakal menduduki PMR
Anda dipelawa untuk meneruskan pelajaran dan pembelajaran di sekolah-sekolah berasrama penuh diseluruh negara . untuk maklumat lanjut anda boleh layari url yang disediakan

Permohonan dibuka dari 2 September 2008 hingga 31 Oktober 2008

ASHMAN NAJIB : BAPAK BOREK ANAK RINTIK - MALAYSIAKINI

nie baru gambar anak Datuk Seri Najib ngan kengkawan .. kalau anak pun social .. bapak ngan mak lebih2 lah lagi social ...












Isnin, 22 September 2008

Jelajah Kasih Ramadhan PAS Jasin

Zaili Muhammad
MELAKA, 16 Sept - PAS Kawasan Jasin akan mengadakan program Jelajah Kasih Ramadhan pada 27 September ini untuk diagihkan sumbangan kepada golongan fakir-miskin dan petugas parti.Menurut Pengarah Program merangkap Naib Yang Dipertua PAS Jasin,Yuhaizad Abdullah, bahawa ini merupakan tahun ke dua program seumpama ini diadakan dengan mengambil sempena bulan Ramadhan yang mulia ini."Inilah masanya untuk kita beramal dan mengumpulkan mata ganjaran untuk kita tebus di akhirat kelak.

"Untuk itu PAS Kawasan Jasin memerlukan sumbangan kewangan atau barangan makanan keperluan daripada muslimin dan muslimat bagi menjayakan program tersebut," kata beliau.Sesiapa yang ingin menyalurkan sumbangan bolehlah menghantarnya ke Pejabat PAS Kawasan Jasin (KOMPAJ), Sempang Kemendor, 77000 Jasin, Melaka dengan menghubungi Yuhaizad di talian 016-6635820 atau melalui akaun Bank Islam atas nama PAS Kawasan Jasin (04-033-01-001356-8) sebelum 25 September 2008.Di samping itu, pada 27 September tersebut akan diadakan Majlis Tahlil Perdana bersempena sambutan Badar Al Kubra Ramadhan 1429 H pada pukul 6 petang bertempat di Surau HAMAS, KOMPAJ, di sini.PAS Kawasan membuka peluang kepada para penyumbang yang ingin menyertainya bolehlah menyertakan senarai nama-nama arwah kepada Urusetia Program atau hubungi Aminuddin Ali di talian 019-2212250 dan tarikh tutupnya sebelum 25 September 2008.

Ramai anak Melayu Buta Agama (bahagian 1)-Malaysiakini

saya pernah mengajar dibeberapa buah sekolah rendah dan menengah sebelum ini sebagai salah saorang daripada guru sandaran tak terlatih pada tahun-tahun sebelum ini dan saya turut memerhatikan serta membuat penelitian mengenai pendidikan islam di sekolah-sekolah menengah dan rendah. Hasil daripada penelitian yang saya buat selama ini ramai dikalangan anak melayu khususnya yang beragama islam sama seperti saya buta dalam beragama.Banyak faktor yang saya dapat lihat dan saya dapatkan makluman daripada guru-guru yang seagama dengan saya.
faktor yang pertama yang saya nak utarakan yang merupakan punca berlakunya keruntuhan akhlak dan aqidah para pelajar tidak kiralah yang bersekolah di sekolah menengah atau sekolah rendah .. yang sekolah agama atau tidak sekolah agama ialah faktor daipada keluarga. Ini kerana kebanyakan ibu bapa terutamanya yang masih muda kurang memberikan perhatian yang sebaiknya terhadap pendidikan agama anak-anak mereka.kalau nak dikiralah anggaran dalam kelas ada dalam 20 orang pelajar hanya 10 orang sahaja yang tahu bersembahyang dan boleh membaca alquran itu pun kerana mereka bersekolah agama pada waktu petang. Tu baru sekolah rendah dan kalau kita tinjau pula disekolah menengah boleh dikatakan ramai yang tak tau bagaimana nak mandi wajib.. nak berwuduk dan yang paling teruk sekali ada juga yang tak pandai nak mengucap syahadah. bila disuruh jadi imam untuk solat fadhu macam-macam alasan yang dikeluarkan .. tak mandi wajib lah .. sakit perutlah .. dan bila diselidiki rupanya dirumah memang tak pernah solat (sembahyang) malahan ada juga ibu bapa pelajar yang tak tau bab sembahyang .

Disini kita dah boleh nampak bagaimana teruk ke tak teruk serta berjayanya perancangan musuh islam untuk menghancurkan generasi islam masa kini. Nak marah kat pelajar tak solat pun tak boleh sebab mak dan ayahnya pun tak sembahyang. Macammana nak berjaya rancangan nak membina modal insan kalau perkara yang berat seperti solat ini tak dapat dilaksanakan dengan sempurna. Saya tak nampak perkara ini boleh kita pandang dengan mudah dan disini kita dah lihat gagalnya sistem kekeluargaan yang ada dimalaysia.

Faktor yang kedua pula ialah sistem pendidikan yang digunakan disekolah. Sistem yang digunakan tak memberikan kesan dalam membentuk peribadi muslim yang unggul. Kebanyakan guru agama terutamanya para guru kurang memberikan penekanan terhadap aspek ibadah khususnya disekolah bahkan mereka dilalaikan dengan pelbagai kegiatan yang melalaikan pelajar seperti aktiviti tarian, nyanyian dan sebagainya. Dari aspek pergaulan kurang diberikan perhatian. Tidak hairanlah ada pelajar yang sanggup untuk merakam video ketika sedang mandi bersama dengan teman lelakinya serta merakam hubungan seks yang dilakukan bersama serta menyebar luaskan video tersebut kepada rakan-rakan yang lain. ini jelas sekali menunjukkan generasi muda islam di ambang kehancuran.

Ahad, 21 September 2008

Jejaki Lailatulqadar - Malaysiakini

Hari ini dah masuk hari yang ke dua puluh satu umat Islam berpuasa dan bermakna sekarang ini dah masuk dalam tempoh 10 malam yang terakhir sepertimana yang dinyatakan dalam hadis Nabi SAW yang menyatakan bahawa 10 malam yang pertama dalam bulan ramadhan Allah SWT mengurniakan rahmat buat semua hamba-hambanya dan pada 10 hari yang pertengahan pula, Allah mengurniakan keampunan buat hambanya yang memohon ampun dan pada 10 malam yang terakhir pula dilepaskan daripada Azab api neraka. Daripada mafhum hadis ini jelas kepada kita mengenai kelebihan malam –malam dalam bulan ramadhan.

Tapi apa yang berlaku, khususnya masyarakat melayu dimalaysia kurang memberikan perhatian terhadap malam-malam yang disebutkan malahan ada juga yang tidak tahu mengenai malam lailatul qadar. Yang hanya mereka tahu ialah malam tujuh likur . Apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan malam tujuh likur ?? saya sendiri tak faham mengenai malam tujuh likur mungkin juga disebabkan saya kurang bertanya mengenai malam tujuh likur. Tapi apa yang saya tahu dan lebih faham ialah malam lailatul qadar sepertimana yang diterangkan oleh ibu dan ayah serta arwah datuk kesayangan saya. Disekolah dulu pun saya tak pernah diterangkan mengenai malam tujuh likur dan hanya diterangkan mengenai malam lailatul qadar.

Apa pula yang dikatakan malam lailatul qadar? Malam lailatul qadar ialah satu malam yang cukup istimewa sepertimana yang dinyatakan dalam surah alqadar

“Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada malam Lailatul-Qadar,Dan apa jalannya Engkau dapat mengetahui apa Dia kebesaran malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu, turun malaikat dan Jibril Dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa Segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun Yang berikut).Sejahteralah malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!”.

Jelaslah pada kita bahawa malam lailatulqadar ialah malam yang patut diraikan.Tapi ramai dikalangan rakyat malayasia kurang mengetahui mengetahui mengenai lailatul qadar.Jika ditanyakan kepada anak muda pada zaman sekarang ramai dikalangan mereka yang kurang mengetahuinya. Agak-agak 20 tahun akan datang orang akan cari lagi tak malam yang penuh bermakna nie ye??

Rabu, 17 September 2008

Mampukah Khairy Alberuki Lawan Hang Hisham? - Malaysiakini

Hari ini Tuan Khairy Alberuki AlRembawi telah menawarkan diri untuk bertanding jawatan Ketua Pergerakan Pemuda Umno Malaysia kerana Datuk Hishamudin telah mengumumkan bahawa beliau tidak akan mempertahankan jawatan yang telah disandang sebelum ini. saya melihat dari satu sudut sememangnya adat bertanding perlu ada satu lawan satu tapi apa yang dapat kita teliti disini ialah layak kah tuan khairy bertanding sebagai ketua pemuda umno ?? pada saya beliau tak layak bertanding jawatan tersebut sepatutnya belua bertanding jawatan ketua pemuda tahan lasak. Ini kerana beliau banyak sekali melibatkan diri dalam siri Demonstrasi yang disifatkan sendiri sebagai beruk-beruk dijalanan. Layakkah pada kita ketua ah-long untuk menjadi ketua bagi pemuda ?? Layakkah orang yang kuat maki hamun untuk jadi seorang pemimpin pemuda ?? jika kita bandingkan dengan Saidina Ali bin Abi Talib atau Saidina Khalid Al-Walid, tuan khairy tak layak untuk jawatan tersebut.

Peralihan Kuasa awal bakal sekat DSAI ke Putrajaya ?- Malaysiakini

Tengahari tadi Pak Lah telah mengumumkan serta menyerahkan jawatan menteri kewangan pertama kepada timbalannya Najib Tun Razak dan serentak dengan itu Pak lah pula mengambil alih tugas najib yang sebelum ini sebagai Menteri Pertahanan. Wah nampak gaya silembik sudah bertukar menjadi si gagah pulak. Apa pun jelas pada rakyat bahawa pimpinan teratas negara sekarang ini sedang menghadapi satu situasi yang cukup genting dan membimbangkan.Bukan kata tersepit dengan masalah mencari pengganti Senator Datuk Zaid Ibrahim yang melepaskan jawatan tapi dilanda pula dengan masalah parti-parti komponan Barisan nasional yang tak sudah-sudah.
Banyak kemungkinan mungkin boleh berlaku dalam situasi hari ini dan mungkinkah pelan peralihan kuasa yang dirancang pada 2010 akan diawalkan dan mungkinkah keadaan ini akan menyukarkan lagi DSAI untuk melangkah dengan 'selesanya ke Pejabat Perdana Menteri di putrajaya? Tindakan SUPP mengambil langkah keluar dari Barisan Nasional juga mungkin boleh membawa impak yang besar tapi akan membawa keburukan juga jika dilihat hanya menjadi sebuah parti yang berasingan.Sewajarnya SUPP mengambil langkah untuk bergabung dengan pakatan rakyat bagi memudahkan segala gerak kerja peralihan kuasa berjalan dengan lancar.
Tindakan DSAI tidak mengumumkan nama MP yang bakal melompat , saya lihat sebagai satu strategi yang sesuai dilaksanakan kerana ianya adalah satu taktik yang mampu menggerunkan pimpinan yang cukup takut dengan segala perancangan dan idea yang telah dikeluarkan oleh DSAI. Nampak sangat yang MP -MP BN sekarang cukup takut dan gelabah. Tapi mampukah katak melompat kali ini ??

Taqarrub Ramadhan medan sebar dakwah UMNO ?? -Malaysiakini

Tiga hari lepas saya mengikuti satu program taqarrub ramadhan anjuran Jawatankuasa Hal ehwal khas(JASA) dan RumahkuSyurgaku (RKSK) yang diadakan di surau kampung saya. Nampak cam best jer program dan pengisian yang cuba ditonjolkan oleh penceramah jemputan. Tapi yang cukup mengecewakan saya apa bila salah seorang daripada ahli qariah yang mengemokakan komentar kepada saya mengenai apa yang disampaikan oleh penceramah. pada mulanya ceramah yang disampaikan cantik dan kemas dan menyentuh perkara-perkara yang berkaitan dengan puasa tetapi disaat-saat akhir ceramah beliau, penceramah tadi telah mula berkempen untuk pihak yang diwakilinya iaitu UMNO. Dan yang tak puashatinya apabila Ketua UMNO cawangan lebih dianggap mulia daripada pegawai-pegawai syarak yang ada dalam majlis tersebuat. Nampak sangat penceramah nie cuba nak bawa masuk hal politik dalam surau-surau dan masjid. kalau politik islam, tak delah orang nak marah tapi bila yang dikempen kan itu politik yang menyimpang dari landasan islam. Inilah yang cuba diterapkan oleh pimpinan UMNO Melaka yang diketuai oleh YAB Datuk seri Mohd Ali bin MOhd rustam. tak cukup tu saja, mana-mana kakitangan awam yang berkhidmat dimelaka dipaksa untuk menjadi Ahli UMNO.
Bukankah sebelum ini mereka mendakwa tak boleh gunakan masjid atau surau untuk politik kenapa ianya dibuat ?? so siapa yang peralatkan agama ??

Isnin, 15 September 2008

HULURKAN SUMBANGAN ANDA SEMPENA RAMADHAN INI -Malaysiakini

dari Laman blog sahabat assirkami Kancil-Anggun
ASSALAMUALAIKUM.
kepada semua pelawat KANCIL yang budiman dan ingin membuat amal kebaikan.
Sek. Men. Agama Lughatil Arabiah Tangkak memerlukan sumbangan daripada pelbagai sudut khususnya kewangan bagi menambah baik mutu pentadbiran dan pengurusan pengajaran dan pembelajaran (P&P).


Sehubungan itu, kepada sesiapa yang ingin menghulurkan sumbangan bolehlah disalurkan terus ke dalam Akaun SUWA Sekolah ini,
MayBank ; 001084101350.

Akaun ini digunakan untuk menampung pelbagai urusan pentadbiran sekolah dan juga kegiatan kokurikulum pelajar. Kepada bekas-bekas pelajar sekolah ini amatlah diharapkan dapat menghulurkan bantuan kepada sekolah ini. Tak banyak, sikit pun kira ok gak. Pada tahun 2009, akan diadakan sambutan JUBLI EMAS menandakan telah 50 tahun usia penubuhan sekolah ini. Harap sangatlah kepada bekas-bekas pelajar sekolah ini dapat bersama menjayakan program ini.

Buka Puasa mana-mana Pun Sama Hambar- Malaysiakini

Dewasa kini dengan kemewahan rezeki yang melimpah ruah, ramai umat Islam lebih suka berbuka puasa di rumah , direstoran, diwarung tepi jalan atau di hotel berbanding dengan di masjid. Kalau yang datang kemasjid pun walaupun tidak semua tetapi semata-mata memenuhi undangan moreh. Dimanakah perasaan umat Islam ingin memakmurkan masjid?

Apakah makanan di masjid tidak selazat atau sesedap rasa dengan hidangan dihotel yang buffet berbuka puasanya pun ada yang melebihi RM 100.00 !! Dengan wang sebanyak itu boleh mengisi makanan untuk sekurang-kurangnya 10 orang anak yatim dirumah anak yatim atau orang tua di rumah kebajikan masyarakat dengan anggaran seorang berbelanja sebanyak RM 10.00 Sampai terasa lari dengan konsep ibadah berpuasa yang antara matlamatnya ialah menghayati penderitaan insan yang fakir dan miskin! Juga menghayati penderitaan umat Islam di Palestin dan di Iraq dan yang terbaru di Kashmir! Kerana dengan adanya penghayatan ini, barulah terasa hebatnya ibadah berpuasa. Kearah melahirkan keinsafan dan kesyukuran pada Illahi akan nikmat yang dikurniakanNya kepada hambaNya di muka bumi ini! Juga kearah rasa kehambaan pada Illahi. Sebab itu digalakkan berbuka puasa di masjid. Yang makanan utamanya ialah memakan buah kurma dan seteguk air kosong.Mengikut sunnah nabi.Dan bagi yang mampu sekadar menambah kuih muih dan sedikit air manisan sebagai penyedap makanan. Dan selepas berbuka puasa barulah digalakkan sembahyang berjemaah solat maghrib.

Jadi mendapat kebaikan berbuka puasa dan bersolat jemaah serta beriktikaf dimasjid sementara menunggu waktu berbuka puasa.Dan selepas makan antara 2 hingga 3 minit diteruskan bersolat maghrib secara berjemaah. Dan selepas solat barulah diteruskan tambahan makanan sekadar yang perlu sahaja.

Tetapi keadaan ini berlainan dengan umat Islam pada akhir zaman terutama di Malaysia. Ramai yang lebih suka berbuka puasa di restoran, warung-warung tepi jalan dan bagi yang mampu lebih gemar buffet berbuka puasa di hotel yang menawarkan lebih dari 100 hidangan makanan. Tidak kurang juga yang berbuka puasa di Kenny Roger atau KFC atau Mc Donald yang belanjanya melebihi dari kemampuan rakyat kelas bawahan! Sudah tentu mereka akan makan dengan sekenyang-kenyangnya bagi memenuhi hawa nafsu perut yang berlapar pada siang hari. Masa untuk menghabiskan makanan biasanya antara 20 hingga 30 minit. Lepas itu baru nak bersolat apatah lagi yang makan direstoran atau warung tepi jalan memerlukan masa tambahan 10 minit untuk mencari tempat beribadah. Cuba bayangkan dalam keadaan kekenyangan dan hampir lewat bersolat , masih ada lagikah rasa kekusyukan dan kelazatan berpuasa dan bersolat pada Maha Pencipta?

Ingatlah rezeki yang Allah beri bila-bila masa pun boleh ditarik balik. Kalau hidup di dunia ini setakat nak memuaskan hawa nafsu samada dari segi hubungan kelamin atau makanan, samalah kita dengan makhluk binatang! Sebab itu dari makanan, berbagai-bagai penyakit pun datang! Sebab kurangnya rasa bersyukur pada Tuhan! Kalau kita tahu bersyukur pengisian dalam perut kita hanya sekadar 1/3 makanan, 1/3 minuman dan yang selebihnya untuk keperluan bernafas!
Sama-samalah kita renungkan bagaimanakah amalan pemakanan kita ke arah melahirkan insan yang bertaqwa atau terpesong kepada penyamaan gaya hidup kita dengan binatang?

SALAM AIDIL FITRI BUAT SEMUA


Lawak Nujum Pak Belalang 16 September -Malaysiakini

Mari kita tukar teka-teki dalam filem Nujum Pak Belalang sesuai dengan keadaan semasa kita.... Hahahahaha.. .!!!!
Soalan 1
Tukang Soal : 'Didalam baju hamba, ada sebatang kayu yang telah dipilih,
bagaimanakah kia mahu tahu yang mana UMNO dan yang mana PR..??'

Ahli Nujum Negara : 'Mintak pada hamba..!! Apabila sebatang kayu diletakkan di dalam air, yang condong ke bawah itulah UMNO dan yang menegak ke atas itulah PR..'

Tukang Soal : 'Sebabnya... !!??'
Ahli Nujum Negara : 'Sebabnya... Kita pun telah tahu sekarang ini parti UMNO hampir tenggelam manakala PR makin tinggi kedudukannya. ..'

Soalan 2

Tukang Soal : 'Dua ekor anak itik yang baru menetas, yang manakah UMNO dan yang manakah PR..??'
Ahli Nujum Negara : 'Ini senang saja, kita letakkan kedua anak itikke dalam bekas berisi air, yang mengejar itulah PR dan yang lari sampai terberak itulah UMNO..'

Tukang Soal : 'Sebabnya... !!??'
Ahli Nujum Negara : 'Sebab di dalam negara kita, musuh PR hanyalah UMNO yang patut kita kejar.. Bukan Parti Amanat Bangsa di Indonesia atau Parti Rak Tai di Thailand..!! !'

Soalan 3
Tukang Soal : ' Ada sebuah masealah,
Satu... baaaanyak-banyak! !... Dua... sedikit-sediiiiikit ....!!!Tiga... jarang-jarang! !!... Empat... kad-dang, kad-dang,
Apa itu..???'
Ahli Nujum Negara : 'UMNO!!!'

Tukang Soal : 'Buktikan..! !'
Ahli Nujum Negara : 'Satu... Baaanyak-banyak. .. Ertinya, ahli UMNO memang banyak dalam negara ini...
Dua... Sedikit-sediiikit. .. Ertinya, sedikit sahaja yang berani bersuara daribilangan ahli UMNO yang banyak itu...
Tiga... Jarang-jarang. .. Ertinya, jarang-jarang yang kita dengar pemimpinnya berani melawan...
Empat... Kad-dang, kad-dang... Ertinya kad-dang, kad-dang barulah kita dengar danlihat ada pemimpin tertinggi UMNO yang mahu mendengar suara ahlinya...'

Soalan 4
Tukang Soal : 'Dimanakah terletaknya kekuatan Laksamana UMNO..?? Di kerisnya kah? atau di jenteranya kah..???'

Ahli Nujum Negara : 'Kekuatan Laksamana UMNO bukan terletak pada kerisnya ataupun pada jenteranya.. .'

Tukang Soal : 'Dimana terletak kekuatannya. .???'
Ahli Nujum Negara : 'Kekuatan UMNO hanya terletak pada TOYOL-TOYOLnya! !'

Tukang Soal : 'Buktikan!!'
Ahli Nujum Negara : 'Laksamana UMNO begitu bergantung kepada toyol-toyolnya untuk menonjolkan kekuatannya. .. Iaitu toyol dari Media Prima, toyol dari Polis serta toyol dari Badan kehakiman.. Toyol-toyol inilah yang menampakkan Laksamana UMNO nampak hebat walaupun hakikatnya mereka luka parah...''Biasalah... UMNO akan memungkiri janji dan suka lari dari tajuk apabila kalah dalam apa-apa pertandingan. . Tapi bak kata Dato' Seri Anwar Ibrahim, Jangan takut.. LAWAN... KITA LAWAN...!!!'


Soalan Extra
Tukang Soal : 'Kalau Ahli Nujum telus mata dan betul bijaksana... !!! Apakah yang ada
di genggaman beta...????'Ahli Nujum Negara : '........... DUIT !!!..'
'Kerana duitlah yang telah MENJAHANAMKAN UMNO...'

Sekian... Semoga Terhibur... Wassalam...

SOLAT MALAM

RASULULLAH s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesiapa melakukan qiyam Ramadan, sedangkan dia beriman serta mengharapkan rahmat Allah Taala, maka dia akan diampunkan dosanya yang telah lalu." (Hadis Sahih Riwayat Muslim daripada Abu Hurairah)Qiyam Ramadan yang dimaksudkan dalam hadis ini ialah menghayati setiap malam pada bulan Ramadan dengan ibadat sunat, terutama solat sunat Tarawih.
Solat sunat Tarawih adalah solat sunat yang dikhususkan hanya pada Ramadan sebagai buah tangan yang sangat bermakna kepada umat Islam untuk merebut pahala berganda kerana ia tidak boleh dilakukan pada bulan lain, selain Ramadan. Perkataan 'tarawih' ialah kata jamak daripada perkataan 'tarwihah' yang bermakna berhenti rehat kerana orang yang mengerjakan solat Tarawih akan berhenti sebentar pada setiap kali mereka selesai mengerjakan empat rakaat dengan dua salam. Solat Tarawih sunat hukumnya untuk ditunaikan lelaki dan perempuan dan ia boleh dilakukan di rumah dengan seorang diri atau berjemaah, tetapi lebih afdal dikerjakan berjemaah di masjid atau di surau.Mengenai solat Tarawih ada hadis daripada Aisyah r.a., katanya: "Bahawa Rasulullah s.a.w, pada suatu malam (dalam bulan Ramadan) ketika jauh malam keluar lalu solat di masjid, diikuti beberapa orang lelaki sebagai makmum. Pada keesokan harinya terhebahlah peristiwa itu diperkatakan orang, lalu mereka berkumpul lebih ramai lagi (pada malam kedua) serta mereka bersolat bersama Baginda.Keesokannya terhebah peristiwa itu diperkatakan orang lalu bertambah ramai orang hadir di masjid pada malam ketiga. Rasulullah s.a.w keluar ke masjid lalu solat, diikuti oleh jemaah.Sampai malam keempat, penuh sesak masjid dengan jemaah (tetapi Baginda tidak datang) sehinggalah Baginda keluar ke masjid untuk mengerjakan solat Subuh. Selesai solat, Baginda menghadap orang ramai lalu (memulakan ucapannya dengan memuji Allah Taala dan) mengucap syahadah, kemudian Baginda (menerangkan sebabnya Baginda tidak datang ke masjid untuk mengerjakan solat Tarawih bersama), sabdanya:"Amma ba'du, sebenarnya tidak terlindung kepada aku mengenai kedudukan kamu (sebagai orang-orang yang taat dan suka berbuat kebajikan), tetapi aku bimbang (solat Tarawih) itu akan difardukan atas kamu, maka dengan itu kamu tidak terdaya mengerjakannya."Imam al-Zuhri, seorang perawi hadis ini berkata: "Maka wafatlah Rasulullah s.a.w sedang perkara (solat Tarawih) itu berkeadaan demikian" (tidak dikerjakan dengan berjemaah). (Hadis Sahih, Riwayat Bukhari)Sejak itu solat Tarawih tidak dikerjakan berjemaah di masjid tetapi masing-masing mengerjakannya bersendirian, di rumah atau di masjid. Keadaan ini berterusan sehingga zaman Saidina Umar r.a, baru solat Tarawih dikerjakan berjemaah di masjid menurut seorang imam yang dilantik Umar sendiri seperti yang diterangkan dalam hadis berikut (maksudnya):Daripada Abdul Rahman bin Abd al-Qari, katanya: "Pada suatu malam dalam bulan Ramadan, saya mengiringi Umar bin al-Khattab ke masjid, tiba-tiba (kami) dapati orang ramai (di situ) berpecah-pecah kepada beberapa kumpulan yang berasingan, ada orang yang solat seorang diri, ada pula yang solat lalu diikuti beberapa orang.(Melihatkan yang demikian) Saidina Umar berkata: "Aku fikir, kalau aku kumpulkan mereka ini semuanya berimamkan seorang imam, tentulah amalan itu amat baik."Kemudian beliau mengambil keputusan lalu mengumpulkan mereka semuanya berimamkan Ubai bin Kaab.Selepas itu, saya mengiringi Saidina Umar pada suatu malam yang lain (pergi ke masjid), (pada ketika itu) orang ramai sedang solat berimamkan imam mereka (yang tersebut).(Melihatkan yang demikian) Saidina Umar berkata: "Amalan ini satu perbuatan bidaah yang baik ..." (Hadis Sahih, Riwayat Bukhari)Menurut huraian ulama, kalimah 'bidaah yang baik' disebutkan Saidina Umar ialah arahannya mengenai solat Tarawih dengan berjemaah selepas beliau menjadi khalifah.Ini kerana ia dapat menyatupadukan umat Islam dan kerana itulah ia diterima dengan ijmak oleh sahabat Nabi s.a.w yang ada pada zamannya serta diwarisi umat Islam turun-temurun.Mengenai bilangan rakaat solat Tarawih banyak keterangan berlainan, tetapi menurut yang dipilih dan diamalkan jumhur ulama daripada kalangan mazhab Syafie, Hanafi dan Hanbali ialah 20 rakaat berdasarkan amalan sahabat Nabi dalam zaman Saidina Umar r.a, seperti yang diterangkan dalam hadis berikut, maksudnya:"Daripada Al-Sa'ib bin Yazid r.a, katanya: Mereka (sahabat Nabi) biasanya mengerjakan solat Tarawih dalam bulan Ramadan - pada zaman Saidina Umar bin al-Khattab, sebanyak 20 rakaat..." (Hadis riwayat Baihaqi)Imam Baihaqi r.a, menyebutkan sebuah hadis lagi diriwayatkan Imam Malik dan Yazid bin Ruman katanya: "Biasanya orang ramai mengerjakan solat Tarawih dalam bulan Ramadan - pada zaman Saidina Umar r.a., sebanyak 23 rakaat ..." (Hadis Mursal).Dalam ulasannya, Imam Baihaqi berkata: Kedua-dua hadis yang tersebut (tidak bercanggah), malah boleh disatukan kerana mereka mengerjakan solat Tarawih sebanyak 20 rakaat (seperti disebut dalam hadis pertama), kemudian mereka mengerjakan solat Witir tiga rakaat (seperti disebut dalam hadis kedua).Solat Tarawih sebanyak 20 rakaat ialah pilihan mazhab Syafi'i, Hanafi dan Hanbali berdasarkan hadis terbabit.Dalam mazhab Maliki, pada mulanya solat Tarawih dikerjakan sebanyak 20 rakaat juga, kemudian ditambah 16 rakaat disertakan dengan tiga rakaat solat witir - yang menjadikan jumlahnya: 39 rakaat. Tetapi menurut sesetengah ulama, solat Tarawih boleh dikerjakan sebanyak lapan dan 20 rakaat, kerana ada hadis mengenai perkara itu. Rasulullah s.a.w mengerjakan solat Tarawih sebanyak lapan rakaat disertakan dengan tiga rakaat solat witir, manakala sahabat nabi mengerjakannya sebanyak 20 rakaat pada zaman Saidina Umar r.a.Ada pula segolongan kecil yang terdorong membidaahkan amalan solat Tarawih sebanyak 20 rakaat yang termaklum, kerana dakwa mereka, hadis yang menjadi dalilnya bukan hadis sahih. Bagaimanapun, solat Tarawih yang sempurna dan mendapat pahala ialah solat yang dilakukan dengan tenang dan khusyuk, sempurna bacaannya dan sempurna segala-galanya sesuai dengan dasar 'ihsan' iaitu segala amal bakti hendaklah dikerjakan sebaik-baiknya.

BERKAT RAMADHAN

FIRMAN Allah, maksudnya: “Bulan Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan yang menjelaskan petunjuk, dan perbezaan (antara yang benar dan yang salah)...” (al-Baqarah: 185)Penurunan al-Quran atau masyhur disebut nuzul al-Quran pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad s.a.w peristiwa yang sangat besar dan tidak dilupakan generasi umat Islam.
Nuzul bererti penurunan atau perpindahan dari atas ke bawah (turun) manakala al-Quran bererti bacaan atau himpunan. Ulama meletakkan takrif al-Quran sebagai kalam Allah yang diturunkan ke atas Nabi Muhammad s.a.w dengan perantaraan Jibril a.s serta menjadi ibadat dengan membacanya.Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara membabitkan persoalan tauhid (ketuhanan), ibadat, jenayah, muamalat dan kemasyarakatan, sains teknologi dan banyak lagi.Al-Quran suatu mukjizat terbesar kepada Nabi Muhammad s.a.w yang abadi hingga hingga hari kiamat dan ia kitab yang sangat sempurna diturunkan sebagai manual kehidupan manusia di dunia, dengan tiada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal darinya.“Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam Kitab al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka.” (al-An’am: 38)Istilah penurunan ini dipanggil sebagai nuzul al-Quran yang membawa maksud amat mendalam, kerana al-Quran diturunkan dari tempat yang tinggi dan mulia iaitu Luh Mahfuz, kemudian diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w secara berperingkat mengikut keadaan dan keperluan semasa.Perantara bagi penurunan al-Quran kepada Nabi s.a.w ialah Jibril. Jangka masa penurunan itu selama 23 tahun, iaitu 13 tahun di Makkah dan 10 tahun di Madinah. “Dan sesungguhnya al-Quran (yang di antara isinya kisah tersebut) diturunkan Allah Tuhan sekalian alam. “Ia dibawa turun malaikat Jibril yang amanah. Ke dalam hatimu, supaya engkau (wahai Muhammad) menjadi seorang daripada pemberi ajaran dan amaran (kepada umat manusia). (Ia diturunkan) dengan bahasa Arab yang fasih serta terang nyata.” (asy-Syuarak:192-195)Ayat al-Quran yang mula diturunkan Allah kepada baginda melalui perantaraan malaikat Jibril ialah lima ayat pertama daripada surah al-‘Alaq.Nabi s.a.w sentiasa dikunjungi Jibril pada Ramadan, seperti dijelaskan dalam hadis di bawah:“Daripada Ibnu Abbas r.a katanya, Rasulullah s.a.w seorang yang sangat pemurah kepada orang lain, lebih-lebih lagi pada bulan Ramadan ketika baginda didatangi Jibril a.s. Jibril datang berjumpa baginda pada setiap malam lalu mengajar al-Quran kepada baginda. Sesungguhnya baginda bersifat pemurah dengan segera melakukan kebaikan umpama angin yang bertiup kencang.” (Riwayat Bukhari dan Muslim) Al-Quran sebenar-benar wahyu yang diturunkan Allah dan ia bukan suatu rekaan Nabi Muhammad s.a.w seperti didakwa musuh yang sentiasa mencemburui Islam dan umatnya dari dulu hingga kini.Dakwaan itu nyata tidak benar sama sekali kerana gaya dan seni keindahan al-Quran tidak mampu direka atau ditandingi daya intelektual manusia.Allah ada mencabar manusia, malah jin menandingi kehebatan al-Quran, sekiranya mereka mampu berbuat demikian, tetapi mereka tidak mampu.“Katakanlah: Sesungguhnya jika sekalian manusia dan jin berhimpun dengan tujuan hendak membuat dan mendatangkan sebanding dengan al-Quran ini, mereka tidak akan dapat membuat dan mendatangkan yang sebanding dengannya, walaupun mereka saling bantu-membantu.” (al-Isra:88)Al-Quran bukan hanya sebuah kitab, tetapi menjadi petunjuk (hidayah) kepada manusia, memberikan rahmat, syifa (penyembuh kepada penyakit), nur (cahaya yang menerangi), furqan (pembeza di antara hak dan batil), az-zikr (memberi peringatan) dan memberi penjelasan bagi manusia.Ia wajar dibaca dan ditatap lebih kerap, malah diperhalusi dan dikaji bagi mendapatkan sari pati kandungannya untuk manfaat seisi alam. Pada Ramadan, umat Islam sangat digalakkan membaca al-Quran kerana ganjaran pahala yang berganda. Nabi s.a.w sendiri gemar membaca al-Quran pada Ramadan.Daripada Aisyah r.a katanya: “Rasulullah (saw) memperbanyakkan amalan apabila sampai hari ke-10 terakhir daripada bulan Ramadan, baginda juga membangunkan isterinya agar beribadat (solat sunat, membaca al-Quran, berzikir dan lainnya). Baginda menjauhkan diri daripada bergaul serta bermesra dengan isterinya.” (Riwayat Bukhari dan Muslim) Kitab suci ini amat penting bagi memandu kehidupan manusia. Walaupun manusia dilengkapi akal dan pancaindera yang lima, tetapi manusia tidak dapat memikirkan kebenaran tauhid, perkara ghaib dan hakikat di luar daerah kemampuannya.Imam al-Ghazali menegaskan, sesungguhnya akal itu tidak dapat memberi hukum ke atas sesuatu perkara melainkan perkara itu mempunyai dua sifat, masa dan tempat. Akal akan bertanya ‘bila’ dan ‘di mana’. Selagi dua soalan itu tidak terjawab, akal tidak mengakui kewujudannya.Oleh itu, akal semata-mata dengan capaian yang cukup terbatas tidak dapat menerima kewujudan Allah, tidak mempercayai sifat Allah serta tidak mengakui qada dan qadar kerana akal itu terhad sifatnya dan kewujudan Allah itu tidak bersifat tempat dan masa.Justeru, ada manusia mengambil jalan falsafah mencari tuhan, sehingga mencipta teori sendiri dalam soal ketuhanan, namun pegangan ini tidak sama antara satu sama lain.Di sini sudah nampak manusia memerlukan satu petunjuk yang boleh menunjukkan jalan kepada manusia mengenai hakikat ketuhanan sebenarnya.Petunjuk itu ialah agama Islam sebagai agama benar lagi lurus. Agama Kristian dan Yahudi tidak boleh menjadi petunjuk kepada manusia kerana kedua-duanya diselewengkan penganutnya.Dalam persoalan ketuhanan, Islam yang unggul dan ajaran Islam datangnya dari al-Quran. Al-Quran yang memberi petunjuk kepada manusia untuk menunjuk jalan kebenaran.“Kitab al-Quran ini, tiada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang bertakwa.” (Ini sebagaimana ditegaskan pada ayat 2, surah al-Baqarah

Ahad, 14 September 2008

TDM masuk UMNO Semula Untuk Tambah Derita-Malaysiakini

Dua tiga hari lepas kedengaran semula hasrat mantan perdana menteri malaysia yang keempat Tun Dr.Mahathir kedalam UMNo dan rasanya ini kali kedua kemasukan TDM kedalam UMNO selepas dipecat daripada UMNO pada zaman pemerintahan almarhum Tunku Abdul Rahman disebabkan perselisihan faham yang timbul antara TDM dan Tunku. Kemasukan TDM kali ini pula disambut dengan meriah oleh segenap penyokong dan pendukung UMNO yang darah dan najisnya pun sama ada chop UMNO jugak. Malah kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yasin jelas menggambarkan bahawa sokongan yang sebelum ini begitu kuat dinyatakan oleh pemimpin UMNO terhadap pemimpin Nombor Wahid mereka,Pak lah semakin terhakis dan ini jelas menunjukkan bahawa didalam UMNO juga ramai yang lalang dan tak tetap pendirian.
kadang kesian juga tengok Pak Lah yang terkial-kial menguruskan negara sedangkan pemimpin UMNo lain sibuk untuk mengaut dan menghabiskan khazanah negara dengan menjalankan projek yang membuang masa dan membazirkan wang rakyat.Pada hemat saya, kemasukan TDM kedalam UMNO kali ini adalah simulasi serta kesan daripada doa para alim ulama khususnya dari Parti Bulan Purnama untuk melihat kehancuran serta mentalkinkan pemergian UMNO yang kian nazak kini.
Cadangan saya pada kawan-kawan ku pemuda UMNO , jangan fikirkan kehancuran UMNO boleh dibaiki dengan mudah dan fikirkan masa depan kita. Jom kita berubah dan berjuanglah untuk agama Islam. Tinggalkanlah semangat nasionalis yang boleh bawak kepada kehancuran tu.KIta bina hidup baru dengan matlamat yang jelas.Paklah pun rasanya dah tak leh nak buat apa lagi dan saya nampak skrip yang digunakan oleh TDM sememangnya akan berulang dan bakal terjadi kepada Paklah. so we will look and see soon

Kehancuran Al Ahzab Malaysia - Malaysiakini

Hari demi hari, cerita politik dimalaysia kini semakin menarik dengan pelbagai pendedahan dan pelbagai kenyataan akhbar yang telah dikeluarkan oleh pimpinan negara. ini jelas menggambarkan kepada kita detik-detik kehancuran kerajaan yang dipimpin oleh parti yang berdasarkan dan bertunjangkan ideologi nasionalis tak kira dimana jua diserata dunia. Oleh yang demikian pelbagai urutan peristiwa yang berlaku juga menggambarkan satu kebangkitan atau revolusi akan berlaku khususnya dalam negara kita malaysia.
Barisan nasional yang ditunjangi oleh tiga parti yang berteraskan kepada perkauman jelas sekali kini kurang mendapat tempat dihati rakyat dek sebab pelbagai kenyataan dan kata-kata yang dikeluarkan oleh para pemimpin mereka yang suka memainkan sentimen perkauman.kini pilihan yang terbuka telah pun diluaskan oleh para pemimpin dari pakatan rakyat yang jelas menarik minat rakyat untuk menyertai mereka.
Apa yang dapat kita nyatakan disini bahawa dengan fahaman yang ditanamkan oleh parti pemerintah pada masa sekarang ini sebenarnya hanyalah helah untuk mengekalkan kuasa sedangkan mereka sedar bahawa ada diantara ahli dan penyokong mereka kurang senang dengan tindakan mereka dan akhirnya menyebabkan mereka bertindak mengikut pandangan sendiri. Para pemimpin pakatan pula melihat inilah masa yang sesuai untuk melaksanakan peralihan kuasa sepertimana yang dilaung-laungkan oleh DSAI untuk menjadikan 16 september 2008 sebagai tarikh peralihan tampuk kepimpinan. tapi perasankah kita jika kita selidiki tarikh berkenaan, sebenarnya ia bertepatan dengan tarikh 16 ramadhan yang mana berlaku satu peristiwa besar dalam sejarah islam iaitu kemenangan kaum muslimin dimedan badar. iaitu satu kemenangan mutlak islam menewaskan satu gerombolan musyrikin quraisy yang bertunjangkan kepada semangat perkauman. Hanya dengan bertunjangkan perjuangan mentauhidkan Allah serta semangat perjuangan berkobar-kobar dan matlamat yang cukup jelas disamping strategi yang cukup terancang dapat memastikan ideologi nasionalis itu tersungkur.
Salah saorang sahabat Nabi SAW pernah menyatakan bahawa " kebenaran yang tidak bersistem boleh ditewaskan oleh kebatilan yang bersistem".Oleh yang demikian , buat para pencinta kebenaran dan sahabat-sahabat yang berada dimedan perjuangan, ayuh kita sama -sama teruskan perjuangan untuk melihat islam kembali ke puncak jaya dengan memastikan Ah-Ahzab Malaysia berkubur buat selamanya.

Sabtu, 13 September 2008

Orang Asli Pula Tuntut Hak- Malaysiakini

Hasrat sekumpulan Orang Asal dari Semenanjung, Sabah dan Sarawak untuk menghantar memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong tidak kesampaian apabila mereka tidak dibenarkan oleh pihak polis berarak ke Istana Negara pagi tadi.Kumpulan seramai kira-kira 120 orang diketuai oleh Presiden Jaringan Orang Asal SeMalaysia (JOAS), Andrian Lasimbang.JOAS adalah gabungan 21 pertubuhan komuniti Orang Asal seluruh Malaysia yang mewakili pelbagai suku kaum Orang Asal.Jaringan ini menyediakan perwakilan Orang Asal di peringkat kebangsaan, serantau dan antarabangsa.Mereka berkumpul di perkarangan Galeri Annexe di belakang Pasar Seni mulai jam 10 pagi - tempat berlangsungnya bengkel dan pameran perjuangan orang Asal SeMalaysia dari 9 hingga 13 September.Mereka mula bergerak menuju ke Istana Negara pada jam kira-kira 10.15 pagi tetapi dihalang oleh pihak polis, yang mendakwa mereka tidak memohon permit untuk berbuat demikian.Andrian kemudiannya berunding dengan pihak polis meminta supaya mereka dibenarkan berarak ke Istana Negara untuk menyerahkan memorandum tersebut.Memorandum itu antara lain menuntut hak Orang Asal dan polisi pembangunan untuk menghormati Orang Asal di Malaysia yang termaktub dalam Perlembagan Persekutuan.Tidak dibenar berarakAndrian dan wakil Suaram, S. Arutchelvan, berunding dengan ASP Sydney Clyde Jeremiah bagi mendapatkan ruang untuk berkumpul dan membacakan memorandum tersebut kepada hadirin.Bagaimanapun ASP Sydney mengarahkan kumpulan tersebut bersurai. Selepas kira-kira 15 minit, polis tetap tidak membenarkan mereka berarak ke Istana Negara.Berikutan itu, kumpulan tersebut berpatah balik ke kawasan Galeri Annex di mana sidang media diadakan oleh Andrian, bekas presiden JOAS, Tijah Yok Chopil dan pengarah eksekutif Borneo Resource Institute, Mark Bujang.Sementara itu, dalam sidang medianya, seorang ahli jawatankuasa jaringan tersebut, Colin Nicholas menjelaskan bahawa pihaknya memaklumkan kepada pihak polis dan Istana Negara dua minggu lalu berhubung rancangan mereka untuk menghantar memorandum tersebut.Beliau mendakwa, pada mulanya, rancangan mereka dibenarkan tetapi semalam, pihaknya dimaklum oleh polis yang permohonan mereka ditolak.Ekoran itu, tambah Nicholas lagi, pihaknya membuat rayuan dan pihak polis membenarkan semula perarakan itu selagi ia tidak bersangkutan dengan politik.Nicholas percaya, pihak polis tidak membenarkan mereka berarak ke Istana Negara hari ini mungkin kerana perkembangan semasa, khususnya penahanan pemilik blog Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin, wartawan Sin Chew, Tan Hoon Cheng dan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok di bawah ISA semalam.Ekoran itu, mereka tidak meneruskan rancangan mengadakan perarakan ke Istana Negara.Hantar memorandumBerikutan itu, presiden JOAS, Andrian melahirkan rasa sedih kerana pihaknya tidak dibenarkan menghantar memorandum tersebut kepada pihak Istana Negara.Menurutnya, beliau akan berbincang dengan rakan-rakan dalam kumpulan tersebut mengenai cara terbaik untuk menyerahkan memorandum tersebut Yang di-Pertuan Agong.Bercakap kepada pemberita, Andrian menjelaskan tujuan utama pihaknya menghantar memorandum tersebut adalah untuk mendapat perhatian dan pembelaan daripada pihak kerajaan.Memorandum itu juga antara lain bertujuan untuk meraih sokongan dan bantuan umum supaya Orang Asal di Malaysia tidak dipinggirkan dalam arus pembangunan negara.Beliau juga menuntut pengiktirafan daripada kerajaan Malaysia agar menghormati adat istiadat dan cara hidup mereka di kampung-kampung. Perarakan itu. tambah Andrian, juga dirancang sebagai salah satu siri kempen untuk memberi kesedaran akar umbi tentang adanya satu deklarasi membela hak-hak Orang Asal .Deklarasi tersebut dikenali Deklarasi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu terhadap Hak Orang Asal (UN-DRIP).Mereka bersurai secara aman selepas sidang akhbar itu selesai dan tidak ada sebarang kejadian atau tangkapan dilaporkan

Perdana menteri Thailand undur diri .. Malaysia macammana ?? -Malaysiakini

BANGKOK 12 Sept. - Samak Sundaravej hari ini mengambil keputusan menamatkan perjuangannya untuk terus dicalonkan sebagai Perdana Menteri apabila berlaku 'krisis' dalam kerajaan campuran Thailand.Jurucakap Samak, Theeraphol Noprampha berkata, keputusan tersebut diambil selepas Samak melihat berlaku perselisihan pendapat mengenai siapakah calon paling layak untuk dipilih sebagai Perdana Menteri."Samak menolak untuk dicalonkan semula dan beliau juga akan meletak jawatan sebagai pemimpin Parti Kuasa Rakyat (PPP),'' kata Theeramphol.Keputusan Samak itu dipercayai dibuat selepas menyaksikan pergolakan politik bertambah buruk apabila anggota kerajaan campuran tidak hadir di Parlimen untuk memilih semula beliau sebagai Perdana Menteri.Ahli Parlimen daripada kerajaan campuran enam parti itu tidak menghadiri sidang tergempar Dewan yang diatur bagi memilih Perdana Menteri, tiga hari selepas Samak diarah oleh mahkamah supaya meletak jawatan.Samak terpaksa berundur setelah didapati menerima bayaran sebagai pengacara rancangan memasak di televisyen.Ketidakhadiran ahli-ahli Parlimen itu menyebabkan sidang tergempar untuk memilih Perdana Menteri ditangguhkan pada Rabu ini.Timbalan pemimpin Parti Kuasa Rakyat (PPP) yang juga pemangku Perdana Menteri, Somchai Wongsawa berkata, beliau yakin semua ahli Parlimen akan hadir dan bersedia untuk membuat pemilihan."Setiap parti komponen perlu mengadakan perbincangan sesama sendiri mengenai calon untuk pengundian minggu depan."Saya tidak dapat menyatakan sama ada nama calon akan berubah kerana ini bergantung kepada rundingan antara parti-parti politik," katanya.
komen assirkami:
Perdana menteri Thailand sanggup buat begitu kerana tak tahan dengan desakan rakyat berbeza dengan malaysia yang masih lagi banyak bertahan. tak taulah lepas nie boleh tahan ke tak

Penduduk Jasin Bantah Karaoke Terbuka - Malaysiakini

sumber dari kawanku Jalak Lenteng
JASIN, 10 Sept (Hrkh) - Penduduk di sekitar Jasin membantah tindakan sebuah restoran di Kampung Ayer Panas, Kesang, di sini yang mengadakan aktiviti berkaraoke secara terbuka di waktu malam kerana jelas tidak menghormati bulan Ramadan yang mulia ini. Menurut Yang Dipertua PAS Kawasan Jasin, Mejar Jasme Tompang, bahawa aktiviti yang dijalankan itu jelas tidak menghormati bulan yang mulia ini dan mengganggu keharmornian penduduk setempat.

"Aktiviti tersebut telah berlangsung sekian lama walaupun mendapat rungutan daripada orang kampung, namun sehingga kini tiada tindakan yang diambil oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) khususnya Majlis Perbandaran Jasin. "Kita harap di bulan yang penuh dengan rahmat dari Allah ini sepatutnya umat Islam menggelakkan diri dari melakukan perbuatan yang sia-sia dan melalaikan. "Umat Islam perlu mempertingkatkan amal ibadat di bulan yang diberkati ini dan bermuhasabah diri, keluarga serta masyarakat agar selari dengan tuntutan Allah yang mahukan kita mengajak kepada kebajikan dan mencegah kemungkaran," kata beliau.

Pemilik restoran itu telah menjalankan perniagaan dan aktiviti berkaraoke kepada pengunjungnya sejak beberapa lama serta ianya mendapat sambutan yang hebat di kalangan orang-ramai khususnya penduduk sekitar. Tetapi tidak dapat dipastikan sama ada aktiviti tersebut mendapat kelulusan daripada pihak berwajib atau tidak kerana ianya dijalankan secara terbuka dan perlu mendapat permit daripada PBT.
komen assirkami:
rupanya ramai lagi yang masih jahil dalam bab agama nie yer .. dah tau bulan ramadhan nie bulan untuk beramal ibadat patutnya tambah kan pahala lah .. nie nak tambah dosa buat ape?? akai ada taknak pakai ...

16 September : Berjayakah si Katak Melompat Kembali- Malaysiakini

assalamualaikum .. lama gak tak nulis kat sini dsan rasanya dah dekat seminggu assirkami tak update laman blog nie .. erm.. topik yang nak dibincang kali nie iyerlah mengenai situasi yang berlaku pada masa kini khususnya dimalaysia berkenaan dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh pimpinan tertinggi pakatan rakyat khususnya pimpinan tertinggi parti keadilan rakyat malaysia untuk melakukan satu pengislahan terhadap pemerintahan negara pada 16 september.
Terlalu banyak statement yang telah dikeluarkan, ada yang setuju dan ada pulak yang berkata perkara ini tak mungkin berlaku sepertimana yang kita boleh baca didada-dada akhbar sama ada alternatif atau akhbar yang pro kerajaan dan saya melihat akan berlaku dua kemungkinan sama ada perkara ini akan berjaya atau perkara ini tidak akan berjaya.
pertamanya, perkara ini mungkin berjaya tapi bukan pada 16 september kerana pada bulan september parlimen tidak bersidang dan kebanyakan ahli-ahli yang berhormat berada dikawasan masing-masing ataupun ada yang mengambil kesempatan untuk melancong dan tak kurang yang melencong. tapi baru baru ini BBCBN telah mengadakan lawatan sambil belajar yang kononnya disifatkan untuk belajar oleh BBCBN . Tapi saya tak nampak ianya satu program sambil belajar dan saya boleh sifatkan ianya sebagai satu perkara yang membuang masa. ini kerana banyak masa dan banyak lagi gerak kerja yang perlu dilaksanakan oleh ahli-ahli yang berhormat dan saya nampak program yang dianjurkan oleh BBCBN sebagai satu perkara yang membazirkan wang rakyat. bukankan ianya boleh disaurkan untuk kebajikan bersempena dengan bulan ramadhan ini dan program ini jelas menunjukkan ianya hanyalah helah untuk mengelakkan dari peristiwa peralihan kuasa yang dirangka oleh pimpinan Pr khususnya DSAI daripada berjaya.
Bab lompat parti pun satu hal jugak, sepertimana kenyataan yang dikeluarkan oleh Naib Presiden PAS, Tn.Hj.Mohamad Sabu bahawa perkara ini adalah satu perkara yang cukup sukar untuk dipercayaai kerana ianya pernah berlaku dan boleh menyebabkan kepada perpecahan dan kekalutan dalam sesebuah kesatuan. Untuk yang selanjutnya beliau hanya nyatakan kita tunggu dan lihat sahaja apa yang berlaku. Namun berjayakah si katak melompat lagi ??

Isnin, 8 September 2008

Tan Sri Khalid Berjiwa CEO-Malaysiakini

assalamualaikum ..
bukan nak komen apa pun cuma tertarik dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Dato' Menteri Besar Selangor Tan Sri Datuk Abdul Khalid Ibrahim mengenai bencana yang melanda kawasan selat kelang beberapa hari yang lalu. Kenyataan beliau ditafsirkan media sebagai seorang tokoh yang tidak berjiwa rakyat. Pada saya mungkin ada betulnya apa yang diperkatakan oleh beliau sebagai satu perkara yang membuang masa. Ini kerana apa gunanya ada pegawai-pegawai bawahan yang dilantik untuk melaksanakan tugas sedangkan beliau mempunyai tugas yang lebih penting lagi.
sikap yang beliau tunjukkan jelas menggambarkan yang beliau adalah seorang tokoh yang berjiwa CEO sebuah syarikat yang besar. Bagi seorang CEO sudah barang tentu beliau mengarahkan kepada para pegawai yang ada dibawahnya untuk menjalankan tugas. kalau tak pegawai-pegawai tadi tentu makan gaji buta dan senjata itulah yang boleh digunakan oleh umno selangor untuk menjatuhkan kerajaan yang ada sekarang.Tapi itu mungkin kesilapan juga dari percakapan Tansri almaklum manusia nie kadang terlupa dan mudah terlepas cakap.

Ahad, 7 September 2008

ELOK TUKAR SEBELUM MELARAT - Malaysiakini

artikel ini saya ambil dari kawan saya Silembiks... almaklum kami nie kawan sekampung ..
Sambil lepak-lepak ngan member sejemaah, ceritala juga pasal isu politik semasa. Di Dun Serkam hampir kesemua pucuk pimpinan UMNO peringkat cawangan telah membuat rombakan. Antara yang saya ketahui ialah Serkam, Serkam Darat, Tedong dan Sempang. Itu hanya peringkat Dun sayala. Tempat lain tak dapat nak pastikan.

Yang pastinya ramai muka-muka lama yang kecundang dalam pemilihan kali ini. Dari sumber yang saya perolehi, antara sebab utama muka-muka lama ini kecundang dalam pemilihan kali ini adalah disebabkan berlakunya masalah penyelewengan wang di dalam Parti tersebut..tu baru pasal wang dalam parti, tak cerita lagi perihal penyelewengan wang JKKK... Tempat dan siapa orangnya saya terpaksa rahsiakan, orang
UMNO boleh cari sendiri sapa mangkuk hayun tersebut...mungkin black & white dari saya kurang, "tetapi masakan pokok akan bergoyang dengan sendirinya jika angin tidak bertiup, mesti ada orang yang mengoyangkannya"..jadi masing-masing berfikirlah dengan sempurna...

Jadi apa yang dapat saya simpulkan disini ialah kalau pemimpin peringkat pusat dah tak betul apatah lagi pimpinan peringkat cawangan. Tapi yang specialnya, pimpinan pusat ini 'maksum' dan tidak boleh ditangkap jika terlibat dengan masalah politik wang, pimpinan yang kecik ?? mmmm pandai-pandai kamula labu.... Yang haram semuanya jadi halal belaka. Bak kata P. Ramlee dalam cerita 'Tiga Abdul', "dah elokla tu, si perompak makan si penyamun"...Senang kata, akibat sikap mereka yang macam binatang buas, rakyat tempatan yang semakin kesempitan...

silembiks : mmm patutla dah nak karam, dok bikin perkara salah je kejenya..

Komen assirkami:
Pertamanya nak perbetul statemen "penyamum jual si penyangak bukan Perompak jual si penyamum.Serkam darat tu kampung saya lah tu.. pergh.. Ketua Umno dia siap boleh makan duit cawangan plak tu .. guna duit main judi.. pak aji plak tu dah tu dilantik sebagai pengerusi masjid plak . Tu pun nasib baik duit masjid pun tak di kebas. Duit cawangan pun abis inikan pulak duit2 yang lain . tak tau lah cukup makan ke tak

Salebriti Jadi Calon PRU Indonesia : Sesuaikah Di Malaysia??-Malaysiakini

Pada bulan Mac yang lalu, seluruh negara kita menjadi tumpuan dalam pilihanraya umum yang ke 12 yang menyaksikan kerajaan Barisan Nasional yang ditunjangi oleh UMNO,MCA dan MIC hampir hilang kuasa setelah hilang majoriti 2/3 didalam Dewan rakyat dan pada bulan April akan datang pula kita sama-sama bakal menyaksikan Saing kita iaitu Indonesia pula yang akan menghadapi Pilihanraya Umum bagi negara mereka. berbeza dengan kita di Malaysia, antara kreteria calon yang banyak diambilkira dan ditatapkan antaranya mestilah salah saorang daripada jawatakuasa cawangan atau bahagian atau negeri, orang yang berpangkat dan orang yang berpendidikan tinggi. Lain pula halnya di seberang. Golongan yang berkarya seperti artis lebih mendominasi politik dinegara mereka berbanding dengan golongan yang berpendidikan. Ini kerana mereka mempunyai banyak wang untuk dilaburkan berbanding dengan golongan yang lain. Tapi sesuaikah Selebriti dijadikan calon di Malaysia ??
saya tak nampak perkara ini boleh dijadikan satu cara atau pendekatan yang baik untuk menarik minat terutamanya golongan saluran 1 dan 2. bagi saya mereka lebih menggemarkan golongan agamawan berbanding golongan selibriti yang menjadi kegilaan golongan saluran 3 dan 4. Apa yang penting dalam kita memilih ketua atau wakil kita pada masa-masa akan datang pilihlah golongan yang dapat memberikan manfaat kepada kita didunia serta memberikan syafaat kepada kita di Akhirat.

Kembalinya Pahlawan Ulung

TOKOH kewartawanan dan pejuang kemerdekaan, Tan Sri Abdul Samad Ismail, meninggal dunia di Pusat Perubatan Pantai di sini pada 5.58 petang semalam kerana jangkitan paru-paru.Tan Sri Abdul Samad, 84 tahun, yang lebih dikenali sebagai Pak Samad, dimasukkan ke hospital itu sejak 24 Ogos lalu, selepas mengalami kesukaran bernafas.Anak kelahiran Singapura itu meninggalkan seorang balu, Puan Sri Habibah Hamid, dan 10 anak, termasuk blogger dan wartawan Nuraina dan Maria. Isteri pertamanya, Cik Hamidah Hassan, meninggal dunia pada 2 Jun 1990.
Jenazah Allahyarham dibawa ke rumahnya di No 2, Lorong 16/7C, Petaling Jaya, dan akan dikebumikan selepas solat Jumaat hari ini.Pak Samad memulakan kerjaya wartawan semasa Perang Dunia Kedua di Singapura, apabila menyertai Berita Malai pada 1941 dan menjadi editornya pada 1945 ketika berusia 21 tahun.

Selepas perang beliau menjadi penolong editor Utusan Melayu tetapi dipenjarakan pada 1951 kerana didakwa terlibat dengan kegiatan komunis.Selepas dibebaskan pada 1953 beliau kembali ke Utusan Melayu dan ikut mengasaskan Parti Tindakan Rakyat (PAP).Beliau menyertai Kumpulan The Straits Times pada 1958 dan menjadi editor Berita Harian pada 1959, kemudian berhijrah ke Kuala Lumpur.Pada 1974 beliau dilantik menjadi editor pengurusan dan timbalan ketua editor Kumpulan New Straits Times.Pada 1976 beliau sekali lagi dipenjarakan di bawah ISA.Apabila dibebaskan pada 1981, beliau kembali ke NST dan menjadi penasihat pengarang sehingga bersara pada 1988.
komen assirkami:
Teringat plak kat Tokoh Bahasa Malaysia dan pejuang Bangsa Nendaku Tuan Haji Mokhtar Yasin.

Mampukah semangat Nasionalis bertahan di Malaysia?? -Malaysiakini

Minggu lepas timbul isu perselisihan faham antara komponan Parti Barisan Nasional disebabkan salah seorang daripada Ketua Umno bahagian yang tak semena-mena telah menyentuh dan mengguris perasaan kaum lain khususnya kaum Cina dan menyifatkan mereka sebagai pendatang dan penumpang. Pada hemat saya, perkara ini adalah lumrah bagi sebuah parti yang bertunjangkan pada bangsa dan berideologikan kebangsaan dan perkauman. Biasalah kalau orang yang berideologikan Nasionalis perkauman nie dia akan bercakap ikut sedap mulut dia sahaja walaupun menurut yang mengata tadi tu ianya berdasarkan fakta. Itu yang kita dapat lihat dari sudut pandangan dan satu pandangan secara umum. apa yang ingin saya bawakan dan perkatakan mampukah ideologi seperti ini bertahan lama jika apa yang kita perjuangkan bukan berteraskan kepada ideologi atau metodologi yang jelas.


TEROWONG SMART YANG TAK PERNAH 'SMART-Malaysiakini'

Dua hari lepas keluar lagi berita yang menyatakan terowong penahan banjir akan ditutup ntah kali ke berapa pun saya tak pasti . Tapi rasanya dah banyak kali dtutup akibat limpahan air banjir yang terlalu banyak.Rasanya dimana silapnya yer sampai banyak kali ditutup sedangkan sebelum ini kita pernah diwar-warkan bahawa terowong smart ini adalah terowong bawah tanah yang tercanggih dan termoden pada alaf ini. Tapi apa yang kita dapat saksikan di kaca televisyen dan juga dada -dada akhbar mengatakan terowong ini kerap kali ditutup untuk laluan lalu lintas dan perkara ini jelas sekali merimaskan dan menyusahkan pengguna-pengguna jalanraya dan juga penduduk disekitar khususnya yang bertugas di Lembah Kelang.
Pada hemat saya sepatutnya perkara ini perlu dibawa untuk diteliti oleh semua pihak mengapa dan kenapa perkara ini boleh berlaku? atau kita rujuk semula pada tukang buat sebelum nie Datuk Seri S Samy Vello. Beliau sepatutnya bertanggungjawab dalam hal yang membabitkan bidang kuasa beliau walaupun sekarang ini beliau tidak lagi berkuasa.Bukankah dizaman beliau memegang jawatan tersebut perkara ini dilaksanakan.Kalau rasa menyusahkan pengguna dan rakyat bawahan , tak usah nak kejar sangat nak bina benda yang boleh menyusahkan.

PENULIS AMERIKA PULA HINA NABI SAW, APA TINDAKAN KITA -Malaysiakini

LONDON: Seorang lagi penulis Barat mungkin mencetuskan protes baru Dunia Islam selepas menghasilkan buku yang dianggap menghina Nabi Muhammad SAW berhubung hubungan Rasulullah dengan isteri ketiganya, Aishah.Selepas penyiaran kartunis menghina Rasulullah disiarkan akhbar Denmark tidak berapa lama dulu, penulis Amerika Syarikat, Sherry Jones, 46, menghasilkan novel The Jewel of Medina dengan menyifatkan Aishah sebagai ‘kanak-kanak yang menjadi isteri nabi’.Novel itu sudah pun mencetuskan kontroversi di Amerika dan Serbia tetapi akan mula dipasarkan di Britain bulan depan.Penerbit, Gibson Square, membeli hak penerbitan selepas Random House membatalkan jualan buku itu kerana dimaklumkan ‘sumber boleh dipercayai’ termasuk tokoh sejarah Islam bahawa novel berkenaan boleh mencetuskan keganasan.
Pensyarah sejarah Islam di Universiti Texas, Amerika, Denise Spellberg, menggelar novel Jones itu umpama ‘bahan lucah ringan’, lapor akhbar The Guardian.Jones pula menafikannya dengan berkata: “Itu karut. Saya tentunya seorang penulis yang dahsyat kerana dapat menghasilkan buku lucah tanpa adegan seks.“Buku ini adalah satu penceritaan munasabah setakat yang saya mampu ceritakan mengenai gundik Muhammad dan kehidupan peribadinya. Sudah tentu ia menyentuh seks tetapi tidak ada langsung adegan seks."Random House membayar AS$100,000 (RM345,000) untuk The Jewel of Medina dan novel kedua Jones. - Berita Harian

komen assirkami
apa tindakan kita seterusnya selepas penghinaan yang dilakukan oleh beberapa golongan kuffar yang dengan sewenang-wenangnya dengan terang-terang menhina Baginda nabi SAW dan ahli keluarga Baginda. Adakah cukup sekadar kita menghantar memorendum bantahan sahaja untuk meredakan keadaan yang cukup genting ini atau cukup dengan hanya kita terpekik terlolong untuk membantah tindakan yang dilakukan oleh mereka ?? atau sanggup berkompromi dengan mereka ??