Translate

Followers

EZ Q

Jumaat, 24 April 2009

Benarkah atau hanya gimik sahaja ??-Malaysiakini

Hukuman lebih berat termasuk sebat perlu dikenakan terhadap pesalah syariah bagi membendung peningkatan jenayah itu. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom berkata, sering kali hukuman kesalahan syariah diputuskan dalam bentuk denda sahaja sehingga ia menjadi faktor penyumbang kepada peningkatan statistik jenayah syariah.

Justeru beliau berkata, Jawatankuasa Teknikal Undang-Undang Syarak dan Sivil Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan meneliti kajian mengenai cadangan bagi meningkatkan bentuk hukuman jenayah syariah yang ketika ini dianggap agak ringan.

''Saya percaya dalam sesetengah penghakiman kes-kes jenayah syariah, terdapat hakim yang menjatuhkan hukuman sebat. ''Namun, perkara yang sering bermain di minda ialah sejauh mana pelaksanaan hukuman itu dilaksanakan di Malaysia kerana banyak kekeliruan yang timbul,'' katanya. Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Seminar Hukuman Sebat Jenayah Syariah anjuran Jakim di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini hari ini. Hadir sama ialah timbalannya, Datuk Dr. Mashitah Ibrahim dan Ketua Pengarah Jakim, Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz.

Menurut Jamil Khir, hukuman yang berat termasuk sebat wajar dikenakan bagi kesalahan-kesalahan jenayah syariah tetapi peruntukan undang-undang hanya menyediakan hukuman yang rendah. ''Mengikut Akta Mahkamah Syariah 1965 (pindaan 1984), hukuman yang boleh dikenakan sekadar tidak lebih daripada enam kali sebatan, denda tidak lebih RM5,000 dan penjara tidak lebih daripada tiga tahun. ''Jadi kita hendak melihat persepsi ini dirombak dan kita mahu melihat keadilan itu diberikan kedudukan yang sebenar. ''Semangatnya ialah ke arah memperkasakan lagi bidang kuasa jenayah syariah dan hukumannya ditingkatkan lagi,'' katanya. Justeru beliau berkata, sasaran kerajaan sekarang ialah meningkatkan kesepakatan antara agensi-agensi pelaksana seperti Polis Diraja Malaysia, Jabatan Penjara dan mahkamah syariah serta sivil.

''Kita tidak mahu undang-undang syariah ini menjadi perbahasan yang tidak putus-putus, jadi sasarannya (pelaksanaan undang-undang syariah) ialah apabila masyarakat, ulama dan pengamal undang-undang termasuk Jabatan Penjara dan polis mempunyai kesepakatan,'' katanya.
ulasan :
Nampak gaya semacam Datuk Jamil Khir cuba untuk melaksanakan apa yang sebelum ini pernah diidam-idamkan oleh pihak yang mahukan islam didaulatkan. Tahniah Datuk Jamil Khir. Tabik Spring Tuan. Tapi kalau takat gimik sahaja alangkah malangnya jika tuan masih lagi tidak melaksanakannya dalam suasana negara yang memerlukan hukuman yang sedemikian yang selaras dengan kehendak AlQuran dan Sunnah

Tiada ulasan: