Translate

Followers

EZ Q

Khamis, 11 Jun 2009

ALFATIHAH UNTUK ARWAH SHUKERY HASHIM

“Selepas kerap keluar masuk hospital, suami sempat menempah kubur di Keramat pada Mac lalu,” kata Faridah Mat Desa, 51, isteri pelakon, Mohamad Shukery Hashim, 55, yang meninggal dunia akibat kanser pankreas di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Cheras di sini, jam 1.45 tengah hari semalam.

Faridah ketika ditemui menyifatkan tindakan arwah itu seolah-olah seperti sudah mengetahui ajalnya semakin hampir.

Menurutnya, selain mahu dikebumikan berhampiran pusara arwah ibunya, dia sempat bertemu rakan lama dan melangsaikan segala hutang dalam tempoh tiga bulan kebelakangan ini.

“Arwah baru kehilangan adiknya yang meninggal dunia penghujung tahun lalu. Ketika menziarah kubur ibunya pada Mac lalu, arwah sempat bertanya pihak pengurusan tanah perkuburan itu mengenai penempahan kubur. Dia pula memang ramah dan mengenali orang di sana selain kerap berkunjung ke tanah perkuburan itu.





“Jadi penjaga kubur kata tidak ada masalah untuk tempah kubur awal. Disebabkan itu, jenazahnya dikebumikan di sana. Sebelum meninggal dunia arwah ada bertemu kawan-kawan lamanya dan melunaskan segala hutang. Dia turut memaklumkan tujuan berbuat demikian supaya dia tidak menyusahkan sesiapa apabila sudah tiada (di dunia) nanti,” katanya, menahan sebak.

Menurutnya lagi, penyakit Shukery mula serius sejak Mac lalu selepas menjalani beberapa pembedahan. Selepas mengadu sakit pada Jumaat lalu, dia mendapat rawatan di HUKM. Arwah meninggal dalam keadaan tenang ketika anggota keluarga berada di sisi katil hospital itu.

Anak bongsu Allahyarham, Mohd Amirul, 14, berkata sebelum meninggal dunia bapanya ada berpesan supaya dia adik-beradik tidak bergaduh dan sentiasa menjaga kelakuan.

“Bapa sakit tenat sejak pagi. Dia pernah berpesan kepada kami adik-beradik supaya jangan berpecah-belah dan sentiasa jaga perangai.Bapa seorang yang garang dan kadangkala suka berjenaka,” katanya.

Jenazah Shukery dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Keramat selepas solat Asar. Arwah meninggalkan seorang balu, lima anak iaitu Norshikin, 28, Norizety, 26, Mohd Firdza, 25, Mohd Aidil, 22, selain Amirul dan tiga cucu berusia dua bulan hingga dua tahun.

“Perwatakan dalam televisyen ternyata berbeza dengan kehidupan sebenarnya. Kadangkala bapa agak tegas dalam beberapa perkara,” katanya.

Mohamad Shukery atau popular dengan nama komersialnya Shukery Hashim, menceburi kerjaya lakonan sekitar 1980-an dan di antara filem lakonannya ialah Rahsia, Syahadat, Ujang, Pesona Cinta, Seri Dewi Malam, Janji Diana dan terbaru Shh... Dia Datang.

Pemenang Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) pada 1995 turut membintangi ratusan drama, antaranya Di Mana Kasihmu, Cinta Gila dan 3T.

Jenazah Shukery dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Keramat selepas solat Asar. Arwah meninggalkan seorang balu, lima anak iaitu Norshikin, 28, Norizety, 26, Mohd Firdza, 25, Mohd Aidil, 22, selain Amirul dan tiga cucu berusia dua bulan hingga dua tahun.

Tiada ulasan: