Assalamualaikum .. salam mesra
Minggu lepas baru saja sambut perayaan ulangtahun hari kemerdekaan Negara yang ke 54 dan Hari Perpaduan Malaysia . Tapi masih lagi terfikirkan mengenai isu yang berlarutan yang dipaparkan di dada-dada akhbar mengenai isu kononnya menyokong komunis dan mengenepikan pejuang kemerdekaan yang sebenar.
Pada aku sebenarnya apa yang dilakukan kadang-kadang nampak macam melampau dan seolah-olah menghina tapi bila diteliti balik ada kebenarannya. Kenapa aku kata begitu ? kita boleh lihat saja lah kenapa tahun nie sambutan kemerdekaan nampak macam hambar dan tak bermaya. Ini berpunca dari pemerintah yang telah meracuni pemikiran rakyat seolah-olah merekalah pejuang kemerdekaan yang sebenar.
Pada akulah , kalau nak mengakui mereka sebagai pejuang kemerdekaan hanya beberapa peratus sahaja dan kalau nak dikatakan pejuang yang sebenar kita kena ambil kira orang yang mula-mula sekali mencetuskan penentangan terhadap penjajah yang sebenar.
Negara kita mula dijajah 1511 bermula di Melaka dan berlarutan hingga keseluruh negara. Jadi yang menjadi pelopor serta pejuang kemerdekaan perlulah diiktiraf dari awal dan bukan setakat yang mengisytiharkan kemerdekaan pada 31 ogos 1957 sahaja. Itu dah kira penamat dan bukan permulaan . Jadi pada saya sejarah kemerdekaan negara perlu kajian yang mendalam dan diperbetulkan semula supaya kita tidak mengkhianati bangsa kita yang sebenar .
Tiada ulasan:
Catat Ulasan