Translate

Followers

EZ Q

Rabu, 4 Mac 2009

Pembelajaran multimedia : Memenuhi keperluan pembelajaran holistik

PRODUK perisian kursus multimedia sekolah bestari oleh Telekom Smart School (TSS) yang dikenali sebagai BestariEd merupakan perisian yang memenuhi kehendak kerajaan dalam usaha memperkasakan sekolah kebangsaan.Ketua Eksekutif TSS, Dr. Nas Tamimi Ibrahim, perisian tersebut menawarkan sistem pendidikan bersifat holistik.

Ia merangkumi sistem pengurusan sekolah, pengajaran dan pembelajaran (P&P) berkesan serta penilaian pelajar tercanggih.Menurut beliau, kaedah P&P BestariEd menekankan program pembelajaran kendiri yang pelbagai menyentuh moral, pemikiran kritikal dan kreatif pelajar.
Malah ia mencabar pelajar untuk berfikir lebih luas secara interaktif dan kolaboratif.
Sistem pengurusan sekolah adalah seiring dengan perkembangan teknologi komunikasi maklumat (ICT) dunia.

Katanya, pendapat bekas Tokoh Pendidik Tan Sri Murad Mohd Nor mengenai usaha memperkasakan sekolah kebangsaan adalah sejajar dengan usaha TSS.Murad memberi pandangan bahawa sekolah kebangsaan yang telah diperkasa mampu melahirkan pelajar yang mempunyai ciri-ciri akhlak, disiplin, agama, budaya, akademik dan kokurikulum yang baik.
Dalam pada itu TSS kini giat memperluaskan perisian berkenaan di sekolah-sekolah seluruh negara antaranya memasang siap perisian kursus sekolah bestari yang diintegrasikan dengan sistem pengurusan sekolah berlandaskan web di 21 sekolah menengah di Pulau Pinang.
Selain TSS bekerjasama dengan Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi dalam Projek PC Gemilang dengan memasang 10 tajuk perisian sekolah bestari dalam setiap unit PC Gemilang dan menyumbang perisian kursus BestariEd yang boleh dimuat turun dari internet di 176 perpustakaan desa di seluruh negara.

TSS turut bekerjasama dengan Utusan Malaysia melalui Pendidikan Bestari menerangkan penggunaan BestariEd dalam bengkel-bengkel Akhbar dalam Pembelajaran (ADaP) di sekolah-sekolah.Selain itu, TSS turut bersama-sama Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP) dalam projek sekolah angkat yang melibatkan Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Bangi.Telekom Smart School juga terlibat dalam beberapa projek pendidikan di luar negara antaranya di Syria, TSS membangunkan sistem pengurusan sekolah berlandaskan web dalam bahasa Arab dan telah dipasang siap di dua sekolah di negara berkenaan.

TSS turut memberi latihan kepada guru-guru dari Laos mengenai penggunaan ICT dalam pendidikan dan menjalankan kajian bersama-sama sebuah syarikat dari Indonesia untuk meneroka potensi melaksanakan sekolah bestari di negara tersebut.

Tiada ulasan: