Translate

Followers

EZ Q

Rabu, 2 Disember 2009

Pahlawan Melayu atau Pahlawan Islam?

Dahulu, menurut beberapa hikayat, pahlawan Melayu seperti Hang Tuah menentang kejahatan lanun di Selat Melaka demi memeliharan kesejahteraan orang melayu yang tinggal di Melaka. Para pahlawan melayu juga diriwayatkan memerangi penjajah Portugis, Belanda, Jepun, Komunis dan Inggeris dari dijajah oleh bangsa kufur tersebut. Namun apa yang berlaku hari ini adalah sebaliknya. Seseorang itu dianggap sebagai pahlawan melayu sekiranya mereka menjadi orang suruhan penjajah seperti Amerika Syarikat bahkan dinobat sebagai orang hebat. Dunia sudah terbalik! Orang yang bekerjasama dengan penjajahan mahupun neo-penjajah dipuji, dan sesiapa yang menentang atau membangkang diperleceh, inilah hakikat melayu yang kini pragmatik dengan arus kemodenan dalam dunia penjajahan moden.

Orang melayu yang sinonim dengan Islam sepatutnya sedar bahawa kemuliaan yang diraih adalah untuk Allah dan Islam, bukan selainnya. Jaafar bin Abu Talib r.a diutus oleh Rasulullah SAW ke Habsyah demi mendapatkan perlindungan kepada Islam daripada raja Najasyi dan beliau berjaya. Begitu juga Mus’ab bin Umair r.a yang diutuskan oleh Rasulullah SAW berdakwah kepada pemuka Aus dan Khazraj serta penduduk di Madinah, juga telah berjaya menjadikan Islam cara hidup mereka di sana. Beberapa sahabat lain diutus oleh Rasulullah SAW bertemu ketua empayar Rom dan Parsi demi memperjuangkan Islam, juga telah berjaya menumbangkan empayar kufur tersebut.

Mereka lakukan sedemikian bukan demi bangsa atau hubungan kemaslahatan antara penjajah dengan mangsa penjajahan seperti hari ini!! Mereka yang diutus oleh Rasulullah SAW inilah yang layak digelar sebagai pejuang Deenullah . Mengadakan hubungan diplomatik seperti yang berlaku hari ini hanyalah akan memberi peluang dan ruang yang besar kepada penjajah Amerika meneruskan rancangan dan strategi penjajahan modennya ke atas negeri-negeri umat Islam termasuk Malaysia.

Lihatlah di sekeliling kita, betapa rosak suasana dunia hari ini angkara hubungan seperti ini. Apakah mereka ini layak digelar pahlawan? Atau sebaliknya mereka ini sebenarnya pengkhianat?

Tiada ulasan: