Translate

Followers

EZ Q

Selasa, 18 Ogos 2009

Dari UM ke Salak Tinggi (4): MENGAJAR BAHASA ARAB TAPI GUNA BAHASA MELAYU ??

Assalamualaikum ... salam perjuangan

saja nak kongsi cerita dengan kawan-kawan pasal hal ehwal pengajaran kat skolah nie. sebelum memulakan latihan mengajar aku dan beberapa orang rakan ku yang sewaktu denganku telah menghadiri satu bengkel latihan mengajar. masa tu kami masih lagi kat UMKL dan belum mula prektikum. Aku telah didedahkan dengan kaedah pengajaran kaedah kedua iaitu bahasa arab dan kaedah pengajaran pendidikan islam. semasa bengkel kami diingatkan supaya menjalankan pengajaran didalam kelas mengikut aras sepertimana yang telah diajar semasa dalam dewan kuliah awal tahun dulu.

tapi berlainan pula keadaannya bila berhadapan dengan situasi sebenar dimana pelajar lebih cenderung untuk belajar bahasa arab menggunakan bahasa melayu. Heran dan pening juga kepala nie nak cuba fahamkan dan latih anak-anak murid nie berbahasa arab. Dah banyak aktiviti dan banyak guna isyarat untuk memahamkan mereka menggunakan bahasa arab. kadang terfikir juga, kat mana silapnya ?? silap guru yang mengajar atau silap pelajar yang tak nak guna bahasa arab sebagai bahasa pengantar dan kekurangan minat pelajar untuk belajar bahasa arab ?asal buat aktiviti yang melibatkan terjemahan saja mulalah nak mintak terjemahkan semua petikan dalam bahasa melayu. Sampai bila nak guna terjemahan saja ???

3 ulasan:

herol berkata...

salam syeikh... samala cam kita dulu syeikh...kita blaja pun bukan dapat cakap arab n faham bahasa arab... bahasa kita pun tunggang langgang lagi... bahasa arab ni bahasa syurga... syurga yang kita nak dapat kan begitu susah.. ini kan pula bahasanya.. apa pun sebagai guru kita tak patut salahkan pelajar... manusia itu lahir dalam keadaan tak tahu.. so kita sebagai guru.. perlu tahukan mereka.. takpe... sikit2 lama2 jadi bukit... selamat berjuang kawanku...

Ibnu Mohyeddin berkata...

salam sahabat ... terima kasih atas sokongan dan bantuan antumma selama perkenalan kita .. ana harap kitakan sama sama dapat kejayaan dalam mendidik the little khalifah ini

Tanpa Nama berkata...

assalamualaikum...bagi saya ..belajar bahasa arab dalam bahasa melayu tiada salahnya...sebab biah kita org melayu...kalau nak berbahasa arab sepenuhnya biasanya guru tu ngajar syok sendiri...kalau boleh campur2 lah...contohnya permulaan dan isi diterangkan dalam bahasa arab...huraian dalam bahasa melayu...nnti kuiz dalam bahasa arab balik...nak bertanya guru ke dalam bahasa arab....yang penting kesemua kemahiran pelajar dapat kuasai...samada membaca,mendengar,bercakap dan menulis..