Assalamualaikum .. Salam Perjuangan
Saja pagi-pagi nie nak timbulkan isu lepas mendengar berita dan menyemak beberapa berita di akhbar terutama mengenai kongres Parti Keadilan Rakyat yang sedang hangat diperkatakan. Saya tidak berhasrat untuk mencampuri segala urusan dalaman sesebuah harakah tetapi saya tertarik dengan kata-kata timbalan presiden PKR Tuan Syed Hussin Ali yang menyatakan bahawa PKR tiada matlamat yang jelas.Pandangan saya benar ini kerana PKR tertubuh atas dasar hamasah ( Semangat) berbeza dengan PAS yang menjurus kepada islam, UMNO lebih pada ketuanan Melayu dan beberapa harakah Siasah yang lain.
Menurut penelitian saya daripada apa yang berlaku mutakhir ini dengan isu keluar masuk ahli sebenarnya sudah menggambarkan bahawa sesebuah jamaah atau harakah itu sangat perlu menjelaskan apa matlamat dan hala tuju. Jika hanya berpandukan kepada semangat sahaja , semangat boleh hilang bila-bila masa sahaja dan kalau nak berjuang atas dasar nasionalis kebangsaan seolah-olah kita dah samakan diri kita macam geng Mustafa Kamal Ataturk yang memperjuangkan nasionalis turki dan jika nak berjuang atas dasar demokratik pun lebih kurang juga.
Sebagai seorang yang mengaku diri sebagai muslim dan mengucapkan lafaz dua kalimah syahadah, sewajarnyalah kita juga mempunyai matlamat dan hadaf tersendiri terutama dalam melibatkan diri dengan kerja-kerja jamaah khususnya siasah. Kehadiran kita juga dalam sesebuah jamaah siasah juga perlu ada hadaf yang jelas dan tetap bagi memastikan keberadaan kita dalam sesuatu jamaah itu jelas dan tidak menyeleweng daripada ajaran Islam yang sebenar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan