LONDON: Seorang lagi penulis Barat mungkin mencetuskan protes baru Dunia Islam selepas menghasilkan buku yang dianggap menghina Nabi Muhammad SAW berhubung hubungan Rasulullah dengan isteri ketiganya, Aishah.Selepas penyiaran kartunis menghina Rasulullah disiarkan akhbar Denmark tidak berapa lama dulu, penulis Amerika Syarikat, Sherry Jones, 46, menghasilkan novel The Jewel of Medina dengan menyifatkan Aishah sebagai ‘kanak-kanak yang menjadi isteri nabi’.Novel itu sudah pun mencetuskan kontroversi di Amerika dan Serbia tetapi akan mula dipasarkan di Britain bulan depan.Penerbit, Gibson Square, membeli hak penerbitan selepas Random House membatalkan jualan buku itu kerana dimaklumkan ‘sumber boleh dipercayai’ termasuk tokoh sejarah Islam bahawa novel berkenaan boleh mencetuskan keganasan.
Pensyarah sejarah Islam di Universiti Texas, Amerika, Denise Spellberg, menggelar novel Jones itu umpama ‘bahan lucah ringan’, lapor akhbar The Guardian.Jones pula menafikannya dengan berkata: “Itu karut. Saya tentunya seorang penulis yang dahsyat kerana dapat menghasilkan buku lucah tanpa adegan seks.“Buku ini adalah satu penceritaan munasabah setakat yang saya mampu ceritakan mengenai gundik Muhammad dan kehidupan peribadinya. Sudah tentu ia menyentuh seks tetapi tidak ada langsung adegan seks."Random House membayar AS$100,000 (RM345,000) untuk The Jewel of Medina dan novel kedua Jones. - Berita Harian

komen assirkami
apa tindakan kita seterusnya selepas penghinaan yang dilakukan oleh beberapa golongan kuffar yang dengan sewenang-wenangnya dengan terang-terang menhina Baginda nabi SAW dan ahli keluarga Baginda. Adakah cukup sekadar kita menghantar memorendum bantahan sahaja untuk meredakan keadaan yang cukup genting ini atau cukup dengan hanya kita terpekik terlolong untuk membantah tindakan yang dilakukan oleh mereka ?? atau sanggup berkompromi dengan mereka ??
3 ulasan:
is your answer " demonstrasi"? If you have read more, the writer's book was not published again by the second publisher. All do not dare to do so because of the repercussion.
Salam Tuan,
Kita tunggu geng2 Pemuda UMNO yang 'gagah' dan 'perkasa' serta 'rakus' itu untuk mengadakan satu lagi siri demo yang 'dibenarkan' oleh Polis Malaysia dan wajarnya diketuai oleh 'KJ' menantu hantu emas kesayangan PM AAB...
tungguuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu!!!!
salam kembali tuan,
bila nak buat tu tuan?? nak tunggu ayam berjanggut n paklah pakai serban baru nak buat ker ??
Catat Ulasan