Translate

Followers

EZ Q

Rabu, 22 Julai 2009

Dari UM ke Salak Tinggi (1) : HARI KETIGA

Assalamualaikum ... salam perjuangan

Hari ini hari ketiga aku berada di Bumi SAM BBST. Hari ini Hari pertama aku menjejakkan kaki ke bilik darjah dan kenangan duduk di meja guru selama 2 tahun lepas kembali menjengahkan diri di mindaku. Alhamdulillah pada hari ini penerimaan murid-murid sekolah terhadap diriku adalah baik dan kehadiranku dikelas diterima dengan sebaiknya.

moga hari ini dan seterusnya akan jadi kenangan dan pembakar semangat untuk ku bagi membentuk diri menjadi seorang insan guru yang cemerlang.Insya Allah, akan ku coretkan lagi cerita cerita menarik sepanjang aku berada di sini

Sabtu, 18 Julai 2009

SELEPAS PPSMI MANSUH, UPSR PULAK MANSUH ??

Naib Ketua Pemuda Umno, Datuk Razali Ibrahim, mencadangkan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dimansuhkan kerana sudah tidak relevan dalam sistem pendidikan negara. Katanya, UPSR hanya menjurus kepada konsep pencapaian pendidikan melalui peperiksaan yang memerlukan pelajar lulus subjek tertentu untuk layak ke sekolah berasrama penuh, sekali gus tidak membantu menentukan tahap akademik pelajar. "Bagi saya, mansuhkan saja UPSR kerana tidak releven lagi. Ia hanya menjadi penanda aras untuk membolehkan murid selepas Tahun 6 memasuki sekolah asrama penuh. "Malah, UPSR tidak menggalakkan murid mengambil berat untuk mendalami subjek lain yang juga penting seperti Sejarah dan Pendidikan Agama Islam kerana subjek ini tidak menjadi syarat lulus di dalam ujian itu," katanya selepas merasmikan Persidangan Pemuda Umno Bahagian Cheras, hari ini.

Jumaat, 17 Julai 2009

DIBUNUH KERANA BERTUDUNG : SAH SYAHID

Kisah menyanyat hati ini berlaku minggu lepas. Kisahnya begini, seorang muslimat Mesir di Jerman, Marwa Al-Sherbini, yang pada Ogos 2008 telah memfailkan saman kepada jirannya yang menggelarnya sebagai 'Terrorist', kerana beliau berhijab.Diulang, beliau digelar 'Pengganas', kerana beliau B.E.R.T.U.D.U.N.G. !!Maka setelah mendengar hujah kedua-dua pihak pada Rabu minggu lepas, mahkamah mendapati lelaki, yakni jiran kepada Marwa tadi bersalah, dan dikehendaki membayar denda 2800 Euro.


Anda tau apa berlaku sesudah itu?Lelaki ini telah menerkam ke arah Marwa, dan menikam mangsa 18 kali!! Ya, anda tak salah baca, memang 18 kali, dan yang paling teruk, Marwa ditikam sehingga mati, sambil beliau memeluk anaknya. Dan Marwa ketika itu mengandung 3bulan...tragis bukan?Belum cukup tragis, ada lagi. Suami Marwar yang melihat isterinya ditikam terus menerkam ke arah lelaki tadi, dan.......akhirnya suaminya juga ditikam 3 kali. Nah. Tidak cukup dengan itu, pengawal keselamatan yang 'melihat' kejadian tadi telah bertindak menembak suami Marwar. Nah...ini baru betul2 tragis.

Sekarang anda fikir, bagaimana logik seorang perempuan ditikam 18kali di dalam mahkamah, tanpa ada seorang pun yang bertindak menyelamatkan wanita ini, melainkan suaminya, yang akhirnya kerkesudahn ditembak.Logik atau tidak anda mengambil masa hanya 1 saat untuk menikam 18 kali? Cuba anda tikam angin 18 kali, berapa lama masa yang anda ambil, tikam secepat mungkin. Malah 1 saat untuk 1 tikaman pun sukar dicapai. Maka tidakkah anda terfikir kenapa reaksi manusia di situ terlalu lembab? Bengong bukan.

Seorang pemerhati telah berkata tentang suami Marwa, "Dia bukan seorang yang berambut perang, jadi dia tentu penyerangnya." Ya, ini logik pada pandangan mereka. Tapi sesekali tidak bagi kita.

Itu isu pertama, isu kedua adalah mengapa seakannya media barat cuba menutup isu ini. Langsung tidak dihebohkan. Adakah kerana darah orang Islam tidak sama dengan daragh mereka? Ermm..logik bukan. Hanya orang yang gila sahaja percaya ini.

Mungkin ada antara yang membaca entri ini berfikir bahawa ini hanya isu kecil, mengapap erlu dihebohkan. Ada bukan? Ini bukan soal peka semata-mata, cuba anda fikir, kalau Marwa boleh ditikam 18 kali dalam mahkamah, 'tanpa disedari' maka adakah mungkin mereka2 ini menyedari pembunuhan demi pembunuhan yang berlaku nun di Gaza, di Tebing Barat, di Darfur, dan yang terbaru di China. Atau ada antara anda yang masih tidak tahu saudara kita dibunuh di China . Ya, logik la sikit kalau anda tidak tahu, sebab semua pembunuhan tadi berlaku di luar mahkamah.Sampai bila....sampai bila baru dunia harus berkata 'cukup'.


sedikit ulasan : mana perginya pemimpin islam atau pemimpin negara islam ?? dah macam ayam berak kapur ke ?? takkan nak senyap saja dengan isu agama yang ditonjolkan ini? adakah anda semua sudah buta hati dengan habuan dunia sehingga lupakan apa yang berlaku kepada saudara seagama ??

Isnin, 13 Julai 2009

KENYATAAN AHLI UMNO YANG BOLEH JATUHKAN PADA MURTAD

"Tukar agama seketika, bukan lama sangat tak apa," kata seorang petugas di sebuah rumah pemimpin Umno di Kuala Lumpur ketika membahagikan wang tambang kepada pengundi Dun Manek Urai. Kata-kata itu dilontarkan petugas berkenaan sambil tersenyum seakan berseloroh tanpa menyedari kata-katanya itu memberi kesan yang besar kepada dirinya sendiri. Seorang penduduk yang enggan dikenali ketika mendedahkan perkara itu berkata, petugas berkenaan memberitahu pemberian wang tambang itu bukannya rasuah. "Dia juga ada bertanya hendak undi parti mana. Malah ada nama yang disenaraikan mendapat tambang tersebut pada peringkat awal digugurkan apabila dia curiga tidak menyokong Umno," katanya di sini. Menurutnya, setiap pengundi yang datang menemui petugas berkenaan di rumah seorang pemimpin kanan Umno di Kuala Lumpur memberitahu mereka diberi wang sebanyak RM200. Katanya juga pemimpin Umno itu sebelum ini menghimpunkan pengundi-pengundi Manek Urai yang tinggal di Kuala Lumpur di rumahnya bagi mempengaruhi mereka supaya tidak pulang mengundi. Bagaimanapun pada pertemuan kedua pemimpin itu melalui beberapa agen yang dilantik menyenaraikan nama-nama pengundi Manek Urai yang tinggal di Kuala Lumpur dan mahu pulang mengundi.

Ahad, 12 Julai 2009

WARKAH NASUHA

Di kesunyian tafakur ini kuutus warkah rindu
Berpenakan keinsafan ditangan kananku
mencoret kembali tinta hitam didadaku
Saat kita berjauhan dikala itu
Kelam kalbuku tanpa nur kasih Mu
Lupa janji disuatu waktu
Sedang keampunan Mu melangit bagiku
Aku termanggu

Di keheningan fajar keimanan kuhitungkan
Amalku dijejari kerdil ku pertaruhkan
Sedang anugerah Mu buih dilautan
Aku cuba layarkan bahtera
Tapi sayangnya cinta Mu bukan Pelabuhan

Di kegelapan malam yang tiada cahaya
Ku nyalakan obor kasih kita
Ku limpahkan zikir bicara sukma
Penghubung antara dua dunia

Diambang Gerbang ini kutanya rohaniku
Siapa aku di pinggiran Arasy Mu
Tiada Daya untuk Neraka Api Mu
Tiada Layak Buat Firdaus Mu
Namun aku harap bayangan redha Mu
Akan terus memayungiku
Aku Harap Kau terima warkahku
Sebelum Kau menjemputku

"

Jumaat, 10 Julai 2009

Salam Perpisahan Buat Universiti Malaya

Assalamualaikum … salam perjuangan


 

2 Januari 2009, Jam 2.30 petang, aku menjejakkan kaki ke bumi barakah , bumi para ilmuan , Universiti Malaya untuk menyambung pengajianku diperingkat Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah dan pada hari ini 10 Julai 2009, jam 10.00 pagi aku melangkah berangkat meninggalkan kediaman sementara ku di Kolej Kediaman Kinabalu. Walaupun ianya cukup mengejutkan sahabat-sahabat yang tinggal setingkat dan sekuliah denganku tapi apalah daya yang mampu kulakukan lagi selain dengan menarik beg pakaian dan membawa kelengkapanku untuk keluar untuk meninggalkan kolej kediaman yang penuh dengan kenangan. Apa boleh buat dah sampai masa nak tak nak kena keluar juga .. apa pun buat kawan2 kalau ade nak buat program apa2 nanti jangan lupa mesej yer insya Allah ada masa nanti kita jumpa .. salam perjuangan dari saya wassalam

TAZKIRAH PAGI JUMAAT YB IDHAM

Jika seorang bapa mengetahui 'ringan-ringan' anak dan membiarkannya, ia dayus. Ingin saya tegaskan, seorang wanita dan lelaki yang telah 'ringan-ringan' atau 'terlanjur' sebelum kahwin di ketika bercinta, tanpa tawbat yang sangat serius, rumah tangga mereka pasti goyah. Kemungkinan besar apabila telah berumah tangga, si suami atau isteri ini akan terjebak juga dengan 'ringan-ringan' dengan orang lain pula.

Hanya dengan tawbat nasuha dapat menghalangkan aktiviti mungkar itu dari melepasi alam rumah tangga mereka. Seterusnya, ia akan merebak pula kepada anak-anak mereka, ini kerana benih 'ringan-ringan' dan 'terlanjur' ini akan terus merebak kepada zuriat mereka. Awas..!!

Dalam hal ini, semua suami dan ayah perlu bertindak bagi mengelakkan diri mereka jatuh dalam dayus. Jagalah zuriat anda.

Suami juga patut sekali sekala menyemak hand phone isteri, beg isteri dan lain-lain untuk memastikan tiada yang diragui. Mungkin ada isteri yang curang ini dapat menyembunyikan dosanya, tetapi sepandai-pandai tupai melompat akhirnya akan tertangkap jua. Saya tahu, pasti akan ada wanita yang kata.

"habis, kami ini tak yah check suami kami ke ustaz?"

Jawabnya, perlu juga, cuma topic saya sekarang ni sedang mencerita tanggung jawab suami. Maka perlulah saya fokus kepada tugas suami dulu ye.

Cemburu seorang suami dan ayah adalah wajib bagi mereka demi menjaga maruah dan kehormatan isteri dan anak-anaknya.

Diriwayatkan bagaimana satu peristiwa di zaman Nabi

قَالَ سَعْدُ بْنُ عُبَادَةَ : لَوْ رَأَيْتُ رَجُلاً مَعَ امْرَأَتِي لَضَرَبْتُهُ بِالسّيْفِ غَيْرُ مُصْفِحٍ عَنْهُ ،

فَبَلَغَ ذَلِكَ رَسُولَ اللّهِ صلى الله عليه على آله وسلم فَقَالَ : أَتَعْجَبُونَ مِنْ غَيْرَةِ سَعْدٍ ؟


فَوَ الله لأَنَا أَغْيَرُ مِنْهُ ، وَالله أَغْيَرُ مِنّي ، مِنْ أَجْلِ غَيْرَةِ الله حَرّمَ الْفَوَاحِشَ مَا

ظَهَرَ مِنْهَا وَمَا بَطَن.

Ertinya : Berkata Ubadah bin Somit r.a : "Jika aku nampak ada lelaki yang sibuk bersama isteriku, nescaya akan ku pukulnya dengan pedangku", maka disampaikan kepada Nabi akan kata-kata Sa'ad tadi, lalu nabi memberi respond : "Adakah kamu kagum dengan sifat cemburu (untuk agama) yang dipunyai oleh Sa'ad?, Demi Allah, aku lebih kuat cemburu (ambil endah dan benci demi agama) berbandingnya, malah Allah lebih cemburu dariku, kerana kecemburuan Allah itulah maka diharamkan setiap perkara keji yang ternyata dan tersembunyi.. " ( Riwayat Al-Bukhari & Muslim )

Lihat betapa Allah dan RasulNya inginkan para suami dan ayah mempunyai sifat protective kepada ahli keluarga dari melakukan sebarang perkara keji dan mungkar, khasnya zina.

BILA LELAKI MENJADI DAYUS?

Secara mudahnya cuba kita lihat betapa ramainya lelaki akan menjadi DAYUS apabila :-

1) Membiarkan kecantikan aurat, bentuk tubuh isterinya dinikmati oleh lelaki lain sepanjang waktu pejabat (jika bekerja) atau di luar rumah..

2) Membiarkan isterinya balik lewat dari kerja yang tidak diketahui bersama dengan lelaki apa dan siapa, serta apa yang dibuatnya di pejabat dan siapa yang menghantar.

3) Membiarkan aurat isterinya dan anak perempuannya dewasanya terlihat (terselak kain) semasa menaiki motor atau apa jua kenderaan sepanjang yang menyebabkan aurat terlihat.

4) Membiarkan anak perempuannya ber'dating' dengan tunangnya atau teman lelaki bukan mahramnya.

5) Membiarkan anak perempuan berdua-duaan dengan pasangannya di rumah kononnya ibu bapa 'spoting' yang memahami.

6) Menyuruh, mengarahkan dan berbangga dengan anak perempuan dan isteri memakai pakaian yang seksi di luar rumah.

7) Membiarkan anak perempuannya memasuki akademi fantasia, mentor, gang starz dan lain-lain yang sepertinya sehingga mempamerkan kecantikan kepada jutaan manusia bukan mahram.

8) Membiarkan isterinya atau anaknya menjadi pelakon dan berpelukan dengan lelaki lain, kononnya atas dasar seni dan lakonan semata-mata. Adakah semasa berlakon nafsu seorang lelaki di hilangkan?. Tidak sekali-sekali.

9) Membiarkan isteri kerja dan keluar rumah tanpa menutup aurat dengan sempurna.

10) Membiarkan isteri disentuh anggota tubuhnya oleh lelaki lain tanpa sebab yang diiktoraf oleh Islam seperti menyelematkannya dari lemas dan yang sepertinya.

11) Membiarkan isterinya bersalin dengan dibidani oleh doktor lelaki tanpa terdesak dan keperluan yang tiada pilihan.

12) Membawa isteri dan anak perempuan untuk dirawati oleh doktor lelaki sedangkan wujudnya klinik dan hospital yang mempunyai doktor wanita.

13) Membiarkan isteri pergi kerja menumpang dengan teman lelaki sepejabat tanpa sebarang cemburu.

14) Membiarkan isteri kerap berdua-duan dengan pemandu kereta lelaki tanpa sebarang pemerhatian.

Terlalu banyak lagi jika ingin saya coretkan di sini. Kedayusan ini hanya akan sabit kepada lelaki jika semua maksiat yang dilakukan oleh isteri atau anaknya secara terbuka dan diketahui olehnya, adapun jika berlaku secara sulit, suami tidaklah bertanggungjawab dan tidak sabit 'dayus' kepada dirinya.

Mungkin kita akan berkata dalam hati :- " Jika demikian, ramainya lelaki dayus di kelilingku"

Lebih penting adalah kita melihat, adakah kita sendiri tergolong dalam salah satu yang disebut tadi.

Awas wahai lelaki beriman..jangan kita termasuk dalam golongan yang berdosa besar ini.

Wahai para isteri dan anak-anak perempuan, jika anda sayangkan suami dan bapa anda, janganlah anda memasukkan mereka dalam kategori DAYUS yang tiada ruang untuk ke syurga Allah SWT.

Sayangilah dirimu dan keluargamu. Jagalah dirimu dan keluargamu dari api neraka.

Akhirnya, wahai para suami dan ayah, pertahankan agama isteri dan keluargamu walau terpaksa bermatian kerananya. Nabi SAW bersabda :

من قتل دون أهله فهو شهيد

Ertinya : "Barangsiapa yang mati dibunuh kerana mempertahankan ahli keluarganya, maka ia adalah mati syahid" ( Riwayat Ahmad , Sohih menurut Syeikh Syuaib Arnout)

Sekian

YB Khalil Idham Lim

p/s : Diizinkan pembaca menyebarkan tulisan ini sejauh mana yang mungkin demi manfaat para lelaki yang berhasrat menjadi penghuni Syurga.


Khamis, 9 Julai 2009

ISLAM TERTEGAK DENGAN KUANTITI ATAU KUALITI ??

Assalamualaikum .. .. salam perjuangan

sekadar menyatakan pandangan sahaja berkaitan dengan kenyataan yang diberikan oleh pengarah pilihanraya PRK Dun Manek Urai, nampak macam tak manis dan pada dasarnya seolah-olah satu kenyataan yang bongkak dan takabbur berkenaan dengan ketidak beradaan Timbalan Presiden Parti Islam yang sedang sakit sebagai malu mata.

rasa terpanggil nak ulas kenyataan yang diberikan oleh beliau. saya hormati pandangan yang dilontarkan oleh beliau sebagai seorang yang boleh dikatakan Otai dalam sepak terajang politik di Kelantan tapi kenyataan yang diberikan tak sepadan dengan ke"otai"an beliau.

Mana tidaknya,kenyataan yang dikeluarkan seolah-olah menafikan peranan yang dipegang oleh pimpinan no 2 tersebut dengan mengatakan yang pimpinan tersebut tak tersenarai sebagai jemputan untuk membantu kempen.

tak cukup dengan itu, keluar pula suara-suara sumbang yang seolah-olah berbangga dengan bilangan yang banyak semasa penamaan calon. Pada saya kemenangan bukan ditentukan oleh kuantiti tetapi kualiti yang ada. Jangan menilai kemenangan berdasarkan kuantiti sebab kuantiti tidak memberikan jaminan apa-apa tapi yang penting adalah kualiti . kalau kita tengok sirah nabi SAW masa perang badar sajalah cukup bilangan tentera islam tak ramai tapi islam boleh menang berdasarkan kualiti iman yang ditunjukkan, tapi bila kita tengok perang hunain , tentera islam ramai berbanding tentera musuh tetapi islam kalah teruk dalam perang tersebut disebabkan kualiti iman ketika itu rendah.

oleh yang demikian jangan terlalu berharap bilangan yang ramai tapi tidak bersistem akan menang tetapi apa yang ditakuti berlaku bilangan islam ramai tapi sistem tak ada akan dikalahkan oleh bilangan musuh yang tidak ramai tapi bersistem.

DPLIUM 2009 BAKAL TINGGAL KENANGAN

Assalamualaikum .. salam perjuangan .. hanya tinggal 60 jam sahaja lagi kakiku ini bakal melangkah meninggalkan bumi Universiti Malaya yang telah banyak menyimpan rahsia kenangan manis,pahit suka dan duk sepanjang perkelanaan aku dalam mencari ilmu pendidikan. Rasanya macam sekejap sahaja aku dan rakan=rakan seperjuanganku bersama. 6 bulan yang lalu sewaktu aku mula menjejakkan kaki disini, aku masih lagi terbayang-bayang masa mula-mula berkenalan dengan kawan-kawan. Dan masa tu hanya aku sorang saja pelajar DPLI lelaki yang berasal dari Melaka dan kini still sendiri. Tapi hari ini , aku dag dapat ramai kawan-kawan yang berlainan negeri tapi mempunyai misi dan harapan yang sama iaitu untuk menjadi pendidik,murabbi,muallim dan mudarris yang sanggup untuk berkorban apa saja.

3 hari lepas aku mendapat berita yang mana aku dan kawan-kawanku adalah bach yang kedua dan yang terakhir sekali berada di bumi Universiti Malaya dan selepas ini mungkin tak akan wujud lagi generasi DPLIUM selepas kami. Ini kerana kebanyakan yang memohon DPLI tak ramai yang memohon untuk ditempatkan di UM , ramai yang mohon untuk masuk ke UIA,UKM,UUM,UTM,UPSI. Terdetik dalam hatiku.Kenapa UM bukan jadi pilihan sedangkan belajar diUMlah yang paling relex sekali berbanding dengan IPTA lain. Setiap orang ada pandangan dan jawapan yang berbeza, tapi setiap jawapan tu tak boleh dijadikan alasan untuk menafikan sesuatu kebenaran. Apa pu, aku tetap berpuas hati dengan apa yang aku lalui sekarang. Insya Allah selepas ini, akan kupaparkan pula realiti yang bakal kuhadapi bila bergelar Guru Prektikal di Sekolah Agama Menengah Bandar Baru Salak Tinggi. Salam perjuangan buat semua. Buat semuarakan seperjuangan seDPLIUM, terima kasih kuucapkan atas jalinan persahabatan ini,kudoakan moga kitakan dapat bertemu kembali nanti insya Allah

Rabu, 8 Julai 2009

BERAKHIRNYA PENANTIAN PEJUANG BAHASA.. PeJUANG AGAMA CAMMANA ??

Kabinet hari ini meluluskan pengajaran dan pembelajaran Matematik dan Sains di sekolah kebangsaan dan menengah dilaksanakan dalam Bahasa Melayu berkuatkuasa pada 2012.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata pelaksanaannya bermula berperingkat mulai 2012 bagi Tahun Satu dan Tahun Empat, Tingkatan Satu dan Tingkatan Empat.

Beliau berkata, bagi Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina dan Tamil, pengajaran dan pembelajaran dua subjek itu akan dilaksanakan dalam bahasa ibunda masing-masing.

Serentak itu, katanya, kerajaan memutuskan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris di semua peringkat persekolahan perlu dimantapkan lagi.

“Pelaksanaan keputusan Kabinet bagi pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik ini akan berkuatkuasa pada 2012.

“Ia bermula secara berperingkat dan perubahan ini tidak membabitkan tingkatan enam dan matrikulasi,” katanya pada sidang media khas bagi mengumumkan keputusan Kabinet itu di sini.

Bagi memastikan pelaksanaannya tidak menjejaskan pencapaian murid yang sedang mengikuti pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI), Muhyiddin berkata, pengajaran dan peperiksaan kedua-dua mata pelajaran terbabit akan dilaksanakan dalam dwi bahasa sehingga kumpulan terakhir PPSMI tamat pada 2014.

Beliau berkata, kerajaan mengambil keputusan itu selepas meneliti secara terperinci hasil kajian dan pemantauan berhubung PPSMI, sama ada yang dilaksanakan Kementerian Pelajaran atau badan bebas sejak dasar terbabit mula diperkenalkan pada 2003.

Katanya, hasil kajian itu menunjukkan dasar itu tidak pernah dilaksanakan seperti yang dihasratkan.

“Apa yang dilaksanakan ialah PPSMI/BM, di mana guru mengajar pelajaran Sains dan matematik dalam bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu,” katanya.

DOKTOR NIE BUAT ACTION RESERCH KE TAK NIE ??

Jangkitan virus influenza A(H1N1) atau selesema babi berlaku antara manusia ke manusia sahaja dan orang ramai tidak berisiko untuk mendapat jangkitan sekiranya mengambil atau menggunakan babi atau produk berasaskan babi.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin, memberitahu Dewan Negara hari ini bahawa virus influenza A(H1N1) terhasil daripada proses mutasi atau dikenali sebagai "reassortment" daripada gen virus influenza yang bercampur antara gen virus influenza daripada babi (swine), burung (avian) dan manusia.

Katanya, laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 30 April lalu, jangkitan virus influenza A(H1N1) adalah virus baru dan berlaku antara manusia ke manusia, justeru ia tiada kena mengena dengan mereka yang mengambil babi atau produk berasaskan babi untuk mendapat jangkitan virus berkenaan.

Menjawab soalan Senator Datin Paduka Nor Hayati Onn, Rosnah berkata penternakan babi di ladang-ladang babi di negara ini berada dalam keadaan terkawal.

"Bagi memastikan ladang-ladang babi di negara ini terkawal daripada selesema babi, kementerian bekerjasama dengan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia (JPVM) yang juga anggota tetap kepada Jawatankuasa Teknikal Antara Agensi Menangani Pandemik Influenza, JPVM telah melaporkan penternakan babi di ladang-ladang babi negara ini terkawal dan pemantauan pemantauan virus selesema babi (Classical Swine Flu) dan Influenza A H1N1 sedang dilaksanakan," katanya.

Katanya, sehingga kini sejumlah 17,459 spesimen daripada 672 ladang-ladang babi di seluruh negara telah diambil dan daripada jumlah itu 191 spesimen di dapati positif bagi virus Classical Swine Flu serta tiada spesimen positif bagi virus Influenza A (H1N1).

"Classical Swine Flu tidak berlaku jangkitan kepada manusia sebaliknya berlaku di kalangan babi sahaja di mana berlaku gejala-gejala seperti selesema, batuk, keletihan dan kurang selera makan," katanya.

Sebanyak 776 buah ladang penternakan babi terdapat di seluruh negara.

Rosnah berkata, pemantauan terhadap ladang penternakan babi sentiasa dilakukan oleh JPVM bagi mengesan sebarang kejadian luar biasa dan sebarang maklumat mengenainya akan dimaklumkan dari semasa ke semasa oleh kementerian.

"Orang ramai tidak perlu berasa bimbang dengan pengambilan atau penggunaan babi serta tidak mengaitkan kejadian influenza A(H1N1) ini dengan amalan pengambilan makanan berasaskan babi," katanya.

Sehingga jam 8 pagi ini, beliau berkata sebanyak 513 kes selesema babi dilaporkan di Malaysia yang membabitkan 378 kes import serta 135 kes tempatan dan tiada kematian dilaporkan pada masa ini.

QURBAN GANTI KORBAN

Umat Islam disaran supaya menggantikan istilah 'korban' yang digunakan secara meluas pada masa ini kepada 'qurban'.Mufti kerajaan negeri, Datuk Mohd. Yusuf Ahmad berkata, istilah 'qurban' adalah lebih tepat digunakan dalam konteks ibadah berkenaan yang dilakukan oleh umat Islam pada Hari Raya Aidiladha.

Katanya, 'qurban' berasal dari perkataan Arab yang bermaksud 'taat dan patuh dalam usaha untuk mendampingkan diri dengan Allah.''Manakala perkataan 'korban' adalah lebih sesuai digunakan bagi menggambarkan mangsa-mangsa yang maut dalam tragedi seperti kemalangan jalan raya, peperangan atau bencana alam,'' jelasnya.


Mohd. Yusuf berkata demikian ketika berucap merasmikan Seminar Ibadah Korban Menurut Perspektif Islam di Pusat Dakwah Islamiah Paroi dekat sini hari ini.Hadir sama Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Masjid dan Surau, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS), Shahrizan Ibrahim.

Lebih 300 imam, nazir dan ahli jawatankuasa masjid di sekitar negeri ini menghadiri seminar anjuran JHEAINS itu.Sementara itu, beliau memberitahu, haiwan-haiwan yang digunakan dalam ibadah 'qurban' perlu memiliki kualiti terbaik dan diketahui asal-usulnya.''Sebagai contoh, lembu yang bakal disembelih pada Hari Raya Aidiladha hendaklah dipastikan tidak memiliki sebarang kecacatan serta tidak dicuri," katanya.

Menurut Mohd. Yusuf lagi, adalah lebih afdal jika haiwan-haiwan tersebut dibeli daripada penternak-penternak yang beragama Islam.

SUMBER : Berita Harian

Isnin, 6 Julai 2009

ANTARA DUA “PERTEMPURAN”

Assalamualaikum .. salam perjuangan

Hari ini adalah hari yang cukup bersejarah buat diriku ,jika di manek urai hari ini berlangsung "pertempuran politik" untuk memilih siapakah yang bakal berkhidmat dan mewakili rakyat di manek urai, tak ketinggalan juga daku turut menghadapi pertempuran yang hanya bersenjatakan pen dan kertas. Walaupun Nampak macam sama namun keadaannya berbeza. Di Manek urai, orang dok sibuk nak dapatkan title Yb tapi aku di UM sibuk dengan tugasan sebagai pelajar DPLIUM yang sedang berhadapan dengan kertas soalan. Cukup 6 bulan aku berada di UM dan kini sedang menghadapi ujian yang bakal menentukan masa depanku selepas ini. Jumaat dan sabtu nie, perkhemahan manikayu 3A pulak .. tapi kali nie di buat di dalam kampus tak seperti yang dibuat sebelum nie di Taman Rimba Komanwel. Nak buat macam mana masa tu jugak aku dah terpaksa berkemas untuk check out dari UM. Dicutikan seminggu sebelum memulakan tugas sebagai guru prektikum di SAM Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang. Apa pun yang berlaku All the best to my friends.. sirru ala taufiq wannajah .. salamz

Ahad, 5 Julai 2009

KESIANNYA MALEK NOOR

Oleh ABIE ABDULLAH

PERNAH seorang kenalan bertanya, tidakkah dia malu mengakui kesilapan lalu dan mendedahkan di akhbar? Cuma satu jawapannya, dia lebih malu kepada Allah daripada malu kepada manusia lain.

“Malu ke berkawan dengan orang yang mengakui kesilapan? Saya yang sepatutnya lebih malu kerana kealpaan saya selama ini terhadap suruhan-Nya, tetapi Allah Maha Penyayang, menerima saya seadanya,” kata Abdul Malek Mohamed Noor ketika Selebriti berkunjung di kediamannya di Desa Pandan, Kuala Lumpur, Rabu lalu.

Malah, kata bekas juara enam kali bina badan Asia ini, pendedahan seperti itu sangat penting sebagai teladan buat kita semua dan dia rela menjadi contoh itu. Bukan mahu menunjuk-nunjuk. Biarlah apa orang nak kata, dia akur kerana tahu hikmah Allah atas segala yang terjadi.

Bukan saja negatif, Malek menerima banyak pujian atas keberanian itu. Bukan meminta, tetapi itulah antara hikmah-Nya. Katanya, seorang peminat yang menetap di United Kingdom kagum dengan perubahan Malek dan menjadikannya sebagai contoh kerana peminat itu juga seperti Malek, sering merantau ke negara bukan Islam.

Sebenarnya sejak 2002 lagi rutin perjalanan hidup Malek Noor bertukar. Sibuknya mencari nama dan rezeki selama tiga dekad sebelum itu membuatkannya lalai akan tanggungjawabnya sebagai Muslim. Dari usianya 12 tahun sehinggalah 46 tahun, dia tidak pernah menunaikan solat lima waktu sehari dan jauh sekali untuk berpuasa pada Ramadan.

“Saya alpa akan semua tanggung jawab itu. Saya tak sembahyang, saya tak berpuasa. Kesibukan saya merantau di Amerika dan Hong Kong lebih 30 tahun untuk mengumpul harta kekayaan membuatkan saya lalai. Besarnya dosa saya dan tidak pernah mensyukuri nikmat yang diberi-Nya,” katanya.

Pintu hatinya terbuka pada satu hari pada 2002. Suara azan yang selama ini tidak dipedulikan tiba-tiba menyentap jiwanya. Azan Isyak berkumandang dari masjid KLCC berhampiran penthousenya menjadikan hatinya sayu.

Ketika itu pelbagai perasaan bergaul, membuatkan dia tidak senang duduk. Sedih, ngeri dan seram! Puas berpusing di dalam rumah, tetapi hatinya terus tidak keruan. Dia menangis sesungguhnya seperti seorang bayi kerana kebuntuan itu.

“Lalu saya menghubungi kakak bertanyakan mengapa ini terjadi dan dia suruh saya mengambil wuduk dan terus sembahyang. Alhamdulillah, saya peroleh sedikit ketenangan selepas itu. Saya duduk sambil berfikir, bisik hati kecil saya, ini mungkin seruan Allah.

“Dalam usia 46 tahun ketika itu, saat itu yang membuatkan saya paling bahagia.

“Bayangkan selama ini, lihat siaran azan di TV, saya tukar saluran lain. Kalau dengar pun, saya tidak beri perhatian langsung, malah lebih rancak berbual,” katanya walaupun pernah melaungkan azan ketika berusia 12 tahun.

Sekarang lain. Selain menghormati bunyi azan, pelakon filem Juara, Rimba Malam, Kelisa, Pendekar Mata Satu dan Sahabat ini tertunduk kerana sayu dengan melodi panggilan sembahyang itu.

Sejak hidayah itu, pelbagai mimpi aneh mendatangi tidurnya. Antaranya arwah ibu, Jariah Ahmad yang datang menabur bunga emas kepadanya dan lapan bulan lalu ketika membaca al-Fatihah, satu suara muncul menyatakan akan membantunya.

Percaya atau tidak, Malek kini boleh mengubat orang. Malah, pertemuan dengan ’seseorang’ empat bulan lalu juga membuka ruang untuk Malek menolong mereka yang memerlukan melalui syarikat Great BioEnergy, sejenis minyak yang mampu membuang toksik, memulih tenaga serta melancarkan perjalanan darah.

Dalam menuju perubahan hidup ini, Malek berterima kasih kepada Ustaz Hadi dan Ustaz Habin (kedua-duanya dari Kelantan) yang banyak membantunya sehingga hari ini.

Rancangnya untuk ke Makkah tahun depan. Baik umrah mahupun haji, dia berserah kepada Allah. Bagaimanapun bukan kerana pangkat, nama, status, glamor atau disuruh kawan. Ini panggilan Allah!

“Saya cuma merancang, Dia yang meletakkan segala-galanya. Saya hanya mampu berdoa dari hati yang suci semoga memperoleh keberkatan-Nya kerana hanya Dia lebih tahu yang terbaik untuk makhluk-Nya.

“Allah sudah tentukan takdir seseorang, tetapi dia suruh kita sembahyang dan berdoa menadah tangan meminta apa yang kita mahu. Dia Maha Memberi, saya percaya Allah akan memberi apa yang kita hajati asalkan kita tidak putus asa memohonnya.

“Saya semakin faham kini mengapa Allah suruh kita sembahyang dan berdoa, kerana Dia menyayangi kita.

“Islam ini indah, penuh perincian. Nak jadi Islam nampak mudah, tetapi bagaimana nak berjiwa dan berhati Islam sejati. Saya pun bukan lengkap lagi, masih terlalu banyak untuk saya dalami ilmu Allah untuk mengenali-Nya,” katanya.

Selain jiwa yang aman, berpindah ke kediaman yang pertama dibelinya di Kuala Lumpur pada 1987 menambah lagi ketenangan yang dicari. Jauh daripada kesibukan kota berbanding kondominiumnya yang berdepan KLCC.

Menurut Malek, barang dalam rumah itu masih seperti dulu. Sedikit pun tidak berubah, kecuali satu sudut dinding yang dihiasi ayat suci Al-Quran. Emper mewahnya itu disewakan.

Turut dibualkan petang itu adalah perkembangan semasa, terutama gejala sosial. Pembunuhan yang tidak mengenal ihsan, rogol, sumbang mahram, bohsia dan sebagainya meruntun hatinya.

“Saya jadi ngeri dengan paparan berita seperti ini. Saya tengok ramai tidak sempat bertaubat dan ada atuk berusia 60, 70 tahun masih minum arak. Saya tidak mahu menghakimi mereka, sekadar meminta Allah membuka hati mereka dan menjauhkan semua itu daripada saya.

“Tuhan banyak memberi ujian kepada saya selama ini untuk menguji sejauh mana kesabaran kita. Begitu juga Dia tidak beri terus apa yang kita minta tetapi perlahan-lahan, juga kerana nak tengok kesabaran kita,” katanya.

Kata-kata Malek tiba-tiba tersekat-sekat, nadanya bertukar sebak diiringi air mata jantannya.

“Saya masih dalam ketakutan. Tidak semestinya ke Makkah atau buat Haji, kita terus ke syurga. Kalau sembahyang pun, belum tentu terus ke syurga. Jika berkopiah pun bukan bermakna kita alim.

“Namun saya hanya berdaya untuk meminta yang terbaik untuk diri saya.

“Kalau saya diberi peluang untuk kembali ketika baru keluar dari rahim ibu, saya akan cuba menjadi sebaik-baik manusia yang beriman kepada-Nya. Namun saya bukan nabi yang maksum!

“Apa yang saya lalui selama ini belum cukup, syaitan lagi kuat menggoda sebab itu janjinya kepada Allah untuk menyesatkan lagi manusia yang taat kepada Allah, yang sembahyang dan berpuasa,” katanya sambil mengesat air jernih itu.

Katanya, pernah tahun lalu ketika di Phuket, dia termakan ayam yang tidak disembelih. Sebaik tahu hal itu, dia terus mengorek mulut untuk memuntahkannya sehingga dia jatuh sakit.

“Saya bukan baik sangat, tetapi pengalaman saya ini mampu untuk kita renung bersama,” katanya yang baru selesai berlakon telefilem Damak arahan Zulkiflie M Osman.

Mengenang zaman ‘nakalnya’, Malek sedar apa yang dilakukannya salah. Bukan saja menghalalkan makanan dan minuman haram, tetapi lebih daripada itu. Pernah dia mengunjungi gereja di Denver, Amerika Syarikat untuk melihat ‘kekuatan’ di sana, tetapi dia akur dengan kekuasaan Allah.

Memang hatinya sentiasa menyebut nama Allah tetapi secara praktiknya, dia tidak mengamalkan. Sama juga ketika menyertai pertandingan bina badan dari 1985 hingga 1991. Sedar sangat akan haramnya membuka aurat, apatah lagi hanya berseluar dalam di atas pentas.

Pun begitu, kata Malek, dia tidak mahu pandangan isi hatinya disalahertikan oleh mana-mana pihak.

“Kita memang tahu salah, seperti saya juga, tetapi demi minat dan sumber pencarian, saya teruskan juga. Saya pemalu tetapi gagahkan juga demi nama dan status, cuma saya sentiasa berharap tidak terus terpesong.

“Setiap kali tamat pertandingan, saya terus meluru ke belakang pentas mengenakan pakaian. Saya malu! Saya cuma sasarkan enam kali juara dan saya dapat. Kalau anda perasan, saya hilang selepas 1991 sehingga sekarang daripada pertandingan heavyweight,” katanya.

Cerita Malek, dia bukan orang yang layak untuk memberi nasihat, tetapi harapnya pendedahan ini membuka hati mana-mana individu.

“Saya bertuah kerana dibukakan hati sebelum terlambat. Harapnya hati ini terus diberikan kekuatan untuk beriman kepada-Nya.

“Segala apa yang saya lalui selama ini tidak saya kesalkan kerana itu aturan Allah sehingga saya berubah kini. Lebih bermakna dan nikmatnya kalau kita melalui perubahan yang positif.

“Kejujuran dan keikhlasan antara kemuliaan seseorang insan. Saya bangga mengakui kesilapan lalu buat renungan bersama,” katanya yang kini mempunyai seorang anak angkat.

Menyentuh mengenai hasratnya untuk berumahtangga, Malek tersenyum sambil berkata: “Ramai yang mencuba, tetapi saya serahkan kepada Allah. Kalau ikutkan hati, saya mahu wanita yang solehah.”

ZIONIS MEMANG PENGECUT BILA ISLAM RAMAI

Menteri Perumahan Israel, Ariel Atias, menegaskan peningkatan penduduk Arab di banyak wilayah Israel perlu dihalang dan berkata usaha menghentikan fenomena itu adalah satu tanggungjawab setiap Yahudi. "Saya melihatnya sebagai tugas negara untuk menghalang pertambahan penduduk Arab kerana mereka tidak cintakan Israel," kata Atias pada sidang Persatuan Peguam Israel, yang memberi fokus kepada memperbaharui Pentadbiran Tanah Israel. Menteri itu yang merujuk kepada Harish, projek perumahan yang dibina untuk komuniti Haredi di utara Israel, berkata, penduduk Arab dari Wadi Ara sudah pun memasuki ke kawasan Harish. Atias kemudian berkata: "Jika kita meneruskan keadaan seperti sekarang, kita akan kehilangan Galilee." "Isu kependudukan tak sepatutnya bercampur semakin ramai di situ. Saya tidak berasa ia satu kebaikan untuk mereka tinggal bersama," katanya.

Komentar:

Israel sememangnya takut bila ummat arab atau ummat islam semakin ramai berada dikawasan mereka. Ianya sifat semulajadi yang ada pada diri mereka. Kebiasaan orang yang takut nie orang yang buat salah. Banyak salah dan silap yang telah dibuat oleh orang yahudi yang sememangnya tidak patut diberikan kemaafan oleh orang islam. Ini kerana ditangan merekalah para nabi dan rasul terkorban syahid dalam menegakkan kebenaran. Walaupun mereka pernah mengakui bahawa mereka Ummat pilihan tetapi apa yang dilakukan oleh mereka jelas tidak menggambarkan yang mereka adalah ummat nabi.

BILA KEMATIAN JADI PESTA KERAIAN

Ikon muzik pop, Michael Jackson, akan dikebumikan dalam keranda bersadur emas berharga AS$25,000 (RM87,500) dalam upacara pengebumian yang dijangka bertepatan dengan ramalannya sendiri sebagai pertunjukan paling hebat di dunia. Keranda itu menggunakan reka bentuk yang jarang digunakan bergelar 'Promethean', dibuat daripada gangsa tulen tetapi disadur emas 14 karat, bercermin dan dihiasi baldu. Ia ditempah kelmarin daripada Syarikat Keranda Batesville dan serupa dengan keranda yang digunakan untuk mengebumikan penyanyi James Brown pada 2006, menurut laporan laman web pertama yang menyiarkan berita kematian Raja Pop itu, TMZ.com.

Upacara mengingati Jackson akan diadakan Selasa ini di stadium bola keranjang LA Lakers, Staples Center, yang menjadi lokasi penyanyi itu membuat latihan untuk konsert kemunculan semula di Arena O2, dua hari sebelum meninggal dunia.Stadium itu boleh memuatkan 20,000 orang dan keluarga penyanyi itu bercadang mengedarkan 11,000 tiket percuma kepada orang awam. Skrin gergasi di luar stadium akan menyiarkan upacara di dalam kepada sekitar sejuta orang yang dijangka berhimpun untuk memberikan penghormatan bermula jam 10 pagi waktu tempatan. Upacara turut menampilkan persembahan daripada lagenda muzik dan lakonan serta dibuka dengan perarakan haiwan sarkas termasuk harimau dan gajah. Jurucakap sarkas berkata, upacara peringatan itu bakal menjadi 'pertunjukan paling hebat di dunia', ayat sama digunakan Jackson pada 2002 apabila ditanya mengenai upacara pengebumiannya.

Ketika itu Jackson menjawab: "Ia akan menjadi pertunjukan paling hebat di dunia. Itu yang saya mahukan. Bunga api dan semuanya." Antara tetamu dunia hiburan yang dijangka hadir majlis memperingati itu termasuk Diana Ross, Elizabeth Taylor dan Paul McCartney. Selepas majlis itu, upacara persendirian akan diadakan di tanah perkuburan Forest Lawn di Hollywood yang cuma dihadiri keluarga dan rakan rapat penyanyi itu.

Komentar :

Kesian mamat tu terseksa kat alam barzakh..bukan orang nak doakan kesejahteraan tapi orang yang idup buat pesta meraikan kematian pulak sepertimana yang dilakukan apabila mendapat tahu Imam Assyahid Hassan AlBanna dibunuh dan Penggantungan Asysyahid Syed Qutb . Inilah budaya kuffar yang selalu jadi ikutan masyarakat pada hari ini yang bodoh pasal agama.

Sabtu, 4 Julai 2009

MENITI HARI-HARI AKHIR DI UNIVERSITI MALAYA

Assalamualaikum .. salam ukhuwah .. salam perjuangan

Pejam celik-pejam celik hamper enam bulan aku bersama dengan teman-teman seperjuangan DPLIUM 2009 berada di Universiti Malaya untuk mempersiapkan diri menjadi Seorang pendidik.

Bukan satu perkara yang mudah untuk diterjemahkan. Pelbagai ilmu dan pengetahuan yang diperolehi. Begitu juga dengan tali persahabatan yang dulunya tak pernah

terlintas difikiran untuk bersama tapi takdir yang Esa penentu segalanya. Ucapan penghargaan buat semua sahabat-sahabat seperjuangan .. Mohon maaf atas segala ketelanjuran dan jika ada yang terguris perasaan . All the best to All Dplium2009.

Walaupun kita dikhabarkan batch terakhir yang akan berada di UM ini, namun ilmu yang kita perolehi moga-moga akan memantapkan lagi pengetahuan kita dalam mengharungi segala cabaran dan dugaan .

Jumaat, 3 Julai 2009

DIKEBUMIKAN DENGAN CARA ISLAM

Keluarga ikon muzik pop terkenal Amerika Syarikat, Michael Jackson, dilaporkan berkemungkinan besar mengebumikan penyanyi itu mengikut cara Islam. "Keluarganya menimbang pengebumian mengikut Islam kerana mereka percaya Michael mahu dikebumikan mengikut agama barunya," lapor laman web aceshowbiz yang memetik sumber sebagai berkata. "Abang penyanyi itu, Jermaine atau nama Islamnya, Muhammad Abdulaziz, menerangkan kepada keluarganya mengenai pengebumian menurut Islam kerana berasa penting jenazah adiknya disempurnakan dengan cara Islam," kata sumber itu.

Di sebalik laporan terdahulu majlis memperingati secara umum dan peribadi untuk penyanyi itu ditetapkan pada minggu ini, tiada pengesahan rasmi daripada keluarga Jackson mengenai lokasi pengebumiannya.
Bagaimanapun, aceshowbiz turut melaporkan bahawa pengebumian akan berlangsung pada 7 Julai ini. Raja Pop itu dilaporkan memeluk Islam pada November 2008 di rumah seorang rakannya di Los Angeles, beberapa tahun selepas menyuarakan minatnya untuk menjadi penganut agama suci itu. Beliau kemudian menukar namanya kepada Mikaeel, sempena nama malaikat yang ditugaskan menurunkan hujan dan memberi rezeki.

Laporan menyebut, beliau duduk dengan memakai kopiah dan mengucap dua kalimah syahadah di depan seorang imam di kediaman rakan penyanyi itu di Los Angeles. Jackson mengamalkan cara hidup Muslim sedikit demi sedikit serta membaca al-Quran dikatakan menjadi amalan hariannya, malah mengakui menemui kekuatan dan kesungguhan dalam menempuh pelbagai dugaan dan rintangan dalam hidupnya. Jurucakap penghibur legenda itu memberitahu, pihaknya sudah mengesahkan kepada semua media di seluruh dunia mengenai kebenaran desas-desus mengatakan Jackson memeluk Islam. Selepas penyanyi itu dilaporkan memeluk Islam, Jermaine memberitahu wartawan, adiknya mula tertarik kepada agama itu sejak 1989.

SUMBER : Berita Harian

Rabu, 1 Julai 2009

PENYAKIT HATI KITA

Perkataan rohani dalam bahasa Malaysia sering dikaitkan dengan : hati, kalbu, jiwa, mental, fikiran dan sebagainya yang mewujudkan sebagai suatu unsur peribadi manusia yang paling unik yang tidak dapat dilihat oleh pancaindera. Tetapi gejala dalam kerjanya dapat dirasakan. Gejala itu misalnya: menangkap dan menyimpan pengertian, mengingat, berfikir, berkemahuan, rindu, sedih, gembira dan sebagainya.


Imam Ghazali dalam kitab Ihyaulumiddin menerangkan bahawa roh itu ada dua makna. Pertama berupa jenis yang halus dan bersumber dari rongga hati jasmani dengan perantaraan otot-otot dan urat yang bermacam-macam tersebar ke seluruh bahagian-bahagian badan. Kedua, ianya berupa sifat halus pada manusia yang dapat mengetahui sesuatu dan dapat menangkap segala pengertian. Banyak pengertian yang dikemukakan mengenai jiwa namun begitu belum ada yang dianggap memuaskan.

Keterangan tentang adanya penyakit rohani itu dikemukakan di dalam Al-Quran antaranya:

Firman Allah yang bermaksud: ‘Dalam hati mereka ada penyakit, maka Allah tambah penyakit mereka dan adalah bagi mereka siksaan yang pedih dengan sebab apa-apa yang mereka dustakan’. (Q.S. Al-Baqarah, ayat 10)

LEMAH DAYA KERJA

Jika seseorang itu sihat rohaninya ia akan memiliki kemampuan beramal yang tinggi, ghairah bekerja dan bersemangat untuk maju dalam kebaikan. Sebetulnya orang yang mengidap penyakit rohani akan nampak kemundurannya dalam kemampuan bekerja, hilang ghairah dan semangatnya untuk maju. Yang menonjol hanyalah kelemahan dan kemalasan.

TUMPUL FIKIRANNYA

Orang yang sihat rohaninya mudah menangkap kebenaran, hatinya selalu dipancari (nur) kebenaran. Adapun orang yang sakit rohaninya terlihat adanya kebodohan, kelemahan dalam berfikir sehingga susah menerima kebenaran. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud: ‘Tidakkah mereka mahu berjalan di muka bumi, supaya ada bagi mereka hati yang mereka boleh mengerti dengannya, atau telinga yang boleh mendengar dengannya. Sesungguhnya bukan penglihatan yang buta tetapi hati mereka yang ada di dalam dada itulah yang buta’. (Q.S. Al-Haj, ayat 46)

Mereka begitu susah menangkap kebenaran, sekalipun dengan perbandingan dan perumpamaan sahaja. Dalam hati mereka terdapat kotoran yang menutup mata hatinya. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud : ‘Dan sesungguhnya Kami telah sediakan neraka Jahannam terhadap sejumlah jin dan manusia. Mereka yang mempunyai hati tetapi tidak mahu mengerti dengannya dan mempunyai mata tetapi tidak mahu melihat dengannya dan mempunyai telinga tetapi tidak mahu mendengar dengannya. Mereka itu seperti binatang, bahkan lebih sesat lagi. Mereka itulah orang yang lalai’.

PENDANGKALAN RASA

Orang yang sihat rohaninya ialah orang yang begitu terkesan apabila mendapat nikmat dan rahmat Allah yang diterimanya dengan penuh syukur. Adapun bagi orang yang tidak pandai bersyukur dengan nikmat Allah dianggap sebagai memiliki perasaan dangkal dan kelemahan zauq. Pendangkalan rasa terhadap nikmat Allah itu dapat dipandang sebagai gejala penyakit rohani. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud: ‘Apabila kesukaran menimpa manusia, mereka seru Tuhan dalam keadaan berserah diri kepadaNya, kemudian apabila ia rasakan kepada mereka rahmat daripadaNya, tiba-tiba segolongan daripada mereka menyekutukan Tuhan mereka.’ (Q.S. Rum, ayat 33)

GELISAH DAN KELUH KESAH

Orang yang sihat rohaninya, terdapat ketenangan pada air mukanya. Sebaliknya orang yang mengalami gangguan penyakit rohani, terdampar pula melalui sikapnya yang diliputi kegelisahan dan keluh kesah. Kegelisahan dan keluh kesah itulah yang merupakan pencerminan daripada ketidak stabilan mental.

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud : ‘Sesungguhnya manusia diciptakan bersifat gelisah. Apabila bahaya mendatangani dia keluh kesah. Dan apabila mendapat kebaikan amatlah kedekutnya. Kecuali orang yang mengerjakan sembahyang. Yakni mereka yang tetap dalam sembahyangnya’. (Al-Maarij, ayat 19-23)

LIAR TERHADAP KEBENARAN

Salah satu daripada tanda ketenangan jiwa ialah kecenderungan mencari dan menerima kebenaran dan menolak kebatilan. Fikirannya tenang dan sentiasa mempertimbangkan sesuatu itu dengan baik. Sebaliknya orang yang liar terhadap kebenaran dan tidak senang mendengarkan mutiara-mutiara hikmah dapat dipandang sebagai orang yang terkena penyakit rohani.

Allah s.w.t. berfirman yang ertinya: ‘Apakah di dalam hati mereka ada penyakit, atau mereka ragu ataupun mereka khuatir kalau-kalau Allah dan RasulNya menganiaya mereka. Tidak! Bahkan mereka itulah orang yang zalim.' (Q.S. An-Nur, ayat 50)

BURUK SANGKA

Salah satu daripada tanda penyakit rohani ialah prasangka-prasangka yang buruk, antara lain anggapan yang bukan-bukan terhadap Allah dan RasulNya. Firman Allah yang bermaksud: ‘Dan ingatlah ketika orang munafik dan orang yang dihatinya ada penyakit berkata: ‘Allah dan RasulNya tidak menjanjikan kepada kita melainkan tipuan.’ (Al-Ahzab, ayat 12)

Selain mempunyai prasangka yang buruk terhadap Allah dan RasulNya, ia juga mempunyai prasangka yang buruk dan suka curiga terhadap orang lain tanpa alasan.

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud: ‘Wahai orang yang beriman, tinggalkanlah sebahagian besar daripada sangka-sangka, kerana sebahagian daripada sangka-sangka itu dosa.’ (Q.S. Al-Hujarat, ayat 12)

SUKA MENGHASUT (FITNAH)

Jika orang yang sihat rohaninya selalu rindukan ketenangan, kedamaian dan ketenteraman, sebaliknya orang yang berpenyakit rohani kadangkala suka menghasut dan menimbulkan pergaduhan dan keributan. Sebab itulah sikap suka menghasut dan menimbulkan kegemparan di dalam masyarakat dapat dipandang sebagai penyakit rohani. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud: ‘Sesungguhnya kalau orang munafik dan mereka yang dihatinya ada penyakit dan penggempar-penggempar (penghasut-penghasut) di Madinah tidak menghentikan (kegiatannya) sudah tentu kami akan perintahkan engkau menyerang mereka, kemudian mereka tiada dapat tinggal berjiran dengan engkau kecuali sementara waktu saja.’ (Q.S. Al-Ahzab, ayat 60)

MENARUH HATI TERHADAP WANITA YANG SUDAH BERSUAMI

Salah satu gejala daripada ketidak-normalan jiwa ialah sikap menaruh hati dan berkeinginan terhadap wanita-wanita yang sudah mempunyai suami. Kerana itulah, maka Allah memberi nasihat kepada isteri-isteri Nabi s.a.w. Firman Allah s.w.t. bermaksud: ‘Hai isteri-isteri Nabi! Kamu tidak sama dengan seorangpun dari wanita-wanita lain jika kamu berbakti. Maka janganlah kamu berlembut kata (kepada lelaki lain), kerana akan menaruh harapan (akan timbul keinginan) orang yang hatinya ada penyakit melainkan ucapkanlah perkataan yang sopan.’ (Q.S. Al-Ahzab, ayat 32)

Di antara ahli tafsir ada yang mentafsirkan pengertian penyakit dalam ayat tersebut sebagai syahwat zina. Keterangan ini logik kerana orang yang normal fikirannya tentu dapat membezakan mana yang baik dan mana yang buruk, mana yang halal dan mana yang haram. Adapun orang cenderung kepada hal-hal yang tidak wajar dan menyimpang dari nilai-nilai moral maka ia dipandang sebagai kelakuan yang tidak normal.

KEROSAKAN YANG DITIMBULKAN OLEH PENYAKIT ROHANI

Setiap orang merasakan dan mengetahui betapa buruknya akibat-akibat penyakit jasmani yang menimpa seseorang. Tetapi penyakit rohani sebenarnya mempunyai akibat-akibat buruk yang lebih serius daripada penyakit jasmani. Antaranya ialah:

1. MENGGANGGU KETENANGAN

Orang yang berpenyakit rohani tidak akan dapat menikmati ketenangan hidup. Hal ini bererti mencelakakan dan meruntuhkan kebahagian. Hanya orang yang sihat rohani sajalah yang dapat menikmati ketenangan dan kebahagiaan.

2. MENJAUHKAN DIRI DARI TUHAN

Penyakit rohani dalam istilah lain disebut ghibah, sifat buruk, muhlikat, sifat buruk yang merosakkan atau ahlqul mazmunah yakni akhlak yang tercela. Sifat dan sikap mental yang demikian amat tidak diredai oleh Allah dan diperhitungkan sebagai dosa; misalnya munafik, iri hati, sombong, dan lain-lainnya. Dengan demikian memiliki sifat dan sikap tersebut bererti membuat diri dimurkai dan kian jauh dari Tuhan.

3. MELUMPUHKAN DAYA KERJA

Jika orang yang sihat rohaninya dia akan dapat bekerja dengan tekun dan beramal kepada Allah dengan sebanyak-banyaknya sebagai bakti kepada Allah dan ihsan kepada sesama manusia. Sebaliknya orang yang berpenyakit rohani, daya kerjanya lumpuh dan tidak sanggup melakukan sesuatu yang penting dan bernilai dalam pembangunan. Jika seseorang hanya pandai merosak tetapi tidak pandai membangun maka dapatlah dipandang orang itu sebagai sampah masyarakat bahkan lebih buruk daripada sampah.

4. MEROSAKKAN JASMANI

Ahli-ahli di bidang kesihatan pada umumnya sependapat bahawa penyakit-penyakit rohani mengakibatkan berlakunya kerosakan pada jantung, tekanan darah, saraf, paru-paru dan sebagainya. Gangguan mental menyebabkan orang merasa tidak enak makan, dan tidak dapat tidur. Apabila penyakit rohani itu berlarutan tanpa ada usaha pengubatan dan pencegahan, maka akan membahayakan dirinya sendiri mahupun bagi orang lain.

Apabila penyakit itu kian bertambah berat, sehingga ke tahap membahayakan orang lain serta tidak dapat lagi memahami kenyataan-kenyataan hidup maka orang itu pasti terkena tekanan penyakit gila atau janun.

BILA FUTUR KUASAI DIRI ....

assalamualaikum .. salam perjuangan ..

alhamdulillah.. minggu depan minggu terakhir aku berada di bumi UM dan mulai 20 hb akan bermula tugas baruku bagi mempraktikkan segala ilmu yang telah kupelajari di UM. Banyak juga ilmu yang dapat ku upgradekan berbanding dengan sebelum aku memasuki UM. Sempat juga aku menelefon sahabat karibku yang berada di Melaka bertanyakan sahabat-sahabat disana.

pilu rasa hati ini bila mendengarkan satu situasi yang cukup memalukan dan cukup aku tak puas hati. Hatiku jadi terusik bila mendengarkan kisah sahabat-sahabatku yang makin lama makin futur dengan jalan dakwah. aku kaget kat mana silapnya. nak kata tak de wala' dah ada walinya, nak kata tak de pimpinan ada rakyatnya tapi .. bila futur menguasai diri satu habuk pun tak jadi.

macamtu jugaklah kalau kita inginkan sesuatu perkara yang sememangnya menjadi impian kita tapi kalau kita tak berusaha dan bertawajjuh pada Allah Yang Maha Esa, sememangnya kita orang yang paling tak berguna. teringat aku pada dalil yang diguna oleh pensyarahku Dr Ghazali Darussalam, kalau kita nak dapatkan sesuatu benda yang kita inginkan kita perlu gila untuk mendapatkannya. bukan lah bermaksud kita menghidap penyakit gila tetapi bersungguh-sungguh untuk mendapatkannya.

minggu depan dah mula nak exam walaupun 3 perkara sahaja tapi ianya cukup memberi kesan dalam diri ini untuk mempersiapkan diri menghadapi segala cabaran. Bak kata negarawan Datuk Seri Anwar Ibrahim" kalau takutkan cabaran dan risiko jangan bicara soal perjuangan". Kalau kita fikirkan apa yang dimaksudkan jelas pada kita bahawa perjuangan tak pernah selesai dan kata salah seorang akhawat, sahabat saya, tiada rehat bagi pejuang didunia, rehat yang sebenar apabila kita berada di syurga . Teruskan perjuangan ...

SUSUN ATUR MEJA UNTUK MAJLIS ANNUAL DINNER DPLIUM2009

SUSUNAN MEJA DINNER

MEJA 1

1. DR. ZAWAWI
2. DR. AZHAR
3. EN. RAHIMI
4. EN. FAISAL
5. CIKGU AMIR
6. EN. HAFIZ
7. MIOR MOHD MIZAN
8. HIRMAN MASWAN
9. FAZLI SAMSUDIN
10. MOHD NIZAM CHE HASAN

MEJA 2

1. PROF. WAN
2. (ANAK PROF. WAN)
3. PROF. RAJA MAZNAH
4. CIK. MARSYITAH
5. MISS NG
6. NORLIA
7. SITI ARIFAH
8. NUR HIKMAH
9. SITI AISYAH SAMEON
10. SALIMAH HUSIN

MEJA 3

1. KAK MAZ DAN SUAMI
2. EN. MOHSIN DAN ISTERI
3. US. ASRI DAN ISTERI
4. DR. ZAHARAH DAN SUAMI
5. SITI SALEHAH IDRIS DAN SUAMI

MEJA 4

1. EN RAZAK DAN KELUARGA
2. MASLINA MUSTAFA DAN KELUARGA
3. MUNIR ABDUL AZIZ DAN ISTERI

MEJA 5

1. EMA ZARINA DAN KELUARGA (4 ORG)
2. HABIBAH BERAHIM DAN SUAMI
3. NURUL HUDA BAHARIN DAN SUAMI
4. SITI AMINAH DAN SUAMI

MEJA 6
1. ROSWAZA DAN SUAMI
2. SITI KHADIJAH DAN SUAMI
3. NORMAISURA DAN ANAK
4. TOLHAH
5. ZAKIAH
6. ZARINA
7. RAIHANA

MEJA 7
1. ARRIFAEE
2. ANAS
3. RASYIQ
4. KAIRUL
5. NASIR
6. NAZRU
7. SHAFWAN
8. SYAMSUL
9. ALFARAZI
10. SAIFUL RAFIZAN

MEJA 8
1. EHSAN
2. FIRDAUS
3. AMIR
4. SAIFUL NIZAN
5. SAHARUDIIN
6. ROHIMI
7. SHAHIZAM
8. MUHAMMAD
9. SAIFUL RIZAL TAASIM
10. MUKHTAR

MEJA 9
1. MUSLIMIN
2. ZAKI
3. SALEH
4. TAUFIQ
5. MUZAKIR
6. SYAZWAN
7. JURIAH
8. AIN
9. MISS LIZA
10. DEJA

MEJA 10
1. AZMIRA
2. FARIDAH
3. FIRDAWATI
4. HANUM
5. IDAYUANURA
6. KHAFIFAH
7. MASHITOH
8. MEK ESAH
9. MUSFIRAH
10. MARIANA

MEJA 11
1. NADIAH
2. AZRINA
3. SHUHADAH
4. NOR AISYAH MOHD ZUL
5. AZURA
6. HAYATI
7. HIDAYAH
8. ADILA
9. FADHILAH
10. NURAINI