Ikon muzik pop, Michael Jackson, akan dikebumikan dalam keranda bersadur emas berharga AS$25,000 (RM87,500) dalam upacara pengebumian yang dijangka bertepatan dengan ramalannya sendiri sebagai pertunjukan paling hebat di dunia. Keranda itu menggunakan reka bentuk yang jarang digunakan bergelar 'Promethean', dibuat daripada gangsa tulen tetapi disadur emas 14 karat, bercermin dan dihiasi baldu. Ia ditempah kelmarin daripada Syarikat Keranda Batesville dan serupa dengan keranda yang digunakan untuk mengebumikan penyanyi James Brown pada 2006, menurut laporan laman web pertama yang menyiarkan berita kematian Raja Pop itu, TMZ.com.
Upacara mengingati Jackson akan diadakan Selasa ini di stadium bola keranjang LA Lakers, Staples Center, yang menjadi lokasi penyanyi itu membuat latihan untuk konsert kemunculan semula di Arena O2, dua hari sebelum meninggal dunia.Stadium itu boleh memuatkan 20,000 orang dan keluarga penyanyi itu bercadang mengedarkan 11,000 tiket percuma kepada orang awam. Skrin gergasi di luar stadium akan menyiarkan upacara di dalam kepada sekitar sejuta orang yang dijangka berhimpun untuk memberikan penghormatan bermula jam 10 pagi waktu tempatan. Upacara turut menampilkan persembahan daripada lagenda muzik dan lakonan serta dibuka dengan perarakan haiwan sarkas termasuk harimau dan gajah. Jurucakap sarkas berkata, upacara peringatan itu bakal menjadi 'pertunjukan paling hebat di dunia', ayat sama digunakan Jackson pada 2002 apabila ditanya mengenai upacara pengebumiannya.
Ketika itu Jackson menjawab: "Ia akan menjadi pertunjukan paling hebat di dunia. Itu yang saya mahukan. Bunga api dan semuanya." Antara tetamu dunia hiburan yang dijangka hadir majlis memperingati itu termasuk Diana Ross, Elizabeth Taylor dan Paul McCartney. Selepas majlis itu, upacara persendirian akan diadakan di tanah perkuburan Forest Lawn di Hollywood yang cuma dihadiri keluarga dan rakan rapat penyanyi itu.
Komentar :
Kesian mamat tu terseksa kat alam barzakh..bukan orang nak doakan kesejahteraan tapi orang yang idup buat pesta meraikan kematian pulak sepertimana yang dilakukan apabila mendapat tahu Imam Assyahid Hassan AlBanna dibunuh dan Penggantungan Asysyahid Syed Qutb . Inilah budaya kuffar yang selalu jadi ikutan masyarakat pada hari ini yang bodoh pasal agama.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan