Translate

Followers

EZ Q

Ahad, 7 Jun 2009

ILMU MAMPU UBAH MANUSIA

Hanya melalui ilmu sahaja mampu merubah kehidupan umat Islam keluar dari belenggu kemiskinan, kata anggota Exco kerajaan negeri, Dato' Takiyuddin Hassan.

"Hadis Rasullullah saw yang bermaksud 'Sesiapa yang inginkan dunia maka hendaklah ia dengan ilmu, barang siapa inginkan akhirat hendaklah ia dengan ilmu dan sesiapa inginkan keduanya juga hendaklah dengan ilmu," katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis penyampaian sumbangan kepada pelajar yang berjaya melanjut pengajian ke institusi pengajian tinggi dari kalangan anak penduduk Dun Bunut Payong bertempat di JKR10 baru-baru ini.

Takiyuddin yang juga Adun Bunut Payong berkata, walaupun sumbangan diberi tidak banyak, namun ia menandakan keprihatinan wakil rakyat kepada anak-anak Dun Bunut Payong yang berjaya ke menara gading.

Turut hadir pada program terbabit pensyarah Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra, Ustaz Fadli Shaari dan pegawai khas Exco, Ustaz Nasruddin Mahmud.

Pada program itu turut diadakan penyampaian pampasan skim Takaful Kifaalah kepada seramai 10 wasi yang mana ibu bapa mereka meninggal dunia.

Sementara itu Fadli ketika menyampaikan tazkirah berkata, musuh Islam menggunakan pendekatan 5S iaitu smoke, song, sport, style dan sex bagi meracuni pemikiran anak muda di zaman sekarang.

Tiada ulasan: