Translate

Followers

EZ Q

Jumaat, 2 September 2011

PASCA RAMADHAN : DIMANA KITA?

Assalamualaikum .. salam mesra

Alhamdulillah syukur kehadrat Allah kerana masih lagi diberikan peluang kepada kita untuk sama-sama meraikan kehadiran syawal yang dah masuk hari yang keempat hari ini dan tradisi kunjung mengunjung juga masih lagi berlangsung. saya mewakili diri saya dan keluarga mengucapkan selamat hari raya Aidil Fitri Maaf Zahir dan batin. Semoga Ramadhan yang meninggalkan kita dan syawal yang menjelma meningkatkan lagi semangat kita untuk terus berjuang mendaulatkan islam diatas muka bumi ini. 

Memandangkan syawal dah masuk hari keempat ini, saya berasa terpanggil untuk sama-sama mengajak sidang pembaca sekalian untuk bermuhasabah diri merenung kedudukan diri kita pasca ramadhan . betul semasa bulan ramadhan kita kerap melaksanakan ibadat dengan sempurna tapi bagaimana pula sesudah ramadhan . Jika semasa ramadhan surau-surau dan masjid-masjid penuh melimpah tak muat-muat tapi kenapa selepas ramadhan ia kembali sepi ? adakah bulan ibadat hanya pada bulan ramadhan sahaja ? bulan lain tak boleh buat ibadat ke ? quran kita khatamkan semasa ramadhan .. selepas ramadhan berlalu adakah kita baca kembali atau paling kurang kita buka dan tengok isinya ? segalanya bergantung pada diri kita sendiri dan kitalah yang mencorakkan kehidupan kita sama ada berteraskan iman yang unggul setelah keluar dari madrasah ramadhan  atau kita kembali semula sepertimana fitrah kita sebelum kedatangan ramadhan yang telah pun berlalu 

Tiada ulasan: