Assalamualaikum .. salam perjuangan
Alhamdulillah, syukur kerana masih lagi diberikan kesempatan oleh Allah SWT untuk meneruskan lagi perjuangan yang masih belum ada penghujungnya dan syukur juga atas segala nikmat yang telah dikurniakan oleh Allah kepada kita sama ada yang kita sedar atau kita tak sedar segalanya nanti akan dipersoalkan dan dipertanggungjawabkan oleh Allah keatas kita.
Pada malam yang berbahagia ini, ana ingin mengajak sahabat-sahabat berfikir sejenak mengenai nikmat iman yang telah dikurniakan oleh Allah kepada kita dan ianya merupakan salah satu daripada keperluan yang dianugerahkan oleh Allah kepada kita. Ini kerana sahabat yang dirahmati Allah sekalian, Iman boleh lah kita katakan sebagai satu keperluan yang tak boleh tidak perlu dimiliki oleh setiap ummat yang bergelar muslim. ini kerana imanlah yang menentukan sama ada kita ini disyurga atau pun dineraka. sepertimana yang pernah ditanyakan dan diriwayatkan dalam hadis nabi SAW yang diriwayatkan oleh Saidina Umar Alkhattab sewaktu nabi SAW sedang mengajar para sahabat Baginda tentang agama, masuk seorang lelaki yang kacak dan berpakaian kemas bertanyakan kepada Nabi SAW berkenaan dengan Islam, Iman dan Ihsan. Lalu Baginda SAW menerangkan apa yang dimaksudkan dengan iman.
oleh yang demikian dapat kita simpulkan bahawa iman adalah salah satu daripada keperluan yang perlu dimiliki oleh seorang yang bergelar muslim. Dalam pada itu juga kita tidak boleh mengenepikan peranan amal yang merupakan salah satu daripada plan atau perlaksanaan yang kita lakukan dalam melaksanakan urusan agama. Secara ringkasnya amal adalah gerak kerja yang kita laksanakan berpandukan pada apa yang telah ditetapkan oleh Islam dan setiap amalan itu poerlulah disertakan kengan rasa keimanan dan keikhlasan dalam diri.
Sepertimana yang dinyatakan dalam hadis Nabi SAW, yang bermaksud" Setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan setiap amalan yang berlaku adalah berdasarkan atas apa yang diniatkan, barang siapa yang berhijrah kerana Allah dan RasulNya, maka dia telah berhijrah dengan Allah dan Rasul( dengan keimanan dan keikhlasan)manakala bagi mereka yang berhijrah atas sebab keduniaan atau sebab perempuan yang ingin dinikahi dan dikahwini, maka dia akan dapat apa yang dia niatkan.
Oleh yang demikian, sahabatku sekalian, marilah kita sama-sama memperbetulkan amalan kita agar ianya berteraskan kepada keimanan yang jitu , moga-moga apa yang kita inginkan dan hajatkan akan mendapat perkenan dan keredhaan daripada Allah yang Maha Esa. Wassalam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan