Translate

Followers

EZ Q

Khamis, 23 April 2009

Terjanakah Modal Insan yang sebenar ??- Malaysiakini

assalamualaikum .. salam perjuangan.

bila sebut saja tentang modal insan sudah semestinya kita teringat kembali kepada rangka kerja yang pernah dirancang oleh mantan perdana menteri yang ke lima, Tun Abdullah Ahmad Badawi (Tun Lah). Perancangan yang dirangka oleh para pemikir diatas gagasan islam hadhari yang kononya menjuruskan manusia kepada ketaqwaan dan pembangunan insan dan kemajuan yang segera.

Namun apa yang dirancangkan tersebut seolah-olah satu omongan kosong yang hanya melengkapi satu bahagian sahaja dan terutama dalam bidang pendidikan. Apa yang dapat saya simpulkan daripada realiti yang berlaku pada hari ini, islam hadhari yang digagaskan oleh pimpinan sebelum ini hanya ingin menjadikan rakyat malaysia maju hanya satu bahagian sahaja. Sepatutnya perkara ini diteliti semula sepertimana yang pernah disuarakan oleh Menteri dijabatan Perdana Menteri , Datuk Jamil Khair yang ingin mengkaji semula islam hadhari.

pada pandangan saya, apa perlunya ada islam hadhari?? tak cukupkah dengan islam yang telah sedia ada diwarisi daripada Nabi SAW sehingga kita terpaksa menggagaskan semula islam yang telah sedia ada. Islam yang telah sedia ada tak perlu distruktur semula sebaliknya ummat islam yang bermasalah itu dan undang-undang yang tidak menepati syaratlah yang patut dipinda dan digezetkan semula.

jika kita nak katakan ianya telah berjaya menjana modal insan, bangaimana pula dengan masalah dan gejala sosial yang semakin lama semakin meruncing ??kat mana terjananya modal insan ? kita boleh ambil contoh dalam industri hiburan sahaja, saya tak nampak pembangunan modal insan berlaku bahkan banyak kemungkaran dan kerosakan yang berlaku dek kerana matlamat yang ditanamkan hanya untuk meraih glamor dan kemewahan sahaja. malah pengaruh media jelas-jelas merosakkan pemikiran muda-mudi dengan mengenengahkan eleman-eleman yang kurang sihat.

perkara yang paling mudah kita dapat cungkil disini contohnya penanyangan filem rempit dan bohsia. melalui filem ini remaja mula terpengaruh dan makin ramai yang suka untuk meniru aksi yang ditayangkan. bukankah ini salah satu daripada pemusnah modal insan ?? Dimana eleman- eleman yang positif yang menjuruskan manusia untuk melakukan kebaikan?? fikir-fikirkan bersama

Tiada ulasan: