assalamualaikum ..
bukan nak komen apa pun cuma tertarik dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Dato' Menteri Besar Selangor Tan Sri Datuk Abdul Khalid Ibrahim mengenai bencana yang melanda kawasan selat kelang beberapa hari yang lalu. Kenyataan beliau ditafsirkan media sebagai seorang tokoh yang tidak berjiwa rakyat. Pada saya mungkin ada betulnya apa yang diperkatakan oleh beliau sebagai satu perkara yang membuang masa. Ini kerana apa gunanya ada pegawai-pegawai bawahan yang dilantik untuk melaksanakan tugas sedangkan beliau mempunyai tugas yang lebih penting lagi.
sikap yang beliau tunjukkan jelas menggambarkan yang beliau adalah seorang tokoh yang berjiwa CEO sebuah syarikat yang besar. Bagi seorang CEO sudah barang tentu beliau mengarahkan kepada para pegawai yang ada dibawahnya untuk menjalankan tugas. kalau tak pegawai-pegawai tadi tentu makan gaji buta dan senjata itulah yang boleh digunakan oleh umno selangor untuk menjatuhkan kerajaan yang ada sekarang.Tapi itu mungkin kesilapan juga dari percakapan Tansri almaklum manusia nie kadang terlupa dan mudah terlepas cakap.
4 ulasan:
Terlajak perahu boleh ditarik, terlajak kata buruk padahnya.
Apa kata lepas ni rakyat pula kata,"..mengundi tan sri Khalid ni membuang masa!"?
Atau rakyat juga boleh kata " tak usah layan tan sri MB ni, membuang masa aje!"
Atau mungkin rakyat akan kata, "..tak ada MB pun tak apa, membuang masa aje!"
Tapi perkara nie mungkin ada yang tersirat yang kita tak tau .. apa kt kita tany sendiri apa yang dikatakan membuang masa tu ..
Salam!
Kalau kita renungkan kata Tan Sri dari sudut yang negatif, sahlah ia merupakan kata2 orang yg sombong dan takbur tetapi saya sentiasa melihat kepada positif kata-kata beliau. Bukan dia tak boleh nak jadi seperti Sultan Pahang tetapi berapa ramai pengiring yang perlu dibawa, semua itu menelan kos yang kecil ke? Saya bagi contoh lain yang lebih kecil kosnya, apabila TPM (apa nama tu?) turun melawat mangsa bencana alam seperti ini, adakah beliau menggunakan kereta kancil untuk sampai ke tempat tersebut? Sudah tentu helikopter NURI yang sentiasa diselenggarakan untuk keselamatan dia dan bukan NURI yang selalu terlibat dengan kemalangan.Mana yang lebih baik dan terpenting? Hulurkan bantuan atau tunjukkan muka dahulu? Natijahnya, akan berlaku seperti yang berlaku di Johor ketika banjir besar melanda, Ada siapa dari kalangan bloggers yang sempat makan biskut kering yang terapung-apung di atas air yang bercampur dengan air najis rumah sendiri? Ini berlaku keana kebiasaan kita menunggu siapa yang hendak jenguk muka dahulu barulah tindakan drastik untuk menyelesaikan masalh akan dilaksanakan. Orang JOHOR yang terlibat mungkin boleh buat penafian andai kata-kata saya tak betul tentang apa yang telah berlaku di JOHOR satu ketika dulu...
thanks!
kalau TSK kata buang masa..
mungkit jika pergi sekadar melawat..
pergi sekadar nak tengok..
pergi sekadar nak tunjuk muka..
memang la buang masa..
tapi kalau pergi membantu..
mengarah perkara yg kurang...
masakkan..
tanya apa lagi boleh dibantu...
itu yg terbaik.. lagi bagus kalu TSK tu sendri yg angkat beras bagi kat orang susah tu makan.. masakkan sekali lagi bagus..
TSK tu MB selangor je.. bukan besau mana selangor tu.. kecik je.. jawatan dia pun bukan apa pun.. so dari banyak cakap baik banyak tolong...
Catat Ulasan