Assalamualaikum .. Salam Merdeka buat semua.
Tadi sempatlah menyelak beberapa blog dan laman web yang menyiarkan berkaitan perhimpunan yang diadakan bersempena Hari Merdeka. Terbacalah aku kat satu blog tadi yang menyatakan perhimpunan "Janji Demokrasi" yang diadakan sempena Hari Merdeka disifatkan haram oleh media tempatan. Kadang- kadang nak kata bangang pun susah juga nak kata pandai sangat tu tak lah juga.
Aku mengikuti segala rentetan berita dari mula sampai akhir dan aku dapati yang salah dalam hal ini adalah media yang sengaja memutarbelitkan isu. Kalau kata haram ade dalil ke yang menyebabkab benda tu jadi haram. Kalau nak kata guna akta perhimpunan aman, rasanya perhimpunan yang diadakan taka de pulak berlaku kekacauan atau keganasan kecuali ade lah beberapa mangkok hayon dan juga beruk yang buat onar semasa perhimpunan tu berlaku.
Ade juga yang kata setiap perhimpunan kena ada permit. Aku nak tanyalah perhimpunan kat sekolah kat pejabat tu ade kena permit tak ? macam yang pernah berlaku kat Kelantan beberapa tahun yang dulu, ade seorang pakcik tua yang kononnya pro pada … mengatakan nak solat jumaat atau nak buat bacaan tahlil pun nak kena ade permit gak. Sah pakcik nie terlepas kapal selam scopane betul lah. Kalau macam tu segala perhimpunan nak kena dapat permit dan juga pemantauan juga lah.
Memang kesian dan jenihlah pakcik-pakcik polis dan SB yang dikerahkan memantau setiap perhimpunan yang dianjurkan termasuklah perhimpunan di dalam masjid terutama semasa solat jumaat. Dalam hal nie perlu ada penjelasan kepada orang awam berkaitan akta perhimpunan aman dan juga kelulusan permit dan pakcik-pakcik polis perlu lebih professional dalam melaksanakan tugas. Kerja pakcik-pakcik dah cukup baik dan dihargai tapi kena ingat jangan berat sebelah. Buat lah kerja dengan ikhlas dan jujur atau berintegriti. Ingatlah segala apa yang kita lakukan ada SB yang lagi besar dan lagi berkuasa.
Setiap masa dok peratikan kita iaitu Malaikat Raqib dan atid. Malaikat inilah yang berada dikanan dan kiri kita mencatatkan segala apa yang kita lakukan dan laksanakan sama ada ianya selaras dengan syariat dan peraturan Allah atau sebaliknya. Iman itu penting tapi Ihsan lebih penting dalam memastikan jalan kita ke syurga. Sabda Rasulullah SAW "Ihsan ialah melakukan sesuatu kerja seumpama Allah melihat kita dan jika tidak perjayalah bahawa setiap yang kita lakukan diperhatikan oleh Allah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan