Translate

Followers

EZ Q

Jumaat, 9 September 2011

Malaysia tak dijajah - satu kenyataan retorika yang melampau

Assalamualaikum ..

Saja nak menyampaikan pesanan kepada golongan yang mengakui pakar dalam bidang sejarawan dan budayawan, tak usahlah nak bermain api yang kecil dengan menyimbah minyak gas diatas bara kelak akan memusnahkan tanaman yang tersedia subur.

Tak usahlah buat kenyataan busuk yang meloyakan dan menjijikkan dengan mengatakan negara malaya tidak dijajah . Mana mungkin malaya tak dijajah andai kota A Famosa bisa berdiri teguh disisi stadhyus dan bangunan merah . Mana mungkin kamu katakan malaya ini jadi naungan mat saleh kalau bangsa mereka bisa mempengaruhi pemikiran marhaen ?

Melaka jatuh angkara penjajah dan juga pengkhianat bangsa yang bersekongkol dengan penjajah yang berjaya memperdaya pemerintah yang berhati tikus, pengecut, bacul tak melawan sehingga punah kota melaka. 1510 -1511 jadi saksi kejatuhan antara kerajaan Islam terkuat asia tenggara.

1641 derita datang lagi .. bila Belanda berjaya tawan melaka tewas portugis. Masih tak kena jajah lagi ? retorik lagi bangsa ni.Agaknya dari bangsa perantauan yang melewati garisan ini yang bertapak. Tak ketahuan asal usulnya mungkin dari bumi yang lain . 1824 diserahkan kepada Inggeris ( British) melalui perjanjian Landon pun masih tak dijajah lagi ? Ape Ke Bengap sangat ?
Tak usah lah nak padam dan tutup kebenaran yang dah jelas dan nyata masakan melaka dan penang boleh popular dengan tempat sejarah . Tak usahkah kelirukan kami dengan fatwa kamu yang menyeleweng dan berasaskan kepada bayaran yang diberikan oleh parti pemerintah.


Tiada ulasan: