Assalamualaikum .. salam perjuangan
saya sengaja timbulkan isu ini kerana kebanyakan dari kita tak sedar akan perkara ini. Kadang-kadang untuk dapatkan sesuatu kita lebih suka bermujamalah daripada melaksanakan amanah dengan sebaiknya. Sedangkan amanah yang diberi merupakan salah satu daripada perkara yang cukup berat untuk dipikul dan bakal dipersoal oleh Allah di padang mahsyar nanti.
Justeru itu, suka saya bawakan satu hadis nabi SAW yang mafhumnya cukup penting pada kita khususnya para pemimpin tak kiralah pemimpin keluarga, masyarakat, negeri, pemimpin negara :
" Setiap Kamu adalah pemimpin dan kamu akan dipersoalkan atas segala yang dipertanggungjawabkan.
Kebanyakan dari kita suka mengambil jalan mudah dan jalan pintas tanpa memikirkan risiko yang bakal dihadapi. Contahnya seseorang itu sanggup untuk mendapatkan sesuatu dengan senang dan mudah dengan memuji dan membodek seseorang dengan harapan apa yang dihajati akan tercapai. Tanpa memikirkan risiko yang bakal diterima diakhirat seseorang itu sanggup untuk untuk berbuat apa saja demi kepentingan sendiri. oleh yang demikian sewajarnya kita sama-sama berfikir dan merenung kembali diri kita adakah kita ini hidup hanya untuk melukut ditepi gantang atau umpama pungguk rindukan bulan atau sebagainya atau kita berusaha dengan kudrat sendiri untuk mengecapi apa yang dihajati.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan