assalamualaikum ..
Tadi sempat selak akhbar sinar harian hari ini , terpampang berita yang mengatakan PM sedia umum tarikh PRU 13. Agaknya dah jumpa ngan tok nujum kot tarikh sebenar akan diadakan PRU yang ke 13. Pada aku ini adalah satu peluang yang terbaik untuk rakyat menilai sejauh mana kemampuan yang ada pada kerajaan pimpinan sekarang ini. Tapi kadang -kadang ada juga yang nampak lebih baik dari itu.
Ala kullihal pada aku siapa pun yang perintah yang sebenarnya yang patut ditegakkan ialah Islam yang sebenar dan bukan islam KTP sepertimana yang diamalkan di Negara-negara selain Malaysia. Kalau kita lihat suasana sekarang ini pelbagai masalah yang berlaku dan kebanyakkannya langsung tidak dapat diselesaikan sebab tiada dalam kod undang-undang tetapi kalau kita lihat dalam undang-undang islam perkara yang dikatakan tiada jalan penyelesaian itu ada penyelesaiannya. Cuma terpulanglah pada pemerintah uuntuk melaksanakannya.
Pada aku biarlah Islam yang memerintah dan bukan Islam yang diperintah. Cukuplah 55 tahun islam hanya diperintah dan bukan sebagai pemerintah walaupun pemerintah yang ada sekarang ini beragama Islam tetapi selagi undang-undang dan peraturan yang ada dalam Al-Quran tidak dilaksanakan ianya tidak mencukupi.
Firman Allah SWT dalam Al-Quran maksudnya" Sesungguhnya agama yang paling tinggi disisi Allah ialah Islam". Sudah cukup jelas pada kita tiada yang lebih tinggi selain daripada Islam. Begitu juga sebagaimana lafaz syahadah yang sering kita ucapkan iaitu maksudnya " Tiada tuhan yang disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah".
Jelas maksud dalam kalimah syahadah tersebut ialah tiada yang lebih berkuasa dan tiada yang selayaknya yang patut ditaati dan dipatuhi selain Allah dan Nabi Muhammad sebagai qudwah atau contoh ikutan buat kita semua. Selain itu sebelum kewafatan Nabi SAW, baginda ada meninggalkan khazanah yang berguna untuk kita sepertimana yang disebutkan dalam hadith " Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang mana kamu pasti tidak akan sesat selamanya iaitu Kitabullah ( AlQuran) dan Sunnahku ( Sunnah)". Maknanya, Sebelum kewafatan Nabi SAW, bagindan dah tunjukkan jalan yang terbaik buat kita sebagai ummat Islam dan terpulang pada kitalah untuk memahami dan melaksanakannya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan