Translate

Followers

EZ Q

Jumaat, 9 September 2011

Bila Sejarah jadi Mainan .. Celaka Sungguh Orang Itu ..

Assalamualaikum .. salam mesra

Sekadar nak meluahkan rasa kecewa dan menyampah yang meluap-luap bila ada orang yang suka bermain-main dengan sejarah dan malas nak ambil kisah pasal sejarah .. walaupun aku bukan ahli sejarah atau pakar sejarah mahupun cikgu sejarah tapi aku tak pernah buta sejarah .

Bak kata che Det ( Tun Mahathir) Melayu mudah lupa .. Memang pada aku melayu memang mudah lupa dan sememangnya pelupa dan akan selalu lupa tapi Ummat Islam tak pernah lupa. Kenapa aku kata begitu, sebabnya dek kerana mengaji sejarahlah kita tau jatuh bangun sesuatu bangsa dan kaum serta mengambil iktibar diatas apa yang berlaku keatas mereka .

Kalau rajin lah bukan kata nak suruh buka kitab sejarah tapi sekadar nak mengimbau kembali sejarah ummat -ummat terdahulu yang lebih dahulu menjadi sejarah dari kita.Sebab apa Allah ta'ala jadikan ummat-ummat sebelum Nabi Kita Muhammad SAW menjadi paparan sejarah ? supaya ianya dikenang dan dijadikan iktibar atas apa yang mereka telah lakukan

mengulas apa yang dipaparkan dalam media arus perdana yang makin lama makin busuk, terdapat segolongan ahli sejarawan yang terlalu jumud dan tak berfikiran panjang. Mereka mengeluarkan fatwa ikut kepala otak dan perasaan serta periuk nasi mereka sahaja.

Sepatutnya sebagai seorang intelektual yang bermaruah dan mempunyai ilmu yang banyak sewajarnya mendedahkan sesuatu perkara yang benar bukannya menyembunyikan fakta yang sebenar dengan mengeluarkan kenyataan yang salah dan mungkar.

andai kata ianya diajar terus kepada semua anak di malaysia, aku pasti anak tersebut takkan kenal wajah sebenar sejarah yang mencorakkan kehidupannya.

Tiada ulasan: