Assalamualaikum ... salam perjuangan
Entry ini adalah entry terakhir yang dapat kurakamkan untuk kali terakhirnya berada di bumi SAM BBST. Alhamdulillah akhirnya aku berjaya menamatkan eddah prektikumku sebermula dari 20 julai 2009 hingga pagi tadi. Pelbagai ragam dan kerenah yang telah aku temui, dan juga pelbagai kenangan suka duka dan pahit manis yang telah dapatku rakamkan sepanjang pertapaanku di bumi SAM Bandar Baru Salak Tinggi.
Sekalung penghargaan kutujukan buat semua warga SAM Bandar Baru Salak Tinggi yang sudi menerima kehadiranku dan keberadaanku di SAM BBST. Tiada yang dapat kuucapkan selain selamat tinggal dan segulung doa kupanjatkan buat semua anak-anak didik dan teman-teman seperjuangan yang telah banyak membantuku dalam melengkapkan diri menjadi seorang murabbi yang bertanggungjawab dalam memikul amanah yang cukup besar ini.
Buat teman-teman seperjuanganku, ucapan terima kasih yang sebanyaknya atas segala jasa dan persahabatan yang telah kita sama-sama jalinkan. Doakan daku thabat dalam memikul amanah yang cukup berat ini. Insya Allah, nantikan perkembangan aktivitiku selepas ini .Wassalam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan