Assalamualaikum .. salam mesra buat semua readers yang sudi singgah blog hamba yang tidak seberapa ini. Malam ini aku nak ajak korang fikir sesuatu yang cukup menarik dan harapnya ia dapat memberikan manfaat buat kita semua. Tajuk kita malam nie ialah Makan Ayam banyak kolestrol ? Benarkah dengan memakan daging ayam akan menambahkan kolestrol ?
Sabar dulu.. jangan buat andaian dan jangan salah sangka. Aku bukannya anti daging ayam atau yang seumpama dengannya. Aku pun sama macam korang juga yang suka makan ayam goreng ( pinjam dialog upin ipin)
Tetapi perlu diingat, daging ayam juga boleh membawa kepada pertambahan kolestrol apabila semasa kita menggoreng ayam kita menggunakan minyak yang terlalu banyak dan minyak yang telah digunakan untuk aktiviti menggoreng yang lain. Lebih mengejutkan lagi apabila kita membeli ayam kita terus basuh dan terus goreng tanpa membuang lemak-lemak yang terdapat pada daging dan juga kulit ayam.
So, bila tak buang dan kita terus goreng daging ayam tadi dengan minyak maka lemak yang terkumpul pada daging ayam tadi akan garing dan menambahkan lagi kolestrol yang terdapat didalamnya. Bila makan kita rasa sedap tetapi kita tak perasan disebalik kesedapan tadi kita telah menambahkan kandungan kolestrol dalam badan kita. Itu lah sebabnya bila kata kita timbang berat badan kita, kita dapat lihat berat kita makin bertambah dan saiz tubuh badan kita makin mengembang disebabkan pertambahan lemak tadi.
Bila dah tambah lemak, bertambah berat maka cepatlah datang penyakit contohnya obesiti, penyakit lemah jantung, tekanan darah tinggi dan sebagainya. Ianya merupakan kesan sampingan dan apa yang berlaku disebabkan kita tidak menjaga tatacara dan kebersihan makanan kita. Ada yang kata, ala beli ayam jenama HPA kan senang tak payah nak risau pasal lemak-lemak nie.
Ha... kena ingat, mana-mana ayam pun sama ada lemak dan lemak tersebut perlu dibersihkan. Jika kita senantiasa mengambil sikap menjaga kebersihan kita pasti akan dapat menikmati kesegaran daging ayam yang terbaik.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan