Assalamualaikum .. salam mesra
SUNNYVALE, Amerika Syarikat (AS) - Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Yahoo, Carol Bartz diberitahu dia dipecat hanya melalui telefon.Pendedahan itu dibuat oleh Carol apabila dia memberitahu kakitangan firma Internet itu pada Selasa lepas bahawa dia telah dipecat melalui telefon.Dia menghantar e-mel kepada kakitangan-kakitangan Yahoo dengan menggunakan komputer tablet iPad bagi memberitahu mengenai pemecatannya.
E-mel itu diperolehi sebuah blog teknologi, All Things D. Dia dipecat oleh Pengerusi Yahoo, Roy Bostock.Pemecatan wanita berusia 63 tahun itu dibuat setelah para pemegang saham dan ahli lembaga pengarah kecewa kerana dia gagal memulihkan pendapatan syarikat yang terus merosot.
Untuk mengisi kekosongan tersebut, ahli-ahli lembaga pengarah Yahoo menamakan ketua pegawai kewangan syarikat itu, Tim Morse sebagai pemangku CEO.Yahoo yang beribu pejabat di sini, negeri California dilaporkan sedang mencari pengganti untuk jawatan tersebut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan