Translate

Followers

EZ Q

Khamis, 25 November 2010

Rintangan Jalan Kerja Islam

Assalamualaikum .. salam perjuangan

Tergerak dalam hati semalam balik dari ceramah anjuran salah satu jemaah haraki yang termasyhur seantero malaysia nak coret sesuatu dalam blog ini. Masalahnya tak tau macammana nak mula. Dalam hatiku terdetik, Wajarkah aku komen ? tapi kalau tak komen maknanya sokong apa juga kemungkaran yang berlaku. Sebenarnya bila sebut pasal maju nie memang dah lama nak komen sementelah aku pun anak jadi negeri yang kononnya maju.

Setakat yang diperhatikan sememangnya betul maju .. maju dalam menambahkan kefasadan dalam ummat. Aku tak nampak langsung kemajuan kearah keimanan pada Allah yang satu. Kebanyakan yang dikatakan maju bila tengok indeks jenayah dan jenayah syariah .. memang cukup maju dan berprestasi tinggi. Mana taknya dibiarkan saja maksiat berleluasa berlaku di Dataran Pahlawan , Hub hiburan sekitar Taman Melaka Raya dan Banda Hilir. Maju kah itu ??

sebagai seorang yang telah diberikan akal fikiran oleh Allah SWT, takkan tak de cara lain nak maju. Tak cukup dengan kes buang bayi, pelacoran dan sebagainya, Malu dibuatnya muka nie bila tanya kenapa tak mintak mengajar tusyen kat sekolah harapan @ sekolah mengandung . Kan mudah kerja kata seorang kawan.

Aku kata, kalau nak join masuk neraka sama-sama boleh ..tapi bukan nak salah kan adik-adik yang cuba memperbaiki diri di sekolah harapan tersebut tapi apa tindakan dan langkah kerajaan yang dikatakan maju untuk membendung gejala ini dari berleluasa ? Impak yang berlaku jelas cukup tinggi disebabkan bukan maju dari segi sahsiah tapi hanya sekadar tempelan sahaja. Kadang yang cakap macamtu golongan yang sama jenis dengan ku agamawan.

bila nak tegur sikit pasal masalah nie .. katanya .. tak boleh sheikh .. pembangkang tu .. Kenapa kena lebal macam tu ? dalam Alquran kita diajar begitu ke ? Sabda Rasulullah SAW Riwayat Abu Said Aikhudri " Barang siapa yang nampak kemungkaran hendaklah dia cegah dengan tangan , jika tidak hendaklah dengan lidah dan jika tidak mampu hendaklah dengan hati". Jadi tanggungjawab kita untuk tegur mereka untuk kemaslahatan kita. Fikir-fikirkan bersama

Tiada ulasan: