Translate

Followers

EZ Q

Rabu, 30 Disember 2009

Hargai Tangan Kita

Setiap bangsa di dunia ini punya budaya tersendiri. Oleh sebab makan itu satu perkara yang wajib dalam hidup, cara makan juga merupakan satu budaya. Masing-masing bangsa ada budaya mereka tersendiri bagaimana mereka makan.

Misalnya orang Cina menggunakan kayu (chopstick) dan orang Barat pula menggunakan sudu dan garfu. Tentu ada sebab yang rasional kenapa mereka amalkan cara itu.

Orang Melayu makan biasanya menggunakan tangan kanan. Apakah rasionalnya dan kenapa orang Melayu makan dengan tangan Soalan ini dijawab dengan mudah di akhir abad ke 19 oleh seorang kerabat diraja Kedah yang menetap di Selangor bernama Tengku Kudin. Perkara ini diceritakan oleh seorang isteri pegawai tinggi British yang berkhidmat di Selangor pada masa itu dalam bukunya "Chersonese - The Guilding Off" oleh Emilly Innes.

Pada suatu hari Tengku Kudin telah dijemput oleh British Resident menghadiri satu jamuan makan malam di rumah resident tersebut. Ketika semua tetamu jemputan telah bersedia untuk menghadapi hidangan, Tengku Kudin tiba-tiba bangun menuju ke arah paip air dan membasuh tangannya. Tanpa menghiraukan orang lain semuanya menggunakan sudu dan garfu, beliau dengan selamba menyuap makanan ke mulutnya dengan tangannya..... !

Telatah Tengku Kudin ini diperhatikan oleh seorang wanita Inggeris yang kebetulan duduk di sisinya. Merasa tertarik dengan perlakuan Tengku Kudin itu wanita tersebut lantas bertanya: "Kenapa anda makan dengan tangan? Bukankah menggunakan sudu dan garfu itu lebih bersih dan lebih sopan "

Dengan selamba Tengku Kudin menjawab lantang dan dapat didengari oleh orang lain. Katanya:

"Saya makan dengan menggunakan tangan saya sekurang-kurangnya ada tiga sebab:

Pertama: Saya tau tangan saya lebih bersih dari sudu dan garfu sebab saya sendiri yang membasuhnya - bukan orang lain. Sudu dan garfu itu dibasuh oleh orang lain yang belum tentu cukup bersih.

Kedua: Saya yakin tangan saya lebih bersih kerana tangan saya hanya saya seorang saja yang menggunakannya - tidak pernah dipinjam oleh orang lain, sedangkan sudu dan garfu itu ramai yang pernah menggunakannya

Ketiga: Saya percaya tangan saya lebih bersih kerana ia tidak pernah jatuh dalam longkang.... ......... !!

Jawapan Tengkun Kudin ini menjadikan semua orang yang mendengarnya terlopong. Kalau sebelum itu ada antara mereka yang tersenyum sinis melihat Tengku Kudin menyuap makanannya dengan tangan tapi selepas itu masing-masing mengangguk mungkin kerana memikirkan ada logiknya jawapan tersebut.... ........

Moralnya: Kita jangan lekas menghina atau memandang jijik perlakuan orang lain yang berlainan dengan budaya kita. Masing-masing ada rasionalnya kenapa mereka berbuat begitu...

Sabtu, 19 Disember 2009

STAY IN JAMAAH OR OUT FROM JAMAAH ??


Assalamualaikum ... salam perjuangan 
Hari ini saja nak bawa topik berkenaan dengan tajuk kat atas tu.Dua hari yang lepas saya menghadiri satu halaqah perbincangan yang diadakan di Balai Islam Serkam Darat, Merlimau Melaka. Jangkanya pada malam itu, Ketua Dewan Ulama PAS yang akan hadir untuk membentangkan kertas kerjanya yang bertajuk Wala dan Barra'. Tajuk yang cukup penting dan cukup panas kalau dibincangkan bila kita tengok situasi politik negara yang tak menentu sekarang ini walau pun nampak tenang tapi sebenarnya bermasalah. Akan tetapi disebabkan pembentang ada  masalah yang tak dapat nak dielakkan akhirnya digantikan oleh ketua dewan pemuda PAS, Ust Kamaruddin Hj. Sidek. 


Wala' nie kalau dari segi bahasanya membawa maksud taat atau setia dengan kata lain ketaatan dan kepatuhan yang tidak berbelah bahagi hanya kepada Allah SWT . Manakala Al-Barra' pula dari segi bahasa mudahnya ialah berlepas diri atau benci terhadap sesuatu atau pun enggan menghiraukan apa yang berlaku. 


Dalam ertikata hidup berjamaah atau pun berkomuniti dan berorganisasi, wala merupakan satu tuntutan yang cukup berat dan penting. tidak kiralah dimana juga kita berada baik didalam keluarga atau masyarakat atau pun dalam bernegara. Ungkapan " tiada lah dinamakan islam itu melainkan dengan jamaah, dan tiada dinamakan jamaah itu melainkan adanya pimpinan dan tiada maknanya kepimpinan itu melainkan dengan adanya kepatuhan". 


Dalam hal ini, islam cukup mementingkan kebersamaan dan kesepakatan dalam segala hal dan terpulanglah kepada kita sama ada ingin melaksanakannya atau tidak.

Sabtu, 12 Disember 2009

Masej dari Sahabat .. Cammana ek ??

BARU - BARU NI SAYA DAPAT BEBERAPA ADUAN DARIPADA KENALAN LAMA YANG SEBELUM INI AKTIF DENGAN PROJEK BAGI DAERAH JASIN, MELAKA TENTANG PERIUK NASI MEREKA DICANTAS OLEH SEORANG WAKIL RAKYAT UMNO. SEBABNYA IALAH MEREKA DIDAPATI PERNAH MEMBERI BANTUAN KEEWANGAN KEPADA PARTI PEMBANGKANG.
SAYA TIDAK TERKEJUT DENGAN INSIDEN TERSEBUT, KERANA SAYA TAHU DULU LAGI HATI PERUT ADUN UMNO IALAH MEMBUNUH BANGSA SENDIRI SECARA TERANCANG APABILA KEDUDUKAN MEREKA TERANCAM. DULU SELEPAS PILIHANRAYA UMUM 1999 ALI RUSTAM ARAHKAN SEMUA PENEL DOKTOR SWASTA YANG DIKENAL PASTI PRO PEMBANGKANG DITARK BALIK. HATTA KERAJAAN NEGERI SANGGUP KELUARKAN ESET NEGERI YANG TERSIMPAN DALAM BANK ISLAM DIKELUARKAN KERANA BELIAU DAPATI KAKITANGAN BANK TERSEBUT PRO KEPADA PEMBANGKANG.....
INILAH SIKAP UMNO MELAKA ..... SAMA BANGSA SENDIRI ITU CERITA LAIN, YANG PENTING KUASA BERKEKALAN. 
 
sumber : KBSN26

Jumaat, 11 Disember 2009

Isu Masjid : umpama lebih sudu dari kuah

Assalamualaikum .. salam perjuangan


Semalam sempat juga kawan meneropong akhbar akhbar digital dan juga laman-laman blog yang ada, terbacalah pulak satu artikel dalam laman blog yang mengatakan pemimpin pembangkang mempersoalkan pembinaan masjid yang terlalu banyak berbanding dengan rumah ibadat yang lain. Pada pandangan kawan itu mungkin pandangan dari seorang yang bukan islam yang belum memahami islam. Tak ngapalah tu sebabnya yang bagi pandangan tu orang yang bukan islam yang tak faham tentang islam.


Tapi kadang -kadang terfikir gak kawan, kita duk bina masjid berlambak-lambak kat seluruh negara nie apa tujuannya? betul kalau kita kata kita nak menggalakkan orang untuk datang ke masjid dan surau untuk solat dan beribadah. Tapi realiti yang kawan lihat sendiri dengan biji mata yang Allah ta'ala kurniakan ini, tak ramai yang gemar ke masjid dan surau. kalau masa solat zohor tu satu saff pun tak sampai tapi tak tau le pulak kat tempat lain macammana.


Pada kawan lah, daripada duk abis belanja nak bina masjid sampai berlambak-lambak tu eloklah dibelanjakan duit untuk memikirkan macammana nak tarik perhatian umum untuk selalu gunakan masjid. Kadang kita tengok masjid cukup cantik cukup indah tapi bila tengok isi kosong tiada sambutan.Kadang -kadang yang sedihnya time nak nikah nak tunaikan haji baru nampak muka datang masjid dan surau.Sedangkan banyak program yang diaturkan oleh pihak masjid untuk manfaat semua tapi tak digunakan dengan sebaiknya. Oleh yang demikian, sebagai pandangan peribadi dari kawan, Pihak masjid dan khususnya pihak yang bertanggungjawab dengan urusan agama Islam di Malaysia sewajarnya mencari formula dan pendekatan baru khusus untuk menarik minat orang kita khususnya Muslimin dan Muslimat serta Syabab dan Fatayat untuk hadir dalam memanfaatkan rumah Allah yang sedia ada.

Rabu, 2 Disember 2009

Benak Betul Pemikiran bila Menyamakan Islam Dengan Demokrasi

Betapa rosak dan hinanya cara berfikir para pemimpin umat Islam hari ini yang menyatakan Islam seiring dengan demokrasi. Inilah hasil dari pemikiran sekular yang tertancap kukuh di benak pemikiran para pemimpin ini. Sungguh malang bagi umat Islam hari ini apabila para pemimpin mereka tidak dapat membezakan antara hak dengan yang batil, tidak dapat memisahkan cahaya dan kegelapan dan yang paling hina, tidak dapat memilih dengan betul antara Islam dan kekufuran. Nampaknya musuh-musuh Islam telah berjaya menjadikan para pemimpin sekular ini jurubicara mereka ditengah-tengah kehidupan umat Islam hari ini. Mereka ini tidak lain merupakan produk Barat yang berjaya dicetak pemikirannya agar selari dan seiring dengan kehendak Barat.

Wahai para pemimpin sekular umat Islam! Apakah kamu sedar apa yang telah kamu perkatakan? Kamu begitu berani menyamakan Islam dengan sistem kufur demokrasi. Apakah kamu sedar bahawa tidak ada Deen yang lebih tinggi dari selain Islam. Sabda Rasulullah SAW: “Islam itu tinggi dan tidak ada yang lebih tinggi daripadanya”. Hanya Islamlah satu-satunya ad-Deen/cara hidup yang diterima oleh Allah SWT.

"Sesungguhnya agama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah Islam". [TMQ A-li ‘Imraan (3) :19].

"Dan sesiapa yang mencari agama selain agama Islam, maka tidak akan diterima daripadanya, dan dia pada hari akhirat kelak dari orang-orang yang rugi". [TMQ A-li ‘Imraan (3) : 85].

Dalil-dalil al-Quran dan hadith di atas begitu jelas! Lantas kenapakah kamu begitu berani menyamakan Islam dengan demokrasi?

Wahai para pemimpin sekular umat Islam! Islam adalah Deen yang datangnya dari Allah SWT sementara demokrasi adalah sistem pemerintahan yang diciptakan oleh manusia! Mana mungkin Islam seiring dengan demokrasi!

Wahai para pemimpin sekular! Tidakkan kamu sedar bahawa Rasulullah SAW diutus dengan ad-Deen yang haq berserta al-Quran mulia untuk diizharkan mengatasi agama / sistem kehidupan yang lain?

“Dialah yang telah mengutus RasulNya (Muhammad) dengan membawa petunjuk dan agama yang benar (agama Islam), untuk dimenangkan dan ditinggikannya atas segala agama yang lain, walaupun orang-orang musyrik tidak menyukainya”. [TMQ At-Taubah (9) : 33].

Pahlawan Melayu atau Pahlawan Islam?

Dahulu, menurut beberapa hikayat, pahlawan Melayu seperti Hang Tuah menentang kejahatan lanun di Selat Melaka demi memeliharan kesejahteraan orang melayu yang tinggal di Melaka. Para pahlawan melayu juga diriwayatkan memerangi penjajah Portugis, Belanda, Jepun, Komunis dan Inggeris dari dijajah oleh bangsa kufur tersebut. Namun apa yang berlaku hari ini adalah sebaliknya. Seseorang itu dianggap sebagai pahlawan melayu sekiranya mereka menjadi orang suruhan penjajah seperti Amerika Syarikat bahkan dinobat sebagai orang hebat. Dunia sudah terbalik! Orang yang bekerjasama dengan penjajahan mahupun neo-penjajah dipuji, dan sesiapa yang menentang atau membangkang diperleceh, inilah hakikat melayu yang kini pragmatik dengan arus kemodenan dalam dunia penjajahan moden.

Orang melayu yang sinonim dengan Islam sepatutnya sedar bahawa kemuliaan yang diraih adalah untuk Allah dan Islam, bukan selainnya. Jaafar bin Abu Talib r.a diutus oleh Rasulullah SAW ke Habsyah demi mendapatkan perlindungan kepada Islam daripada raja Najasyi dan beliau berjaya. Begitu juga Mus’ab bin Umair r.a yang diutuskan oleh Rasulullah SAW berdakwah kepada pemuka Aus dan Khazraj serta penduduk di Madinah, juga telah berjaya menjadikan Islam cara hidup mereka di sana. Beberapa sahabat lain diutus oleh Rasulullah SAW bertemu ketua empayar Rom dan Parsi demi memperjuangkan Islam, juga telah berjaya menumbangkan empayar kufur tersebut.

Mereka lakukan sedemikian bukan demi bangsa atau hubungan kemaslahatan antara penjajah dengan mangsa penjajahan seperti hari ini!! Mereka yang diutus oleh Rasulullah SAW inilah yang layak digelar sebagai pejuang Deenullah . Mengadakan hubungan diplomatik seperti yang berlaku hari ini hanyalah akan memberi peluang dan ruang yang besar kepada penjajah Amerika meneruskan rancangan dan strategi penjajahan modennya ke atas negeri-negeri umat Islam termasuk Malaysia.

Lihatlah di sekeliling kita, betapa rosak suasana dunia hari ini angkara hubungan seperti ini. Apakah mereka ini layak digelar pahlawan? Atau sebaliknya mereka ini sebenarnya pengkhianat?

Pendemonstrasi yang Bodoh ..

Kira-kira 1,000 orang yang mendakwa mewakili sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mengadakan demonstrasi secara aman di hadapan pintu masuk Kota Darul Naim di sini bagi mendesak Menteri Besar Datuk Nik Aziz Nik Mat memohon maaf kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung satu kenyataan kontroversinya baru-baru ini.


Mereka yang berkumpul di hadapan pintu masuk yang menempatkan pusat pentadbiran kerajaan Kelantan itu turut mendesak Nik Aziz melepaskan jawatannya ekoran kemunculan beberapa isu yang dianggap mereka menjejaskan kerajaan dan rakyat negeri.
Selepas berkumpul hampir setengah jam sejak pukul 10.15 pagi, kumpulan itu menyerahkan memorandum tersebut kepada Setiausaha Politik Menteri Besar, Anual Bakri Haron di pintu masuk kota berkenaan.


Keadaan hampir menjadi kecoh semasa kumpulan itu meluahkan rasa kecewa apabila gagal menyerahkan sendiri memorandum itu kepa-da Nik Aziz, namun ia dengan pantas dileraikan oleh polis.Ketua Polis Kelantan, Datuk Abdul Rahim Hanafi yang berada di tempat kejadian kemudiannya meminta kumpulan itu bersurai sebelum tindakan yang lebih tegas diambil.Mereka yang turut membawa beberapa kain rentang yang antara lainnya tertera kata-kata "Nik Aziz Perlu Letak Jawatan" dan "Kami Desak Nik Aziz Mohon Maaf Kepada Najib", kemudiannya akur dan bersurai sambil diawasi Unit Tindakan Ringan Anti Rusuhan.Sementara itu wakil NGO itu yang menamakan diri mereka Jemaah Prihatin Rakyat Kelantan, Johan Che Pa berkata, memorandum itu menandakan bantahan se-


bahagian besar rakyat Kelantan yang kecewa dengan kenyataan Nik Aziz berhubung doa diturunkan bala terhadap Najib dan Umno bersabit tuntutan royalti petroleum pada 27 November lepas."Sekiranya Nik Aziz enggan memohon maaf kepada Datuk Seri Najib dan seluruh umat Islam, gerakan ini tidak akan berakhir di sini," kata beliau yang juga Timbalan Ketua Umno Bahagian Pasir Mas.


Sumber : Bernama


ulasan : nampak sangat orang yang buat demo nie bebal dan bodoh sebabnya kalau tanya kenapa buat demo ?? jawapnya entah saja ikut-ikut orang buat demo aku pun nak demo. sebenarnya kalau kita kaji balik setiap yang dilakukan oleh tuan guru pasti ade penyebabnya. apa yang berlaku sebenarnya ialah penafian hak royalti minyak yang dibuat oleh kerajaan persekutuan kepada kerajaan negeri. Penafian ini sebenarnya adalah helah dan satu kezaliman yang dilakukan oleh kerajaan UMNO /BN terhadap kerajaan pimpinan Tok Guru. Kalau kata nak laksanakan Prinsip 1 Malaysia Rakyat didahulukan pencapaian diutamakan, takkan kepentingan rakyat kelantan untuk dapatkan royalti minyak dinafikan ??Kan bodoh dan bebal nampaknya tu. Wajar kalau orang yang kena zalim mendoakan orang yang zalim kebinasaan. Orang Melayu yang buat demo nie pun bodoh juga sebab lupa apa yang kerajaan persekutuan pernah buat pada kerajaan terengganu semasa dibawah pimpinan Tuan Guru Datuk Seri Presiden PAS.


Pasal doa, sepertimana yang disebutkan oleh Tuan Guru Ust Zulkifli Ismail, Ketua Dewan Ulama PAS Melaka semalam, Pendokong Perjuangan Islam dah lama doakan kehancuran dan kebinasaan buat UMNO dan BN dulu kini dan selamanya. Agaknya orang UMNO /BN nie baru perasan agaknya ? Ish.. Melayu mudah Lupe dan Memang dah tua..