Assalamualaikum .. salam perjuangan
Angkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM) semalam mengesahkan bekas calon Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Zaid Ibrahim menjadi ahli parti itu berkuat kuasa pertengahan bulan lalu. Presidennya, Zakaria Salleh, berkata Zaid sudah menyerahkan borang keahlian AKIM selepas beliau keluar daripada PKR pada 19 November lalu.Malah, bagi mengukuhkan parti itu, Zakaria bersedia memberi laluan pada Zaid untuk bertanding jawatan Presiden, jika bekas pengerusi PKR Wilayah Persekutuan itu dan ahli bersetuju.
“Saya percaya kemasukan Zaid dalam AKIM akan diikuti ahli PKR yang tidak berpuashati dengan kepemimpinan parti itu.“Saya melihat ahli dalam PKR adalah orang yang bersimpati dengan Anwar, manakala penasihat parti itu pula perjuangannya bukan untuk rakyat tapi hanya mahu menjadi Perdana Menteri,” katanya ketika dihubungi Berita Harian, semalam.AKIM akan mengadakan mesyuarat agung tahunan khas di Petaling Jaya, Rabu ini, yang difahamkan bagi membincangkan pindaan perlembagaan parti itu, termasuk membabitkan nama parti, struktur organisasi serta cara pemilihan pemimpin parti.
Hari ini pulak berita Zaid ibrahim ganti Zakaria Salleh sebagai presiden AKIM dan terus tukar nama AKIM jadi KITA. Timbul pula isu selepas itu perlantikan zaid ibrahim sebagai Presiden Parti KITA adalah tidak sah dan Presiden yang dilantik oleh ahli AKIM , Hanafi Mamat pula mahu mengheret Zaid Ibrahim ke muka pengadilan. Kesian Aku tengok .. Dah elok2 duduk tempat sedap kau buat hal .. sampai bila pun takkan dapat duduk senang le jawapnya hidup kau yer zaid .. Kesian .. Malang yang berbau masam buat Zaid Ibrahim
1 ulasan:
Nawaitu tak betul... pandan dengan muka dia ... biar jadi pengajaran... kalau nak sedar lah... muhasabah diri tu semula.
Catat Ulasan