Translate

Followers

EZ Q

Khamis, 5 Mac 2009

siapa yang musnahkan bangsa dan agama sendiri ??-Malaysiakini

assalamualaikum dan salam perjuangan buat semua

sekarang nie sibuk bebenar orang memperkatakan berkenaan dengan ketuanan bangsa. Tak kurang dari tu ada gak yang dok menyalak mengaku merekalah pejuang bangsa,agama dan negara. Tapi pernahkah kita terfikir apa sebenarnya dan apa yang kita perjuangkan ??adakah ianya menyalahi syariat atau tidak ??

apa yang dapat daku simpulkan daripada apa yang berlaku .. baik yang berkait dengan bangsa atau agama dan negara sebenarnya adalah berpunca daripada diri kita sendiri yang telah mengabaikan tanggungjawab yang telah diamanahkan pada kita.

kita dok sibuk nak perjuangkan bahasa sendiri tapi dalam pada itu juga kita juga cuba memusnahkan dan memuziumkan bahasa kita. Sebagai contoh yang boleh kita tengok negara jepun. aku bukan nak bangga sangat dengan bangsa asing dan bukan juga agen asing tetapi sekadar menyatakan pandangan. Jika kita lihat bangsa jepun, kemana saja mereka pergi mereka tetap dengan adat dan budaya mereka yang asal tetap menggunakan bahasa jepun sebagai bahasa rasmi dan bahasa antarabangsa.

Jika kita balik ke negara kita, apa yang kita lihat, lain pula gayanya. masuk tahun nie dah 52 tahun penjajah meninggalkan malaysia tapi kita masih lagi mengamalkan budaya penjajah.sedangkan apa yang patut kita ikut ialah budaya islam yang sebenarnya. kalau nak sembang pasal bangsa, tak payah nak harap sangat sedangkan dalam alam barzakh nanti pun bukan mungkar nakir tanya awak bangsa apa ?? dari keturunan mana? tapi sebaliknya yang ditanya apa agama kamu ?? kalau agama kita tak jaga agak-agak mampu tak kita nak jawab yang kita nie agama islam ke bukan.

kadang-kadang geram juga tengok apa yang berlaku disebabkan untuk menjaga kepentingan pihak-pihak tertentu sampai sanggup menggadaikan maruah dan agam sendiri menjadikan semua orang yang sebangsa denganku seolah-olah dah tak ada maruah.Sepatutnya dah lama kita sedar dengan projek mega kuffar yang tak nak tengok ummat islam nie maju dan berjaya dengan islam yang sebenar.

Tiada ulasan: