Translate

Followers

EZ Q

Isnin, 27 April 2009

Dadah : Afghanistan dah berjaya .. malaysia tak pernah sudah - Malaysiakini

Dalam leka mencari maklumat berkenaan bahan perbincangan untuk kuliah esok sempat lagi saya meneliti beberapa keratan akhbar yang tertera di laman web. Terkedu saya sebentar bila membaca berkenaan kejayaan pasukan anti dadah afghanistan yang telah berjaya memusnahkan 6 matrik dadah dan bahan kimia untuk membuat dadah serta membakarnya didalam unggun api yang besar sebagai menunjukkan kejayaan mereka memerangi najis dadah.

Bila direnung-renung dan difikir-fikirkan, kat afghanistan tu negara yang tak maju macam malaysia tapi berjaya untuk memerangi dadah, malaysia sebuah negara yang maju tapi gagal untuk memerani najis dadah ini. kat mana silap kita ?? nak kata tak maju dah maju .. tapi masih lagi gagal membasmi dan gagal mencegah najis dadah daripada diseludup dan dibawa masuk dalam negara bahkan kalau kita lihat makin banyak pula pusat-pusat pemulihan dadah dan pusat-pusat serenti yang ditambah. pelikkan ?? sepatutnya negara yang maju ini mencontohi negara yang komposisi kekuatannya yang kecil dalam memerangi najis ini. Apalah yang ada pada benda yang haram dan terkutuk itu??bukan kah perkara yang boleh memudharatkan badan diharamkan dari digunakan.

Yang lebih memelikkan bangsaku melayu islam yang makin ramai masuk ke universiti serenti berbanding dengan bangsa lain. bukan lah ingin membangkitkan sentimen perkauman tetapi sewajarnya kita insafi kat mana silap kita sehingga yang bukan beragama islam lebih berfikiran waras daripada yang beragama islam.

Oleh yang demikian, jauhilah dadah .. Dadah musuh islam paling utama a.k.a agenda Yahudi memusnahkan Ummat Islam.

Tiada ulasan: