Translate

Followers

EZ Q

Sabtu, 1 September 2012

Merdeka dan Mentaliti Orang Melayu

Assalamualaikum.. merdeka .. merdeka .. Mau Duit Ka ?

Saja jer buat kecoh dan kepoh malam nie. Yerlah malam yang sunyi yang tiada apa –apa yang nak diperbincangkan lagi tapi bila sebut pasal merdeka ni kan kadang –kadang terfikir juga mengenai merdeka dari sudut mentaliti orang melayu. Seperti yang kita sedia maklum bangsa Melayu nie cukup sinonim dengan adat dan kebiasaan mala hade sesetengah tempat yang cukup kuat berpegang dengan adat. Sampai ade 'Hadis Melayu' yang mengatakan Biar Mati Anak Jangan Mati Adat.

Kadang kadang bila fikir sangat bab adat nie sampai mengenepikan soal ibadat ini yang cukup payah dan cukup –cukup menyusahkan khususnya macam aku nie ler yang cukup tak gemar berpegang sangat pada adat. Mana taknya kadang-kadang kita lebih utamakan adat dari ibadat.

Sebagai contoh masa hari raya aje lah, kenapa masa nak ziarah rumah sanak saudara jer kita pakai cantik-cantik sedangkan masa solat kadang-kadang tak tutup aurat?dan kadang tu masa nak beraya pakai bukan main wangi lagi mengalahkan lori minyak wangi tapi bila nak jumpa Allah, nak solat bau lagi busuk dari belacan basi pun ade.

Kadang-kadang kita patut malu dengan Allah yang telah memberikan segalanya pada kita dan kita pulak yang kadang-kadang jadi makhluk yang tak sedar diri dan tak tahu diuntung mintak macam-macam tapi rasa syukur langsung tak ada. Inilah kelemahan kita sebagai manusia. Allah dan bagi akal untuk berfikir dan bagi mata untuk melihat, dah bagi telinga untuk mendengar tapi kita masih dengan muka poyo kita.

Merdeka yang sebenar ialah bebas dari sebarang ideology dan fahaman yang menyesatkan dan menyusahkan. Orang yang masih lagi tidak bebas dan masih kekal dengan fahaman dan ideology yang menyonsang inilah yang dikatakan masih belum merdeka dek kerana masih belum bebas atau tak nak bebaskan diri daripada pengaruh tersebut.

Sebagai ummat islam kita perlu sedar yang musuh-musuh Islam sama ada yang nyata atau tidak sedang memerhatikan kita dan menunggu masa untuk menghancurkan kita. Sedarlah yang kita hanya ada Allah sebagai tempat bergantung dan marilah kita sama-sama bebaskan diri kita dan merdekakan diri kita. Selamat Hari Merdeka, Sebangsa, Senegara, Sejiwa dan Seaqidah

Tiada ulasan: