Translate

Followers

EZ Q

Ahad, 2 Januari 2011

TAHUN BARU AZAM LAMA ?

Assalamualaikum .. salam perjuangan

Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah SWT kerana masih lagi dikurniakan peluang untuk menikmati cahaya iman dan islam. Syukur yang tidak terhingga juga kupanjatkan buat Rabb yang telah menjadikan segala-galanya untuk hamba-Nya. Alhamdulillah syukur juga kerana masih lagi berpeluang untuk berada di tahun baru 2011. Moga-moga dengan kehadiran tahun ini akan dikurniakan peluang kepada ku oleh Rabbku untuk melakar beberapa kejayaan yang cemerlang khusus dalam mendaulatkan agama Islam yang tercinta. Tambahan pula kini diriku bukan berseorangan dan ditemani oleh isteri tercinta yang bakal menjadi serikandi dan bidadariku disyurga nanti.

bila sebut pasal azam, teringat balik pada azam yang lama dah langsai ke belum ? rasanya macam ade yang tak langsai lagi sebab diriku ini bukan lah insan yang serba boleh dalam melakukan sesuatu dan masih lagi memerlukan bimbingan serta bantuan dan galakan. Semoga dengan kehadiran sinar tahun 2011 / 1432H pada tahun ini akan memberikan kekuatan kepada ku untuk terus berusaha memartabatkan dan mendaulatkan Islam ke mercu kejayaan.

Tiada ulasan: