Translate

Followers

EZ Q

Ahad, 7 September 2008

TEROWONG SMART YANG TAK PERNAH 'SMART-Malaysiakini'

Dua hari lepas keluar lagi berita yang menyatakan terowong penahan banjir akan ditutup ntah kali ke berapa pun saya tak pasti . Tapi rasanya dah banyak kali dtutup akibat limpahan air banjir yang terlalu banyak.Rasanya dimana silapnya yer sampai banyak kali ditutup sedangkan sebelum ini kita pernah diwar-warkan bahawa terowong smart ini adalah terowong bawah tanah yang tercanggih dan termoden pada alaf ini. Tapi apa yang kita dapat saksikan di kaca televisyen dan juga dada -dada akhbar mengatakan terowong ini kerap kali ditutup untuk laluan lalu lintas dan perkara ini jelas sekali merimaskan dan menyusahkan pengguna-pengguna jalanraya dan juga penduduk disekitar khususnya yang bertugas di Lembah Kelang.
Pada hemat saya sepatutnya perkara ini perlu dibawa untuk diteliti oleh semua pihak mengapa dan kenapa perkara ini boleh berlaku? atau kita rujuk semula pada tukang buat sebelum nie Datuk Seri S Samy Vello. Beliau sepatutnya bertanggungjawab dalam hal yang membabitkan bidang kuasa beliau walaupun sekarang ini beliau tidak lagi berkuasa.Bukankah dizaman beliau memegang jawatan tersebut perkara ini dilaksanakan.Kalau rasa menyusahkan pengguna dan rakyat bawahan , tak usah nak kejar sangat nak bina benda yang boleh menyusahkan.

2 ulasan:

Ruzt berkata...

Pasal SMART ni saya tak setuju, Tahukah saudara terowong SMART dibina dgn tujuan untuk melancarkan air hujan bila hujan lebat dan bukannya dibina dengan tujuan menyelesaikan masalah lalulintas. Oleh itu, laluan kenderaan dalam terowong SMART adalah bonus sahaja kepada pengguna jalan raya. Bila hujan lebat air akan dialirkan melalui terowong SMART ke kolam tadahan di Taman Desa (desa water park), maka jalanraya didalam terowong terpaksa ditutup kerana air memenuh kesemua 3 tingkat laluan di dalam terowong.

Pada saya ini bukanlah masalah yang perlu diperbesarkan jika anda faham tujuan asal pembinaan terowong tersebut. Jika ia tidak ditutup untuk laluan kenderaan, maka KL akan banjir lagi macam dulu2.

Saya bekerja di Jln Ampang dan saya memandu setiap hari ke KL daripada Bangi. Saya sedia maklum tentang kesesakan yang berlaku bila SMART ditutup tetapi adalah lebih baik ia ditutup daripada tidak tutup kerana jika banjir kesannya lebih parah lagi.

Yang paling penting anda kena faham bahawa SMART tidak dibina untuk menyelesaikan traffic jam tetapi untuk menyelesaikan masalah banjir kilat. KL tidak lagi banjir seteruk dulu sejak SMART dibuka.

Ibnu Mohyeddin berkata...

tapi bukankah itu akan merimaskan pengguna yang menggunakan terowong tersebut ?? mana lebih menyusahkan antara kesesakan dan banjir. kalau banjir memang kita tak boleh elak tapi kalau sesaka nak elak kat mana ??