Translate

Followers

EZ Q

Isnin, 13 Disember 2010

HIJRAH YANG PERLU PERUBAHAN

assalamualaikum .. salam perjuangan
Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah SWT kerana masih lagi diberikan umur dipanjangkan usia untuk berada dalam tahun baru hijriyah 1432 pada tahun ini. Diharapkan moga dengan kehadiran tahun baru ini sama-sama dapat kita mempertingkatkan keazaman untuk menggalas cabaran menempuh segala rintangan dan dugaan dalam mendaulatkan islam yang tercinta diatas mukabumi Allah Malaysia.

Sudah 1432 Tahun berlalu dan Nabi SAW telah tinggalkan kita dengan 2 khazanah yang cukup bernilai dan berharga yang tiada dapat dinilai dengan segala isi dunia iaitu Al-Quran dan Assunnah. Akan tetapi berapa ramai dikalangan kita yang telah berjaya melaksanakan tuntutan AlQuran dan Assunnah? Inilah sebenarnya punca kelemahan ummat pada masa kini. AlQuran bukan setakat untuk dibaca bahkan ianya untuk difahami dan dilaksanakan segala isi kandungannya.

Semalam saya sempat menghadiri satu ceramah agama sempena majlis Sambutan Maal Hijrah anjuran Surau Umri Serkam yang disampaikan oleh Ustaz Mohd Farhan bin Abdullah Al-Hafiz (Mantan Kristian Masuk Islam). Dalam ceramah yang disampaikan hampir 2 jam, sahabat saya ini menyatakan bahawa kelemahan ummat islam dan juga antara punca utama orang yang bukan beragama islam tidak tertarik untuk menerima islam ialah ummat islam sendiri tidak menjadi contoh dan tauladan yang baik kepada ummat manusia yang lain.Mana tak nya ,Islam menegah ummatnya melakukan maksiat dan perkara mungkar akan tetapi rata-rata yang terlibat dengan gejala yang merosakkan aqidah ini adalah dikalangan ummat islam sendiri.

Yang kedua beliau menyatakan bahawa sebab orang yang bukan islam tak tertarik kepada islam orang islam sendiri malu untuk melaksanakan islam yang sebenar terutama dalam diri, keluarga. masyarakat dan negara. Jikalau nak disebutkan contoh terlalu banyak dan yang ketiga ialah tiadanya enekmen perundangan yang melindungi saudara-saudara kita yang baru memeluk islam. Justeru sebagai seorang yang mengakui diri kita sebagai seorang muslim sama-samalah kita buat perubahan. kita tegakkan islam dan negara islam dalam diri kita, keluarga, masyarakat dan Negara amnya.

Tiada ulasan: