Translate

Followers

EZ Q

Ahad, 21 Ogos 2011

Kembalinya Novelis Terkenal Kerahmatullah

Assalamualaikum .. salam mesra

Novelis terkenal tanahair, Haji Azizi Abdullah meninggal dunia di Hospital Besar Pulau Pinang pukul 7.30 pagi tadi. Rakan sekerjanya di Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), Zulkifli Mohd Yusuf ketika dihubungi mengesahkan perkara itu.

Jenazah Allahyarham Haji Azizi akan dibawa pula ke kediamanya di Taman Bersatu berdekatan Petronas Kulim tengahari ini.

Menurut Ibnu Hasyim, "Azizi menjadi PAS semasa saya jadi YDP PAS Kawasan Balik Pulau, melalui Cikgu Mat Isa Kampung Perlis Balik Pulau, yang masih ada sekarang. Waktu itu, kami sering berjumpa beliau masa tengah malam di kawasan rumah sementaranya di Titi Teras, Balik Pulau. Takziah kepada keluarga beliau di kulim."

p/s Assirkami : Takziah buat keluarga Allahyarham .. Moga Ruhnya dicucuri Rahmat

Tiada ulasan: