Translate

Followers

EZ Q

Jumaat, 11 Disember 2009

Isu Masjid : umpama lebih sudu dari kuah

Assalamualaikum .. salam perjuangan


Semalam sempat juga kawan meneropong akhbar akhbar digital dan juga laman-laman blog yang ada, terbacalah pulak satu artikel dalam laman blog yang mengatakan pemimpin pembangkang mempersoalkan pembinaan masjid yang terlalu banyak berbanding dengan rumah ibadat yang lain. Pada pandangan kawan itu mungkin pandangan dari seorang yang bukan islam yang belum memahami islam. Tak ngapalah tu sebabnya yang bagi pandangan tu orang yang bukan islam yang tak faham tentang islam.


Tapi kadang -kadang terfikir gak kawan, kita duk bina masjid berlambak-lambak kat seluruh negara nie apa tujuannya? betul kalau kita kata kita nak menggalakkan orang untuk datang ke masjid dan surau untuk solat dan beribadah. Tapi realiti yang kawan lihat sendiri dengan biji mata yang Allah ta'ala kurniakan ini, tak ramai yang gemar ke masjid dan surau. kalau masa solat zohor tu satu saff pun tak sampai tapi tak tau le pulak kat tempat lain macammana.


Pada kawan lah, daripada duk abis belanja nak bina masjid sampai berlambak-lambak tu eloklah dibelanjakan duit untuk memikirkan macammana nak tarik perhatian umum untuk selalu gunakan masjid. Kadang kita tengok masjid cukup cantik cukup indah tapi bila tengok isi kosong tiada sambutan.Kadang -kadang yang sedihnya time nak nikah nak tunaikan haji baru nampak muka datang masjid dan surau.Sedangkan banyak program yang diaturkan oleh pihak masjid untuk manfaat semua tapi tak digunakan dengan sebaiknya. Oleh yang demikian, sebagai pandangan peribadi dari kawan, Pihak masjid dan khususnya pihak yang bertanggungjawab dengan urusan agama Islam di Malaysia sewajarnya mencari formula dan pendekatan baru khusus untuk menarik minat orang kita khususnya Muslimin dan Muslimat serta Syabab dan Fatayat untuk hadir dalam memanfaatkan rumah Allah yang sedia ada.

8 ulasan:

pis berkata...

tuan penulis artikel yang budiman, saya hampir menangis bila membaca artikel tuan. kewujudan melayu yang dangkal pemikiran seperti tuan penulis inilah yang merosakkan PAS.politik mendahului agama. rosak agama dan bangsa. tuan cuba menghalalkan apa yang DAP buat macam pemimpin Pas yang lain. jangan kerana politik nanti mak kita dihina kita diam.
apa yang menjadi isu bukan pembinaan masjid menjadi isu yang dibangkitkan DAP di parlimen tetapi peruntukan yang di berikan kepada masyarakat islam melabihi jauh dari apa yang di berikan kepada kepada bukan islam. ini isu yang dimainkan DAP faham tuan NADzrul. kita jangan jadi bodoh. Pas dan UMno perlu bersatu. kita mesti lebih racist untuk bangsa kita selamat

Ibnu Mohyeddin berkata...

nak bersatu atas dasar islam dan bukan atas dasar bangsa. kalau bersatu atas dasar bangsa jadilah kita macam abu jahal dan abu lahab yang hanya berjuang untuk bangsa saja. Kena fikir panjang dan faham maksud saya betul-betul

pis berkata...

kita bersatu atas dasar islam, tapi apa yang kita buat untuk islam bersatu. adakah islam akan bersatu hanya dengan adanya parti pas. pas harus gerak kearah perpaduan ummah. kerajaan perpaduan adalah permulaan. hasilnya serah pada allah. jangan banyak alasan. adakah islam lebih dimertabatkan dibawah PR? jika PAS nak martabatkan islam buat bersungguh sungguh. jadi majoriti dalam parlimen. nak tanding lebih kerusi pun tak dapat peluang takutkat DAP dan PKR. macamne nak martabat islam bila martabat parti tak terpelihara dalam PR. cakap tak serupa bikin. umno majoriti dalam BN jadi mereka parti islam yang dominan.

Ibnu Mohyeddin berkata...

Umno = Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu , bukan kah ini sama seperti apa yang diperjuangkan oleh abu jahal dan abu lahab. kalau nak sangat kerajaan perpaduan , minta PM sendiri yang buat pertemuan dengan Presiden PAS sendiri. kalau nak mintak dengan saya dendiri belum tentu dapat. Kalau nak sangat gi mintak sendiri. Kalau nak suruh pas majoriti dalam parlimen boleh UMNO masuk PAS. Senangkan. Kenapa ?? UMNO takut nak tinggalkan MCA, MIC dan Gerakan yang tengah tersepit dengan krisis dalaman ??Masalah Dalaman UMNO pun tak selesai nak marahkan PAS apasal ?? Busuk punya orang !!

pis berkata...

2 sebab pas perlu menggerakan dulu kerajaan perpaduan, kerna pas parti lebih 'islamik dan kedua UMNO jemaah yang lebih besar. jemaah yang kecil beri salam kepada jemaah yang besar.
bukan nak minta dengan saudara tapi kita yang insan yang kedil boleh usaha dan berdoa kearah itu. jangan timbulkan isu/artikel kearah perpecahan.

Ibnu Mohyeddin berkata...

pimpinan dah sebut no to UG tak faham2 ke en pis .. kalau rasa nak sangat UG kenapa tak nak masuk aje jadi Ahli .. saudara sendiri boleh gerakkan .. tak payah nak suruh orang lain gerakkan amacam ??

Ibnu Mohyeddin berkata...

pimpinan dah sebut no to UG tak faham2 ke en pis .. kalau rasa nak sangat UG kenapa tak nak masuk aje jadi Ahli .. saudara sendiri boleh gerakkan .. tak payah nak suruh orang lain gerakkan amacam ??

pis berkata...

tidak kah tuan terfikir kenapa pucuk pimpinan pas bebela bagi isu UG. satu puak ikhlas satu puak lagi takut hilang sokongan. mereka yakin pada manusia bukan pada allah! semoga uztaz hadi dan nasa diberikan kekuatan. jika UG terjadi sekurang pas ada pengaruh dalam kerajaan. pegang TPM dan menteri pelajaran, baru secara langsung boleh martabatkan islam. ini lagi realistic dari angan2 kosong dalam PR. kenapa PKR dan DAP cuba halang UG sebab jika UG terbentuk kerajaan solid orang islam perintah.