Translate

Followers

EZ Q

Khamis, 25 September 2008

Gerakan Tawan Seri Negeri Bermula ??? - Malaysiakini

Bukit Katil Melaka, 24 September, Naib Presiden Pas Tuan Hj. Mohd. Sabu menggariskan beberapa perkara penting bagi memastikan kubu terakhir Barisan Nasional di Melaka dan Johor dapat dirobohkan bagi memastikan kemenangan dan kemaraan Pakatan Rakyat dalam Pilihanraya akan datang.Beliau berkata demikian dalam Majlis Berbuka Puasa dan Ceramah Umum sempena sambutan Badar al Kubra anjuran Badan Perhubungan Pas Melaka semalam. Di antara perkara yang perlu diberi perhatian ialah mengukuhkan kerjasama dalam Pakatan Rakyat. Menurut beliau dalam PRU lalu, kerjasama dalam Pakatan Rakyat dibuat agak lewat berbanding pada kali ini. Dalam masa yang sama beliau mengingatkan agar semua penyokong dan pimpinan Pakatan Rakyat tidak terperangkap dengan isu perkauman yang cuba dimanipulasi oleh pihak tertentu.Di samping itu tidak leka dengan hanya menunggu kerajaan baru terbentuk sehingga meninggalkan gerak kerja yang mesti dilakukan bagi mengekalkan momentum kebangkitan rakyat dan kemenangan yang dicapai baru-baru ini.Program majlis berbuka puasa semalam turut dihadiri oleh ahli Parlimen Kota Melaka dan semua wakil rakyat DUN DAP Melaka kecuali, YB Betty Chew. Di samping turut dihadiri pimpinan PKR Melaka yang diketuai S/U Perhubungannya Kolonel ( B ) Hashim Puteh.

Tiada ulasan: