Translate

Followers

EZ Q

Rabu, 5 Januari 2011

Sekolah : Medan Mencipta Kejayaan Dunia Akhirat

Assalamualaikum .. salam perjuangan buat semua reader

saja nak update cerita ini bersempena dengan kemasukan anak-anak baru pelajar baru tingkatan 1 sekolah menengah sains rembau yang baru mendaftar pada tahun ini. Ramai juga yang mendaftar dan Alhamdulillah segala gerak kerja berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah yang timbul. Rata-rata ibubapa yang ditemui merasa berpuashati dengan proses yang dijalankan dan hari ini adalah hari untuk melatih anak-anak pelajar baru tingkatan 1 untuk belajar berdikari untuk menjadi pemimpin pada masa akan datang.

Sebenarnya sekolah adalah tempat yang sesuai untuk menjadi medan seseorang pelajar itu mencipta kejayaan dalam hidup. boleh dikatakan bahawa hampir separuh hidup seseorang pelajar itu dihabiskan disekolah dan tidak hairan lah jika dikatakan bahawa kebanyakan mereka yang mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi ialah orang yang bersekolah dan menuntut ilmu di sekolah.Sehubungan dengan itu diucapkan selamat belajar dan selamat menempuh alam persekolahan yang makin mencabar kepada seluruh insan yang bergelar pelajar dan pendidik 

Tiada ulasan: