Translate

Followers

EZ Q

Jumaat, 30 Oktober 2009

Dari UM ke Salak Tinggi : Entry TerAkhir

Assalamualaikum ... salam perjuangan

Entry ini adalah entry terakhir yang dapat kurakamkan untuk kali terakhirnya berada di bumi SAM BBST. Alhamdulillah akhirnya aku berjaya menamatkan eddah prektikumku sebermula dari 20 julai 2009 hingga pagi tadi. Pelbagai ragam dan kerenah yang telah aku temui, dan juga pelbagai kenangan suka duka dan pahit manis yang telah dapatku rakamkan sepanjang pertapaanku di bumi SAM Bandar Baru Salak Tinggi.

Sekalung penghargaan kutujukan buat semua warga SAM Bandar Baru Salak Tinggi yang sudi menerima kehadiranku dan keberadaanku di SAM BBST. Tiada yang dapat kuucapkan selain selamat tinggal dan segulung doa kupanjatkan buat semua anak-anak didik dan teman-teman seperjuangan yang telah banyak membantuku dalam melengkapkan diri menjadi seorang murabbi yang bertanggungjawab dalam memikul amanah yang cukup besar ini.

Buat teman-teman seperjuanganku, ucapan terima kasih yang sebanyaknya atas segala jasa dan persahabatan yang telah kita sama-sama jalinkan. Doakan daku thabat dalam memikul amanah yang cukup berat ini. Insya Allah, nantikan perkembangan aktivitiku selepas ini .Wassalam

Khamis, 29 Oktober 2009

Dari UM ke Salak Tinggi :Sudah jadi guru kah kita ??

Al-Ghazali telah memberikan lapan ciri-ciri guru yang efektif, merangkumi aspek kualiti dan tugas seorang guru yang cemerlang.


1. seorang guru atau pendidik itu perlu mempunyai rasa simpati kepada murid dan menganggap serta melayani mereka sebagaimana anaknya sendiri.Ini kerana dengan memberikan layanan yang baik akan memberikan kesan yang positif kepada pelajar


2. Mengikuti tingkah laku dan sunnah Nabi Muhammad dan tidak meminta imbuhan atas perkhidmatan yang diberinya.


3. Tidak menasihati atau membenarkan muridnya melaksanakan sesuatu tugas kecuali dia (guru) benar-benar terlatih dan berpengatahuan tentang perkara tersebut.


4. Menasihati murid-muridnya supaya meninggalkan kelakuan buruk secara lembut, bukannya dengan memarahi mereka.


5. Tidak sekali-kali merendah-rendahkan disiplin ilmu yang lain dihadapan murid-muridnya.


6. Hadkan pembelajaran bersesuaian dengan tahap pemahaman murid dan tidak sekali-kali memaksa mereka mencapai sesuatu di luar kemampuan.


7. Menyediakan bahan pembelajaran yang mudah difahami, jelas dan bersesuaian dengan tahap perkembangan akal murid khususnya murid yang kurang pintar.


Komentar : 

Cikgu-cikgu, Ustaz ustazah sekarang ade ke ciri-ciri macam nie ?? kalau takda patutlah anak murid selalu fail

Dari UM ke Salak Tinggi :Kenapa Suka Sangat Buat Hal Masalah ??

Assalamualaikum .. salam perjuangan


Menjelang hari esok yang merupakan hari terakhir aku berada di Bumi SAM BBST, pelbagai suka dan duka yang dapat kuperhatikan dan pelbagai kderenah dan gelagat yang dapat kuperhatikan didepan mata kepalaku sendiri secara live. Antara yang menarik perhatian dan pemerhatianku selama 4 bulan di SAM BBST ialah bagaimana hukuman yang dijalankan disekolah yang kebanyakannya berkaitan dengan masalah disiplin.


Heran dibuatnya, kenapa pelajar pada masa sekarang nie suka sangat nak buat masalah. Dah lah buat masalah tak nak mengaku pulak. Hish.. sabar ajelah yang dapat kupujuk dalam hatiku dan ku doakan moga mereka dapat hidayah daripada Allah.


Terkadang terfikir juga dalam benak kepalaku, agak2 tak seonokkah cikgu cikgu kalau setiap hari datang ke sekolah dengan tidak merotan dan memukul pelajar? tak seronokkah kita kalau pelajar datang kesekolah dengan tidak membuat masalah dan membawa masalah kepada guru dan para pelajar lain??


Yang guru pun satu hal juga, kadang kadang memang niat dalam hati kita nak mendidik tapi kenapa mesti gunakan kekerasan ?? adakah itu yang dianjurkan oleh islam ? apa yang ingin aku sebutkan disini kebanyakkan guru yang mengajar agama yang suka sangat menggunakan paksaan dan kekerasan dalam mendidik. bukan tak boleh nak rotan tapi adakah dengan merotan tu boleh ubah sikap pelajar jadi baik ?? adakah dengan mengatakan perkataan bodoh pada pelajar dapat ubah pelajar jadi pandai ?? kalau kita kata orang bodoh dan bangang kita patut nilai balik jika kita sebagai guru. Kalau kita mengatakan pelajar itu bodoh dan bangang sebenarnya kita telah gagal menjadi pendidik dan saranan aku elok resign dari jadi guru dan masuk tentera atau jadi warder.


Duk nak kejar gaji yang tinggi tapi apa yang dipertanggungjawabkan tak dilaksanakan dengan sebaiknya.




Selasa, 27 Oktober 2009

Dari UM ke Salak Tinggi :Sekelumit Rasa ... Seusai Kata

Assalamualaikum .. Salam perjuangan buat semua


Hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi kaki ini akan melangkah untuk meninggalkan bumi yang bertuah SAM BBST. Selama hampir 4 bulan aku berada disini, banyak pengalaman yang telah aku dapati,dan banyak juga kenangan yang telah aku dapatkan disini. Setiap yang bermula pastikan ada akhirnya. Sememangnya berat hati ini untuk melepaskan segala kenangan yang telah tersemat dalam diri ini.


Pengalaman mendidik seseorang untuk menjadi lebih maju dan lebih berpengalaman. Tiada seuntai kata yang dapat ku ungkapkan buat semua selain ku ucapkan terima kasih atas kerjasama yang telah diberikan oleh semua warga yang berada disekelilingku.


buat rakan-rakan dan teman seperjuangan, ya perjuangan kita masih panjang, masih jauh untuk ditempuhi dan diredahi. banyak lagi belantara pengalaman yang masih belum kita terokai.Namun secebis kenangan ini tak mudah untuk kulupai. Moga-moga kita kan ketemu lagi. Salam Hormat dariku buat Warga SAM BBST

Khamis, 15 Oktober 2009

Tak Terujakah Kita ??


Defence Minister Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi clarified that he never met Israeli Prime Minister Benjamin Netanyahu at the Paris Air Show in France in June, as reported.


In a brief media statement issued by special officer (media) Abd Halim Ab Majid, it was explained that Ahmad Zahid met Israeli Defence Minister Ehud Barak during a cocktail function at the air show.

Previous reports mentioned Ahmad Zahid meeting Netanyahu during the show to explain Malaysia’s stance on the West Asia issue.
Ahmad Zahid is currently on a six-day visit to Lebanon.
 
sumber : TheStar

Esok Hari Pembebasan AlAqsa - Dr. Yusuf AlQardhawi


Berikutan perkembangan tegang yang sedang berlaku di Masjid al Aqsa, Sheikh Yusuf al Qaradawi menyeru kepada semua umat Islam dan bangsa Arab supaya menjadikan hari Jumaat terdekat ini sebagai hari mempertahankan al Aqsa dan menentang ancaman dan tindakan merbahaya pengganas Israel ke atas Masjid suci itu.



Dalam satu sidang media yang diadakan di Kaherah, Sheikh Qaradawi memberi amaran bahawa ancaman bahaya Zionis ke atas Masjid al Aqsa kini sudah sampai ke tahap yang kritikal, yang harus dilawan dengan apa cara sekalipun.

Dalam perkembangan berkaitan, Menteri Pelancongan Palestin, Muhamed al Agha, melaporkan Isnin lalu bahawa pelampau Yahudi dan askar-askar Zionis telah menaiki hingga ke bumbung sekolah dan rumah-rumah di sekitar Masjid al Aqsa dengan tujuan membuat serangan dan memaksa ratusan rakyat Palestin yang beri’tikaf di dalam Masjid itu keluar. Seramai 200 orang rakyat Palestin menempatkan diri mereka, beri’tikaf di dalam masjid untuk mempertahankan al Aqsa daripada dinodai Yahudi.

Menyentuh perkembangan terkini di Masjid al Aqsa, seorang ahli biro politik Hamas, Ezzat al Resheq berkata bahawa tindakan Zionis mengepung penduduk Palestin yang beri’tikaf di dalam Masjid tersebut merupakan satu jenayah baru yang bertujuan untuk memberi laluan kepada kerja-kerja memusnahkan Masjid mulia itu dan mendirikan apa yang mereka dakwa sebagai sinagog ketiga Yahudi di atas runtuhan al Aqsa. Al Resheq memuji keberanian dan kesungguhan rakyat Palestin di Baitulmaqdis yang terus mempertahankan al Aqsa dan berhadapan dengan kekuatan tentera Zionis dengan tangan kosong mereka. Beliau mendesak dunia Arab dan Islam supaya membantu mempertahankan al Aqsa.

Lewat petang semalam (Isnin 5 Oktober) telah berlaku beberapa lagi pertempuran di antara warga Palestin dan polis Zionis di dalam Masjid al Aqsa, setelah pasukan Zionis itu cuba memasuki Masjid untuk menangkap jamaah yang beri’tikaf sejak dua hari lalu. Menurut wartawan di tempat kejadian, polis Zionis memberi amaran menggunakan pembesar suara, memberi tempoh 15 saat kepada jamaah untuk menyerah diri, atau mereka memecah masuk secara paksa ke dalam Masjid Qibali, iaitu masjid utama al Aqsa.

Dalam kenyataan mereka melalui radio tempatan, jamaah yang berada di dalam Masjid menegaskan bahawa mereka lebih memilih untuk mati syahid dalam rangkan membela Masjdi al Aqsa daripada menyerah kepada Zionis. Sehubungan dengan kenyataan itu, Zionis telah menggangu talian talipon di dalam Masjid bagi menghalang komunikasi jamaah dengan media.

Israel terus meletakkan syarat bahawa hanya lelaki berumur lebih dari 50 tahun dan memiliki kad pengenalan Israel dibenarkan memasuki Masjid al Aqsa. Tidak ada sekatan dikenakan ke atas wanita. [mn/PIC/Ma'an]

sumber : Haluan Palestin

Rabu, 14 Oktober 2009

Iman dan Amal Satu Keperluan

Assalamualaikum .. salam perjuangan


Alhamdulillah, syukur kerana masih lagi diberikan kesempatan oleh Allah SWT untuk meneruskan lagi perjuangan yang masih belum ada penghujungnya dan syukur juga atas segala nikmat yang telah dikurniakan oleh Allah kepada kita sama ada yang kita sedar atau kita tak sedar segalanya nanti akan dipersoalkan dan dipertanggungjawabkan oleh Allah keatas kita.


Pada malam yang berbahagia ini, ana ingin mengajak sahabat-sahabat berfikir sejenak mengenai nikmat iman yang telah dikurniakan oleh Allah kepada kita dan ianya merupakan salah satu daripada keperluan yang dianugerahkan oleh Allah kepada kita. Ini kerana sahabat yang dirahmati Allah sekalian, Iman boleh lah kita katakan sebagai satu keperluan yang tak boleh tidak perlu dimiliki oleh setiap ummat yang bergelar muslim. ini kerana imanlah yang menentukan sama ada kita ini disyurga atau pun dineraka. sepertimana yang pernah ditanyakan dan diriwayatkan dalam hadis nabi SAW yang diriwayatkan oleh Saidina Umar Alkhattab sewaktu nabi SAW sedang mengajar para sahabat Baginda tentang agama, masuk seorang lelaki yang kacak dan berpakaian kemas bertanyakan kepada Nabi SAW berkenaan dengan Islam, Iman dan Ihsan. Lalu Baginda SAW menerangkan apa yang dimaksudkan dengan iman.


oleh yang demikian dapat kita simpulkan bahawa iman adalah salah satu daripada keperluan yang perlu dimiliki oleh seorang yang bergelar muslim. Dalam pada itu juga kita tidak boleh mengenepikan peranan amal yang merupakan salah satu daripada plan atau perlaksanaan yang kita lakukan dalam melaksanakan urusan agama. Secara ringkasnya amal adalah gerak kerja yang kita laksanakan berpandukan pada apa yang telah ditetapkan oleh Islam dan setiap amalan itu poerlulah disertakan kengan rasa keimanan dan keikhlasan dalam diri.


Sepertimana yang dinyatakan dalam hadis Nabi SAW, yang bermaksud" Setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan setiap amalan yang berlaku adalah berdasarkan atas apa yang diniatkan, barang siapa yang berhijrah kerana Allah dan RasulNya, maka dia telah berhijrah dengan Allah dan Rasul( dengan keimanan dan keikhlasan)manakala bagi mereka yang berhijrah atas sebab keduniaan atau sebab perempuan yang ingin dinikahi dan dikahwini, maka dia akan dapat apa yang dia niatkan.


Oleh yang demikian, sahabatku sekalian, marilah kita sama-sama memperbetulkan amalan kita agar ianya berteraskan kepada keimanan yang jitu , moga-moga apa yang kita inginkan dan hajatkan akan mendapat perkenan dan keredhaan daripada Allah yang Maha Esa. Wassalam

Jumaat, 9 Oktober 2009

JANGAN ZALIMI IBU TUNGGAL

Emel dari  Kawan ana,NorAzizah Abd Rahman 



Assalamualaikum ... Salam ukhuwah


Hmm… topik ini nampak sangat berat sebelah. Seperti hendak berkata tentang bidang kerja yang dibuat sekarang. Minta maaf ye. Hakikatnya, dengan sesiapa pun kita tak boleh berlaku zalim walaupun kepada binatang dan alam sekitar. Cuma dalam konteks anak yatim, terlalu banyak ayat-ayat al-Quran dan hadis yang menyentuh tentang larangan berbuat zalim, mengherdik, menghina dll terhadap anak yatim. Malah, ibu-ibu tunggal yang memelihara anak-anak kandung mereka yang yatim juga perlu sedar dengan peringatan ini.


Tapi, apa kena-mengena dengan jangan zalimi ibu tunggal? Jawapannya, kerana merekalah pemelihara anak yatim. Dibimbangi jika kita menzalimi ibu tunggal, maka maslahat anak-anak yatim juga akan terjejas. Tidak kiralah kezaliman tu dari sudut mental, fizikal, material mahupun emosi. Para ibu tunggal telah sedia menanggung terlalu banyak bebanan. Dari hendak mencari nafkah, menguruskan anak-anak, mendidik mereka, memikirkan keselamatan keluarga dll. Entah-entah hal diri sendiri, makan pakai sendiri pun tak sempat difikirkan. Setiap saat ada sahaja tekanan tanggungjawab dan emosi yang berlegar. Jika tidak kuat kesabaran dan pergantungan mereka kepada Allah, memang amat mudah pula pertimbangan akal fikiran mereka terbabas keluar dari landasan normal kehidupan. Secara jujurnya, saya sendiri sering terlajak dalam membuat pertimbangan apabila dihimpit dengan begitu banyak tekanan.


Berdasarkan pengalaman sendiri inilah menginsafkan saya tentang isu kezaliman ke atas ibu tunggal sama ada secara direct atau indirect. Mereka sudah menanggung terlalu banyak tekanan. Maka janganlah berikan mereka lebih banyak tekanan. Bimbang… jika anak-anak yatim pula yang menjadi mangsa apabila dijadikan tempat untuk melepaskan geram dan amarah.

Hmmm… kalau sudah tahu bahawa berbuat zalim kepada anak yatim adalah perkara haram, maka tidakkah berbuat zalim kepada pengasuh anak yatim juga adalah perkara haram?

Selasa, 6 Oktober 2009

Peringatan Buat Diri ku dan DiriMu

WAHAI DIRI.. MENGERTILAH….
Diriku,
Dalam rancak kau menyiram taman hati insan lain,
Kau terlupa membaja taman hatimu sendiri,
Agar ia sentiasa segar dalam hubungan dengan Allah,
Tersentuh dengan daulatNya,
Merasa terpikul amanah ad-Deen ini..


Diriku…
Seringkah kau mencari jalan
Agar hatimu sentiasa lembut halus sentuhanNya
Agar sentiasa sedar akan keagunganNya
Insafi kekerdilan, kelemahan, kealpaan, dan kesilapan dirimu..?
Ketahuilah diriku,
Hatimu itu keras, khusyukmu kurang
Syukur dan redhamu tidak banyak kau hadiahkan padaNya
Terlalu banyak kurang dan salahmu..


Diriku..
Tunaikankanlah solatmu dalam khusyuk dan tenang
Muhasabahlah dirimu kala sunyi,
Selamilah kalam-kalam al-Quran yang kau perjuangkan
Padanya ada bekalan
Untuk kau terus menongkah bahtera perjuangan ini


Diriku…
Pada nawafil dan amalan sunat
Ada jalan yang hampir utkmu berkasih sayang dengan tuhanmu
Pada qiamullail di keheningan malam
Bersama bisikan doa dan munajatmu
Diiring esak airmata keinsafan dan keikhlasan
Kau akan temui kemanisan taqarrub di bawah duli kebesaranNya
Di situ ada bekalnya..
Lazimilah awal harimu dengan al-Ma’thurat
Pasti kau akan mengenali dirimu sebagai daie


Diriku..
Pada tawadhuk, pada ukhwafillah, pada infaq fisabilillah
Pada uzlah muhasabah diri, pada zikir dan selawat
Ada ketenangan dan kekuatan


Diriku..
Amanahlah kau di hadapan manusia
Kerana kedaulatan Tuhanmu
Namun rasailah kekerdilan dirimu
Di hadapan kudrat dan iradatNya
PASAKKAN KEYAKINAN UNTUK SATU PERUBAHAN