Translate

Followers

EZ Q

Ahad, 7 September 2008

Kembalinya Pahlawan Ulung

TOKOH kewartawanan dan pejuang kemerdekaan, Tan Sri Abdul Samad Ismail, meninggal dunia di Pusat Perubatan Pantai di sini pada 5.58 petang semalam kerana jangkitan paru-paru.Tan Sri Abdul Samad, 84 tahun, yang lebih dikenali sebagai Pak Samad, dimasukkan ke hospital itu sejak 24 Ogos lalu, selepas mengalami kesukaran bernafas.Anak kelahiran Singapura itu meninggalkan seorang balu, Puan Sri Habibah Hamid, dan 10 anak, termasuk blogger dan wartawan Nuraina dan Maria. Isteri pertamanya, Cik Hamidah Hassan, meninggal dunia pada 2 Jun 1990.
Jenazah Allahyarham dibawa ke rumahnya di No 2, Lorong 16/7C, Petaling Jaya, dan akan dikebumikan selepas solat Jumaat hari ini.Pak Samad memulakan kerjaya wartawan semasa Perang Dunia Kedua di Singapura, apabila menyertai Berita Malai pada 1941 dan menjadi editornya pada 1945 ketika berusia 21 tahun.

Selepas perang beliau menjadi penolong editor Utusan Melayu tetapi dipenjarakan pada 1951 kerana didakwa terlibat dengan kegiatan komunis.Selepas dibebaskan pada 1953 beliau kembali ke Utusan Melayu dan ikut mengasaskan Parti Tindakan Rakyat (PAP).Beliau menyertai Kumpulan The Straits Times pada 1958 dan menjadi editor Berita Harian pada 1959, kemudian berhijrah ke Kuala Lumpur.Pada 1974 beliau dilantik menjadi editor pengurusan dan timbalan ketua editor Kumpulan New Straits Times.Pada 1976 beliau sekali lagi dipenjarakan di bawah ISA.Apabila dibebaskan pada 1981, beliau kembali ke NST dan menjadi penasihat pengarang sehingga bersara pada 1988.
komen assirkami:
Teringat plak kat Tokoh Bahasa Malaysia dan pejuang Bangsa Nendaku Tuan Haji Mokhtar Yasin.

Tiada ulasan: