Translate

Followers

EZ Q

Isnin, 31 Ogos 2009

Dari UM ke Salak Tinggi : Merdeka !!

Assalamualaikum .. salam perjuangan dan salam kemerdekaan buat semua.
Sempena dengan bulan Ramadhan yang kini telah pun melepasi fasa yang pertama dan kini kita telah pun memasuki fasa yang kedua Universiti Ramadhan Al Kareem dalam proses mentarbiyahkan diri. Bertepatan pula pada hari ini kita meraikan ulangtahun kemerdekaan yang ke 52. Merdeka kah kita andai kata kita masih lagi dibelenggu dengan pemikiran sekular?? merdeka kah kita andai kata kita masih lagi menggunakan adat resam dan pemahaman penjajah inggeris? merdeka kah kita andi kata kita masih lagi terpengaruh dengan hasutan syaitan dan ajakan nafsu serakah ?? Merdeka kah kita andai kata kita masih lagi tak nak berpegang pada syariat islam dan masih lagi nak guna undang-undang penjajah ??
Bak kata Nabil Raja Lawak musim ke 2 " LU PIKIR LAH SENDIRI !!"

Rabu, 26 Ogos 2009

Cuit Politik Sikit : Hukum Allah Tak Kira Masa

Assalamualaikum ... Salam perjuangan

hari nie selepas membuat kerja-kerja diluar rumah sempat juga saya menelaah surat khabar yang dibeli ayah pagi tadi. Terpanggil rasanya nak ulas pasal isu hukuman sebat yang dikenakan kepada seorang model sambilan yang bernama kartika oleh Jabatan Agama Islam Pahang atas sebab kesalahan meminum arak di sebuah pub di kuala lumpur. Hukuman dijatuhkan oleh mahkamah syariah negeri pahang dan perkara ini semakin hebat diperkatakan oleh media arus perdana dan hinggalah masuk dalam mesyuarat kabinet persekutuan.

maka bersuaralah pula menteri yang menjaga hal ehwal pembangunan wanita keluarga dan masyarakat, Datuk Shahrizat Ab.Jalil yang menyatakan tak boleh melaksanakan kekerasan terhadap wanita dan perlu ada pertimbangan bahawa hukuman tersebut boleh diringankan dan dijadikan pilihan terakhir. sedangkan bila ditanya pada tuan empunya diri, model tersebut menyatakan saya rela untuk disebat.

masalah timbul pulak, macammana pulak boleh tak ade tukang sebat syariah sedangkan yang jalankan hukuman sebat atas perogol dan pesalah syariah sebelum ini ade pulak kat penjara kajang. macammana pulak pimpinan atasan kerajaan boleh kata tak ade.

atau pimpinan atasan sengaja untuk melewat-lewatkan perlaksanaan hukuman ini dengan tujuan supaya kes ini dapat ditutup dan hukuman tak perlu dijalankan. tup-tup buang kes saja. Kalau benarlah kerajaan yang ada sekarang nie benar-benar nak laksanakan; maka tak kiralah masa bila pun hukuman itu jatuh , tak boleh tidak ianya perlu dilaksanakan.

Ade pulak pimpinan UMNO yang mengaitkan hukum ini tak boleh dilaksanakan dengan kekerasan dan perlulah dilaksanakan tarbiyah keatas pesalah.Ana rasa diorang di tak baca AlQuran dengan betul lah . Sebabnya dalam Alquran sendiri Allah Ta'ala dah terangkan bahawa setiap hukuman yang dijatuhkan keatas orang yang melakukan kesalahan adalah untuk mendidik dan bukannya untuk menghukum. Hukuman yang dijatuhkan adalah untuk mendidik orang yang kena dan yang berada disekitarnya.

contoh yang kita boleh ambil dari kisah kecurian yang dilakukan pada zaman nabi SAW ; seorang perempuan dari suku ghamidiah didapat bersalah mencuri dan dijatuhi hukuman potong tangan, sebilangan sahabat memohon kepada nabi SAW agar diringankan hukuman, Nabi SAW bersabda dengan nada yang marah " Adakah kamu ingin meminta keringanan atas hukum Allah?? Andai kata anakku Fatimah yang mencuri sekalipun aku tetap akan jalankan hukuman( potong tangan)"

Tertarik saya dengan kisah yang dinyatakan bahawa hukuman yang berdasarkan pada hukum syarak tidak boleh dipermainkan dan dipandang ringan ini kerana besar kemurkaan Allah bagi siapa yang memandang ringan dan mengambil entang terhadap hukum Allah. Hukum tetap hukum .. salah tetap salah .. tak kira kecil atau besar, kaya atau miskin hukum Allah tetap sama tanpa membezakan siapa pun dia.

Dari UM ke Salak Tinggi : Cuti Oh Cuti

Assalamualaikum .. salam perjuangan

Alhamdulillah bermula sabtu yang lepas ( 21 Ogos 2009 ) bermulalah cuti pertengahan penggal ke 2 bagi sesi persekolahan 2009. Hampir seminggu aku berada di kampung bagi memenuhi tuntutan hati ingin bersama dengan keluarga dikampung. Begitu jugalah dengan anak-anak didikku yang menimba ilmu bersama denganku di SAM BBST. Apa Kabar Semua ?? Ustaz doakan moga antum ceria disamping keluarga .

Dalam pada sibuk bercuti juga, Ustaz nak ucapkan selamat berpuasa buat semua anak anak didik ustaz yang berkunjung ke blog pelbagai ini. sememang nya blog nie terdapat pelbagai aplikasi yang boleh digunakan. Dan ingatan dari ustaz penuhi masa lapang antum dengan gerak kerja yang memberikan manfaat serta menambahkan thaqafah dalam diri.

sememangnya kita nie kurang ilmu dan kita perlulah mencarinya sebanyak-banyaknya. ini kerana ilmu yang Allah ta'ala miliki amatlah luas berbanding dengan kita. sewajarnya juga kita penuhi bulan ramadhan yang mulia ini dengan amal -amal kebajikan serta yang dapat menambahkan pahala. Jangan lah ade diantara anak-anak didik yang bercuti hanya menghabiskan masa dengan perkara yang sia-sia.

Hadis Nabi SAW ade menyatakan bahawa " Rebutlah 5 perkara sebelum datang 5 perkara; Masa muda sebelum datang masa tua, masa senang sebelum datang masa susah, masa sihat sebelum datang masa sakit, masa kaya sebelum datang masa miskin, masa lapang sebelum datang masa sempit dan masa hidup sebelum datang masa mati" . Oleh yang demikian, penuhilah masa lapang kita dengan perkara yang mendatangkan pahala.

Hindarkan diri kita daripada perkara-perkara yang boleh membawa kepada maksiat serta yang boleh mengurangkan pahala puasa kita. Jangan lah dok sibuk nak main mercun dan meriam buluh saja. bantulah ibu dan ayah serta mereka-mereka yang memerlukan bantuan kita.

Salam Ramadhan Untuk semua

Khamis, 20 Ogos 2009

Dari UM ke Salak Tinggi (5): LADAP

Assalamualaikum ... salam perjuangan buat sahabat-sahabat seperjuangan

Alhamdulillah pada petang nie aku dapat mengikuti salah satu daripada kursus dalam perkhidmatan yang telah diadakan di sekolah dengan tajuk " Penggunaan ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran" Boleh dikatakan ianya banyak manfaat dan faedah yang berguna. Diharapkan segala yang diperoleh dapat digunakan sebaiknya

Selasa, 18 Ogos 2009

Dari UM ke Salak Tinggi (4): MENGAJAR BAHASA ARAB TAPI GUNA BAHASA MELAYU ??

Assalamualaikum ... salam perjuangan

saja nak kongsi cerita dengan kawan-kawan pasal hal ehwal pengajaran kat skolah nie. sebelum memulakan latihan mengajar aku dan beberapa orang rakan ku yang sewaktu denganku telah menghadiri satu bengkel latihan mengajar. masa tu kami masih lagi kat UMKL dan belum mula prektikum. Aku telah didedahkan dengan kaedah pengajaran kaedah kedua iaitu bahasa arab dan kaedah pengajaran pendidikan islam. semasa bengkel kami diingatkan supaya menjalankan pengajaran didalam kelas mengikut aras sepertimana yang telah diajar semasa dalam dewan kuliah awal tahun dulu.

tapi berlainan pula keadaannya bila berhadapan dengan situasi sebenar dimana pelajar lebih cenderung untuk belajar bahasa arab menggunakan bahasa melayu. Heran dan pening juga kepala nie nak cuba fahamkan dan latih anak-anak murid nie berbahasa arab. Dah banyak aktiviti dan banyak guna isyarat untuk memahamkan mereka menggunakan bahasa arab. kadang terfikir juga, kat mana silapnya ?? silap guru yang mengajar atau silap pelajar yang tak nak guna bahasa arab sebagai bahasa pengantar dan kekurangan minat pelajar untuk belajar bahasa arab ?asal buat aktiviti yang melibatkan terjemahan saja mulalah nak mintak terjemahkan semua petikan dalam bahasa melayu. Sampai bila nak guna terjemahan saja ???

Dari UM ke Salak Tinggi (3) : Guru dulu Guru Sekarang

assalamualaikum ... salam perjuangan

rasanya lama juga jari ini tak menari untuk mencoretkan isi hati yang lama terbuku sepanjang 5 minggu keberadaan diri ini di bumi SAM Bandar Baru Salak Tinggi. Sepanjang 5 minggu yang berlalu , banyak juga ragam dan gelagat guru-guru yang dapat kurakamkan. ada antaranya yang positif dan tak kurang juga yang negatif, walaupun tak banyak namum ianya bukanlah asbab yang boleh menyekat kemaraan diriku untuk melatih diri dalam mendidik generasi khalifatullah fil alam.

sepanjang 5 minggu ini juga, aku sempat untuk mengikuti beberapa sesi pengajaran dan pelajaran yang dikendalikan oleh guru-guru yang mengajar disitu dan juga teman-teman yang sejawat dan sepraktikum denganku. masing-masing punya cara dan kaedah yang tersendiri. Guru lama masih dengan kaedah talaqqi musyafahah yang sudah menjadi satu amalan tradisi manakala guru-guru yang baru pula lebih banyak menggunakan aplikasi dan kemudahan terkini sehingga terpaksa berlumba-lumba untuk menyiapkan bahan bantu mengajar.

tapi yang pelik dan ajaibnya masih ade juga lagi pelajar yang masih tidak mampu untuk menguasai objektif yang telah dirancang. berkemungkinan juga kerana kaedah yang digunakan oleh guru tersebut gagal menarik dan meragut perhatian pelajar.namun bagi kami yang bergelar guru baru, kami punya kaedah tersendiri untuk meragut perhatian pelajar. Yang penting sebenarnya bukanlah pencapaian objektif pembelajaran tetapi kefahaman yang mendalam terhadap apa yang diajar.

Selasa, 11 Ogos 2009

H1N1 BERLELUASA .. BERHATI2

Assalammualaikum WBT dan Salam Sejahtera

Ada maklumat yang ingin dikongsi bersama dengan saudara/i sekalian. Maaf maklumat ini ditulis dalam "bahasa rojak" tapi maklumat sangat berguna untuk dikongsi bersama. Mungkin penulisnya seorang doktor yang telah terbiasa dengan penggunaan ayat seperti dibawah tetapi ianya sangat bermaklumat untuk kita semua.

Diperolehi dari jasa-my@yahoogroups.com :-

Be careful with H1N1. Virus tu very STRONG... Pesakit yang kena memang SUFFER nak RECOVER... NO VAKSIN.. Cuma ada Anti-Viral & Psylogi Mental pesakit itu sendiri untuk MELAWAN.

Beginner stage
Batuk, selsema, demam, sakit tekak, bila terbesin bunyi tak kuat.
Second Stage
Susah bernafas, simptom macam asthma but not asthma, at this stage if you touch the person, or breath in the same room 80% boleh kena... Masa ni kena kuarantinat hospital. Masalahnya sekarang dah ramai yg kena.. Hospital tak cukup katil & bilik kuarantin.

Critical Stage
Lung infection. Bila X-Ray we can see the virus covered the lung. Very scary bila tengok x ray Pesakit H1N1. At this stage pesakit need oksigen with highest level, Strongest Anti-Vral.. very high drug. At least 7 days oksigen kena bagi. % to recover depend to age, immune badan pesakit.
Very H1N1 ni genius virus.. Can HIDE in our body...difficult to detect. Only can detect thru swap which the cost is RM1k above. Unable detected in blood as well.. When they start action...Can kill the person if the body imune does not strong. For those have baby atau anak2, U & ur family do not go to crowded place, better WEAR MASK when u outside from home. The vaksin will come to Msia in Nov-Dec 2009. So far, hanya lelaki dewasa can fight the virus.... woman might be 70%, children most probably payah nak lawan virus ni.Take care You & Your Family.


[Note : Kepada para Bloggers friends, forwardkanlah PERINGATAN ini untuk semua kawan-kawan kita yang lain. Sesunggunya, H1N1 ini merupakan satu bala dari Allah untuk mengingatkan kita kembali kepadaNYA].

Dan ini maklumat dari ibnuyaacob.com , untuk baca sepenuhnya sila rujuk ibnuyaacob.com.

Seperti yang telah kami teorikan sebelum ini di dalam dua artikel, kini siaran televisyen Russia Today telah mendedahkan bukti bahawa selsema babi adalah ciptaan pihak-pihak tertentu untuk mewujudkan ‘panic situation’.
Pada 25 Jun 2009 lepas, Russia Today telah menemuramah seorang penyiasat konspirasi dari Amerika secara langsung berkaitan usaha pihak Amerika membangunkan virus Swine Flu. Menurut maklumat di dalam temuramah itu (lihat video di bawah), penyiasat konspirasi berkenaan mengesyaki bahawa virus tersebut telah dibangunkan dari dua buah universiti di Amerika dan Kanada.

Jadilah insan yang bermaklumat sebelum anda membuat apa-apa keputusan.
at 10.8.09

sumber: Yb Taufek

Cabaran besar buat PAS bila dah ada kerajaan ?

Media milik UMNO yang berbahasa Melayu ibarat lembu kenyang. Kali ini media berbahasa Melayu mendapat point yang cukup bagi mengagarp emosi Melayu dan kemelayuaan orang-orang Melayu islam atas kes apa yang dinamakan isu arak di Selangor. Perbalahan terbuka antara PAS dan DAP.

Polimik atas cara penguatkuasaan telah mengheret banyak pihak. Ketegasan PAS Selangor yang mahukan MB Selangor bertindak menukarkan Roniee Liu daripada EXCO Hal Kerajaan Tempatan tidak dilayan dan dipandang sepi oleh Tan Sri Khalid. UMNO curahkan minyak, KJ lantang minta PAS keluar.

Hujahnya jika DAP Kedah boleh ugut dan keluar daripada Pakatan Rakyat di Kedah yang diterajui PAS. Bagaimana dengan maruah, muka, dan sikap PAS di Selangor. Sekali pandang memang hujah KJ adalah tepat dan benar. Kedua katanya bagaimana sikap setiakawan dalam BN jauh bertolenransi berbanding dalam kerjasama Pakatan Rakyat. Betul hujahnya, inilah cabaran terhadap pimpinan Pakatan Rakyat.

Seterusnya polimik kematian Benck Hock di Bangunan SPRM. Bagaimana pandangan status anak kandungan dalam perut teman wanita. Pemuda DAP menyerang Pengerusi Persatuan Cina Muslim Malaysia. Dr Riduan Tee Abdullah dengan bahasa kesat, biadab da lucah. Media mengambil blog ZulNordin MP Kulim sebagai hujahan dan berita tentang kebiadapan DAP dalam hal-hal Islam.

Cerita ke3 paling sensasi adalah hamburan kata-kata Jeff Oi dalam DUN Pulau Pinang terhadap Razali ahli Majlis MPSP dengan ibaratkan ia sebagai seorang muslim extremis. Kata-kata Jeff Oi dengan sikap dan tulisannya dalam laman Malaysiakini cukup menguris dan menguggat kesabaran Islam dan Melayu Islam. Sampai hari ini Jeff Oi masih lagi berdegil dan bersikap degil dan enggan mohon maaf. Permintaan maaf Jeff Oi terhadap Razali tiada cuma kenyataannya menarik baliknya ada. Inilah yang digelapkan oleh media.

Justeru jelas 3 agenda besar terhadap Islam mengugat kesabaran PAS. Dan ia menunut akan sikap PAS. Jika PAS gagal tangani 3 kes ini dengan baik, maka maruah dan imej PAS jatuh. Dan orang mula menilai akan sikap dan pendirian PAS. Jangan nanti UMNO lebih diyakini sikapnya daripada PAS tentang Islam.

sumber : DUN PAHANG

Isnin, 10 Ogos 2009

Daru UM ke Salak Tinggi (2) : HARI YANG PENUH BERMAKNA BUAT DIRIKU

Assalamualaikum ... salam perjuangan

Alhamdulillah syukur pada Allah kerana masih lagi memberikan peluang pada diriku yang masih kurang ilmu untuk menimba ilmu disamping mendidik the little khalifah at the earth.

Hari ini aku berpeluang untuk mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran yang dikendalikan oleh sahabatku dek kerana terdapat waktu senggang bagiku yang memberikan peluang padaku untuk memperkemas lagi kaedah pengajaran dan pembelajaran.

disamping itu dalam sesi penerangan yang disampaikan oleh penyeliaku Dr.Zawawi Ismail, sewajarnya seorang guru itu senantiasa merujuk kembali dan menilai kembali hasil pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan. ini kerana walaupun guru-guru sekolah yang rasanya lebih vetren dariku lebih banyak menggunakan kaedah talaqqi musyafahah dalam menyampaikan pengajaran namun kaedah yang sedemikian seolah-olah menampakkan yang guru tersebut masih belum dapat untuk menguasai dan mengaplikasikan pengajaran berteraskan maklumat dan penggunaan teknologi yang terkini.

selain menggunakan kaedah tradisional, apa yang berlaku dan diamalkan jarang menampakkan peningkatan kefahaman dikalangan pelajar disamping kurang menarik perhatian pelajar untuk mengikuti pengajaran guru tersebut.Kurasakan hari ini semangatku kembali bangkit dan banyak istifadah yang dapat kuambil sebagai bekal untuk menjadi guru yang disanjungi pelajar dan disayangi pelajar.

Selasa, 4 Ogos 2009

SELSEMA BABI LEBIH DITAKUTI DARIPADA ALLAH ??

Assalamualaikum ... salam ukhuwah salam perjuangan

lama juga tak menulis dalam ruangan blog ini, rasanya hampir tiga minggu ideaku kering sehinggalah pada pagi tadi timbul satu persoalan yang bermain dibenak fikiran ku. idea ini tercetus selepas perbualan dengan rakan rakan seperjuangan yang mengajar sekali denganku berkenaan dengan peningkatan jumlah kematian yang disebabkan oleh satu virus atau kuman yang disebarkan melalui pernafasan. Penyakit yang dimaksudkan ialah penyakit influenza A H1N1 atau selsema Babi.

Dalam AlQuran sendiri telah menyebut mengenai pengharaman memakan daging babi dan seluruh kaum kerabat dan segala yang bersangkutan dengan babi tapi apa yang berlaku sekarang seolah-olah merupakan satu bala yang ditimpakan oleh Allah SWT atas segala kemungkaran yang telah dilakukan oleh manusia. H1N1 selalu diingat AIDS semakin dilupai .. Manusia cepat lupa ..