Translate

Followers

EZ Q

Khamis, 6 September 2012

Untungnya Bercouple ?

Assalamualaikum .. salam mesra

Tentu korang terkejut ngan tajuk itu kan? ala saja nak buat gempak kat korang readers sekalian. Well malam nie sebelum istirahah nak sentuh sikit bab yang cukup digemari oleh anak muda zaman sekarang tak kira lah baik lelaki baik perempuan sama jer tapi tak serupa. Isu yang cukup hangat dikalangan remaja iaitu isu couple . 

Bila sebut pasal couple comform korang akan kata bowrinklah tak de citer lain ke dan sebagainya. Tapi aku nak ajak korang fikir sekejap mengenai perbezaan bercouple sebelum kawin dan lepas kahwin. Aku kata macam tu sebab aku couple selepas kawin. bukan tak de couple sebelum kawin tapi kurang bahagia dan kurang berkesan berbanding selepas kahwin. Ok cuba korang tengok sign kat bawah nie berkaitan isu couple . 


Sekarang korang dah nampak kan mengenai keburukan couple sebelum kahwin. Kalau nak couple jugak, aku cadangkan korang lekas-lekas buat persiapan untuk berkahwin. yerlah daripada korang buat maksiat buat zina baik lah korang buat pahala. berkeluarga itu kan sunnah Rasulullah SAW. Sabda Rasulullah SAW " Wahai orang-orang muda, barangsiapa diantara kamu yang berkemampuan untuk menyediakan mahar (untuk berkahwin) maka berkahwinlah kerana sesungguhnya ia akan menjaga pandanganmu dan memelihara kehormatanmu". 

So kalau lewat kahwin ade juga bahayanya .. macam-macam antaranya anak akan jadi kurang cerdik berbanding dengan yang kahwin awal. Ini cuma kajian saja. Sama ada betul atau tidak wallahu a'lam 


Tiada ulasan: