Translate

Followers

EZ Q

Ahad, 8 Mac 2009

Terguris dan Mengguris

assalamualaikum dan salam perjuangan buat semua

lama juga jejari ini tak menari diatas papan kekunci laptopku ini dek kerana tugasan yang semakin lama semakin berlambak-lambak didepan mataku. Ingatkan lagi kurang kerja yang perlu dibuat tapi almaklum adat menuntut ilmu, memang tak pernah putus-putus segala cabaran dan dugaan yang perlu kuhadapi. Ala kullihal masih terdapat masa yang senggang yang dapat kuisi dengan menerawang ke alam maya menelusuri blog rakan-rakan se'cybertroops' dengan ku selain maklumat yang kudapati dari sms rakan-rakan seperjuangan.

Tiga hari berada di rimba komenwel, terasa hilang sedikit bebanan dalam benak fikiranku dek hembusan bayu yang sejuk dan nyaman melupakan diriku pada tugasan bagi meneruskan misi perkhemahan asas yang telah dianjurkan oleh teman-teman seperjuanganku.aku berada disana untuk tempoh tiga hari dua malam sahaja. Dalam pada itu aku masih lagi mempunyai peluang untuk mengikuti peristiwa yang mengulangi sejarah perhimpunan bersih pada tahun lepas.Perhimpunan yang menyatakan pendirian untuk membunuh bahasa kebangsaanku.

hatiku terasa semangat semasa mengikuti perkembangan yang disampaikan melalui sms teman yang turut hadir dalam program tersebut.rasanya sudah sampai masanya dasar yang membunuh bahasa kebangsaan itu dimansuhkan. kalau dulu orang boleh berbangga dengan melaka dek kerana menjadi pelabuhan entreport yang menjulang bahasa melayu sebagai bahasa lingua franca kini bahasa penjajah yang lebih diagungkan berbanding dengan bahasa sendiri.

Dalam pada itu juga hatiku terdetik kenapa kita perlu mendaulatkan bahasa penjajah sedangkan kita tahun yang pejajah telah meninggalkan kita. kenapa pentingnya bahasa inggeris ?? dalam kuliah yang kuikuti di fakulti aku diterangkan oleh salah seorang daripada guruku, bahasa rasmi kita adalah bahasa melayu dan tulisan rasmi kita adalah tulisan jawi. tapi apa yang aku ikuti dan aku selami, pada masa sekarang ini berapa ramai anak melayu yang boleh lulus dalam matapelajaran bahasa melayu?? berapa ramai anak melayu yang boleh menulis dan membaca jawi ??

aku jadi tak senang hati bila mengenangkan nasib bahasa ibundaku yang kini kian lama cuba dihapuskan secara senyap oleh anasir durjana lahabau wal keparat.Kadang-kadang nak marah pun ada tapi apakan daya diri ini hanyalah insan kerdil yang tak mempunyai kuasa untuk menggubal sesuatu dan mengubah sesuatu. yang cukup sadisnya tak tergambar dibenak fikiranku pihak berkuasa akan bertindak kasar dengan rakyat. sedangkan sebelum ini permit untuk berhimpun telah dikeluarkan. nampak sangat pihak berkenaan nie munafik paling besar dalam malaysia.

ini kerana dari segi pengamatan yang kubuat mereka jelas memiliki sifat-sifat munafik antaranya bila bercakap mereka bohong. macam-macam janji yang mereka buat tapi satu pun tak tepat, bila bercakap banyak sangat alasan yang diberikan dan bila diberikan amanah untuk jaga keselamatan mereka sendiri yang bertopengkan pengganas.

sesungguhnya peristiwa hitam yang berlaku semalam cukup mengguris dan terguris perasaan orang melayu. kalau macam nie gaya melayu layaklah mereka ini ditakrifkan seumpama "Israel Malaysia". Sia-sia saja jadi orang Melayu Islam kalau dengan bangsa sendiri pun tak boleh nak jaga. Buat malu saja dengan bangsa lain. Chow

Tiada ulasan: