Translate

Followers

EZ Q

Ahad, 21 September 2008

Jejaki Lailatulqadar - Malaysiakini

Hari ini dah masuk hari yang ke dua puluh satu umat Islam berpuasa dan bermakna sekarang ini dah masuk dalam tempoh 10 malam yang terakhir sepertimana yang dinyatakan dalam hadis Nabi SAW yang menyatakan bahawa 10 malam yang pertama dalam bulan ramadhan Allah SWT mengurniakan rahmat buat semua hamba-hambanya dan pada 10 hari yang pertengahan pula, Allah mengurniakan keampunan buat hambanya yang memohon ampun dan pada 10 malam yang terakhir pula dilepaskan daripada Azab api neraka. Daripada mafhum hadis ini jelas kepada kita mengenai kelebihan malam –malam dalam bulan ramadhan.

Tapi apa yang berlaku, khususnya masyarakat melayu dimalaysia kurang memberikan perhatian terhadap malam-malam yang disebutkan malahan ada juga yang tidak tahu mengenai malam lailatul qadar. Yang hanya mereka tahu ialah malam tujuh likur . Apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan malam tujuh likur ?? saya sendiri tak faham mengenai malam tujuh likur mungkin juga disebabkan saya kurang bertanya mengenai malam tujuh likur. Tapi apa yang saya tahu dan lebih faham ialah malam lailatul qadar sepertimana yang diterangkan oleh ibu dan ayah serta arwah datuk kesayangan saya. Disekolah dulu pun saya tak pernah diterangkan mengenai malam tujuh likur dan hanya diterangkan mengenai malam lailatul qadar.

Apa pula yang dikatakan malam lailatul qadar? Malam lailatul qadar ialah satu malam yang cukup istimewa sepertimana yang dinyatakan dalam surah alqadar

“Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada malam Lailatul-Qadar,Dan apa jalannya Engkau dapat mengetahui apa Dia kebesaran malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu, turun malaikat dan Jibril Dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa Segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun Yang berikut).Sejahteralah malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!”.

Jelaslah pada kita bahawa malam lailatulqadar ialah malam yang patut diraikan.Tapi ramai dikalangan rakyat malayasia kurang mengetahui mengetahui mengenai lailatul qadar.Jika ditanyakan kepada anak muda pada zaman sekarang ramai dikalangan mereka yang kurang mengetahuinya. Agak-agak 20 tahun akan datang orang akan cari lagi tak malam yang penuh bermakna nie ye??

Tiada ulasan: