Translate

Followers

EZ Q

Rabu, 3 Jun 2009

MLVK PERLU LEBIH BERTANGGUNGJAWAB

Keputusan seorang remaja, Fadilah Idrus, 23, melanjutkan pelajaran ke sebuah kolej swasta di ibu negara kira-kira empat tahun lalu merupakan satu kesilapan besar dalam hidupnya.

Masakan tidak, sudahlah semasa menuntut pihak kolej sentiasa menekannya dengan menggertak untuk disaman jika lewat melunaskan yuran bulanan sebanyak RM500, lebih malang, sijil graduasi yang diterima pula tidak sah.

Fadilah yang mengambil jurusan fesyen di kolej tersebut berkata, untuk mendapatkan sijil yang diiktiraf oleh industri, beliau terpaksa 'bergelut' dengan pihak pengurusan kolej selama setahun.

Lebih mendukacitakan, jika setiap mahasiswa menantikan detik ceria hari konvokesyen, lain pula dirinya bersama 12 orang rakan lain daripada jurusan yang sama kerana mereka tidak dapat menikmati saat-saat manis itu apabila kolejnya tidak mengadakan sebarang majlis konvokesyen.

"Habis saja belajar, saya pergi untuk dapatkan sijil tapi nama saya disalah eja, kemudian bila saya datang sekali lagi, pihak pengurusan kata sijil saya tak siap lagi dan masalah itu saja sudah berlanjutan kira-kira tiga bulan.

"Saya tak putus asa, saya kembali lagi dan kali ini lebih menyakitkan hati apabila mereka kata urusan pensijilan bukan di bawah pengawasan mereka tetapi di bawah Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan," katanya ketika dihubungi Kosmo! di Seri Manjung, Perak semalam.

Keadaan itu menjadikan Fadilah terpaksa memikirkan alternatif lain bagi mendapatkan sijil secara sah memandangkan beliau perlu bekerja untuk menampung keluarga di kampung.

Sumber : KOSMO

Tiada ulasan: