Translate

Followers

EZ Q

Jumaat, 31 Ogos 2012

Merdeka Selamat

Assalamualaikum .. Merdeka dan selamat,

Dua perkataan yang berlainan tapi mempunyai kaitan antara satu sama lain. Yalah, mana tidaknya bila merdeka kita akan rasa kita berada dalam keadaan selamat . Tapi kalau tengok keadaan Negara Malaysia yang kusayangi sekarang ini umpama macam dah tak berapa nak selamat sangat dan rasa seumpama macam balik semula zaman penjajah.

Nak sambut merdeka tapi hanya sebelah pihak saja yang keluar pandangan dan pendapat. Kalau kata Negara ini sebuah Negara yang merdeka dan berdaulat sila beri peluang pada rakyat untuk nyatakan sesuatu dan jangan buat sekatan pada orang yang memberikan pandangan atau nasihat.

Mesti korang akan cop aku nie pembangkang kan .. hehe bukan semua yang dibuat oleh pihak kerajaan tak baik ade juga yang baik tetapi kadang-kadang perlu ada check and balance bagi memastikan keadaan Negara dalam keadaan stabil.

Macam yang berlaku sekarang nie sebagai contoh, orang yang bersalah dibiarkan bebas tapi orang yang menegur orang yang buat salah itu yang didapati bersalah. Masalah hokum islam tu tak payah nak dibincangkan terperinci tapi perlu ade penerangan kepada umum tapi undang-undang kena jalan juga dan perlu pindaan undang-undang. Kalau tidak, inilah akibat yang kita terima. Kejadian ragut dan samun berleluasa pasal tak de tindakan undang-undang yang dikenakan pada pesalah bahkan dibiarkan bebas begitu saja

Yang terbaru, mengenai kes rogol kanak-kanak bawah umur dan penderaan fizikal, mental dan seksual pada remaja yang berlaku sepanjang minggu lepas. Ini menunjukkan Negara Malaysia semakin tidak selamat untuk diduduki. Sekiranya kita berkeinginan untuk berasa selamat dan bebas merdeka sila tukar undang-undang yang sedia ada kepada undang-undang Islam yang sebenar sebagaimana yang diamalkan pada zaman Rasulullah SAW dan para salafussoleh. Kalau tidak kita akan selamanya berasa tidak selamat dan merdeka.

Tiada ulasan: